Wednesday, November 23, 2011

Dari Jakarta ke Bukit Jalil: Harimau Muda vs Syria

Kembali ke bumi yang nyata..konfirm ramai yang akan cakap macam tu selepas kekalahan Harimau Muda ke atas Syria malam semalam..Yup, kita kalah..Tiada apa yang boleh mengubah fakta bahawa kita kalah..but one thing, kita dah memang tau yang perjalanan kita dalam Pusingan Kelayakan Olimpik ni sesuatu yang sukar..Dalam 12 pasukan yang layak untuk peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik ni, kita ranking paling rendah..so we are expected to loose..

Tapi apa yang boleh kita lihat semalam adalah semangat dan determination skuad Harimau Muda..Selepas mengharungi 6 perlawanan dalam tempoh seminggu lebih, diorang terpaksa pulak lawan Syria..Kalau ikutkan jadual sebenar, diorang kena lawan sehari selepas Final Sukan SEA..Gila bukan? Kalau ikutkan realitinya, diorang bukan setakat tak mampu nak berlari, nak berdiri atas padang pun dah tak larat..but they know their job, so diorang tetap berusaha memberikan tentangan..

Perlawanan didominasi oleh Syria..Midfielder Nazmi dan Guru nampak tak larat but usaha jugak..Sekali sekala melancarkan serangan..terutamanya Nazmi yang sangat impressive..tengok kat TV dengan depan mata sangat lain..mata aku asyik fokus kat dia je..probably lepas ni boleh buat satu post untuk dia je..heh..walaupun Wan Zack tak main kat Sukan SEA dan sepatutnya paling fit dan bertenaga, tapi kita jangan lupa yang dia baru baik injured..Kesemua pemain dah berusaha bermati-matian..paling ketara nampak budak-budak ni letih adalah masa 2nd goal Syria..Satu pass yang nampak sangat letih oleh Muslim sedangkan sebelum tu dia sangat impressive menahan asakan Syria..

Now aku nak sentuh sikit pasal penonton..Satu benda yang best adalah tiada botol, mercun atau apa-apa bahan api yang masuk dalam stadium semalam..Even ultras pun tak bakar flare..mungkin sebab peraturan baru AFC yang melarang semua benda tu atau Harimau Muda akan dibatalkan kelayakan..So, good for the and good for us..kedua, time Harimau Muda menang Sukan SEA, semua orang melompat gembira..Mencanang diri bagaikan peminat Harimau Muda..pendek kata Harimau Muda trendingla kat Twitter..daripada takde siapa kenal player Harimau Muda to boleh hafal line up..Malangnya, keghairahan tu mati kat situ je..Stadium masih tak penuh..Aku rasa kecewa..aku jangkakan selepas hype tu, semua orang akan berpusu-pusu ke stadium untuk saksikan game ni..TIME MENANG MEMUJI, TIME KALAH MENGEJI, TIME ADA GAME MENYEPI..itulah perangai fan kita..

Then ada pulak tu peminat yang maki-maki player..diorang paham tak betapa penatnya budak-budak tu?diorang ni memang datang semata-mata nak tengok kemenangan sahaja..so, if tak menang diorang akan maki n kutuk habis-habisan..Come on guys, being a supporter means you support till the last minute no matter what the result is!!ada pulak tu yang lepas kena 2nd goal,terus balik..Stupid you know..kalau macam tu jangan datangla!!Serius, aku marah betul dengan supporter macam tu..

Apa-apa pun pada yang datang dan memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada Harimau Muda, you guys are the best..We need more supporters like you..tak kisahla, korang Ultras ke, Team Malaysia ke or just a plain supporter like me who'll always be on your team's side..So, harap-harap Ahad ni SNBJ akan dipenuhi dengan Penyokong tegar Harimau Malaya/ Harimau Muda..Tiada lagi alasan tak boleh datang sebab kerja..time tu cuti..n gaji pun dah masuk rasanya..So, people please lend your support to our boys! Diorang dah membanggakan negara, so now is the time for us to show our appreciation!! Go Harimau Muda!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, November 22, 2011

Sambutan Wira!



Champions pulang ke tanah air..Kali ni punya post takde nak cakap sangat pasal game or anything..Just nak cerita sikit pasal celebration terhadap pemain-pemain pagi semalam..Since aku seorang wartawan, bos aku pun arahkan aku pegi LCCT untuk sambut hero-hero kita..Aku pun dengan pantas pecut ke LCCT sebab ingat diorang akan sampai pukul 2.30 pagi..Time tu dah pukul 2..By 2.40 aku sampai..dengan kancil kontot aku, aku pecut potong semua kereta termasukla lori dan bas..Punyalah excited nak sambut Harimau Muda..




Once dah sampai aku terkejut tengok betapa ramai peminat kat LCCT..kagum aku..Of coursela Ultras Malaya paling ramai n bersemangat..Chanting dah macam dalam stadium..jumping..dancing..memang rasa macam kat stadium..Ramai yang tertarik dengan apa yang diorang buat..especially bila diorang chant lagu SELAMANYA..yela, kan lagu tu sekarang popular..so, sekarang semua orang dah tau chant Selamanya..so, nanti game lawan Syria nanti bolehla satu stadium chant right?




Pukul 2 lebih dah ramai orang..Last-last dapat tau Harimau Muda will only arrive at 7.30am..kalau orang biasa konfirm dah balik rumah dah..tapi sebab semangat nak sambut player-player kesayangan yang dah harumkan nama Malaysia, semua stay..Ada yang pergi minum kat kedai-kedai berdekatan walaupun harga mahal nak mampus, ada yang borak dengan member dan ada yang terbongkang tidur kat mana-mana port yang ada..




Setelah lama menunggu, tepat pukul 7.50 pagi our heroes pun sampai..Semua excited gila..termasukla aku..yela, selalu dok interview ahli politik n menteri je..tapi ini lain..semangat dia lain..aku rasa teruja nak interview hero-hero kita..Ini lagi besar dari interview PM bagi aku..aku sangat-sangat teruja..haha..Best bila dapat ucapkan tahniah secara berdepan n salam dengan Coach Ong n budak-budak kita...seriously, the feeling is different..





So, kepada siapa yang nak tengok sambutan kat LCCT, ini link dia http://mobtv.my/current_affairs-442.html , yup, that's me guys..selebet je..haha..Ok, selamat menonton dan jangan lupa ke Stadium hari ni!!!

before aku end post ni, ini kata-kata semangat coach Ong untuk anak buahnya masa final lawan Indonesia hari tu.."They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being 
Malaysian is all about.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, November 21, 2011

SALUTE THE CHAMPIONS!!!!




One word.. CHAMPIONS..We are STILL the CHAMPIONS!! Gold medal winner untuk Bola Sepak Sukan SEA!!! Fuhh..memang drama malam ni..lengkap segala-galanya..dah macam movie..Lengkap debaran, excitement, kekecewaan, kesedihan, kegembiraan..Everything you need to produce a good movie..apa-apa pun aku nak dahulukan dengan ucapan TAHNIAH kepada skuad Harimau Muda!! You guys beat the odds to retain the title!!!



Kita pada mulanya dikatakan bakal tewas malam ni oleh media Indon..Ditambah pulak dengan kecederaan pada player2 utama..Syahrul Azwari@SA18 takde, Izzaq Farris injured, Fandi Othman tak fit, Nazmi Faiz pun ada niggling injuries..So, Indonesia dah gebang lebih..Dengan penuh yakin kata habisla Harimau Muda malam ni..Katanya hari tu diorang hantar second team je..hantar 1st team siapla Malaysia..macam biasala provokasi bodoh those arrogant bastards..Diorang ingat kita takde telur macam diorang?agak-agakla..We are the defending champions moron!!!

Mula-mula it seems like that's gonna happen..Indonesia score dulu..mistake from defend..tertidur jap sampai Gunawan dapat head bola masuk daripada corner kick..Tapi time tengok tu, entah kenapa aku tak rasa cuak walaupun kita ketinggalan..Somehow aku percaya budak-budak kita ada mental yang kuat n boleh come back from behind..We have the players to do so..Ok, one thing yang aku terkejut dalam game ni adalah OKS  meletakkan Asra ke bahagian midfield kiri dan Zubir Azmi kat defend kiri..Part Zubir Azmi main defend kiri tu aku tak terkejut sebab memang before ni dia yang main left back untuk Harimau Muda..Apa yang bagusnya Asra ni adalah dia composed on the ball, walaupun kadang-kadang agak stress jugak bila dia asyik nak cross walaupun sebenarnya dia boleh dribble and shoot..tapi heading dia ni bagus..Kalau bola tinggi, dia mesti dapat..n finally dia melakukan diving header dari cross Kapten Badd dan bola tu pelan je masuk..konfirm bergegar satu Malaysia ni..First half 1-1..

2nd half patutnya kita dah boleh kill game ni..banyak chance untuk kita score..Fakri banyak peluang tapi tak diambil..samada dia terjatuh atau membuat bad decision..antaranya time dia patut pass pada Irfan Fazail, dia pegi shoot walaupun angle takde..Seriously, kita sebenarnya boleh bantai Indonesia..But apa nak buat, kita bermain di final dengan depleted squad..Tapi yang penting kita tak jadikan tu sebagai alasan..Lepas tu Indon mula mengasak..Titus Bonai dan Okto cuba nak mengkucar kacirkan defend kita..tapi dia lupa yang budak-budak Harimau Muda ni training kat Slovakia..setakat Indonesia ni pejam mata je..Macam-macam cara diorang nak bagi kita pressure..Diving, late tackle dan macam-macam lagi..Kadang-kadang aku rasa nak lempang je player Indon..ntah berapa kali diorang dive dalam penalti box..We are not stupid and Thank God referee ada mata..90 minit-1-1..



Time extra time, aku jadi lagi stress..Kita dah penat..ramai player dah mula merasa injury datang balik..paling ketara Irfan Fazail..nampak kaki dia dah out..so, kita bermain bertahan dan harap nak counter lepas kita masukkan Yong Kuan Yong, Fandi Othman dan si brilliant Nazmi Faiz..kita cuba nak counter tapi tak mampu sebab player dah tak larat..tapi nasib baik mental pertahanan kita masih utuh..Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Fadhli Shas,Mahali Jasuli n Zubir Azmi sambil dibantu midfield dan striker, bermati-matian mempertahan gol..Berapa kali Indon try, tapi defend kita tenang..Apek cemerlang macam biasa..

Sampaila ke sepakan penalti..time ni aku tak risau pasal Apek, sebab aku tau dia the best goal keeper kat South East Asia..apa yang aku risau adalah penalty taker sebab majority player dah penat..Time player Indon tu miss penalti memang bersorak sampaila si Fakri pulak buat hal..macam-macam makian, kejian dan kutukan yang keluar..Tapi lepas tu, si Ferdinand miss selepas Super Apek save penalti dia..So, tinggalla El Kapitan Baddrul Bakhtiar untuk settlekan semua..aku tengok Baddrul nak ambik je, aku dah siap nak bersorak dah sebab aku tau mesti masuk punya..Walaupun keeper Indon tu dapat touch bola Baddrul, tapi sebab kuat sangat, masuk!!WE ARE THE CHAMPIONS!!!

So, CONGRATULATIONS TO ONG KIM SWEE AND ALL HARIMAU MUDA PLAYERS..thanks for bringing the joy again..berturut-turut rakyat Malaysia dapat rasa nikmat kemenangan..Apa yang penting team ni perlu dijaga dengan elok..bagi diorang lebih pendedahan lagi..dah nampak hasil pegi training kat Slovakia tu..lepas ni hantar pegi liga Belanda pulak ke..haha..So, kepada semua rakyat Malaysia, jom kita celebrate kemenangan ni!! tapi pada masa yang sama bersiap untuk kelayakan Olimpik hari Rabu dan Ahad ni..Jom kita penuhkan Bukit Jalil!!WE ARE THE CHAMPIONS!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, November 19, 2011

Kita kena naik Barracuda lagi!! Yeayy!!!



Ok..Kita kena naik barracuda lagi..Itu je yang aku pikir bila dapat tau siapa yang akan kita jumpa di final..The hostility, orang2 yang memekik masa lagu Negaraku dimainkan..Provokasi..Tekanan..Macam-macam lagila..Dalam tempoh 2 tahun ni. pertemuan kita dengan diorang memang panas dan ditunggu-tunggu..dah macam musuh ketat, sedangkan kita jiran tetangga..Pelik bukan?

Indonesia..Itulah halangan terakhir yang bakal kita jumpa hari Isnin ni..Harimau Muda vs Garuda Muda..Dah konfirm Indonesia tak nak kalah lagi right?Itu misi diorang..nak balas dendam di atas kekalahan ke atas kita hari tu dan Piala AFF Suzuki..Tak kisah sangat pun pasal pingat emas, yang diorang tau, diorang nak claim the bragging rights ke atas kita..Medal emas Sukan SEA tu sekadar sampingan je berbanding apa yang diorang boleh kutuk, caci dan maki ke atas kita bila diorang menang..Diorang dah takde bahan nak kutuk kita selain daripada kata kita pencuri, perompak dan apa-apa yang takde kaitan dengan bola sepak..biasalah, orang busuk hati..so dengan menang ke atas Harimau Muda, diorang ada bahan baru nak kutuk kita..and sudah semestinya diorang tau kita tak boleh nak lawan balik..

Misi kita mudah..kita tak pikir pasal bragging rights..Kita datang dengan tujuan nak defend pingat emas kita..So,itulah main and only focus untuk Harimau Muda..menang pingat emas dan banggakan negara..tak payah kisah sangat pasal nak berlagak or bragging rights..tak payah nak bertekak dengan Indonesia tu..Balik-balik dia pusing topik pencuri, maling,perompak,perogol dan ntah ape-ape jenayah lagi..Bazir masa kita je..yang penting kita menang pingat emas dan pertahankan takhta kita sebagai Raja ASEAN atau Team Paling ONG ASEAN..

Isnin nanti kita kehilangan Izzaq Faris sebab injury..so OKS kena ubah sikit taktik untuk final ni..Izzaq masa final group match lawan Indon sangat berguna untuk hold ball kat atas dan bawak kawan-kawan lain in play atau set up Baddrul untuk shooting..Now dia takda..So kita kena bergantung harap pada Syahrul Azwari, Fakri Saarani dan Thamil Arasu..Syahrul Azwari atau aku suka panggil dia SA18, konfirm akan main..cuma tak tau posisi mana..so, tinggalla Fakri n Thamil Arasu..Siapa yang akan lead the line?kemungkinan besar Fakri macam game lawan Myanmar tadi..

Beza final dengan game sebelum ni sangat besar..Provokasi akan lebih hostile..Tekanan dia lebih..Kita tekanan untuk defend gold medal kita..Indonesia pressure nak menang depan home crowd..Both ada masalah yang perlu dihadapi sendiri..Of coursela Indonesia tekanan dia lebih..Sebab main tempat sendiri..tapi sokongan padu supporter diorang pun boleh jadi pembakar semangat jugak..Tapi, kalau kita main macam last game lawan Indonesia hari tu, kita boleh defend title kita dan mungkin menang besar..Hopefully itulah yang akan berlaku..Ditambah pula dengan Indonesia akan turunkan barisan terkuat diorang..So, kita better get ready..

Kepada Harimau Muda, kami di Malaysia mendoakan kejayaan kalian..What ever happens, we will always be behind you and will always be proud of you guys..Go out there and do your country proud..We will be cheering for you from far..BUT, THERE'S ALSO SOME OF US WHO ARE THERE..say hello to ULTRAS MALAYA..yup, they're there and probably will be supporting you in the Gelora Bung Karno! Go Young Tigers!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

We're off the finals!!!!!!

We're going to the finals!!!! wooohoooo!!! Walaupun game hari ni cam agak kureng berbanding lawan Indonesia..tapi aku faham..2 game dalam masa 3 hari tambah training lagi memang memenatkan..ditambah pula dengan perlawanan terakhir melawan Indonesia, so semua kudrat kita dah habis dalam game tu..boleh nampak pada stamina player..diorang bukan malas..cuma dah tak larat..Korang bayangkan korang main futsal malam ni, besok petang korang training..lusa tu korang main futsal petang pulak..konfirm pancit..serious..penat beb..Mental n fizikal..

Tapi dalam game ni, star dia bukanlah striker, walaupun striker yang gol..Bukan midfield..Tapi barisan pertahanan..Kekentalan barisan pertahanan sangat penting..especially dalam keadaan penat macam tu..Kena sentiasa fokus dan tak boleh leka..Kenapa aku kata striker n midfield bukan star? well, if striker n midfield terlepas bola, diorang masih boleh harapkan pertahanan dan keeper..tapi kalau pertahanan dan keeper terlepas nak harapkan siapa? Cara kita clear bola, handle crossing memang mantap..kita dah tak clear ikut arah telur..clear kita semua kepada pemain kita..satu peningkatan..dulu kita clear ke depan je walaupun takde pressure..

Sebelum minit ke-85, aku percaya semua rakyat Malaysia yang tengok konfirm menggigil..tak senang duduk..Selagi tak gol, selagi tula kita semua resah..Macam-macam cara kita cuba..Hari ni Syahrul Azwari looked out of pace..still laju, tapi tak selaju masa lawan Indonesia..Supposedly Izzaq Farris main untuk hold ball..tapi maybe coach Ong tak expect Myanmar akan main macam ni..Maybe dia ingat Myanmar akan main defensive..That's why dia guna Fakri untuk gunakan speed and energy dia..Unfortunately Myanmar had other thoughts..First half Myanmar cuba attack..Nasib baik defender dan Apek mantap..

Second half, Myanmar hampir-hampir nak score..tapi Super Apek bak kata kawan aku, berjaya gagalkan cubaan dia dengan satu reaction save..Selamat..Akhirnya pada minit ke 85, Izzaq Faris cross kepada Irfan Fazail, tapi sepakan dia ketepi pulak..nasib baik Fakri alert dan score..Well, aku rasa majoriti rakyat Malaysia termasuk aku maki-maki si Fakri ni..He was so frustrating to watch..First touch, decision making out..Yes, dia ada speed and dia bersemangat atau bos aku kate SEXCITED, tapi setiap kali dia tackle buat aku risau..macam WCQ lawan Singapore, dia tackle double footed and kena red..Fakri ni ada temper sikit..bahaya..Well you still have a lot too prove to us Fakri..Score the winner in the finals, and u'll get the support..seriously..

So, time post ni ditulis, Indonesia belum lawan Vietnam..aku malas nak tengok game diorang..lantak diorangla..Harimau Muda tak kisah jumpa siapa pun..If kita memilih lawan, tandanya kita takut which we are not!! We are the defending champion and the King of ASEAN!! Bring em all!!!

-Tanah Tumpanhya Darahku-

Friday, November 18, 2011

One step to the Finals - Harimau Muda vs Myanmar

Semi Final..Just a few more steps for us to regain the gold..Supaya kita mampu tamatkan tahun ini dengan kegemilangan..Tahun ni tak berapa bagus untuk pasukan kebangsaan..So, by winning the mother of gold dalam SEA Games is a sign that all is still good for Malaysia..Kita perlu menang..Ditambah pula dengan tahun depan kita tuan rumah untuk Piala AFF Suzuki..So, dengan memenangi Sukan SEA, kita akan membuatkan pasukan lain rasa seram-seram sejuk untuk bermain di Malaysia..

Lawan yang akan kita jumpa di Semi - Final adalah Myanmar..Pasukan Myanmar ni kalau nak kata lemah, tak boleh..nak kata kuat sangat pun tak boleh..kalau ikut ranking, kita lagi tinggi..tapi ranking hanyalah ranking..Indonesia n Thailand pun ranking lagi tinggi dari kita, tapi kita boleh je buat lauk..So, hopefully anak-anak buah Coach Ong mampu steady kan diri..maintain performance macam lawan Indonesia hari tu..Just polish sikit finishing..Setiap peluang yang ada jangan lepas..Striker mesti tambah 'SENGAT' bak kata Ajib KL Gangster..

Hari ni Harimau Muda akan bermain tanpa OKS di bangku memberi arahan..Dia akan jadi VIP hari ni..duduk atas kerusi yang empuk..aku seriously ingat dia boleh guna walkie talkie..rupanya hari ni tak boleh..Seriously? Aku rasa selama ni aku tengok EPL boleh je..Mungkin ni antara taktik celaka Indonesia untuk bagi kita kalah..so, dia terpaksa guna notes je..Tapi aku rasa Harimau Muda dah boleh tau taktik yang OKS nak guna..dia tak payah pakai walkie talkie, OKS kenyit mata je diorang dah boleh tau apa dia nak..Dia dah lama dengan budak-budak Harimau Muda ni..

Untuk hari ni aku percaya OKS akan guna taktik macam lawan Indonesia..Syahrul Azwari akan main sebelah kanan..sebab Wan Zaharul Nizam masih injured..unless dia gunakan Yong Kuan Yong, baru Syahrul Azwari boleh push ke atas jadi striker..Tapi actually walaupun SA18 nampak macam main midfield, untuk formation 4-5-1, tapi kadang-kadang dia akan jadi striker n tukar jadi 4-4-2..tapi kadang-kadang juga akan jadi 4-3-3 dengan Fandi Othman support kat kiri..hebat kan budak-budak ni? selamba tukar formasi ikut situation time game..It tanda kematangan..

So, to Harimau Muda, all the best!! beat Myanmar and penyokong-penyokong 'lalang' Indonesia yang konfirm akan support Myanmar hari ni..percaya la cakap aku..Hari tu kita dah bagi diorang senyap..Now kita bagi diorang senyap lepas tu hopefully Vietnam bagi diorang senyap terus..dah macam langau bunyik diorang ni..All the best Harimau Muda!! Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, November 17, 2011

Preview: Kenyang makan tempe



Errrrkkkkk..Kenyang pulak makan tempe,Bakso n nasi penyet tadi..Sedap betul..kenyang dan puas hati..hari tu dah pekena Tomyam..Rojak Singapore je tak jumpa yang sedap lagi dari hari tu..asyik rasa tawar je..Hahaha..aku tau korang faham apa yang aku tengah cakap sekarang..

Mood aku malam ni memang seronok..Why?kalau korang tak tau, korang either tak minat bola atau duduk dalam gua..Semua rakyat Malaysia dari ceruk mana pun mesti tau yang Garuda dah kena sembelih kat kandang sendiri..Yang paling best, tukang sembelih tu budak-budak je..Siap ada sorang umur 17 tahun n paling hebat 18 tahun dah pandai ayamkan garuda..


                                                                  kredit: sokernet.com

Aku nak sentuh secara spesifik dua player..First, Syahrul Azwari..umur 18 tahun..pakai jersi no 18..n score minit ke 18..Dia takde pun dalam first eleven asalnye..Tapi sebab kecederaan Wan Zaharul Nizam, dia terpaksa masuk..Tapi kemasukan dia memang tepat..Sebab dia dapat score the winning goal of the match..Tapi bukan setakat tu..larian dia..Dribbling dia..Memang defend indon bergegar telur bak kata bos aku..Cara dia hold ball masa dekat2 nak habis..memang rileks..tengok betul2 gol dia..Dia acah keeper..buat macam nak shoot, so keeper dah unbalanced, n baru dia shoot..by that time keeper dah tak sempat nak betulkan posisi badan dia n pasrah jela..1-0 untuk Malaysia..

Nazmi Faiz..Pemain kecik berusia 17 tahun..Serius aku respek budak ni..baya adik aku je dia..budak lain tengah bertarung dengan SPM, dia bertarung dengan provokasi 100,000 penyokong Indon yang tak reti hormat lagu kebangsaan orang lain..Untuk budak baya dia, dia sangat matang..samada dari segi mental atau corak permainan..Dia mengingatkan aku kepada pemain tengah Croatia, Luka Modric..Cara dia kontrol midfield, passing..Paling best, dia berani dribble untuk keluar dari situation bahaya..Biasanya orang akan clear je, tapi budak ni berani..Seriously, look out for this kid, he's gonna be the next big thing..

Apa yang aku kagum hari ni adalah Malaysia tak termakan langsung dengan provokasi penyokong Indon, tapi player Indon plak yang macam terikut2..Habis semua orang diorang nak tackle..Terlampau cepat nak attack..Takde idea..Diorang ingat Muslim dengan Fadhli Shas tu pendek ke diorang nak main crossing? Indonesia terlampau gopoh menyerang sampai takde idea nak tembus defend kita..Kalau bukan sebab kita mensia-siakan peluang, rasanya by minit ke 70 dah kosong GBK tu..

So, kepada anak-anak buah Coach Ong, teruskan perjuangan anda walaupun Coach Ong kena ban..jangan jadi macam Indonesia, tak menang piala takpe, asalkan menang lawan Malaysia..Jangan ikut mentaliti dunia ketiga diorang..Pergi tengok bola pakai batik konon..nak provok atau memang diorang kerja kena pakai batik macam orang kerja Gomen kat Malaysia?Hahaha..

Lepas ni kita jumpa Myanmar..jangan terkejut kalau ramai orang Indonesia menyamar jadi Myanmar plak lepas ni..n if kita menang lawan Vietnam, semua penyokong Indonesia akan convert nationality jadi Vietnamese pulak..diorang kan memang suka naturalisasi ni..Kalau boleh, nak semua player dia dari luar..Well, we dont need that..walaupun negara kita lagi kecik dari dia, kita tetap mampu hasilkan player-player berbakat macam skuad Harimau Muda ni..So, Good Luck Boys!!!bring back the gold!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, November 16, 2011

Tonight, We Dine In Hell!!!


Are you ready?Seriously, are you ready comrades? Tonight, we dine in Hell!!! haha..starting mesti mau gempak..Malam ni, kita akan bertemu Indonesia lagi dalam usaha kita nak pertahankan gold medal sukan SEA..Macam biasala, macam-macam provokasi dah keluar dari diorang..Bukan setakat Bola Sepak je, semua acara Sukan SEA yang melibatkan atlet Malaysia, semua diorang nak boo..Bodoh and very unsporting..Diorang ni akal letak kat lutut gamaknye..Diorang boo bukan sebab Sukan, tapi sebab lain..Stupid is'nt it? jangan campur adukkan Sukan dengan benda-benda lain..Kalau macam tu, kenapa masa diorang lawan Belanda dulu, diorang tak maki2 Belanda sebab jajah diorang? Ini bukan setakat tak maki, siap ambik player2 naturalisasi yang ada darah Belanda siap..Bodoh kan?

If kita ikut diorang, then takkan adala siaran EPL kat Malaysia..sebab kita marah diorang jajah kita dulu..takkan adalah Playstation atau apa2 teknologi dari Jepun sebab dulu diorang bunuh rakyat Malaysia time jajah Tanah Melayu dulu..Kalau lawan Indonesia, kita boo sebab diorang berlagak n solely atas sebab2 kesukanan..Kita bukan boo diorang sebab diorang masuk Malaysia tanpa izin..Kita tak boo diorang sebab bawak lari anak gadis kita ke Lombok..Kita tak boo diorang sebab merompak dan macam2 jenayah kat Malaysia yang melibatkan orang Indonesia..Sedangkan benda2 tu facts!! yang diorang dok tuduh kita tu, benda2 yang tak dipastikan lagi..Lagu Negaraku? suka hati je claim diorang punya..padahal ada je dalam catatan sejarah yang lagu tu asal dari Perancis and Hawaii (tapi tak sure)..Pasal isu Pulau-pulau, Pulau tu kat sempadan kita dan Indonesia..So, kira both ada hak nak tuntut.Bukannya pulau tu tengah2 Jakarta..Pulau yang ada pun tak terjaga, sibuk nak claim pulau2 lain plak diorang..


Aku malas nak state fakta2 yang takde kaitan sukan..ni blog sukan..So, aku stick pada sports..So, anak-anak buah Coach Ong, get readyla..Ambik semangat cerita 300..300 askar mampu beat tentera yang lebih ramai..Macam tu la kita malam ni..kita bukan setakat lawan player Indonesia atas padang..tapi juga provokasi dari penyokong2 diorang..daripada provokasi tu kemungkinan akan membolehkan pengadil terikut..so jangan buat tackle2 yang bodoh..benda tu mungkin kecik, tapi atas sebab provokasi, silap2 boleh kena kad merah..Tengok jela macam masa diorang lawan Thailand..So, concentration tu penting..tak dinafikan, kalau bukan sebab provokasi pun, Indonesia ada pemain-pemain yang hebat..Titus Bonai, Diego Michels..Winger diorang laju..So, mark habis2..jangan bagi diorang beat..Wing kena tolong Fullback..Jangan kerja tunggu atas je..We must defend from the front..Sebab tu aku rasa dalam game ni kita kena pakai Izzaq..Biar dia hold bola kat atas n let others in play..

Player2 kita mesti fokus..disiplin..Kuatkan mental..jangan alpa walau sesaat..tak perlu takut dengan Indonesia..Ingat, dalam semua pasukan u-23 kat ASEAN yang bertanding, kita je yang layak ke peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik..itu je dah boleh buktikan kekuatan kita..We have the strength..Now show it!!!
Kepada Ong Kim Swee dan Harimau Muda, kami di Malaysia akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian!!
Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, November 14, 2011

Jualan Tiket untuk Kelayakan Olimpik 2011


JUALAN TIKET ONLINE SUDAH DIBUKA : online.tickethotline.com.my

2012 Olympic Qualifying

*Malaysia in grouping with Syria, Bahrain and Japan.
... Malaysia Vs Syria
Date:23 November 2011
Time:8.45pm
Venue: Stadium Bukit Jalil
Ticket :RM40.00(Grandstand) , RM20.00 (Adult) , RM5.00 (Children below 12 years old)

Malaysia Vs Bahrain
Date:27 November 2011
Time:8.45pm
Venue: Stadium Bukit Jalil
Ticket :RM40.00(Grandstand) , RM20.00 (Adult) , RM5.00 (Children below 12 years old)

Malaysia Vs Japan
Date:22 February 2012
Time:8.45pm
Venue: Stadium Bukit Jalil
Ticket :RM40.00(Grandstand) , RM20.00 (Adult) , RM5.00 (Children below 12 years old)

Perang Harimau Muda vs Garu dada

The time has come..Harimau vs Garuda...part ke berapa aku pun tak boleh nak kira dah..dari zaman Majapahit dengan Sri Vijaya lagi kita dok bergaduh dengan diorang..Tak kirala isu apa pun..ada je benda yang kita gaduh dengan diorang..macam-macam diorang tuduh kita..Malingla..pencuri la..Penciplakla..macam-macam kata nista la diorang campak kat kita..kitala paling bangang..kitala paling bodoh..kita penipu..suka main laser..Habis semua dia maki..Tak cukup dengan maki, diorang semak kat blog2, fb n twitter mengutuk Malaysia..especially tahun lepas masa Piala AFF..

Haha..teringat aku tahun lepas..punyala berlagak Indonesia masa dapat belasah kita masa 1st game..habis semua page Malaysia kat facebook diorang spam..kutuk baik punye..time tu kita telan jela..tapi kita terima hakikat kita main teruk time tu..kita tak tuduh diorang main bomoh or apa...kita just kata Harimau Malaya deserve to lose n Indonesia deserve to win..Tapi kontra dengan apa yang berlaku masa final..especially masa kita menang kat Bukit Jalil..Aku takkan lupa hype nye Indonesia time tu..daripada sekecik-kecik penulis blog picisan, facebookers dan twitter fanatics sampaila ke media massa Indonesia..Habis semua cakap kita penipu..pencurang..main laser..sampai ada gossip kata Malaysia upah bomoh!!!!!hahaha..itu paling kelakar..Bukan setakat orang biasa, artis2 diorang pun join mengutuk..Julia Perez siap warning kata nak pakai bra laser!!

Time tu memang seronok..memang panas pertembungan dengan Indonesia..Harimau Malaya vs Garuda tak sama macam Harimau Malaya vs Singa or Harimau Malaya vs Gajah Putih...walaupun semua tu musuh tradisi kita, tapi pertembungan Malaysia vs Indonesia lebih panas..maybe sebab sejarah kita dengan Indonesia..pasal konfrontasi..kalau tak, takkanla anak-anak buah King Rajagopal sampai kena naik barracuda pegi stadium..Even time SEA Games sekarang pun kita diprovokasi macam2..Kita dicemuh, di boo setiap kali bermain..Penyokong Indonesia akan menyokong mana2 team yang lawan kita..tak kirala Thailand, Singapura, hatta Timor Leste sekalipun..Diorang jadi "Anything but Malaysia"..

So, apa yang anak-anak buah Coach Ong kena buat Rabu ni? senang je..main simple..pegang posession..jangan terikut dengan rentak diorang..Biar diorang ikut rentak kita..Penyokong diorang? buat pekak je..Jangan layan noisy neighbour kita tu..Biasala, diorang tak pernah jadi Juara ASEAN, so memangla menggelabah sikit..Untuk rabu ni, musuh sebenar kita adalah mental kita..Kuat mental kita, takda masalah untuk menang..I know we can do it..Kita juara bertahan, and it's time to show who's the boss!! bagi senyap Gelora Bung Karno tu!!!Good luck Harimau Muda!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, November 13, 2011

Dua permainan berbeza

Ok..Harimau Muda 4-1 Kemboja.. Great result but not the performance especially the 2nd half..Ini bukan nak kondem, just nak kata we can do better dan kita boleh do better sebab aku tengok masa lawan Thailand hari tu..Kita boleh main lawa n menang lawa macam lawan Thailand hari tu..Hari ni? Kita menang dan dapat 3 mata..3 gol masa first half, satu gol secong half..scorer adalah Izzaq Faris, Baddrul Bakhtiar 2 bijik ( 1 daripada penalti) dan Wan Zaharul Nizam a.k.a Kecik..

Ok, first half agak slow..tapi posession kita pegang..sampai tahap ada satu time tu kita pegang 73% of the posession..dah macam Spain..Simple and short pass..and sekali sekala long pass..Cross dari Yong Kuan Yong memang cantik..tinggal nak header je..nasib si gergasi Izzaq Farris ada..Walaupun agak lembap tapi efektif permainan kita..Player Kemboja terkial2 nak kejar bola..Nazmi Faiz once more membuka mata semua orang dengan permainan menarik..cara dia control midfield n distribute bola memang smart..dah macam Luka Modric..Lepas tu Baddrul score..2 bijik..satu bola melantun depan GK Kemboja..Second,penalty lepas Izzaq kena tarik baju time nak header bola..tenang je dia ambik penalti..3-0..

Second half kita dah mula lain macam..Kemboja awal-awal dah attack..Kita pulak dah mula takde idea walaupun second half kemboja tak main defensive..diorang attack untuk dapatkan gol..Dari awal game aku dah agak bahkan banyak pihak dah sebut, musuh kita dalam game ni bukan kemboja, tapi over confident..Second half kita tak main as a team tapi as individuals..masing2 nak score..Semua nak shoot..semua nak dribble..team work dah bersepah..mental strength dah out..Last2 bolos..Boleh nampak beza..Baddrul dah mula abaikan rakan2 bila depan gol..A.Thamil Arasu mengecewakan..Performance second half macam masa lawan Singapore..Nasib baik last2 kecik score..curling shot plak tu..

Ok, apa yang berlaku sebenarnya second half tu? kenapa tiba-tiba kita jadi macam tu? adakah sebab sibuk nak kejar gol sebab takut jumlah jaringan jadi penentu?kalau ye pun, perlu ke main secara individu? Football is a team sport..We will never win if we play it on our own..Sebab tu bekas pemain Belanda pernah komen pasal perbezaan performance Messi untuk Barca dan Argentina..kenapa Messi lagi bagus dengan Barca berbanding Argentina? sebab Barca main as a team, tapi Argentina yang penuh dengan star, semua main solo..Kita tak boleh harapkan sorang untuk menang..Semua 11 player dan simpanan kena main peranan..

So, nasihat aku untuk pertemuan menentang Indonesia nanti..Tengok balik performance korang masa lawan Thainlad hari tu..Macam mana persefahaman dan togetherness korang buat Thailand gigit jari..Bermati-matian defend bersama-sama..Dari striker sampaila ke GK semua fight untuk pasukan..So, kembalikan performance yang tu..I know you can do it..You have the talent..now what you need are the right spirit,togetherness, discipline,focus and mental strength..Tunjuk kat Indonesia tu siapa Raja dan team mana yang ada Ong!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, November 10, 2011

Preview: Harimau Malaya vs India



Ahad ini Skuad Harimau Malaya akan menentang India di Indira Gandhi Athletic Stadium. Ada live atau tidak, aku tak sure sebab pada hari yang sama Skuad Harimau Muda akan menentang Kemboja dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Sukan SEA 2011..

So, ada 2 game berbeza untuk peminat bola sepak Malaysia..Sukan SEA dah konfirm ada Live..Hopefully Harimau Malaya vs India ni pun ada Live jugak..probably time yang berlainanla..Harap-harap diorang main lepas Harimau Muda punye match atau sebelum..Barula football filled Sunday!!lepas satu game, tengok game yang lain plak..tak pernah dibuat kat Malaysia melainkan EPL je..Sekali-sekala dapat game berturut-turut pun best jugeee..

Senarai Pemain dah keluar dengan beberapa muka baru dibawa masuk macam Jeevanathan GK Selangor, Mazlizam Muhamad (Terengganu)Mohd Faizal Muhamad (N.Sembilan), Amirizwan Taj Tajuddin (UiTM), Shahurain Abu Samah (N.Sembilan) Faizal Abu Bakar (Kedah) dan Shahrizal Saad (Johor FC)..

Apa yang penting skuad Harimau Malaya tak boleh pandang rendah India..Walaupun India lebih terkenal dengan Kriket, tapi tak bermaksud bola diorang tak power..Ingat Baichung Bhutia? pemain Import Perak yang sebelum tu main dengan East Bengal..Dia pernah mewakili India..Aku tak sure dia main lagi untuk India ataupun dah bersara..Yang aku tau dia still main kat Liga India..Dan India pernah jadi Naib Juara Piala Asia 1964 dan merupakan Pasukan Asia pertama layak ke semi-final Sukan Olimpik pada tahun 1956.. Mereka juga pernah merangkul pingat emas acara bola sepak di Sukan Asia 1962 dengan menewaskan Korea Selatan 2-1.

So, kepada Harimau Malaya, all the best!! semoga kita akan beroleh kemenangan dalam kedua-dua game ni..Inilah masa untuk naikkan balik semangat dan tarik balik penyokong!! Harimau Muda boleh main cantik n beat Thailand so korang pun boleh!!! Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Senarai Pemain Harimau Malaya vs India

Senarai 26 pemain Malaysia untuk pertemuan dengan India pada November 13 dan 16, 2011 di India. 
Latihan pusat bermula November 1, 2011




Penjaga gol : 
Gunasekaran Jeevanathan (Selangor)
Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)

Pertahanan : 
Mohd Nasriq Baharom (Selangor)
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Norhafiz Zamani Misbah
Mohd Faizal Muhammad (Negeri Sembilan)
Mazlizam Mohamad (Terengganu)
Abdul Aziz Ismail
Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan)
Mohd Azmi Muslim (Kedah)
Amirizwan Taj Tajudin (UiTM)

Tengah : 
Mohd Bunyamin Umar
Mohd Shafiq Rahim (Selangor)
Kunalan Subramaniam
Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan)
Mohd Ashaari Shamsuddin
Joseph Kalang Tie (Terengganu)
Suppiah Chanturu (Kelantan), 

Amar Rohidan (Kedah)

Penyerang :
Abdul Hadi Yahya
Khyril Muhymeen Zambri
Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)
Shahrizal Mohd Saad (Johor FC)
Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya, Indonesia) 



-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, November 9, 2011

Siapa kata Gajah lagi kuat dari Harimau?

Finally!!! Performance yang sangat best dan world class!! itu sebenarnya yang kita nak tengok sejak dari Lawan Singapondan hari tu!!! Simple pass,posession, main dengan penuh determination, counter attack yang menarik (walaupun banyak peluang disia-siakan), tapi at least tadi kita tunjuk yang kita tak takut dengan sape-sape!!!

Mungkin first game hari tu kita tak panas lagi atau gemuruh sebab first game dah lawan Singapondan walaupon kalau ikutkan sebenarnya selaku juara bertahan, kita kena lawan Kemboja..Tapi biasala, Indon kan takde telur..so, macam-macam cara dia buat nak jatuhkan kita..dengan ubah masa training, halau Coach Ong masa dia tengok game Indon sampaila ke penyokong Indon jadi lalang pegi support Singapondan masa lawan Malaysia hari tu..Agaknye diorang same-same geng..Kan dua-dua suka ambik player naturalisasi.

Dah, aku malas nak cakap pasal Indon..Itu tunggu lawan diorang nanti..Yang aku tau, tadi dari Goalie sampai ke striker semua mantap..Yang paling aku salute adalah Mohd Nazmi Faiz..Player umur 17 tahun tu!! tapi main gempak..Siapa kata takde future bola sepak kita? Malangnya dia injured plak time game tu..Memang mantap budak ni..

Kali ni Coach Ong tolak Syahrul Azwari ke depan untuk jadi striker..lawan Singapondan hari tu dia main wing..Aku dah nampak dah si Syahrul Azwari ni elok letak striker..Dia actually boleh jadi macam Mat Yo..Dribbling dia smart..Tapi dia tinggi n pandai guna badan nak shield bola..Kalau ikutkan dia boleh score banyak gol..

Kapten Pasukan, Baddrul Bakhtiar, memang superb..cara dia dictate game, control posession, passing..memang style..Set piece dia memang accurate..Aku rasa dalam Sukan SEA ni, semua free kick dia on target..Cuma tak masuk je..harap lawan Indon nanti dia akan score freekick..

Fakri Saarani walaupun ramai yang maki dia, hari ni dia improve sikit..Ada nampak kesungguhan..tak macam first game, lembap, pemalas dan macam-macam lagi..Game kali ni dia nampak berani..Dribbling, shooting,tackling (walaupon bersepah), tapi nampak effort dia..Good for you Fakri but still need a lot to do to convince us..

Apa-apa hal aku terhibur tengok game tadi..Rasa tak sedap makan rojak Singapore terubat dengan kelazatan Tom Yam dan nasi goreng Pattaya..Lepas ni nak makan ayam penyet n tempe pulak!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, November 7, 2011

Kita memang tak suka easy road, we like it adventurous..

90 minit yang mengecewakan..itu je yang mampu aku ungkapkan..Kita tak kalah..kita seri..Seri sebenarnya membuatkan Harimau Muda pilih jalan susah untuk mara ke peringkat seterusnya..Bukan nak kata kita tak boleh, tapi susah..especially kalau kita main macam tadi..

Penjaga gol,defend aku tak nak usik apa-apa sebab diorang dah buat kerja diorang iaitu pastikan tak bolos..dan sekali sekala tolong attack melalui Fandi Othman dan Asraruddin Putra..Midfield first half terlampau deep..Gurusamy dengan Syukur belum serasi rasanya..dan kita takde creative player tadi..Creative player yang mampu membuat killer pass..Syahrul Azwari..aku suka tengok dia main..Skillful,berani nak attack..Ada skali tu dia gentel sekali 2-3 player singapondan..Cerah masa depan budak ni..Cuma kena tough kan badan..Striker jangan cerita..aku kecewa..First touch, control ball, shooting..aku rasa A.Thamil Arasu je yang shoot..Fakri? dont let me start on him..Aku tak nak kritik player Malaysia..Ramai dah orang yang jadi tukang kritik ni..Tapi kalau tengok Fakri main, aku rasa macam nak maki..Semua serba tak menjadi..Aku rasa if Izzaq yang main, at least dia boleh guna body dia untuk hold up ball untuk Baddrul Bakhtiar..

Baddrul Bakhtiar bagi aku Man Of the Match..Free kick dia ala Ronaldo..Padu tapi on target..First timer dia sket lagi nak masuk gol..Kalau dia terus main macam ni untuk semua game, dia mampu bawak pegi team Malaysia..Yang lain kena step up to the plate..Especially striker..Takkan nak harap midfield je score..Please prove me wrong..especially Fakri..Overall, Harimau Muda kena tunjukkan yang latihan kat Slovakia bukan sekadar makan angin..Kalau tak, aku berani jamin ramai lalang yang akan keluar statement kata Latihan kat Slovakia tu membazirkan duit rakyat..

Kepada Coach Ong, we are still on your side..We need to wake up..2nd half dah ada improvement berbanding first half..Tapi takkan nak tunggu 2nd half baru nak attack?Kita kena serang dari mula! bagi cuak sikit team2 yang nak lawan kita!! Kita pemenang pingat emas Sukan SEA dan Juara Asia Tenggara!!Diorang takut dengan kita!! Tunjukkan taring sebenar kita masa lawan Thailand nanti! Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, November 6, 2011

Preview: The Road to reach the Gold Pt 1

Pukul 5 petang ni bermulalah usaha untuk defend Pingat emas Sukan SEA yang kita menang tahun 2009 kat Laos hari tu..Tambah plak dengan matlamat nak balas dendam balik skuad senior kalah dengan Singa Pondan tu..Kali ni mesti mau ajar sikit..Team Singapore yang ni rasanye takde player import kot..Tapi kita tak boleh ambik ringan..Kita kena menang, tak boleh seri atau kalah..Kita dalam group of death dengan Thailand and Indonesia..

Skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee sepatutnya takde alasan untuk tak membawa pulang Pingat Emas Sukan SEA..bukan nak letak pressure pada diorang..tapi aku rasa dari segi preparation, kita paling mantap..siap hantar pegi Slovakia..n ramai player yang menang Piala AFF Suzuki ada dalam team tu..Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra n Mahali Jasuli.. Ditambah pulak dengan kapten baru Baddrul Bakhtiar..So, nonsense if kita tak lepas group stage..Kita perlu menang Pingat Emas..Apa gunanya kita menang 60 Pingat kat Sukan SEA kalau tak menang pingat emas acara bola sepak..

Satu player yang aku tak sabar nak tengok adalah Yong Kuan Yong..maybe sebab dia player KL, tapi aku ada feeling yang dia bakal jadi regular set up untuk team Kebangsaan..Aku bukanla nak kata aku ada 6th sense, tapi sebelum ni aku ada perasaan yang sama amsa tengok Mat Yo n Wan Zack Haikal..Diorang ada flair..So, aku rasa YKY ni akan jadi watak penting untuk bantu kita menang Pingat Emas Sukan SEA..

Lagi satu player adalah Wan Zaharul Nizam a.k.a Kecik..Dia ni macam Aaron Lennon..Laju..skill ada..tapi still kena polish..Dia ni aku rasa tak lama lagi main untuk Kelantan ni..haha..Maybe aku ni jenis suka tengok player yang laju n skillfulll tapi aku tak mengabaikan kepentingan pertahanan..Bak kata pepatah, "Forward wins you games, but defence wins you the championship"..So, Muslim, Fadhli, Mahali, Asra dan semua barisan pertahanan perlu gunakan semua pengalaman yang diorang dah kutip kat Slovakia and gunakan..

Kepada Harimau Muda, selamat berjuang..Pertahankan hak kita iaitu Pingat Emas Acara Bola Sepak Sukan SEA..dan yang paling penting, kasi ajar sama itu Singa Pondan..Tunjukkan bola sepak sebenar kat diorang..kita tak payah berlakon untuk menang..We do it by scoring goals!! So, Good luck kepada coach Ong dan anak-anak buahnya!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, November 2, 2011

Senarai Pemain Ke Sukan SEA


Senarai Akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2011

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat(nc) , Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Asraruddin Putra Omar, Muhammad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamad Fandi Othman.

Tengah: Mohd Irfan Bin Fazail, Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Gurusamy Govandar Kandasamy, Baddrol Bakhtiar(c), Yong Kuan Yong, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Abdul Shukor Jusoh.

Penyerang: Thamil Arasu A/L Ambumamee, Ahmad Fakri Saarani, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Farris Ramlan.
 
Digugurkan: Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat (kedua-duanya injured)
 
-Tanah Tumpahnya Darahku-