Sunday, November 13, 2011

Dua permainan berbeza

Ok..Harimau Muda 4-1 Kemboja.. Great result but not the performance especially the 2nd half..Ini bukan nak kondem, just nak kata we can do better dan kita boleh do better sebab aku tengok masa lawan Thailand hari tu..Kita boleh main lawa n menang lawa macam lawan Thailand hari tu..Hari ni? Kita menang dan dapat 3 mata..3 gol masa first half, satu gol secong half..scorer adalah Izzaq Faris, Baddrul Bakhtiar 2 bijik ( 1 daripada penalti) dan Wan Zaharul Nizam a.k.a Kecik..

Ok, first half agak slow..tapi posession kita pegang..sampai tahap ada satu time tu kita pegang 73% of the posession..dah macam Spain..Simple and short pass..and sekali sekala long pass..Cross dari Yong Kuan Yong memang cantik..tinggal nak header je..nasib si gergasi Izzaq Farris ada..Walaupun agak lembap tapi efektif permainan kita..Player Kemboja terkial2 nak kejar bola..Nazmi Faiz once more membuka mata semua orang dengan permainan menarik..cara dia control midfield n distribute bola memang smart..dah macam Luka Modric..Lepas tu Baddrul score..2 bijik..satu bola melantun depan GK Kemboja..Second,penalty lepas Izzaq kena tarik baju time nak header bola..tenang je dia ambik penalti..3-0..

Second half kita dah mula lain macam..Kemboja awal-awal dah attack..Kita pulak dah mula takde idea walaupun second half kemboja tak main defensive..diorang attack untuk dapatkan gol..Dari awal game aku dah agak bahkan banyak pihak dah sebut, musuh kita dalam game ni bukan kemboja, tapi over confident..Second half kita tak main as a team tapi as individuals..masing2 nak score..Semua nak shoot..semua nak dribble..team work dah bersepah..mental strength dah out..Last2 bolos..Boleh nampak beza..Baddrul dah mula abaikan rakan2 bila depan gol..A.Thamil Arasu mengecewakan..Performance second half macam masa lawan Singapore..Nasib baik last2 kecik score..curling shot plak tu..

Ok, apa yang berlaku sebenarnya second half tu? kenapa tiba-tiba kita jadi macam tu? adakah sebab sibuk nak kejar gol sebab takut jumlah jaringan jadi penentu?kalau ye pun, perlu ke main secara individu? Football is a team sport..We will never win if we play it on our own..Sebab tu bekas pemain Belanda pernah komen pasal perbezaan performance Messi untuk Barca dan Argentina..kenapa Messi lagi bagus dengan Barca berbanding Argentina? sebab Barca main as a team, tapi Argentina yang penuh dengan star, semua main solo..Kita tak boleh harapkan sorang untuk menang..Semua 11 player dan simpanan kena main peranan..

So, nasihat aku untuk pertemuan menentang Indonesia nanti..Tengok balik performance korang masa lawan Thainlad hari tu..Macam mana persefahaman dan togetherness korang buat Thailand gigit jari..Bermati-matian defend bersama-sama..Dari striker sampaila ke GK semua fight untuk pasukan..So, kembalikan performance yang tu..I know you can do it..You have the talent..now what you need are the right spirit,togetherness, discipline,focus and mental strength..Tunjuk kat Indonesia tu siapa Raja dan team mana yang ada Ong!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, November 10, 2011

Preview: Harimau Malaya vs India



Ahad ini Skuad Harimau Malaya akan menentang India di Indira Gandhi Athletic Stadium. Ada live atau tidak, aku tak sure sebab pada hari yang sama Skuad Harimau Muda akan menentang Kemboja dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Sukan SEA 2011..

So, ada 2 game berbeza untuk peminat bola sepak Malaysia..Sukan SEA dah konfirm ada Live..Hopefully Harimau Malaya vs India ni pun ada Live jugak..probably time yang berlainanla..Harap-harap diorang main lepas Harimau Muda punye match atau sebelum..Barula football filled Sunday!!lepas satu game, tengok game yang lain plak..tak pernah dibuat kat Malaysia melainkan EPL je..Sekali-sekala dapat game berturut-turut pun best jugeee..

Senarai Pemain dah keluar dengan beberapa muka baru dibawa masuk macam Jeevanathan GK Selangor, Mazlizam Muhamad (Terengganu)Mohd Faizal Muhamad (N.Sembilan), Amirizwan Taj Tajuddin (UiTM), Shahurain Abu Samah (N.Sembilan) Faizal Abu Bakar (Kedah) dan Shahrizal Saad (Johor FC)..

Apa yang penting skuad Harimau Malaya tak boleh pandang rendah India..Walaupun India lebih terkenal dengan Kriket, tapi tak bermaksud bola diorang tak power..Ingat Baichung Bhutia? pemain Import Perak yang sebelum tu main dengan East Bengal..Dia pernah mewakili India..Aku tak sure dia main lagi untuk India ataupun dah bersara..Yang aku tau dia still main kat Liga India..Dan India pernah jadi Naib Juara Piala Asia 1964 dan merupakan Pasukan Asia pertama layak ke semi-final Sukan Olimpik pada tahun 1956.. Mereka juga pernah merangkul pingat emas acara bola sepak di Sukan Asia 1962 dengan menewaskan Korea Selatan 2-1.

So, kepada Harimau Malaya, all the best!! semoga kita akan beroleh kemenangan dalam kedua-dua game ni..Inilah masa untuk naikkan balik semangat dan tarik balik penyokong!! Harimau Muda boleh main cantik n beat Thailand so korang pun boleh!!! Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Senarai Pemain Harimau Malaya vs India

Senarai 26 pemain Malaysia untuk pertemuan dengan India pada November 13 dan 16, 2011 di India. 
Latihan pusat bermula November 1, 2011




Penjaga gol : 
Gunasekaran Jeevanathan (Selangor)
Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)

Pertahanan : 
Mohd Nasriq Baharom (Selangor)
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Norhafiz Zamani Misbah
Mohd Faizal Muhammad (Negeri Sembilan)
Mazlizam Mohamad (Terengganu)
Abdul Aziz Ismail
Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan)
Mohd Azmi Muslim (Kedah)
Amirizwan Taj Tajudin (UiTM)

Tengah : 
Mohd Bunyamin Umar
Mohd Shafiq Rahim (Selangor)
Kunalan Subramaniam
Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan)
Mohd Ashaari Shamsuddin
Joseph Kalang Tie (Terengganu)
Suppiah Chanturu (Kelantan), 

Amar Rohidan (Kedah)

Penyerang :
Abdul Hadi Yahya
Khyril Muhymeen Zambri
Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)
Shahrizal Mohd Saad (Johor FC)
Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya, Indonesia) 



-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, November 9, 2011

Siapa kata Gajah lagi kuat dari Harimau?

Finally!!! Performance yang sangat best dan world class!! itu sebenarnya yang kita nak tengok sejak dari Lawan Singapondan hari tu!!! Simple pass,posession, main dengan penuh determination, counter attack yang menarik (walaupun banyak peluang disia-siakan), tapi at least tadi kita tunjuk yang kita tak takut dengan sape-sape!!!

Mungkin first game hari tu kita tak panas lagi atau gemuruh sebab first game dah lawan Singapondan walaupon kalau ikutkan sebenarnya selaku juara bertahan, kita kena lawan Kemboja..Tapi biasala, Indon kan takde telur..so, macam-macam cara dia buat nak jatuhkan kita..dengan ubah masa training, halau Coach Ong masa dia tengok game Indon sampaila ke penyokong Indon jadi lalang pegi support Singapondan masa lawan Malaysia hari tu..Agaknye diorang same-same geng..Kan dua-dua suka ambik player naturalisasi.

Dah, aku malas nak cakap pasal Indon..Itu tunggu lawan diorang nanti..Yang aku tau, tadi dari Goalie sampai ke striker semua mantap..Yang paling aku salute adalah Mohd Nazmi Faiz..Player umur 17 tahun tu!! tapi main gempak..Siapa kata takde future bola sepak kita? Malangnya dia injured plak time game tu..Memang mantap budak ni..

Kali ni Coach Ong tolak Syahrul Azwari ke depan untuk jadi striker..lawan Singapondan hari tu dia main wing..Aku dah nampak dah si Syahrul Azwari ni elok letak striker..Dia actually boleh jadi macam Mat Yo..Dribbling dia smart..Tapi dia tinggi n pandai guna badan nak shield bola..Kalau ikutkan dia boleh score banyak gol..

Kapten Pasukan, Baddrul Bakhtiar, memang superb..cara dia dictate game, control posession, passing..memang style..Set piece dia memang accurate..Aku rasa dalam Sukan SEA ni, semua free kick dia on target..Cuma tak masuk je..harap lawan Indon nanti dia akan score freekick..

Fakri Saarani walaupun ramai yang maki dia, hari ni dia improve sikit..Ada nampak kesungguhan..tak macam first game, lembap, pemalas dan macam-macam lagi..Game kali ni dia nampak berani..Dribbling, shooting,tackling (walaupon bersepah), tapi nampak effort dia..Good for you Fakri but still need a lot to do to convince us..

Apa-apa hal aku terhibur tengok game tadi..Rasa tak sedap makan rojak Singapore terubat dengan kelazatan Tom Yam dan nasi goreng Pattaya..Lepas ni nak makan ayam penyet n tempe pulak!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, November 7, 2011

Kita memang tak suka easy road, we like it adventurous..

90 minit yang mengecewakan..itu je yang mampu aku ungkapkan..Kita tak kalah..kita seri..Seri sebenarnya membuatkan Harimau Muda pilih jalan susah untuk mara ke peringkat seterusnya..Bukan nak kata kita tak boleh, tapi susah..especially kalau kita main macam tadi..

Penjaga gol,defend aku tak nak usik apa-apa sebab diorang dah buat kerja diorang iaitu pastikan tak bolos..dan sekali sekala tolong attack melalui Fandi Othman dan Asraruddin Putra..Midfield first half terlampau deep..Gurusamy dengan Syukur belum serasi rasanya..dan kita takde creative player tadi..Creative player yang mampu membuat killer pass..Syahrul Azwari..aku suka tengok dia main..Skillful,berani nak attack..Ada skali tu dia gentel sekali 2-3 player singapondan..Cerah masa depan budak ni..Cuma kena tough kan badan..Striker jangan cerita..aku kecewa..First touch, control ball, shooting..aku rasa A.Thamil Arasu je yang shoot..Fakri? dont let me start on him..Aku tak nak kritik player Malaysia..Ramai dah orang yang jadi tukang kritik ni..Tapi kalau tengok Fakri main, aku rasa macam nak maki..Semua serba tak menjadi..Aku rasa if Izzaq yang main, at least dia boleh guna body dia untuk hold up ball untuk Baddrul Bakhtiar..

Baddrul Bakhtiar bagi aku Man Of the Match..Free kick dia ala Ronaldo..Padu tapi on target..First timer dia sket lagi nak masuk gol..Kalau dia terus main macam ni untuk semua game, dia mampu bawak pegi team Malaysia..Yang lain kena step up to the plate..Especially striker..Takkan nak harap midfield je score..Please prove me wrong..especially Fakri..Overall, Harimau Muda kena tunjukkan yang latihan kat Slovakia bukan sekadar makan angin..Kalau tak, aku berani jamin ramai lalang yang akan keluar statement kata Latihan kat Slovakia tu membazirkan duit rakyat..

Kepada Coach Ong, we are still on your side..We need to wake up..2nd half dah ada improvement berbanding first half..Tapi takkan nak tunggu 2nd half baru nak attack?Kita kena serang dari mula! bagi cuak sikit team2 yang nak lawan kita!! Kita pemenang pingat emas Sukan SEA dan Juara Asia Tenggara!!Diorang takut dengan kita!! Tunjukkan taring sebenar kita masa lawan Thailand nanti! Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, November 6, 2011

Preview: The Road to reach the Gold Pt 1

Pukul 5 petang ni bermulalah usaha untuk defend Pingat emas Sukan SEA yang kita menang tahun 2009 kat Laos hari tu..Tambah plak dengan matlamat nak balas dendam balik skuad senior kalah dengan Singa Pondan tu..Kali ni mesti mau ajar sikit..Team Singapore yang ni rasanye takde player import kot..Tapi kita tak boleh ambik ringan..Kita kena menang, tak boleh seri atau kalah..Kita dalam group of death dengan Thailand and Indonesia..

Skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee sepatutnya takde alasan untuk tak membawa pulang Pingat Emas Sukan SEA..bukan nak letak pressure pada diorang..tapi aku rasa dari segi preparation, kita paling mantap..siap hantar pegi Slovakia..n ramai player yang menang Piala AFF Suzuki ada dalam team tu..Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra n Mahali Jasuli.. Ditambah pulak dengan kapten baru Baddrul Bakhtiar..So, nonsense if kita tak lepas group stage..Kita perlu menang Pingat Emas..Apa gunanya kita menang 60 Pingat kat Sukan SEA kalau tak menang pingat emas acara bola sepak..

Satu player yang aku tak sabar nak tengok adalah Yong Kuan Yong..maybe sebab dia player KL, tapi aku ada feeling yang dia bakal jadi regular set up untuk team Kebangsaan..Aku bukanla nak kata aku ada 6th sense, tapi sebelum ni aku ada perasaan yang sama amsa tengok Mat Yo n Wan Zack Haikal..Diorang ada flair..So, aku rasa YKY ni akan jadi watak penting untuk bantu kita menang Pingat Emas Sukan SEA..

Lagi satu player adalah Wan Zaharul Nizam a.k.a Kecik..Dia ni macam Aaron Lennon..Laju..skill ada..tapi still kena polish..Dia ni aku rasa tak lama lagi main untuk Kelantan ni..haha..Maybe aku ni jenis suka tengok player yang laju n skillfulll tapi aku tak mengabaikan kepentingan pertahanan..Bak kata pepatah, "Forward wins you games, but defence wins you the championship"..So, Muslim, Fadhli, Mahali, Asra dan semua barisan pertahanan perlu gunakan semua pengalaman yang diorang dah kutip kat Slovakia and gunakan..

Kepada Harimau Muda, selamat berjuang..Pertahankan hak kita iaitu Pingat Emas Acara Bola Sepak Sukan SEA..dan yang paling penting, kasi ajar sama itu Singa Pondan..Tunjukkan bola sepak sebenar kat diorang..kita tak payah berlakon untuk menang..We do it by scoring goals!! So, Good luck kepada coach Ong dan anak-anak buahnya!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, November 2, 2011

Senarai Pemain Ke Sukan SEA


Senarai Akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2011

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat(nc) , Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Asraruddin Putra Omar, Muhammad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamad Fandi Othman.

Tengah: Mohd Irfan Bin Fazail, Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Gurusamy Govandar Kandasamy, Baddrol Bakhtiar(c), Yong Kuan Yong, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Abdul Shukor Jusoh.

Penyerang: Thamil Arasu A/L Ambumamee, Ahmad Fakri Saarani, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Farris Ramlan.
 
Digugurkan: Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat (kedua-duanya injured)
 
-Tanah Tumpahnya Darahku-