Tuesday, July 12, 2011

What's happening next season?

Hari ni berlangsungya satu mesyuarat yang penting yang menentukan hala tuju bola sepak negara..Semuanya untuk memastikan bola sepak Malaysia terus mantopppp...Ok, ape yang diorang bincangkan?setakat yang aku tau, ade 3 benda..

  1. Pemain Import kembali- Setelah lame menghilang, pemain import akan kembali mewarnai kancah liga bolasepak Malaysia..Mungkin lepas satu demi satu pasukan kita menarik diri dari Piala AFC, FAM akhirnya membuat keputusan untuk mengembalikan pemain import..Tapi ada syaratnye..pemain import dari negara-negara Asean dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua..Selain itu, dalam tempoh dua tahun ni, pemain2 dari Liga Singapura, Thailand dan Indonesia tak dibenarkan diambil..sebab ape, aku tak tau..
  2. Skuad Harimau Muda akan bermain dalam Liga Singapura tahun depan-sebelum ni mereka pernah bermain di Singapura tapi hanya untuk Piala FA mereka..Skuad muda Singapura akan menggantikan tempat Harimau Muda dalam Liga Super..
  3. Liga Super akan kekal 14 pasukan- sebelum ni ade rumours kate Liga Super akan jadi 12 team sahaja..oleh itu mengamukla PKNS dan Sarawak sebab dah penat berjuang untuk layak, tapi tiba-tiba nak kansel plak..aku pon marah camtu..tapi nasib baik mantain 14 team dengan Perlis dan Pahang akan turun ke Liga Perdana..
so, dengan terjawab segala benda ni, diharap Liga Super akan bertambah mantap..secara tak langsung akan melahirkan batch2 baru Harimau Malaya yang mampu menaikkan nama negara..Janganla lepas ni banyak pulak suara-suara sumbang..kita wait and see dlula..jangan terus terjah bro..yang penting sokongan kita masih diperlukan..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Harimau Malaya vs Meriam London

Bagi anda yang malas atau tak berminat nak pergi tengok perlawanan Malaysia vs Arsenal, ape kate anda lepak di rumah atau kedai mamak tengok Stadium Astro je..


Malaysia vs Arsenal FC

Time: 8.45 malam

Channel: Astro Supersport 3 (817)

TV1 masih takde ape2 info yang mengatakan diorang akan siarkan..tapi biasenye kalau Astro da amik, RTM takkan amik..

so, pegila mapley ye..pada sesiapa yang ade kat area Wangsa Maju,Setapak or yang berdekatan Wangsa Maju, aku akan berada di NZ curry house..blog ni xdela besar mane, so xdela aku nak buat event ke ape2..tapi agak2 jumpe tu nak lepak skali, no problem..yang penting support tetap support!!!


-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, July 11, 2011

Harimau Malaya vs Meriam London

13 Julai ni, Harimau Malaya bakal berdepan meriam dari London bimbingan The Professor, Arsene Wenger..Anak-anak buah Dato' K.Rajagopal bakal berdepan dengan pasukan yang mempunyai corak permainan passing..sesuatu yang berbeza dari pasukan-pasukan yang biasa kita temui..Seperti yang peminat bola sepak selalu tengok, corak permainan The Gunners ni, mereka selalu main short pass dan control tempo permainan..Corak permainan mereka cantik..Cantik, tapi tak semestinya tak boleh dikalahkan..Banyak je team kat EPL yang boleh beat Arsenal..Arsenal ni satu je masalah die, if plan A tak jadi, diorang takde plan B..so, If anak buah K.Rajagopal mampu merencatkan pasukan Arsenal ni, konfirm kita boleh menang..


Sudah semestinya sejarah pernah membuktikan bahawa Arsenal tak kebal bila lawan Harimau Malaya..zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dulu, Harimau Malaya pernah akikah Arsenal dengan keputusan 2-0..so, dengan semangat yang waja dan taktikal tersusun, anak buah King Raja boleh bagitau kat budak-budak Arsenal ni yang Harimau Malaya bukan pasukan untuk diorang nak training..we mean business and we will eat you up!!!



Jadi, kepada anak buah King Rajagopal, ayuh buktikan kepada dunia bahawa kita sudah semakin hebat!!kita sudah berjaya ke peringkat Kumpulan Olimpik London 2012 dan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia..kita juga Juara Sukan SEA dan ASEAN..kita bukan kecil anak, kita HARIMAU MALAYA!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, July 7, 2011

Undian Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012



Pukul 3 tadi berlangsunya undian bagi peringkat kumpulan untuk Kelayakan Olimpik London 2012 Peringkat Asia..Anak-anak buah Ong Kim Swee merupakan pasukan dengan ranking terendah dan satu-satunya wakil Asia Tenggara dalam Pusingan Ketiga..Harimau Muda bakal menjadi pasukan underdog dalam peringkat ini, tapi mereka perlu ingat, kita bukan underdog, kita Harimau Malaya!!



Harimau Muda telah diundi dalam kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria..kalau dilihat, mungkin ade peluang buat anak-anak buah coach Ong..Jika mereka diletakkan dalam Kumpulan A,mereka perlu berdepan dengan Korea Selatan dan Arab Saudi..Kumpulan B pula,Australia dan Iraq..Coach Ong perlu mula merangka strategi bagi berhadapan saingan peringkat ini..Setakat ini, bagi persediaan awal, Harimau Muda akan berdepan Chelsea dalam perlawanan persahabatan..Kemudian, mereka akan ke Slovakia lagi untuk berlatih dan terlibat dengan liga Slovakia..Dari segi preparation, no problem..but, banyak aspek lagi yang perlu dipertingkatkan..

Antaranya adalah fizikal dan mental pemain perlu diperkuat lagi..Lagi best kalau player kita dapat toughkan badan..barula fight sket..contoh macam Wan Zack Haikal, die dah ade skill n speed, so if die dapat tegapkan badan lagi elok..Then, Coach Ong kena mula cari option untuk striker..Izzaq, Shahrul Azwari n Ahmad Fakri belum cukup mantap..Kita kena cari lagi striker muda..Bukan ape, untuk mase depan Harimau Malaya jugak..

Ini jadual untuk Perlawanan Peringkat Kumpulan Pusingan Kelayakan Olimpik London 2012

Jadual penuh Perlawanan Malaysia:

21 september Jepun vs MALAYSIA


23 September MALAYSIA vs syria


27 November MALAYSIA vs Bahrain


5 february Bahrain vs MALAYSIA


22 February MALAYSIA vs Japan


14 March Syria vs MALAYSIA


Tertakluk kepada pindaan dan perubahan..







So, marilah kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil dan berikan sokongan kepada Harimau Muda!!!
Aummmmmm!!!!


-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, July 6, 2011

Penentuan Takhta Liga Super Malaysia 2011



Malam ini bakal menjadi detik penentuan bagi tiga pasukan untuk bergelar Juara Liga Super 2011..Kelantan, Terengganu dan Selangor perlu menang jika mahu menjuarai Liga Super pada tahun ini..Kelantan pastinya mahu menang Trofi Liga Super pertama mereka yang juga merupakan trofi kejuaraan liga yang pertama bagi The Red Warriors sejak Liga Malaysia ditubuhkan..Terengganu pula yang mengamalkan corak permainan menyerang mahukan kejuaraan Liga Super sebagai tambahan kepada Piala FA mereka yang dimenangi ketika menentang The Red Warriors..Selangor, walaupun memiliki harapan yang tipis, tetap mahu menang setelah kecewa dalam kancah Piala FA



Kelantan

Skuad The Red Warriors akan bertemu Sabahawks di Stadium Likas dalam aksi terakhir liga yang merupakan perlawanan paling mudah berbanding pesaing-pesaing mereka..Kelantan yang seri dalam perlawanan mereka menentang Sabah dalam pertemuan di Kota Bharu pasti mahu menang demi mengesahkan kejuaraan biarpun seri sudah memadai..Skuad The Red Warriors ketika ini kelihatan agak terumbang ambing prestasi mereka, apatah lagi dengan NorShahrul Idlan Talaha masih belum cergas sepenuhnya..Jika tiada sebarang kejutan, Kelantan secara meritnya bakal menjulang trofi liga Super pada tahun ni..Namun dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi..



Selangor

Di antara ketiga-tiga pasukan, The Red Giants memiliki laluan yang paling sukar kerana terpaksa berdepan dengan Skuad Seladang di bawah bimbingan Norizan Bakar..Pertemuan All Star ini bakal menyaksikan pertembungan taktikal di antara K.Devan dan Cikgu Jan..Perak yang bakal bermain di hadapan penyokong sendiri sudah semestinya sukar untuk ditundukkan..Di Shah Alam dalam pertemuan pertama, Selangor menang 1-0 melalui jaringan skipper Harimau Malaya, Safiq Rahim..Selangor perlu mengharapkan Kelantan tewas bagi mereka merangkul trofi Liga Super..



Terengganu

Skuad Peteh pula akan berdepan skuad Felda United di Stadium Cheras..Felda United walaupun tidak menentu prestasi mereka, tetap merupakan ancaman..Dibarisi pemain-pemain seperti Hamsani Ahmad, Liew Kit Kong,Juzaili Sameon, Khairunnisam Sahabuddin dan Azi Shahril Azmi tetap mampu mencipta kejutan..Pertemuan mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan Skuad bimbingan Irfan Bakti ini hanya mampu menang 1-0 melalui jaringan Abdul Hadi Yahaya..Terengganu hanya mampu memenangi Trofi Liga Super jika Kelantan tewas dalam perlawanan menentang Sabah dan Selangor tewas menentang Perak

Prediction: Kelantan Juara Liga Super 2011



Kasut Emas







Persaingan bagi merangkul top scorer dalam liga Super 2011 turut menjadi perhatian dengan persaingan juga di antara Kelantan dan Terengganu..Dua striker Kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahaya bakal bertarung untuk merebut kasut emas Liga Super 2011..Mat Yo menjaringkan 17 gol setakat ini sementara Hadi menjaringkan 16 gol..pesaing terdekat mereka adalah Abdul Manaf Mamat juga dari Terengganu dengan 12 gol..jika Mat Yo dan Hadi tak score malam ni dan Manaf dapat score 6 bijik barula die boleh menang..

Prediction: Abdul Hadi Yahaya (Terengganu)

Saingan Liga Super bakal menutup tirai malam ni, so, kita boleh ubah fokus kita ke Perlawanan Harimau Malaya terutamanya dalam pertembungan menentang musuh ketat yang juga jiran terdekat kita iaitu Singapura..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, July 3, 2011

Review: Harimau Malaya vs Taiwan vs Referee

Ok,kalau korang bace headline aku, mesti korang pelik sebab ade tambahan..well, if korang tengok game lawan Taiwan tadi,korang akan faham..rasenye nasib malangla ref tu sebab kena maki n sumpah seranah dengan penyokong Harimau Malaya arini..

Ape-ape pun aku mulakan dengan ucapan tahniah buat skuad Harimau Malaya kerana berjaya layak ke peringkat seterusnya untuk Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 Peringkat Asia..tapi berdasarkan persembahan anak-anak buah Dato' K.Rajagobal dalam dua perlawanan menentang Taiwan ini, masih banyak perlu diperbaiki..Harimau Malaya perlu menguatkan mental mereka jika mahu lebih hebat..Kita boleh lihat tadi bagaimana kita tertekan apabila diasak dan berdepan dengan pemain-pemain Taiwan yang suke bersimulasi dan pengadil yang mudah percaya dengan lakonan pemain Taiwan..Sebenarnya benda ni boleh elak,kalau kita main macam biasa, control posession, mereka takkan ada peluang untuk diving..Sebagai contoh, Sepanyol dan Barcelona, pemain pasukan lawan sibuk mengejar bola hingga tiada peluang nak diving..Kita dah ade taktikal yang mirip Sepanyol,iaitu dengan hantaran pendek dan posession control..tapi perlu diperkemas lagi..

Sharbinee perlu lebih tenang..ape yang membezakan Apek dan Sharbinee pada penilaian aku adalah Apek lebih tenang dan mampu mengawal barisan pertahanan..Sharbinee walaupon seorang shot stopper yang bagus, masih perlu mantapkan lagi komunikasi dengan barisan pertahanan dan mengawal tempo permainan..Adakalanya beliau boleh melambatkan game,tapi tidak..Walau bagaimanapun, die tetap hero kerana berjaya menepis sepakan penalti pemain Taiwan..

Pemain Taiwan, aku malas nak cakap banyak..Mungkin sebab diorang dekat dengan Hong Kong, so diorang berlakon banyak kuat..kena touch sket berguling..macam sepakan penalti ketiga..Pemain Taiwan tu ketara menjatuhkan badan, tapi sebab ref tu cibai, so die bagi penalti..Kepada pemain Taiwan, kami tak perlu bantuan ref untuk menang..so, belajar balik apa itu Fair Play..dan kepada ref dari Vietnam tu,if kau mengadili game Malaysia kat Bukit Jalil, siapla ko..

Kepada pemain Malaysia, now da lepas 1st round..so, kita perlu mantapkan lagi pasukan bagi berhadapan dengan musuh ketat kita iaitu The Lions@Singapura..so,marilah kita mengasah taring kita untuk membaham sang singa!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, July 2, 2011

Jom berikan sokongan kita!!

Hari ni Skuad Harimau Malaya akan berdepan Taiwan sekali lagi bagi 2nd leg untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 peringkat Asia..

Masa:7 malam

Saluran: Astro Arena 801 dan RTM TV1 (101 di Astro)

Jadi, kepada semua rakyat Malaysia, jom kita berikan sokongan padu buat pejuang-pejuang kita di sana dengan harapan kita akan mara ke peringkat seterusnya!!hidup matiku Malaysia..

-Tanah Tumpahnya Darahku-