Friday, January 28, 2011

Piala Sultan Ahmad Shah





Bersempena dengan perlawanan pembuka tirai Liga SUper 2011 malam ni,kita mulakan dengan Piala Sultan Ahmad Shah ataupun lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih (Charity Shield dalam English).Piala ni menemukan Juara Liga Super 2010 Selangor, menentang Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan. 2 Pasukan Red bertemu. Bukan Liverpool lawan Manchester United, tapi Red Giants lwn Red Warriors.






vs







Piala Sumbangsih ni pada asalnya hanyalah satu perlawanan untuk merebut Piala, tapi bermula pada tahun 2002, ia telah menjadi salah satu perlawanan liga yang memberikan mata seperti biasa(kecuali 2004).


Satu-satunya Kelab yang berjaya memenangi Piala Sultan Ahmad Shah adalah Pasukan MPPJ pada tahun 2004 dengan menewaskan Negeri Sembilan.






Kuala Lumpur memenangi dua Piala Sultan Ahmad Shah dengan dua nama berbeza iaitu Wilayah Persekutuan pada tahun 1987 dan Kuala Lumpur pada tahun 1988.




ni senarai perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah mulai tahun 1985-2011:


2011 Selangor vs Kelantan Std Shah Alam


2010 Selangor 2-1 Negeri Sembilan Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi


2009 Selangor 4-1 Kedah Std Darul Aman, Alor Setar


2007/08 Perlis 0-0 (penalti 5-4) Kedah Std Darul Aman, Alor Setar


2006/07 Perlis 2-1 Pahang Std Utama, Kangar


2005/06 Perak 4-1 Selangor Std Nasional Bukit Jalil, K. Lumpur


2005 Perak 2-2 (penalti4-2) Perlis Std Utama, Kangar


2004 Selangor MPPJ 4-2 Negeri Sembilan Std MPPJ, Kelana Jaya


2003 ulau Pinang 1-0 Selangor Std Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang


2002 Selangor 2-1 Terengganu Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu


2001 Terengganu 4-0 Perak Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu


2000 Kuala Lumpur 2-1Brunei Std Bolasepak KL, Cheras, Kuala Lumpur


1999 Perak 2-0 Johor Std Perak, Ipoh


1998 Sarawak 3-1 Selangor Std Negeri, Kuching


1997 Selangor 2-0 Kedah Std Shah Alam


1996 Selangor 2-0 Sabah Std Likas, Kota Kinabalu


1995 Kuala Lumpur 3-2 (f/t 2-2, aet) Pahang Std Merdeka, Kuala Lumpur


1994 Kedah 2-0 Kuala Lumpur Std Darul Aman, Alor Star


1993 Pahang 5-0 Sarawak Std Darul Makmur, Kuantan


1992 Pahang 2-1 Johor Std Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bharu


1991 Kedah 2-1 Selangor Std Darul Aman, Alor Star


1990 Selangor0-0 (penalti 3-0)Kuala Lumpur


1989 Singapore1-0Kuala Lumpur


1988 Kuala Lumpur2-1Pahang


1987 Selangor 1-0 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)


1986 Johor 1-1 (penalti5-4)Singapore


1985 Selangor 2-1Pahang


Jadi kepada semua peminat setia bola sepak Malaysia,tak kiralah yang baru minat or dah lame minat, ape lagi jom le kite saksikan pertembungan epik antara dua pasukan ternama Malaysia. Mampukah penjaring gol terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali merobek gawang Penjaga Gol terbaik ASEAN,! Khairul Fahmi Che Mat? Mampukah bek kiri Harimau Malaya, Asraruddin Putra menghalang MVP Liga Malaysia 2010, Norshahrul Idlan Talaha?Adakah gabungan Kapten Skuad Kebangsaan dan Selangor, Safiq Rahim dan Amri Yahyah menghalang Kelantan Express S. Chanturu?semuanya akan terjawab malam ni!

-Tanah Tumpahnya Darahku-



Wednesday, January 26, 2011

Fantasy Football versi Liga Super 2011

ini bukan fantasy football yang dimaksudkan


aku tau ramai antara korang yang main fantasy football especially EPL. Jangan risau, aku bukan nak kata korang tak patriotik ke ape, sebab aku pun main gak. Aku mula main Fantasy Football masa World Cup 2006. Pastu sambung main EPL, FA Cup, Euro, Champions League dan World Cup 2010. Tengah aku mengonline dengan penuh khusyuk, tibe2 aku ternampak satu website pasal Fantasy Football.. tapi yang menariknya, yang ni untuk LIGA SUPER MALAYSIA 2011!! so ape lagi, aku pun joinla! walaupun agak pening, tapi worth to try.. asyik main EPL je, ape kate main Liga Super plak..baru gempak beb!!

kepada yang berminat tu pegila kat website ni http://www.bolafantasi.com/main/ ..tryla..-Tanah Tumpahnya Darahku-

Liga Malaysia



Blog ni bukan Blog untuk Liga Super,tapi tak salah kalau aku nak cerita pasal Liga kebanggaan kita ni as a whole kan?lagipun aku bukan cerita pasal Liga negara lain and tak pro ke arah mana-mana pasukan yang bertanding.


Perak 

Liga di Malaysia bermula pada tahun 1979 dengan setiap negeri diwakili oleh pasukan masing-masing. Namun. liga ni hanya diadakan sebagai pusingan kelayakan bagi setiap negeri untuk layak ke saingan Piala Malaysia. Semua negeri menyertai liga ini disertai oleh Pasukan Polis dan Tentera dan juga dua negara iaitu Singapura dan Brunei (kedua-dua negara ini tidak lagi terlibat).




Bermula tahun 1989-1993 dan 1998-2003, Liga Bola Sepak Malaysia dibahagi kepada dua divisyen. Di antara 1994-1996, hanya ada satu divisyen(semua negeri bertanding dalam satu divisyen). Di antara tahun 2004-2006 pula menyaksikan Liga Malaysia dibahagikan kepada Liga Super dan 2 Kumpulan Liga Perdana. Pada tahun 2007, Liga Perdana digabungkan maka Liga Malaysia hanya terdiri daripada Liga Super dan Liga Perdana. Liga Malaysia mula dikenali dengan Liga Semi-Pro(1989-1993) dan Liga Malaysia (1994-2003) dan kini dikenali sebagai Liga Super.

Berikut merupakan Pasukan yang memenangi Liga Malaysia (sebelum 2004)
  1. Singapura (1979, 1981, 1994)
  2. Selangor (1980,1984, 1989,1990, 2000)
  3. Pulau Pinang (1982, 1998, 2001)
  4. Melaka (1983)
  5. Kuala Lumpur (1986, 1988)
  6. Pahang (1987, 1992, 1999 )
  7. Johor (1991)
  8. Kedah (1993)
  9. Sabah (1996)
  10. Sarawak (1997)
  11. Perak ( 2002, 2003)
Sementara Liga Super pula:
  1. Pahang (2004)
  2. Perlis (2005)
  3. N. Sembilan (2006)
  4. Kedah (2007, 2008)
  5. Selangor (2009, 2010)

Kelantan

Harimau Muda A


Selangor


Sabah


Perlis


Pahang


Terengganu dan T-Team

Felda United

Kuala Lumpur

Dengan bermulanya Liga Bola Sepak Malaysia 2011 Sabtu ini, diharap, Bola Sepak Malaysia akan lebih maju dan diharap dengan kemenanga Pasukan Harimau Malaya pada Piala AFF Suzuki yang lalu dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk memenuhi stadium. Terus maju bola sepak Malaysia. -Tanah Tumpahnya Darahku -

Monday, January 24, 2011

Singa kena baham!

KUALA LUMPUR - Skuad bawah 21 negara, Harimau Muda A menebus kehampaan di Bangkok, Khamis lalu dengan menundukkan skuad Olimpik Singapura 2-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.

Jaringan Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-23 dan 45 sudah cukup memastikan anak buah Ong Kim Swee itu pulang dengan kemenangan manis setelah kecundang 2-1 kepada skuad Olimpik Thailand.

Sentuhan tepat konsisten Syahrul Azwari membayangkan barisan depan skuad belia negara ini tidak ketandusan penjaring gol biarpun dengan ketiadaan pemain senior, Izzaq Faris Ramlan setelah dia turut menjaringkan gol penyamaan ke atas Thailand.

Siri persahabatan ini merupakan sebahagian persediaan mereka menghadapi Liga Super yang bermula Sabtu ini selain menjelang pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2011 menentang Pakistan, bulan depan dan Mac ini.

Mereka juga bakal menjadi sandaran Malaysia dalam mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta, November ini.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, January 23, 2011

Harimau VS Singa



Sempena dengan perlawanan Skuad Olimpik Malaysia melawan Skuad Olimpik Singapura esok, kita akan bercerita tentang Pasukan Jiran sebelah kita iaitu The Lions.

Bola Sepak di Singapura bermula pada masa yang sama dengan Malaysia. Ini kerana Singapura pernah menjadi sebahagian dari Malaya sebelum Lee Kuan Yew membawa Singapura keluar. Seperti FAM dan Malaysia, Singapura menubuhkan Singapore Amateur Football Association (SAFA) pada 29 Ogos 1892. Ketika zaman sebelum kemerdekaan, Singapura sering mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan-pasukan dari Malaya terutamanya Johor dan Selangor.




Persatuan-persatuan awal bola sepak Singapura ialah Pasukan Singapore Chinese Football Association yang mewakili kaum Cina dan Pasukan Singapore Malays Football Association yang mewakili kaum Melayu bersaing untuk memenangi liga. Pasukan Singapore Chinese Football Association memenangi Liga pada tahun 1925 manakala Pasukan Singapore Malays Football Association memenanginya pada tahun 1934. Gabungan pemain dari kedua-dua pasukan pernah menewaskan Australia 4-2 dalam satu perlawanan persahabatan di Anson Road Stadium.



Pasukan Singa juga sering bersaing untuk merebut Piala Malaysia pada suatu ketika dahulu. Singapura merupakan pasukan kedua paling banyak memenangi Piala Malaysia dengan sejumlah 24 kali memenanginya dan 19 kali menjadi naib juara. Pencapaian terbaik Pasukan Singapura adalah berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Sukan Asia pada tahun 1966. Mereka gagal memenangi pingat gangsa setelah tewas kepada Pasukan Samurai Biru, Jepun.


Antara nama-nama terkenal Skuad Singa pada suatu ketika dahulu (ketika dianggotai 100% pemain tempatan) adalah Fandi Ahmad, Quah Kim Swee, Majid Ariff dan ramai lagi .Kini dengan dianggotai lebih kurang enam orang pemain naturalisasi(import) seperti Daniel Bennet, Mustafiq Fahrudin, Shai Jia Yi, Baihakki Khaizan, John Wilkinson dan Precious Emuejeraye, Singapura dikatakan bakal menjadi powerhouse di Asean, namun kegagalan mereka layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Cup yang lalu menyebabkan Skuad Utama mereka dibubarkan.

Kepada Skuad Olimpik Harimau Malaya di bawah bimbingan Ong Kim Swee, kita tak perlu takut dengan Singa yang takde gigi tapi berlagak konon power ni, go n finish them off! -Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, January 20, 2011

LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN UNTUK PERSIAPAN PUSINGAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PADA 29 JUN 2011

LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN UNTUK PERSIAPAN PUSINGAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PADA 29 JUN 2011 :

1. Latihan Tempatan  2 Feb 2011 hingga 10 Feb 2011 bertempat di Wisma FAM Kelana Jaya.
2. Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 9 Feb 2011 bertempat di Stadium KLFA, Cheras.

Pemain-pemain yang dipilih untuk menjalani latihan dan pemilihan adalah seperti berikut :
  1. Amar Rohidan (Kedah)
  2. Mohamad Azmi Muslim (Kedah)
  3. Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
  4. Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)
  5. Mohd Asraruddin Putra (Selangor)
  6. Mohd Safee Mohd Sali (Selangor)
  7. Safiq Rahim (Selangor)
  8. Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
  9. Mahathevan a/l Gengatharan (Negeri Sembilan)
  10. Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)
  11. Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
  12. Kunalan Subramaniam (Negeri Sembilan)
  13. Mohamad Ashaari Shamsudin (Terengganu)
  14. Mohd Sharbinee Alawi (Terengganu)
  15. Chanturu Suppiah (Kelantan)
  16. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  17. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  18. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda)
  19. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda)
  20. Mahali Jasuli (Harimau Muda)
  21. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda)
  22. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
  23. Mohd Faizal Muhamad (Harimau Muda)
  24. Shahrizal Mohd Saad (Johor FC)
-Sumber dari laman web FAM-

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Harimau Malaya vs Gajah Putih-Friendly Match





Mungkin ramai yang tak tahu, tapi sebenarnya Skuad Olimpik Malaysia telah berlepas ke Bangkok untuk perlawanan persahabatan menentang Skuad Olimpik Thailand pada tanggal 20 Januari(Khamis).

Di dalam perlawanan tersebut, Skuad Olimpik Malaysia yang diwakili oleh pemain-pemain Skuad Harimau Muda A, telah tewas di tangan Skuad Olimpik negara Gajah Putih itu dengan jaringan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada petang semalam dimulakan dengan jaringan oleh pemain Thailand pada minit ke-19.

Pada minit ke-74, Skuad Harimau Muda A berjaya mengikat kedudukan menjadi 1-1 melalui pemain muda berusia 18 tahun, Syahrul Azwari Ibrahim.namun, kelekaan barisan pertahanan menyebabkan skuad Changsuek(Thailand) berjaya menyamakan kedudukan.

Satu permulaan yang kurang memberansangkan buat Skuad Harimau Malaya untuk tahun 2011. Namun
begitu, ianya boleh dijadikan pengajaran buat pemain-pemain muda kita untuk menghadapi saingan Kelayakan Olimpik menentang Pakistan pada bulan Februari nanti. Perlawanan selepas ini adalah menentang pasukan the Young Lions (Skuad Olimpik Singapura) pada 24 Januari ini. All the best buat Skuad Harimau Malaya! -Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, January 18, 2011

The Tiger's armour

This time aku nak paparkan jersi-jersi yang pernah dipakai oleh skuad harimau Malaya. Enjoy.




Jersi tahun 1972




Jersi tahun 1978/79







Jersi tahun1988/89





Jersi Tahun 1991




Jersi tahun 1992- 1993






Jersi tahun 1999 (vs Arsenal)




Sukan SEA 1999




Pra Olimpik 1999




Jersi Malaysia 2000







Jersi Malaysia 2001/02


Jersi Malaysia 2002 (Sukan Asia)




Jersi Tahun 2003/2004




Jersi Tahun 2004/05



Jersi Malaysia tahun 2006





Jersi Malaysia tahun 2007






Jersi Tahun 2008-2009






Jersi tahun 2010- sekarang


Kalau dulu jersi utama pasukan Harimau Malaya adalah kuning hitam, kini jersi away (biru) menjadi pilihan utama pasukan kebangsaan kerana dikatakan membawa tuah. Adakah benar jersi memainkan peranan penting dalam memberi kejayaan pasukan kebangsaan?entahlah..apa yang boleh dilihat adalah, semenjak pasukan kebangsaan menukar sponsor, rekaan jersi Harimau Malaya menjadi semakin unik. -Tanah Tumpahnya Darahku -

Monday, January 17, 2011

Harimau VS Singa

Bersempena dengan perlawanan persahabatan menentang Chelsea tahun ini, saksikan video perlawanan Skuad Harimau menentang The Blues pada tahun 2008. Diharap keputusan pada tahun ini akan lebih memberansangkan. -Tanah Tumpahnya Darahku -

Sunday, January 16, 2011

New Home of Football


Selepas berakhirnya era kegemilangan Stadium Merdeka, skuad Harimau Malaya mendapat rumah baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. ' Rumah Baru' bagi skuad Harimau Malaya ini dirasmikan pada tahun 1998 bersempena dengan Sukan Komanwel yang berlangsung di Malaysia.





Stadium Bukit Jalil boleh memuatkan 87, 141(kalau semua duduk,kalau berdiri macam final Suzuki Cup aritu, 100,000 pon boleh) orang pada satu masa. Ini menjadikan stadium ini sebagai stadium kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Stadium Gelora Bung Karno. Stadium Bukit Jalil juga merupakan stadium yang ke-25 terbesar di dunia dan ke-10 terbesar bagi kategori Stadium Bola Sepak. Stadium yang dibina oleh United Engineers Malaysia Sdn Bhd ini sebenarnya siap 3 bulan awal berbanding tarikh akhirnya.






Selain daripada Sukan Komanwel, pelbagai aktiviti sukan turut diadakan di Stadium Bukit Jalil. Antaranya ialah Perlawanan Persahabatan pasukan Harimau Malaya, Pertandingan Akhir Piala FA dan Pertandingan Akhir Piala Malaysia, Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Asia 2007 dan Piala AFF Suzuki Cup. Diharap, penyokong-penyokong skuad Harimau Malaya mampu menjadikan Stadium ini seperti Stadium Merdeka hinggakan mana-mana pasukan pun akan rasa gentar dan takut bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil. -Tanah Tumpahnya Darahku -