Sunday, October 21, 2012

Review: Selamat tinggal Liga Malaysia, Selamat Datang Harimau Malaya!

Maka tutuplah sudah tirai liga bola sepak tempatan dengan Kelantan berjaya menang treble season ni. Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia. What a way to close the curtain, game yang sangat menarik dan competitive dari Kelantan dan ATM. Juga, gol terakhir untuk liga Malaysia tahun ni sangat berkualiti. Rembatan Indra Putra, memang brilliant dan sesuai sebagai penutup tirai. Tahniah kepada Kelantan dan ATM kerana menyajikan permainan berkualiti membuktikan bahawa Liga Malaysia juga berkualiti. 



Apa yang kita boleh dapat dari final ini? well, first adalah bagaimana ia dihype kan. Sejak semi-fnal kita dah di hype kan dengan promosi yang menarik. Pertemuan ATM vs Lions dan Kelantan vs Selangor. ATM vs Lions bagaikan Malaysia vs Singapura. Penyokong membanjiri stadium Selayang untuk bersama sokong ATM untuk memastikan Piala Malaysia tidak ke Singapura. Even perlawanan itu juga menarik. Never say die attitude ATM memang menakjubkan. Berjuang hingga ke akhir, sesuai dengan nama ATM itu. Lions juga pasukan berkualiti dan memberikan satu hype yang baru kepada Liga bolasepak Malaysia. Kelantan vs Selangor adalah Misi 33 vs Misi Treble. Selangor mahu menambah koleksi Piala Malaysia dan kembali menjadi jaguh dalam Malaysia. Ini dapat dilihat apabila mereka memberi nombor 33 kepada Rozaimi. Kelantan pula lebih bernafsu selepas menang Piala FA dan Liga Super. Mereka mahukan treble. Namun distraction daripada Piala AFC sedikit mengganggu dan ini dapat dilihat dalam perlawanan suku akhir menentang Felda United. Kuasa baru vs Kuasa lama. Aku pergi ke Stadium Shah Alam dalam 2nd leg Semi Final antara Kelantan vs Selangor. First time aku terpaksa duduk kat tier 3 sebab Stadium Shah Alam pack gila. Hopefully next season, setiap game Selangor akan penuh macam tu. Jangan tunggu semi-final je.

Dari perlawanan semi-final dan final itu, antara player tempatan yang menarik bagi aku adalah Zaquan dan Aidil, Hairuddin Othman, Sarjan Venice Elphi ( ATM), Amri Yahyah, Solihin ( Selangor) Badri Radzi, Norshahrul idlan, Nik Shahrul, Indra Putra dan Norfarhan Mohamad( Kelantan). Dalam semua pemain itu, from my thoughts untuk Skuad Piala AFF Suzuki, aku harap sangat King Raja akan panggil Badri Radzi dan Indra Putra. Agak pelik jika kapten pasukan yang menang treble, paling influential dan konsisten saban tahun tidak dipanggil. Kita mungkin sudah ramai di bahagian tengah, tapi piya memberikan option yang berbeza dan mampu membantu Safiq Rahim. Tidak salah untuk King Raja memanggil piya. Untuk Indra pula, kita memang sudah tau bahawa dia memang pemain berkualiti dan merupakan antara bekas pemain negara yang berkualiti. Tengok jelah gol kemenangan yang dijaringkan oleh indra masa final. Itu jaringan berkualiti dan bertaraf world class. Harapnya King Raja akan panggil mereka berdua dan Nor Farhan Mohamad yang merupakan penjaring terbanyak Kelantan dalam Piala Malaysia.

Another thing adalah kebangkitan Mat Yo di final. Setelah sekian lama off-form, mat yo memilih final untuk membuktikan bahawa beliau merupakan antara penyerang terbaik yang ada di Malaysia. Walaupun hanya satu game, tapi beliau membuktikan apa yang orang putih kata, cometh the hour, cometh the man. That's a good thing for Harimau Malaya, apatah lagi Safee Sali juga dah tunjukkan taring beliau ketika menentang Hong Kong.

So, since tirai liga dah tutup, kita lupakan kejap semangat kenegerian dan fokus kepada negara. Malaysia perlukan kita. SNBJ perlu dipenuhkan dan sokongan tidak berbelah bagi kepada Harimau Malaya satu kewajipan. Rakan-rakan, ayuh ke Bukit Jalil dan menyokong Harimau Malaya untuk Piala AFF Suzuki 2012!

-Tanah Tumpahnya Darahku- 

Monday, October 8, 2012

Tendang Tuesday: Tiket Final Piala Malaysia merepek.

So, Tiket final Piala Malaysia di ura-urakan berharga RM50. Seingat aku last year harga macam tu jugak. Harga untuk tiket Final Piala FA hari tu RM40. Untuk peminat bola, tiket tu mahal. Especially bagi team yang jauh. Kos pengangkutan, makan minum tambah tiket lagi. Ramai jugak yang bersuara kata kenapa perlu bising? Kalau minat, mesti tak kisah berhabis duit demi pasukan tercinta? Itu satu perspektif yang salah. Peminat ni mengeluarkan duit. Bukan dapat duit. Kalau begitu corak pemikiran kita, untunglah FAM. Diorang takkan teragak-agak untuk menaikkan harga tiket jadi lagi mahal sebab kononnya peminat sanggup berhabis duit untuk pasukan. Ingin aku ingatkan di sini, kat UK pun, peminat marah bila tiket jadi mahal. Contohnya, QPR yang meletakkan harga 50 pound untuk game di stadium diorang. Peminat dari kelab lain yang bertandang ke Loftus Road pun bising sebab 50 pound itu untuk tiket sahaja, tak termasuk pengangkutan dan lain-lain.  Even tiket bagi Bundesliga secara puratanya berharga 12-15 pound bagi setiap game.

Berbalik kepada pemikiran orang yang kata peminat sepatutnya sanggup berhabis demi pasukan tanpa kira kos. Tahukah anda apa jadi kat kelab EPL yang menaikkan harga tiket? Peminat memboikot game dan harga tiket terpaksa dibekukan untuk menarik mereka kembali. Peminat yang boikot adalah peminat yang tegar dan sering ke stadium. Bahkan penyokong-penyokong tegar St. Pauli di Bundesliga membuat demonstrasi di jalanan membantah kenaikan harga tiket.  Perlu diingat, penyokong merupakan entiti penting dalam bola sepak. Lebih penting dari organisasi yang menyelia. Tanpa penyokong tiada pasukan. Kelab takkan dapat duit tanpa penyokong, apatah lagi dalam Liga M yang FA malas nak cari penaja dan harapkan geran FAM semata-mata.

“Ticket prices in the UK exploit the fans; it simply isn’t affordable or sustainable. We’ve seen price freezes at many clubs because they cannot get fans to games and so, other than dropping prices, have nowhere left to go with their charging structure. What other industry has seen such a price hike, far exceeding yearly inflation, than the UK, and specifically English, football? - Andy Hudson 'http://dasbootblog.wordpress.com'
Penyokong tidak mintak banyak. Cukuplah harga tiket yang berpatutan. Kalau final Piala Malaysia tiket sudah berharga RM50, bayangkan berapa harga tiket untuk Piala AFF Suzuki nanti? Aku takkan terkejut jika Malaysia ke final, tiket akan berharga lebih RM100. Adakah harga tiket bagi final Piala Malaysia ini disebabkan oleh venue di Shah Alam? Aku dapat rasakan, kalau main di SNBJ, tiket akan lebih murah kerana mampu memuatkan lebih ramai orang. SNBJ boleh masuk 100,000. Stadium Shah Alam boleh masuk 80,000. Untuk menampung kekurangan 20,000 orang lagi, maka naiklah RM10. Itu belum dikira tolak tiket subsidi lagi.

Tahun lepas rasanya dah buat kempen boikot. Tapi kemudian ada tiket subsidi dan potongan diskaun kerana kerajaan negeri sponsor sikit. Sampai bila nak macam ni? sampai bila nak biar FAM buat kepala? Atas alasan apa nak naikkan harga tiket? Kos membaiki stadium? Penyelenggaraan? Tugas penyokong kah untuk membayar semua tu? Bukankah perbadanan Stadium dan FA yang sepatutnya mencari dana untuk semua itu? Jangan cuba nak twist dan cari alasan untuk menaikkan harga tiket.

Bila penyokong tak datang stadium, FAM salahkan penyokong kata penyokong tak menyokong bola sepak tempatan. Cuba tanya diri sendiri dulu wahai FAM, siapa yang halau penyokong? Dulu stadium kita pernah selalu penuh, tapi kerana kepincangan dan kebodohan FAM yang menyebabkan penyokong lari dan malas nak mengikuti liga tempatan. Jangan salahkan mereka yang sokong pasukan luar kerana untuk menyaksikan perlawanan EPL,La Liga,Serie A dan Bundesliga, mereka hanya perlu membayar kurang dari RM5 untuk segelas teh tarik dan sepinggan roti canai dan boleh tengok 5 game dalam satu malam. Aku tau, jauh di sudut hati mereka, mereka mahu ke stadium dan menyokong pasukan tempatan.

Sejak menang Piala AFF Suzuki, minat terhadap bola sepak tempatan mula bercambah dalam diri rakyat Malaysia. Sudah mula ramai mengikuti liga tempatan. Boleh dilihat apabila setiap pasukan ada penyokong tegar masing-masing, walaupun tak setegar penyokong EPL di Malaysia bila exchange banter. Tapi sekurang-kurangnya ramai mula ke stadium. Ini boleh dilihat bila sudah mula banyak team berbelanja besar seperti Kelantan, ATM dan yang paling terkini, Johor FA. Tapi segala usaha ini akan musnah begitu sahaja apabila FA dan FAM mengabaikan elemen paling penting dalam bola sepak, iaitu penyokong. Membuat keputusan berdasarkan keuntungan dan tidak mengambil kira penyokong adalah satu kesilapan paling besar. Ianya seperti menghasilkan produk untuk dijual, tetapi tidak mengambil kira pembeli. Biasanya benda sebegini takkan tahan lama dan akan berakhir dengan kerugian. Maka dengan itu, marilah kita lihat, sampai bila FAM akan terus bersikap begini. Nak harap FA negeri? Jangan berangan.

-Tanah Tumpahnya Darahku-




Sunday, October 7, 2012

Analisis Semi Final Piala Malaysia 2012: Jangan biarkan Lions ke Final!

Separuh akhir pertama Piala Malaysia berakhir dengan Lions seri 1-1 dengna ATM dan Kelantan menewaskan Selangor 1-0 di Kota Bharu. Sengit jugak sebenarnya semi final Piala Malaysia tahun ni. Semua team ada misi tersendiri. Selangor dengan misi 33, Kelantan nak rampas balik Piala Malaysia lepas kalah kat final tahun lepas pada Negeri Sembilan, ATM nak menang selepas berbelanja besar dan sudah semestinya Lions nak berlagak bawak Piala paling ulung Malaysia ke seberang tambak.



Dalam banyak-banyak, aku paling tak nak Lions menang. Why? well, because i'm a Malaysian and i don't want to see the most prestigious cup pergi ke seberang sana. So, i guess i'll be supporting ATM for this week's second match in Selayang. Fan base ATM setakat ini adalah anggota tentera and mungkin yang neutral since diorang beli ramai star player. Aku pergi game ATM vs Kelantan time group stage, well diorang ada band sendiri untuk meriahkan suasana. Dari segi marketing, i see them doing quite good. Untuk game liga perdana, diorang buat cabutan bertuah untuk peminat yang datang. Hadiah lumayan jugak. Tak silap aku dapat Ipad and handphone. Well, ramai kata itu macam beli peminat. Well, dalam dunia kapitalis ni you need that. It's hard for clubs to survive kat Malaysia sebab sokongan peminat berdasarkan semangat kenegerian, even itu pun tak cukup kuat nak tarik peminat. Mungkin kerana lebih ramai rakyat Malaysia yang tinggal di negeri di England, Sepanyol dan Italy mungkin? Nak tak nak most clubs kena buat short term marketing strategy untuk tarik peminat. Well, at least ATM might stay a bit longer than MBPJ dan UPB Myteam.



Selangor pulak setakat ni nampak improvement since Amri Yahyah atau yang supporter Selangor panggil Wak Am main balik lepas kena gantung kerana tumbuk telur Ghaddar. Tapi masalah Selangor adalah yang orang putih panggil strength in depth. Tak ada player yang sama quality on the bench. Bahkan rasanya first 11 diorang paling lemah di antara 4 pasukan yang ada dalam semi-final. Diorang mungkin ada striker paling terkenal, tapi yang lain tak berapa nak menyerlah. Ini bukan setakat aku je cakap, tapi supporter Selangor sendiri cakap. Asra injured, Safiq tak berapa nak menjadi, now Rozaimi pun tak ada. So, diorang agak light. Dengar ceritanya untuk 2nd leg TSAM mintak half stadium untuk supporter Kelantan. Kalau ikut masa aku tengok Selangor vs Pahang kat SSA arituh, aku rasa dia mintak 3/4 pun boleh. Tak tau mana pergi supporter Selangor. Padahal aku rasa SSA tu dah betul-betul tengah bandar Shah Alam. Orang Shah Alam pun malas nak pergi, dah macam mana? So, untuk second leg ni diorang kena try market habis-habis. Takkan nak biar home ground jadi away ground? Orang Selangor, tak kiralah dari mana, Gombak,Kuala Langat,Hulu Langat, Petaling Jaya, Ampang, semua kena turun. Kalau tak, stadium akan penuh dengan fan Kelantan, and bila itu jadi, pressure akan lebih kepada Selangor.



Kelantan pula sekarang ni antara calon pilihan ke final. Yang menjadi penghalang diorang adalah keletihan atau fatigue. Ini boleh nampak masa Quarter final lawan Felda. Bermain dalam AFC Cup sedikit sebanyak menyusahkan diorang. Well, ini biasa. Kalau tengok kat Eropah pun, bila main UEFA Champions League or UEFA Cup, team akan effect. Itu untuk liga Eropah yang fixtures dia tersusun, Kelantan main AFC Cup dan lepas tu Liga Malaysia yang FAM buat jadual bersepah, so effect dia lagi teruk. Nampak piya letih dan off form. Burden piya lebih tahun sebab Mat Yo off form. Bila piya off form, effect satu team. Sebab tu agaknya masa lawan Selangor kat KB, Bojan rehatkan piya. Ada jugak kata dia sakit mata, tapi bagi aku bagus dia rehat.



Lions pulak team paling tak pressure. Diorang tak rugi apa kalau tak ke final. Ini first season diorang main and dapat 2nd place Liga dan semi-final Piala Malaysia. Itu dikira satu kejayaan dah tu. Next season diorang boleh meningkat lagi. Lions memang berkualiti. Gabungan pemain muda dan national team nampak mantap di bawah tunjuk ajar V.Soondramoorthy. Aku pun tak sure if aku eja nama dia betul. Walaupun ramai kata diorang mantap sebab main kat padang sintetik, tapi based on few games yang aku pergi and cover the matches, Lions main memang mantap. I'd say lagi bagus dari national team diorang. Full of energy, tersusun. Under Shahril Ishak and Baihakki Khaizan, the younger players dapat belajar banyak. But still, aku harap diorang kalah teruk kat Selayang nanti.

Players to watch:
ATM- Marlon Alex James, Hairuddin Omar, Zaquan Adha
Selangor - Amri Yahyah, Bosko Balaban, Safiq Rahim
Kelantan - Badri Radzi, Nor Farhan, Ghaddar
Lions XII - Shahril Ishak, Baihakki Khaizan

Well, itu analisis aku untuk Semi-Final ni. Prediction aku adalah Kelantan and ATM to compete for the cup. Siapa menang piala itu tunggu dulu. So, pada anda di KL, jom ke Selayang dan maki singapore dan pada anda yang di Selangor, jangan biarkan Shah Alam jadi Kota Bharu.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, September 27, 2012

Perginya seorang Lagenda




Percubaan pertama aku untuk buat cerita pendek bersiri pasal bola dikejutkan dengan berita pemergian lagenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang juga dikenali sebagai Raja Bola Malaysia. Untuk itu, izinkan aku menulis satu post sebagai tribute kepada Allahyarham.

Bagi yang tak kenal, Allahyarham TS Abdul Ghani Minhat adalah antara penyerang yang digeruni di serata Asia pada zaman kemuncak beliau. Beliau mewakili Selangor dari tahun 1955-1968 dan menjaringkan banyak gol. Allahyarham mewakili Harimau Malaya dari tahun 1956-1963. Penampilan pertama beliau bersama Harimau Malaya sangat menakjubkan apabila menjaringkan 7 gol dalam perlawanan menentang Kemboja dimana kita menang 9-2. Beliau juga memegang rekod sebagai pemain Selangor yang menjaringkan gol terbanyak dalam satu perlawanan (kekal hingga ke hari ni) apabila menjaringkan sembilan gol dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan pada tahun 1960 dan menjadikan rekod beliau ketika itu 34 gol dalam 9 perlawanan. Itu namanya Legend.

Rekod Allahyarham sebagai pemain adalah menjuarai Pesta Bola Merdeka (1958,1959 dan 1960), Pingat Emas Sukan SEAP 1961, Pingat gangsa Sukan Asia 1962 dan tempat ke-2 kejohanan Kelab Asia 1967 bersama Selangor (Tewas kepada Hapoel Tel-Aviv dari Israel).

Pada tahun 1963, Ghani bersama skuad Selangor menjaringkan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan termasuk rekod jaringan bola sepak Malaysia yang kekal ke hari ini iaitu menang 18-0 menewaskan Terengganu (Rekod sebelumnya dipegang Kelantan yang menewaskan Pahang 16-1 pada 1962 hasil 8 jaringan Mohamad Che Su). Dia kemudiannya menjaringkan 4 gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 6-2.

Gelaran Raja Bola sebenarnya diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor, tapi kerana kehebatan beliau, ia digunapakai oleh semua orang apabila bercakap mengenai Allahyarham. Sememangnya beliau merupakan lagenda dalam bola sepak Malaysia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada negara kerana beliau juga antara yang lantang bersuara mengenai bola sepak Malaysia. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

-Tanah Tumpahnya Darahku- 

Jersi nombor 10. : Part 1

       



          "Mak, Mokhtar pergi kelas dulu ya?"
          Mokhtar terus sarung kasut dan berlari pecut ke keluar. Tanpa sempat menyalam tangan ibunya, Mokhtar bergegas menunggang motor. Mak Mah hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai anak lelakinya seorang itu. Nasib baik sempat dia memasukkan bekal nasi lemak ke dalam beg anak bujang kesayangannya itu.

...............................................................................................................................................................

          Sudah 2 tahun sejak kerajaan Megalopolis mengharamkan sukan bola sepak. Semuanya terjadi kerana berlakunya rusuhan besar-besaran antara penyokong dua pasukan terbesar Megalopolis iaitu Borussia Fussball dan Real Calcio. Rusuhan itu memakan nyawa seramai 200 orang dan mengakibatkan kerugian besar terhadap Megalopolis. Semuanya berpunca apabila ayam tambatan Borussia Fussball, Abdul Ghani menjaringkan gol dalam masa kecederaan dalam final Piala Megalopolis. Penyokong Real Calcio mengatakan Abdul Ghani berada dalam posisi offside sedangkan dia tidak.Pemain-pemain Real Calcio yang kelab mereka merupakan juara sebanyak 55 kali Piala Megalopolis tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan bergaduh di atas padang. Panas di padang merebak ke penyokong. Tak lama kemudian, ia merebak ke seluruh negara. "Football is more than just a game" kata seorang jurulatih tersohor bola sepak England, dan pada hari ini ia terbukti apabila ianya bagaikan satu agama hingga mampu membawa kekacauan.

................................................................................................................................................................
         "Hoi!"
          Mokhtar tersedar dari lamunan.
         "Kau nak main ke tak nak?" Tanya Redhuan.
         "Sabarlah kejap sial, aku tengah ikat tali kasut ni". Jawab Mokhtar.
         "Pundek apa ikat tali kasut lama nak mampus, ke kau nak aku ikatkan?Hahahah!"
         "Babilah kau. Hahahaha!" Jawab Mokhtar dan terus bangun.
          Redhuan dan Mokhtar merupakan rakan baik yang sama-sama kehilangan bapa mereka dalam insiden berdarah itu. Mereka yang berkongsi tarikh lahir yang sama begitu akrab dan bagaikan adik beradik. Bapa Redhuan, Hassan Sani merupakan antara pemain bola sepak terhandal ketika zaman bola sepak masih dikira permainan halal di Megalopolis.

         "Hari ni kita lawan team mana Wan?" Tanya Mokhtar
         "Lawan team Gajah Mada. Katanya hebat team ni dalam scene underground area 33" Redhuan jawab.
         "Ah, kau ni ye ye je. Minggu lepas kau cakap macam tu jugak. Last-last kita titik diorang 14-0".
         "Hahahaha. Betullah diorang terer, tapi kita lagi terer. Hahahahahhaa!"
...................................................................................................................................................................

          Sejak bola sepak diharamkan, ramai yang mula menubuhkan liga underground kerana terlampau minat dengan bola sepak.Kebanyakan pasukan yang menyertai liga underground ini terdiri daripada golongan belia. Sememangnya bola sepak merupakan permainan yang 'berhantu' hinggakan hukuman berat yang kerajaan Megalopolis kenakan untuk sesiapa yang terlibat dalam sukan bola sepak boleh dipandang enteng oleh golongan ini.

         Mokhtar dan Redhuan antara yang aktif dalam liga ini. Mereka dan beberapa kawan rapat menubuhkan Borussia Calcio, iaitu gabungan peminat Borussia Fussball dan Real Calcio yang tidak gemarkan keganasan yang berlaku. Rekod mereka setakat ini, 18 perlawanan, semua menang dengan Mokhtar merupakan penjaring terbanyak dengan 10 gol.

...................................................................................................................................................................
         "Woi, korang ni nak kutuk kitorang pun berlapiklah sikit. Time nak kickoff ni korang kutuk?Memang cibai ah korang ni kan."

          Mokhtar dan Redhuan memang selalu begitu. Orang kata mind game. Membuatkan fokus lawan hilang kerana terlampau marah. Setakat ini, memang taktik mereka berjaya, dan untuk kali ni, mereka berjaya lagi. Borussia Calcio menang 5-0 dengan Mokhtar menjaringkan hatrik.

        " Mokh, aku dapat berita budak Inter Juve kena sumbat dalam penjara semalam. Dia kantoi dengan bond". Kata Zainal, rakan penyerang Mokhtar untuk Borussia Calcio.
        " Ye ke?makin ramai dah aku rasa kena sumbat sekarang. Kita ni selamat lagi ke?" Tanya Redhuan.
        "InsyaAllah selamat. Setakat ni okay je. Kita janganlah menonjol sangat. Lay low je." jawab Mokhtar.
        "Aku tak taulah Mokh. Aku takut jugak ni. Karang kalau kena sumbat, sia-sia je."
        "Nal, kita kena buktikan yang bola sepak ni bukan benda haram. Kau tau tak, bola sepak ni sebenarnya boleh jadi medium untuk menyatukan manusia. Cuma kadang-kadang kita emosi terlebih. Sebab tu jadi rusuhan tu. Kita kena bersihkan imej bola sepak ni balik!"

(Bersambung)

Wednesday, September 12, 2012

Review: Harimau tewas di tangan Vietnam

2-0. Malaysia kalah. Hmmmm. Apa nak cakap eh? well, Vietnam layak menang kalau dilihat dari segi permainan. Diorang stretch Malaysia sampai berterabur defend kita. Well, to be exact both goals boleh kata mistake kita sendiri. First goal, kita kena counter and RB tak sempat turun untuk cover belakang. Well, boleh nampak actually Vietnam stretch team kita, diorang yang membuatkan mistake tu berlaku. So, kudos to Vietnam. They really played well.

Us? Well, semalam sebenarnya dari apa aku tengok, kita terikut sangat rentak Vietnam. Itu bukan corak permainan yang buat kita hampir bagi kejutan kat Arsenal. Semalam kita terlampau gopoh sampai kita tak hold possession. Kita banyak hilang bola. Safiq dan Gary tak berapa nak menjadi malam semalam. Bahagian tengah didominasi oleh Vietnam. That's a fact. Biar betapa susah aku nak admit, but yes Vietnam layak menang.

Apa yang aku harapkan ialah ini akan sedarkan kita dan pasukan kita. Tiada lagi masa untuk bereksperimentasi atau chop and change. Sudah sampai masa K.Rajagobal menentukan kesebelasan utama. Itu penting untuk mendapatkan keserasian. Mungkin akan ada yang kata jangan reveal awal-awal sebab tak nak bagitau team lain first 11 kita. Well, kalau tak buat macam tu, team akan main kelam kabut dan tak ada chemistry. Piala AFF dah dekat, kita kena at least ada 1 or 2 games guna our strongest team. Di barisan pertahanan dah boleh nampak dah siapa. Apek akan jadi 1st choice GK. Bunyamin Omar(RB) Aidil Zafuan (CB) S.Subramaniam (CB) dan Azmi Muslim (LB). Itu yang aku nampaklah. Maybe juga Mahali akan main (RB) dan Asra akan main (LB) macam tahun 2010?

Midfield, prediction aku adalah Safiq Rahim (CM/AM) Gary Steven (CM/DM) Azamuddin Akil (RM) dan S. Kunanlan (LM). Well, Kuna perlu main. Eksperimen menggunakan Christie Jayaseelan semalam tak berapa nak menjadi. Kuna selain dari attacking threat yang dia ada, dia juga disiplin kerana rajin turun menolong pertahanan. Untuk bahagian kanan mungkin Alex atau Wan Zack. Tapi aku rasa lebih kepada Alex berdasarkan prestasi semasa dan Wan Zack sering injured. Safiq dan Gary memang kita dah boleh agak. Safiq merupakan kapten pasukan dan antara nama wajib ada dalam team K. Rajagobal.

Masalah sekarang adalah barisan serangan. Setakat ni, penyerang senior kita ketandusan gol. Safee dan Mat yo masih belum score. Zaquan yang main semalam pun tak nampak tajam. Itu akan menjadi masalah yang perlu diselesaikan oleh K.Rajagopal dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya. Kita ada barisan pelapis seperti Hazwan Bakri, Rozaimi, Shakir Ali dan mungkin Afiq Azmi kalau dipanggil. Agak susah kalau striker tak mula jaringkan gol dari sekarang kerana akan datang pressure kepada diri mereka terutamanya dari peminat.



Ok, itu dari segi pasukan. Kalau semalam adalah acid test kepada pasukan dan penyokong, kita fail. Well, maybe semalam tak banyak bunyi hon, tapi suara penyokong pun tak berapa nak dengar . Kita hanya mula excited dan bersorak bila Safee dan Kuna masuk. Semalam atmosfera stadium tak berapa nak rasa. Kita tak boleh harapkan Ultras sahaja untuk bersorak. Bukanlah maknanya suruh kita chant ikut diorang but cukup sekadar bersorak naikkan semangat bila team menyerang. Mungkin boo pasukan lawan,berikan tekanan kepada mereka. Kadang-kadang suara penyokong boleh memberikan impak terhadap pasukan dan permainan. Contohnya kalau ada kekasaran, bila penyokong ramai-ramai buat bising, ref pun cuak dan mungkin terus bagi kad atau penalti untuk kekasaran tu. Tengok macam fans kat Liga Turki, itu player MU pun mengaku cuak nak main kat situ. Itu yang kita kena wujudkan especially tahun ni kita tuan rumah untuk Piala AFF.

Apa-apa pun, kita masih ada a few games untuk improve. Hopefully we will for the better of our nation. Team perlu improve performance dan mula menganggap setiap game untuk nail their place in the team dan kita penyokong perlu mula unite dan cuba create a hellish atmosphere kepada pasukan lawan. We can do it. I'm damn sure!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, September 10, 2012

Tendang Tuesday: Preview Juara AFF 2010 vs Juara AFF 2008




Lama tak berblog. Idea kering. Semangat hilang jap. Tapi sekarang dah okay balik. Baiklah, mari kita preview sikit game Harimau Malaya vs Vietnam. Satu benda yang perlu kita tau, both Harimau Malaya dan Vietnam dah berubah sejak last jumpa masa AFF Suzuki 2010 dulu. Time tu kita menang di Bukit Jalil dan berjaya ikat Vietnam di tempat mereka kat Semi-Final. Yang aku pasti, lepas menang kat semi-final tu, semua dah boleh rasa Malaysia akan jadi juara Piala AFF Suzuki time tu. Aku rasa macam tu, korang aku tak taulah.

Vietnam bukan calang-calang team. Sebab tu ini jadi Friendly kelas A. Ranking diorang nombor 146 kat dunia, nombor 20 kat Asia dan 2nd dekat ASEAN. Lagi tinggi dari kita. Perlawanan malam ni bakal menemukan juara Piala AFF 2010 menentang Juara Piala AFF 2008. So, maknanya game malam ni sebenarnya bakal menjadi ujian paling getir bagi Harimau Malaya. Semua rekod friendly sebelum ni dah boleh abaikan kerana ini merupakan ujian paling penting bagi kita. Malaysia dan Vietnam diletakkan dalam kumpulan berlainan untuk AFF Cup tahun ni, so possibility untuk bertemu di semi-final itu sangat tinggi.



Vietnam pastinya mengharapkan striker utama diorang Le Cong Vinh (51 Caps, 30 gol) untuk lead attacking diorang, bukan setakat untuk friendly ni, bahkan untuk AFF Cup 2012 sekali. Masa jadi tuan rumah bersama Piala Asia 2007, Vietnam berjaya layak ke Suku Akhir selepas menang ke atas UAE, seri dengan Qatar dan kalah dengan Jepun dalam group stage. Tapi diorang kalah dengan Juara masa tu, Iraq 2-0 di Suku Akhir. Impressive.

Harimau Malaya pula pastinya mengharapkan agar kombinasi Safee dan Mat yo kembali. Safee dan Mat Yo setakat ni masih belum menjaringkan gol untuk Malaysia pada tahun ni. Tapi Malaysia pun dah mula tunjukkan taring kalau kita lihat berdasarkan friendly lawan Singapore dan kelab EPL. KRG dilihat masih mengekalkan formasi yang sama dengan menggunakan 2 orang striker. Tapi banyak player baru dibawa masuk. Untuk friendly ni, King Raja memanggil Christie Jayaseelan(Sayap), Abdul Shukor Jusoh(midfield) dan penjaga gol Zamir Selamat. Selain tu, kalau dilihat dari barisan pemain sejak Piala AFF Suzuki yang lalu, paling impressive rasanya adalah pemain Pahang, Azamuddin Akil a.k.a Alex.

Apa yang penting, diharap malam ni stadium Shah Alam akan penuh. Ini bukan sahaja acid test bagi pasukan negara, tapi juga kepada penyokong. Takkan nak tunggu dapat tiket subsidi baru nak pergi? Kalau macam tu, tunggu dapat masuk semi-final atau final barulah penuh stadium. Ini perlawanan kelas A, so diharap kita akan dapat penyokong kelas A malam ni. Plus, aku sangat berharap air horn dan air mineral dalam botol diharamkan. Personally, aku tak kisah kalau korang tak nak ikut chanting dengan Ultras, but tak perlulah main air horn tu. Bukan setakat kacau penyokong lain, tapi juga kacau permainan. Bunyi air horn tu kuat, nanti ref tiup wisel tak dengar. So, if tak nak chant, cukuplah sorak perlahan atau just enjoy the game. Kalau ada kekasaran or tak puas hati dengan ref, maki je, tak payah baling botol air. So, ya, marilah kita penuhkan stadium Shah Alam malam ni dan sokong Harimau Malaya!

Malaysia squad versus Vietnam:
Goalkeepers: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Farizal Marlias (Negri Sembilan), Zamir Selamat (Johor FC)
Defenders: Amirizwan Taj Tajuddin, Aidil Zafuan, Azmi Muslim (all ATM), Mahalli Jasuli, Fadhli Shas (both Harimau Muda), Bunyamin Umar (Selangor), Faizal Muhammad, Zubir Azmi (both Terengganu), S. Subramaniam (Kelantan)
Midfielders: D. Christie Jayaseelan (ATM), Gary Robbat, Wan Zack Haikal (both Harimau Muda), Azamuddin Akil (Pahang), Safiq Rahim (Selangor), Shakir Shaari (Kelantan), S. Kunanlan (Negri Sembilan), Abdul Shukor Jusoh (Terengganu)
Forwards: Zaquan Adha (ATM), Ahmad Shakir Ali (Negri Sembilan), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Safee Sali (Pelita Jaya), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)



-Tanah Tumpahnya Darahku-