Sunday, November 11, 2012

Siapa nak menang 2 tiket tengok Malaysia vs Hong Kong?

Since media tak nak hype kan Piala AFF Suzuki ini, biarlah aku yang hype kan. Baiklah kepada korang semua yang tak follow aku kat twitter, sila follow aku kat twitter @NizamArchibald. Kenapa? sebab aku akan adakan kuiz pada hari Isnin ini 12 November 2012. Aku akan tanya 3 soalan berkenaan Malaysia dan Blog ni. Seorang Pemenang aku akan belanja 2 keping tiket untuk tengok Malaysia vs Hong Kong. Bila kuiz ni akan berlangsung? Korang standby jelah. Sampai masa aku akan tanya. So, apa lagi? Followlah aku kat twitter @NizamArchibald #NizamBelanjaTiketMASvsHK

Soccer Sunday: Media, Malaysia dan AFF Suzuki.

Tinggal 14 hari lagi untuk Malaysia menghadapi Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012. Jika melihat trend ketika Euro 2012 dan Piala Dunia 2010, sepatutnya media sudah mula mempromosi pertandingan ini. Namun, ia tidak berlaku. Jika semasa Euro 2012 yang lepas, media mula countdown beberapa bulan sebelum pertandingan bermula. Tetapi untuk Piala AFF Suzuki yang bakal disertai oleh Malaysia yang merupakan TUAN RUMAH, promosinya suram. Tiada promosi di TV, corong radio mahupun akhbar tempatan. Semasa World Cup dan Euro, stesen TV telah mula menayangkan program khas untuk merancakkan suasana, akhbar menyediakan sisipan khas untuk memberikan info mengenai pertandingan, pasukan, venue dan pemain yang bakal merancakkan Kejohanan. 

Sayangnya, untuk kejohanan di mana kita TUAN RUMAH dan juga JUARA BERTAHAN, tiada promosi besar-besaran dilakukan. Ini sama seperti ketika Liga Super sedang berlangsung. Local football sentiasa dianak tirikan. Di saat kita sedang melakukan persiapan untuk mempertahan piala yang kita menang pada tahun 2010, media Malaysia lebih berminat dengan berita picisan dan gossip murahan seperti bila Nazmi Faiz ingin mengambil SPM, Khairul Fahmi bakal kahwin dengan Leuniy dan bukan cuba menaikkan semangat penyokong dan cuba menarik minat mereka ke stadium. 

Di twitter aku pernah suarakan perkara ini. Ramai yang menyokong, tapi ada juga yang mengatakan, tidak perlu risau kerana rakyat Malaysi pasti akan turun. Contoh paling mudah bagi aku adalah Piala Asia 2007. Kejohanan itu suram dari promosi media dan dapat dilihat, walaupun kita tuan rumah, tapi stadium kosong. Promosi media ini perlu untuk menyemarakkan suasana. Sebagai contoh, lihat bagaimana media hype kan game Malaysia vs Singapura tahun lepas. Stadium Bukit Jalil ketika itu padat malah jumlah kehadiran sebenarnya lebih dari kapasiti sebenar stadium. Sama juga ketika tahun 2010, ketika kita menang Piala AFF Suzuki. Promosi perlawanan peringkat kumpulan sangat suram sehingga ada yang bertanya kepada aku, "Malaysia tengah friendly ke ni?" dan 'Eh? Ada game Malaysia ke?". Perbezaan dapat dilihat apabila kita mara ke separuh akhir di mana media mula promote dan menarik orang ramai ke stadium. Persoalannya, adakah kita perlu tunggu untuk Malaysia mara ke separuh akhir baru media mahu mempromosikan Piala AFF Suzuki dan pasukan Malaysia yang bertanding ini?

Diharap perkara ini akan berubah dalam tempoh seminggu dua ini. Kita sebagai juara bertahan dan tuan rumah perlu merancakkan pertandingan ini dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk turun ke stadium. Media sebagai alat propaganda paling berkesan perlu mula menyebarkan dakyah bola ke dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia. 

Thursday, November 1, 2012

Tendang Tuesday - Logik Transfer Rumours

Tamatnya Liga Super tak bermakna kemeriahannya tamat di situ. Ini satu perkembangan baru dalam bola sepak Malaysia. Sebelum ini berita mengenai perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dipandang sepi. Kadang-kadang ada yang pergi stadium pun tak tau siapa main untuk team sendiri. Itu untuk yang rajin turun stadium, yang turun mamak je apatah lagi. Kalau transfer kelab Eropah konfirm hafal, siap dengan harga, kelab lama, posisi, statistik semua. Transfer liga tempatan? Haram tak tau.

Tapi sekarang dah lain. Sejak banyak pasukan dah mula berduit, perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dah mula menjadi topik perbualan di media sosial. Kat twitter sebagai contohnya, berita perpindahan pemain dalam negara antara topik yang sering dibualkan. Sebelum ni kita ada Pahang yang pernah digelar Real Madrid Malaysia, lepas tu Kelantan, season lepas ATM dan season akan datang Johor. ATM sebelum ni digelar Man City Malaysia, sekarang Johor pulak. Berapa banyak Manchester City Malaysia aku pun tak tau.

Kalau dulu, perpindahan pemain sekadar untuk meningkatkan prestasi skuad atau untuk menggantikan pemain yang berpindah, sekarang lain. Sekarang setiap pasukan, terutama pasukan yang baru nak naik, menggunakan perpindahan pemain sebagai Marketing Tool. Benda ni dah lama dah buat dekat Eropah. Kita ambik contoh perpindahan David Beckham dari Manchester United ke Real Madrid dulu. Real Madrid dah ada Luis Figo, Santiago Solari, Guti, Zidane dan ramai lagi di bahagian midfield, tapi mereka mengambil David Beckham kerana brand Beckham itu yang luas terutamanya di Asia. Ini secara tidak langsung meningkatkan keuntungan mereka. Selain itu, perpindahan Alessandro Del Piero ke Sydney FC. Tidak dinafikan Del Piero merupakan pemain yang hebat, tapi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemain yang sudah berusia secara berseorangan untuk meningkatkan prestasi pasukan di atas padang? Auranya mungkin, tapi itu pun tidak cukup. Jadi, boleh dilihat perpindahan itu adalah untuk meningkatkan populariti kelab dan meningkatkan jualan jersi. Sekarang boleh dilihat semakin ramai peminat turun ke stadium untuk menyokong Sydney FC.

Paling terkini adalah berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar, sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah 2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.

Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan. Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada. Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan dan Sabar pernah buat. Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat penyokong itu sangat besar.

Diharapkan sokongan dan minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, October 31, 2012

25 hari ke Piala AFF Suzuki 2012

November sudah tiba. Tinggal 25 hari ke Kejohanan Piala AFF Suzuki. Adakah anda sudah bersedia? Kalau Liga EPL boleh di hype kan, kenapa tidak Piala AFF Suzuki? Sudahkah anda bersedia untuk 'berperang' di laman sosial dengan penyokong Singapura dan Indonesia? Yang lain bahasa tak sama, unless diorang faham Englishlah.

Sometimes kita harapkan media untuk hype kan baru kita nak rasa teruja. Well, itu maybe jugak as shown masa Malaysia vs Singapore last year, but still, kita sebagai fans perlu ada inisiatif sendiri. So, me as a so called Sports Blogger akan cuba seaktif mungkin untuk Piala AFF Suzuki 2012 ini. Mungkin akan cuba update sehabis mungkin untuk hypekan. Mungkin kalau ada masa, aku akan cupa update setiap hari untuk countdown ni. Kalau tak ada masa, aku tetap akan hypekan through twitter. So, kepada siapa yang ada twitter account tu, bolehlah follow aku @NizamArchibald .

Selain itu, i really hope korang boleh give some respond tentang apa yang korang nak aku tulis untuk Piala AFF Suzuki 2012 ni. At least bolehlah aku update banyak sikit and kita boleh berkongsi pendapat.

So, here's to 25 days of rasa tak sabar dan teruja untuk menyaksikan Harimau Malaya mempertahankan mahkota di Piala AFF Suzuki 2012! Ayuh semua penyokong, kita kumpulkan tenaga untuk menyokong pasukan kebangsaan kesayangan kita!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, October 21, 2012

Review: Selamat tinggal Liga Malaysia, Selamat Datang Harimau Malaya!

Maka tutuplah sudah tirai liga bola sepak tempatan dengan Kelantan berjaya menang treble season ni. Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia. What a way to close the curtain, game yang sangat menarik dan competitive dari Kelantan dan ATM. Juga, gol terakhir untuk liga Malaysia tahun ni sangat berkualiti. Rembatan Indra Putra, memang brilliant dan sesuai sebagai penutup tirai. Tahniah kepada Kelantan dan ATM kerana menyajikan permainan berkualiti membuktikan bahawa Liga Malaysia juga berkualiti. 



Apa yang kita boleh dapat dari final ini? well, first adalah bagaimana ia dihype kan. Sejak semi-fnal kita dah di hype kan dengan promosi yang menarik. Pertemuan ATM vs Lions dan Kelantan vs Selangor. ATM vs Lions bagaikan Malaysia vs Singapura. Penyokong membanjiri stadium Selayang untuk bersama sokong ATM untuk memastikan Piala Malaysia tidak ke Singapura. Even perlawanan itu juga menarik. Never say die attitude ATM memang menakjubkan. Berjuang hingga ke akhir, sesuai dengan nama ATM itu. Lions juga pasukan berkualiti dan memberikan satu hype yang baru kepada Liga bolasepak Malaysia. Kelantan vs Selangor adalah Misi 33 vs Misi Treble. Selangor mahu menambah koleksi Piala Malaysia dan kembali menjadi jaguh dalam Malaysia. Ini dapat dilihat apabila mereka memberi nombor 33 kepada Rozaimi. Kelantan pula lebih bernafsu selepas menang Piala FA dan Liga Super. Mereka mahukan treble. Namun distraction daripada Piala AFC sedikit mengganggu dan ini dapat dilihat dalam perlawanan suku akhir menentang Felda United. Kuasa baru vs Kuasa lama. Aku pergi ke Stadium Shah Alam dalam 2nd leg Semi Final antara Kelantan vs Selangor. First time aku terpaksa duduk kat tier 3 sebab Stadium Shah Alam pack gila. Hopefully next season, setiap game Selangor akan penuh macam tu. Jangan tunggu semi-final je.

Dari perlawanan semi-final dan final itu, antara player tempatan yang menarik bagi aku adalah Zaquan dan Aidil, Hairuddin Othman, Sarjan Venice Elphi ( ATM), Amri Yahyah, Solihin ( Selangor) Badri Radzi, Norshahrul idlan, Nik Shahrul, Indra Putra dan Norfarhan Mohamad( Kelantan). Dalam semua pemain itu, from my thoughts untuk Skuad Piala AFF Suzuki, aku harap sangat King Raja akan panggil Badri Radzi dan Indra Putra. Agak pelik jika kapten pasukan yang menang treble, paling influential dan konsisten saban tahun tidak dipanggil. Kita mungkin sudah ramai di bahagian tengah, tapi piya memberikan option yang berbeza dan mampu membantu Safiq Rahim. Tidak salah untuk King Raja memanggil piya. Untuk Indra pula, kita memang sudah tau bahawa dia memang pemain berkualiti dan merupakan antara bekas pemain negara yang berkualiti. Tengok jelah gol kemenangan yang dijaringkan oleh indra masa final. Itu jaringan berkualiti dan bertaraf world class. Harapnya King Raja akan panggil mereka berdua dan Nor Farhan Mohamad yang merupakan penjaring terbanyak Kelantan dalam Piala Malaysia.

Another thing adalah kebangkitan Mat Yo di final. Setelah sekian lama off-form, mat yo memilih final untuk membuktikan bahawa beliau merupakan antara penyerang terbaik yang ada di Malaysia. Walaupun hanya satu game, tapi beliau membuktikan apa yang orang putih kata, cometh the hour, cometh the man. That's a good thing for Harimau Malaya, apatah lagi Safee Sali juga dah tunjukkan taring beliau ketika menentang Hong Kong.

So, since tirai liga dah tutup, kita lupakan kejap semangat kenegerian dan fokus kepada negara. Malaysia perlukan kita. SNBJ perlu dipenuhkan dan sokongan tidak berbelah bagi kepada Harimau Malaya satu kewajipan. Rakan-rakan, ayuh ke Bukit Jalil dan menyokong Harimau Malaya untuk Piala AFF Suzuki 2012!

-Tanah Tumpahnya Darahku- 

Monday, October 8, 2012

Tendang Tuesday: Tiket Final Piala Malaysia merepek.

So, Tiket final Piala Malaysia di ura-urakan berharga RM50. Seingat aku last year harga macam tu jugak. Harga untuk tiket Final Piala FA hari tu RM40. Untuk peminat bola, tiket tu mahal. Especially bagi team yang jauh. Kos pengangkutan, makan minum tambah tiket lagi. Ramai jugak yang bersuara kata kenapa perlu bising? Kalau minat, mesti tak kisah berhabis duit demi pasukan tercinta? Itu satu perspektif yang salah. Peminat ni mengeluarkan duit. Bukan dapat duit. Kalau begitu corak pemikiran kita, untunglah FAM. Diorang takkan teragak-agak untuk menaikkan harga tiket jadi lagi mahal sebab kononnya peminat sanggup berhabis duit untuk pasukan. Ingin aku ingatkan di sini, kat UK pun, peminat marah bila tiket jadi mahal. Contohnya, QPR yang meletakkan harga 50 pound untuk game di stadium diorang. Peminat dari kelab lain yang bertandang ke Loftus Road pun bising sebab 50 pound itu untuk tiket sahaja, tak termasuk pengangkutan dan lain-lain.  Even tiket bagi Bundesliga secara puratanya berharga 12-15 pound bagi setiap game.

Berbalik kepada pemikiran orang yang kata peminat sepatutnya sanggup berhabis demi pasukan tanpa kira kos. Tahukah anda apa jadi kat kelab EPL yang menaikkan harga tiket? Peminat memboikot game dan harga tiket terpaksa dibekukan untuk menarik mereka kembali. Peminat yang boikot adalah peminat yang tegar dan sering ke stadium. Bahkan penyokong-penyokong tegar St. Pauli di Bundesliga membuat demonstrasi di jalanan membantah kenaikan harga tiket.  Perlu diingat, penyokong merupakan entiti penting dalam bola sepak. Lebih penting dari organisasi yang menyelia. Tanpa penyokong tiada pasukan. Kelab takkan dapat duit tanpa penyokong, apatah lagi dalam Liga M yang FA malas nak cari penaja dan harapkan geran FAM semata-mata.

“Ticket prices in the UK exploit the fans; it simply isn’t affordable or sustainable. We’ve seen price freezes at many clubs because they cannot get fans to games and so, other than dropping prices, have nowhere left to go with their charging structure. What other industry has seen such a price hike, far exceeding yearly inflation, than the UK, and specifically English, football? - Andy Hudson 'http://dasbootblog.wordpress.com'
Penyokong tidak mintak banyak. Cukuplah harga tiket yang berpatutan. Kalau final Piala Malaysia tiket sudah berharga RM50, bayangkan berapa harga tiket untuk Piala AFF Suzuki nanti? Aku takkan terkejut jika Malaysia ke final, tiket akan berharga lebih RM100. Adakah harga tiket bagi final Piala Malaysia ini disebabkan oleh venue di Shah Alam? Aku dapat rasakan, kalau main di SNBJ, tiket akan lebih murah kerana mampu memuatkan lebih ramai orang. SNBJ boleh masuk 100,000. Stadium Shah Alam boleh masuk 80,000. Untuk menampung kekurangan 20,000 orang lagi, maka naiklah RM10. Itu belum dikira tolak tiket subsidi lagi.

Tahun lepas rasanya dah buat kempen boikot. Tapi kemudian ada tiket subsidi dan potongan diskaun kerana kerajaan negeri sponsor sikit. Sampai bila nak macam ni? sampai bila nak biar FAM buat kepala? Atas alasan apa nak naikkan harga tiket? Kos membaiki stadium? Penyelenggaraan? Tugas penyokong kah untuk membayar semua tu? Bukankah perbadanan Stadium dan FA yang sepatutnya mencari dana untuk semua itu? Jangan cuba nak twist dan cari alasan untuk menaikkan harga tiket.

Bila penyokong tak datang stadium, FAM salahkan penyokong kata penyokong tak menyokong bola sepak tempatan. Cuba tanya diri sendiri dulu wahai FAM, siapa yang halau penyokong? Dulu stadium kita pernah selalu penuh, tapi kerana kepincangan dan kebodohan FAM yang menyebabkan penyokong lari dan malas nak mengikuti liga tempatan. Jangan salahkan mereka yang sokong pasukan luar kerana untuk menyaksikan perlawanan EPL,La Liga,Serie A dan Bundesliga, mereka hanya perlu membayar kurang dari RM5 untuk segelas teh tarik dan sepinggan roti canai dan boleh tengok 5 game dalam satu malam. Aku tau, jauh di sudut hati mereka, mereka mahu ke stadium dan menyokong pasukan tempatan.

Sejak menang Piala AFF Suzuki, minat terhadap bola sepak tempatan mula bercambah dalam diri rakyat Malaysia. Sudah mula ramai mengikuti liga tempatan. Boleh dilihat apabila setiap pasukan ada penyokong tegar masing-masing, walaupun tak setegar penyokong EPL di Malaysia bila exchange banter. Tapi sekurang-kurangnya ramai mula ke stadium. Ini boleh dilihat bila sudah mula banyak team berbelanja besar seperti Kelantan, ATM dan yang paling terkini, Johor FA. Tapi segala usaha ini akan musnah begitu sahaja apabila FA dan FAM mengabaikan elemen paling penting dalam bola sepak, iaitu penyokong. Membuat keputusan berdasarkan keuntungan dan tidak mengambil kira penyokong adalah satu kesilapan paling besar. Ianya seperti menghasilkan produk untuk dijual, tetapi tidak mengambil kira pembeli. Biasanya benda sebegini takkan tahan lama dan akan berakhir dengan kerugian. Maka dengan itu, marilah kita lihat, sampai bila FAM akan terus bersikap begini. Nak harap FA negeri? Jangan berangan.

-Tanah Tumpahnya Darahku-




Sunday, October 7, 2012

Analisis Semi Final Piala Malaysia 2012: Jangan biarkan Lions ke Final!

Separuh akhir pertama Piala Malaysia berakhir dengan Lions seri 1-1 dengna ATM dan Kelantan menewaskan Selangor 1-0 di Kota Bharu. Sengit jugak sebenarnya semi final Piala Malaysia tahun ni. Semua team ada misi tersendiri. Selangor dengan misi 33, Kelantan nak rampas balik Piala Malaysia lepas kalah kat final tahun lepas pada Negeri Sembilan, ATM nak menang selepas berbelanja besar dan sudah semestinya Lions nak berlagak bawak Piala paling ulung Malaysia ke seberang tambak.



Dalam banyak-banyak, aku paling tak nak Lions menang. Why? well, because i'm a Malaysian and i don't want to see the most prestigious cup pergi ke seberang sana. So, i guess i'll be supporting ATM for this week's second match in Selayang. Fan base ATM setakat ini adalah anggota tentera and mungkin yang neutral since diorang beli ramai star player. Aku pergi game ATM vs Kelantan time group stage, well diorang ada band sendiri untuk meriahkan suasana. Dari segi marketing, i see them doing quite good. Untuk game liga perdana, diorang buat cabutan bertuah untuk peminat yang datang. Hadiah lumayan jugak. Tak silap aku dapat Ipad and handphone. Well, ramai kata itu macam beli peminat. Well, dalam dunia kapitalis ni you need that. It's hard for clubs to survive kat Malaysia sebab sokongan peminat berdasarkan semangat kenegerian, even itu pun tak cukup kuat nak tarik peminat. Mungkin kerana lebih ramai rakyat Malaysia yang tinggal di negeri di England, Sepanyol dan Italy mungkin? Nak tak nak most clubs kena buat short term marketing strategy untuk tarik peminat. Well, at least ATM might stay a bit longer than MBPJ dan UPB Myteam.



Selangor pulak setakat ni nampak improvement since Amri Yahyah atau yang supporter Selangor panggil Wak Am main balik lepas kena gantung kerana tumbuk telur Ghaddar. Tapi masalah Selangor adalah yang orang putih panggil strength in depth. Tak ada player yang sama quality on the bench. Bahkan rasanya first 11 diorang paling lemah di antara 4 pasukan yang ada dalam semi-final. Diorang mungkin ada striker paling terkenal, tapi yang lain tak berapa nak menyerlah. Ini bukan setakat aku je cakap, tapi supporter Selangor sendiri cakap. Asra injured, Safiq tak berapa nak menjadi, now Rozaimi pun tak ada. So, diorang agak light. Dengar ceritanya untuk 2nd leg TSAM mintak half stadium untuk supporter Kelantan. Kalau ikut masa aku tengok Selangor vs Pahang kat SSA arituh, aku rasa dia mintak 3/4 pun boleh. Tak tau mana pergi supporter Selangor. Padahal aku rasa SSA tu dah betul-betul tengah bandar Shah Alam. Orang Shah Alam pun malas nak pergi, dah macam mana? So, untuk second leg ni diorang kena try market habis-habis. Takkan nak biar home ground jadi away ground? Orang Selangor, tak kiralah dari mana, Gombak,Kuala Langat,Hulu Langat, Petaling Jaya, Ampang, semua kena turun. Kalau tak, stadium akan penuh dengan fan Kelantan, and bila itu jadi, pressure akan lebih kepada Selangor.



Kelantan pula sekarang ni antara calon pilihan ke final. Yang menjadi penghalang diorang adalah keletihan atau fatigue. Ini boleh nampak masa Quarter final lawan Felda. Bermain dalam AFC Cup sedikit sebanyak menyusahkan diorang. Well, ini biasa. Kalau tengok kat Eropah pun, bila main UEFA Champions League or UEFA Cup, team akan effect. Itu untuk liga Eropah yang fixtures dia tersusun, Kelantan main AFC Cup dan lepas tu Liga Malaysia yang FAM buat jadual bersepah, so effect dia lagi teruk. Nampak piya letih dan off form. Burden piya lebih tahun sebab Mat Yo off form. Bila piya off form, effect satu team. Sebab tu agaknya masa lawan Selangor kat KB, Bojan rehatkan piya. Ada jugak kata dia sakit mata, tapi bagi aku bagus dia rehat.



Lions pulak team paling tak pressure. Diorang tak rugi apa kalau tak ke final. Ini first season diorang main and dapat 2nd place Liga dan semi-final Piala Malaysia. Itu dikira satu kejayaan dah tu. Next season diorang boleh meningkat lagi. Lions memang berkualiti. Gabungan pemain muda dan national team nampak mantap di bawah tunjuk ajar V.Soondramoorthy. Aku pun tak sure if aku eja nama dia betul. Walaupun ramai kata diorang mantap sebab main kat padang sintetik, tapi based on few games yang aku pergi and cover the matches, Lions main memang mantap. I'd say lagi bagus dari national team diorang. Full of energy, tersusun. Under Shahril Ishak and Baihakki Khaizan, the younger players dapat belajar banyak. But still, aku harap diorang kalah teruk kat Selayang nanti.

Players to watch:
ATM- Marlon Alex James, Hairuddin Omar, Zaquan Adha
Selangor - Amri Yahyah, Bosko Balaban, Safiq Rahim
Kelantan - Badri Radzi, Nor Farhan, Ghaddar
Lions XII - Shahril Ishak, Baihakki Khaizan

Well, itu analisis aku untuk Semi-Final ni. Prediction aku adalah Kelantan and ATM to compete for the cup. Siapa menang piala itu tunggu dulu. So, pada anda di KL, jom ke Selayang dan maki singapore dan pada anda yang di Selangor, jangan biarkan Shah Alam jadi Kota Bharu.

-Tanah Tumpahnya Darahku-