Sunday, May 29, 2011

Terima Kasih FAM dan Berita Harian..

Published on May th, 2011
(Dihantar ke ruangan Surat Berita Harian sebelum diedit dan disiarkan pada 25/5/2011)

Saya salah seorang peminat bolasepak Malaysia yang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap FAM secara amnya, dan kepada Presiden FAM secara khususnya.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan tahniah terhadap FAM kerana membawa gergasi-gergasi Liga Perdana England untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan kebanggan kita. Dan mereka telah berjaya mendapat persetujuan ini dengan lebih awal, tidak seperti ketika Malaysia memerlukan perlawanan persahabatan antarabangsa semasa menentang Etoile FC tempoh hari. Ada orang mungkin mempersoalkan bahawa lebih baik bagi pasukan kebangsaan untuk menentang pasukan kebangsaan negara lain untuk mendapatkan mata kedudukan FIFA dan seterusnya mencerahkan lagi peluang layak ke pertandingan antarabangsa, tetapi saya tidak bersetuju atas beberapa sebab. Pertamanya, bukankah di Malaysia ini ramai warga-warga England? Sudah tentu mereka akan turun memenuhi stadium menyokong pasukan kesayangan mereka, tidak seperti jika Harimau Malaya sekadar melawan pasukan kebangsaan lain. Keduanya, duit hasil kutipan tiket itu sangat penting sebenarnya. Tidaklah saya tahu untuk apa sebenarnya, tapi saya pasti dan percaya bahawa FAM tahu bagaimana untuk menggunakannya untuk menaikkan tahap bolasepak Malaysia.

Seterusnya, pujian juga harus dihamburkan kepada Presiden FAM kerana menganugerahkan Presiden FIFA, Sepp Blatter dengan pangkat Dato Sri walaupun beliau belum pernah pun memberi apa-apa sumbangan terhadap bolasepak Malaysia mahupun negara Malaysia. Orang lain mungkin mempertikaikan tindakan itu, tetapi bukan saya. Tidakkah mereka ini terfikir bahawa Sepp Blatter akan rasa terharu dan berterima kasih dengan anugerah itu, dan akan melakukan sedaya upaya beliau supaya Malaysia dapat menjadi tuan rumah Piala Dunia? Mungkin bukan dalam masa yang terdekat, tapi pasti ada di masa hadapan. Nah, sudah tentulah pasukan bolasepak Malaysia tak perlu lagi berusaha keras untuk layak secara merit! Harimau Malaya akan layak sebagai tuan rumah! Bukannya apa, bukankah pasukan kebangsaan kita sentiasa sibuk dengan perlawanan pertunjukkan dengan pasukan liga luar negara? Mereka tiada masa mengadakan perlawanan persahabatan penting dengan pasukan kebangsaan negara-negara lain. Saksikan tuan-tuan dan puan-puan, kebijaksanaan Presiden FAM.
    
               

Jangan buat bising, pemikir-pemikir bolasepak terulung sedang brainstorming!


Disamping itu juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli FAM kerana tidak mengundi Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden FAM dalam pilihanraya FAM sebelum ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Tan Sri Annuar bukanlah calon yang layak untuk menerajui bolasepak Malaysia. Kejayaan KAFA dan pasukan Kelantan sekarang ini seperti kehadiran penonton di stadium yang sentiasa penuh, kualiti permainan yang tinggi, penubuhan akademi bolasepak bagi bakat muda; dan kekukuhan kewangan tanpa bergantung kepada kerajaan Negeri pun hanyalah bergantung kepada nasib semata-mata, bukan disebabkan kebolehan beliau. Eloklah beliau hanya diberi kepercayaan menerajui bolasepak wanita, kerana dalam tiga atau empat tahun lagi bila bolasepak wanita menyerlah, kenyataannya bolasepak wanita masih lagi tidak mendapat tempat di hati peminat di Malaysia seperti mana mereka meminati gergasi-gergasi EPL yang selalu minat dan ikhlas datang ke Malaysia setiap tahun.

Nasib semata-mata
Kalau diikutkan hati, banyak dan berjela-jela lagi yang ingin saya puji mengenai pencapaian FAM dan Presidennya. Tapi cukuplah sampai di sini sahaja. Tahniah FAM!

P.S: ini adalah surat betul yang dihantar ke Ruangan Surat Pembaca akhbar Berita Harian..Namun setelah diedit, ia menjadi lain..Berita Harian, tolong siarkan surat yang betul..ini link untuk surat yang telah diedit..
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahaFAMbawaChelseadihargai/Article/index_html


dipetik dari http://ultrasmalaya.net/tahniah-fam/

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, May 21, 2011

Gomo Kelate Gomo!!



Tahniah kepada Kelantan kerana dipilih sebagai venue untuk perlawanan pemanas badan skuad kebangsaan menentang Myanmar pada bulan depan..Mungkin ada yang kate, ala, friendly je..tapi pikir positif..at least,peminat-peminat bola di Kelantan, dapat tengok Harimau Malaya main..ni asyik orang KL dengan Selangor je..ape kate, orang2 KL n selangor pegi Kelate pulok..Kalau peminat-peminat Harimau Malaya dari Kelantan boleh bersusah payah ke Bukit Jalil dan Shah Alam, why not kite plak yang pegi sane?Sekali-sekala cuti2 Malaysiala..boleh jalan-jalan melawat negeri orang..asyik tengok KLCC je..sekali-sekala pergi KB plak..haha..



Apa yang aku tau, kalau rakyat Kelantan menyokong team kebangsaan macam diorang sokong The Red Warriors, stadium konfirm penuh and visiting team will have a hard time..sebab macam kita selalu tengok, fan-fan Kelantan memang fanatik..Diorang sangat vokal and mungkin ada kalanya terlebih, tapi atmosfera die sangat menakutkan bagi pasukan-pasukan pelawat..It's a good thing FAM buat camni..bagi peluang rakyat di negeri-negeri lain melihat skuad harimau Malaya dengan lebih dekat..Lepas ni, pergila tour stadium lain plak kat Malaysia ni.



Tahniah juga kat Kelantan kerana mereka bakal mendapat Stadium baru yang berkapasiti 40,000 orang..Untuk sekarang, Stadium Sultan Muhammad IV boleh muat 20,000 orang je..tapi aku rasa 40,000 pon macam tak cukup je..kalau dapat dalam 60,000 pon ok kot..Kalau Bukit Jalil pon boleh penuh dengan supporter Kelantan kalau diorang terlibat dalam final, apatah lagi home game..Stadium baru ni dikatakan bakal dibina di Pasir Puteh..ada yang merungut sebab jauh dari Kota Bharu..tapi kena ingat supporter Kelantan bukan asal Kota Bharu je, tapi seluruh Kelantan..so, secara logiknya, mungkin sesuai untuk pembangunan bandar Pasir Puteh tu sendiri sebab dikatakan diorang nak buat Pasir Puteh jadi bandar sukan..apa-apa pon tahniah kepada Pasukan Kelantan..diharap dengan rezeki yang mencurah ni, makin ramai anak muda di Kelantan yang berpotensi bakal menjadi tonggak untuk skuad Harimau Malaya!!

p.s: bile piya nak sarung jersi Harimau Malaya?

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, May 14, 2011

Kami anti Rasuah!!


Kita digemparkan dengan berita FIFA nak datang buat pemeriksaan kerana ada maklumat mengatakan sesetengah pemain kita dan FAM terlibat dengan rasuah..Antara kes yang hangat adalah kes di mana skuad kite telah ditipu oleh Zimbabwe apabila mereka menghantar skuad kelab Momotapa United sebagai ganti skuad kebangsaan mereka..Aku tak tau siapa yang bodoh, zimbabwe atau FAM..FAM dengan mudah menjawab bahawa mereka tidak tahu apa-apa kerana bagi mereka, mereka diberitahu bahawa itu skuad Zimbabwe..Kalau macam tu, nanti aku hantar team tadika lepas tu aku bagitaula FAM yang tu team Sepanyol..ok tak?best bukan?


Ok, berbalik kepada topik kita, sebelum ni pon Malaysia dah pernah digemparkan dengan isu rasuah..Aku pon dah tak berapa ingat, tapi memang habis jahanam liga Malaysia dan Skuad Harimau Malaya..Ramai yang terlibat masa tu..Setiap pemain dipantau dan disoal siasat..Aku teringat coach time tu,pening sebab player-player kena tangkap, ban seumur hidup dan kena buang daerah..Sampai sekarang hukuman tu masih berjalan..Yang sedihnya, antara yang terlibat tu adalah player-player utama Skuad Harimau Malaya dan player-player yang mempunyai potensi..Ade cerita-cerita yang kata mereka dibayar hampir RM70,000..Bookie-bookie mase tu lambak je duit dan diorang kelabu mata..Mungkin masa tu gaji yang diterima sangat rendah, sebab tu diorang buat macam tu..Samela macam kerja-kerja lain..manusia ni, kalau duit berjuta bergolek depan mata dengan mudah, memang akan terpedaya..especially yang iman tak kuat..



Rasuah masa tu memang menjatuhkan kredibiliti dan bola sepak Malaysia..Itulah zaman gelap bola sepak Malaysia..Kerana rasuah, skuad kebangsaan menjadi mangsa..Pasukan-pasukan terpaksa dirombak..So, sedikit sebanyak ia menjejaskan prestasi pasukan negeri dan kebangsaan..Peminat merasa tertipu lalu menjauhkan diri dari stadium..Kalau nak kate itu punca rakyat kita dah tak selalu pergi stadium mungkin jugak,tapi itu hanya alasan terpencil..


So, kepada pemain-pemain sekarang, samada main untuk negeri atau Kebangsaan..jauhilah rasuah.ingatlah, itu duit haram..duit haram ni tak berkat..kalau tak nak pikir penyokong, pikirla keluarga anda..takkan nak bagi keluarga makan duit haram..Bak kate Nabil dalam Maharaja Lawak, Lu Pikirla Sendiri!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, May 6, 2011

Stop This Nonsense!!!


Semenjak dua menjak ni, popular di dada akhbar mengenai isu Stadium Nasional Bukit Jalil..Isunya adalah Stadium Bukit Jalil sedang diperbaiki, namun pihak FAM mahu semua perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya dan Harimau Muda diadakan di sana.. Seperti sedia maklum, bulan Jun dan Julai ni, fixture pasukan negara sangat padat..Kita ada kelayakan Piala Dunia, Kelayakan Olimpik, dan perlawanan persahabatan menentang tiga kelab England iaitu Chelsea, Liverpool dan Arsenal..Pihak kontraktor mengatakan bahawa jika SBJ digunakan sebelum ia siap diperbaiki, FAM perlu membayar RM 500 ribu..dan jawapan FAM pada mulanya adalah mereka akan fikirkan venue lain kerana taknak menggunakan wang rakyat..



Taknak menggunakan wang rakyat ye? This is all bullshit!!kalau betul tak nak guna wang rakyat, kenapa terima adakan perlawanan persahabatan yang ntah ape2 dan tak membantu ranking skuad negara? tiket paling murah rm80..so, korang takkan kisah main kat Bukit Jalil, sebab duit tiket je dah mampu cover..aku tau Arsenal, Chelsea dan Liverpool tu kelab besar, tapi apa sumbangan mereka pada skuad negara? dan game tu pulak diadakan dalam masa Harimau Malaya tengah berjuang dalam kelayakan Olimpik dan Piala Dunia..Mana yang lebih penting?jangan pikir duit dan populariti je wahai FAM..kalau ikut aku, aku suruh main kat padang rumah aku je..



Maybe ada yang tak setuju n kate, kedatangan kelab-kelab besar ni tandanya mereka mula memandang keupayaan Skuad Negara..WTH?! mereka tak pandang keupayaan Harimau Malaya, tapi mereka memandang bagaikan harimau nampak daging kat duit dan populariti yang mereka akan dapat di Malaysia..Kepada King Raja, jangan gunakan player-player utama kita untuk game-game ni..kesian diorang..dahla jadual liga padat, ade Qualifying olympic dan World Cup lagi..Hantar budak-budak SSBJ je..takpon, buat team lain..kumpulkan pemain-pemain berbakat dalam Liga Super..Ade je..Akmal Rizal, Hairuddin Omar, Piya, Azwan Roya, K. Nanthakumar..kumpul player-player tu, buat team baru..campur2 la sket dengan Skuad Kebangsaan..Nanti FAM marah pulak..tapi dahulukan mane yang penting..jangan buat player kita penat..


Kepada FAM, sudah-sudahla carik untung..fokus benda yang penting..Harimau Malaya tengah naik, cari platform yang lebih sesuai untuk mereka..bukan adakan perlawanan persahabatan  yang tak memberi makna macam ni..

-Tanah Tumpahnya Darahku-