Thursday, January 13, 2011

Stadium Keramat



Untuk entry kali ni, kita cerita pasal stadium pulak. Kenapa stadium? kenapa tak cerita pasal player lagi? Sebenarnya, stadium juga memainkan peranan penting dan stadium yang aku nak cerita ni ada signifikan dengan skuad Harimau Malaya dan sejarah Malaysia. Bukan stadium Shah Bukit Jalil, bukan Stadium Shah Alam mahupun Stadium Astro. Tapi Stadium Merdeka. Stadium Merdeka dulu boleh diumpamakan seperti Stadium Wembley di England, Stadium Maracana di Brazil atau Stadium GBK di Indonesia.




Stadium Merdeka merupakan hasil daripada cetusan idea Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sejak tahun 1951, semasa beliau masih lagi menjadi Pegawai Kerajaan dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia di zaman Pemerintahan British. Pembinaan Stadium Merdeka telah bermula pada bulan September 1956 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 1957. Kos pembinaannya adalah RM2.3 juta yang dibiayai sebahagiannya melalui kutipan derma dari orang ramai. Sebuah tapak yang sesuai telah diperolehi di dalam kawasan Taman Coronation yang termasuk dalam hakmilik Majlis Perbandaran dan pada asalnya merupakan tanah perkuburan Cina yang terletak di atas bukit. Manakala kerja-kerja pembinaan Stadium Merdeka ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran dan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya. Stadium ini dibuka secara rasminya pada 30 Ogos 1957 oleh Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Stadium ini turut digunakan ketika pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.- sumber Perpustakaan Negara Malaysia


Stadium Merdeka merupakan stadium keramat untuk bolasepak Malaysia. Final Piala Malaysia diadakan di sini saban tahun hingga 1994 di mana Stadium Shah Alam mengambil alih tempat Stadium Merdeka sebagai venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan kini Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium yang boleh memuatkan 21, 364 orang ini juga merupakan gelanggang pertempuran Skuad Harimau Malaya untuk Pesta Bola Merdeka dan perlawanan-perlawanan antarabangsa. Stadium ini juga digunakan oleh Pasukan Kuala Lumpur sebagai home ground mereka. Namun, setelah Pasukan Kuala Lumpur berpindah ke Stadium Cheras, Stadium ini tidak lagi digunakan kecuali untuk karnival dan konsert yang sudah semestinya menjahanamkan stadium ini.


Stadium ini sepatutnya diperbaiki dan dibangunkan semula kerana stadium ini merupakan Simbol kebanggaan negara. Perlawanan-perlawanan bola sepak berskala kecil atau persahabatan boleh dianjurkan di Stadium Merdeka. Seperti yang diketahui, Bangunan 100 Tingkat iaitu Menara Warisan Merdeka akan dibina bersebelahan stadium keramat ini. Apa salahnya jika wang tersebut digunakan untuk membangunkan dan memulihara Stadium Merdeka yang menjadi saksi kepada kejayaan demi kejayaan Skuad Harimau Malaya. -Tanah Tumpahnya Darahku -

Wednesday, January 12, 2011

The Oldest Tournament In Asia



ok,untuk entry kali ni, kita akan stop kejap cerita pasal individu. Kita akan cerita pasal kejohanan tertua bukan setakat di Malaysia, bahkan di Asia. Pada siapa yang tak tau, ia tidak diadakan di China, Jepun , Korea hatta Indonesia, tapi ia diadakan di tanah air kita sendiri iaitu Malaysia. Kejohanan tersebut ialah Pestabola Merdeka.





Kejohanan ini bermula pada tahun 1957, bersempena dengan tahun di mana Malaya mendapat kemerdekaan. Kejohanan ini setakat ini telah diadakan sebanyak 40 kali dengan memiliki 29 pemenang berbeza dengan skuad Harimau Malaya merupakan pemenang terbanyak iaitu 12 trofi (termasuk ketika diwakili skuad bawah-23 pada tahun 2007) . Kejohanan ini pada suatu masa dahulu merupakan suatu kejohanan yang berprestij dan menjadi rebutan negara-negara besar bukan setakat di Asia, bahkan Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan juga kelab-kelab ternama.



 Pada suatu ketika dahulu, kejohanan ini dianggap serius oleh negara-negara peserta dan semangat juang dan daya saing setiap pasukan yang bertanding boleh dilihat. Sebagai contoh, pertembungan Skuad Harimau Malaya dan Taeguk Warriors (Korea Selatan) seringkali dinanti kerana masing-masing inginkan trofi kejohanan.

Year - Winner
1957 - Hongkong
1958 - Malaya
1959 - Malaya
1960 - Malaya and South Korea (shared)
1961 -Indonesia
1962 -Indonesia
1963 -Taiwan
1964 -Burma
1965 -South Korea and Taiwan (shared)
1966 -South Vietnam
1967 -South Korea and Burma (shared)
1968 -Malaysia
1969 -Indonesia
1970 -South Korea
1971 -Burma
1972 -South Korea
1973 -Malaysia
1974 -Malaysia
1975 -South Korea
1976 -Malaysia
1977 -South Korea
1978 -South Korea
1979 -South Korea and Malaysia (shared)
1980 -Morocco
1981 -Iraq
1982 -Santa Catarina
1983 -Selección de Primera B (Argentina)
1984 -South Korea
1985 -South Korea
1986 -Malaysia
1987 -Czechoslovakia Olympic
1988 -Hamburger SV
1991 -Admira Wacker (Austria)
1993 -Malaysia
1995 -Iraq
2000 -New Zealand
2001 -Uzbekistan
2006 -Myanmar
2007 -Malaysia U-23
2008 -Vietnam U-23


Kejohanan ini turut disertai kelab-kelab ternama Eropah ketika itu, seperti Hamburger FC dari Jerman Barat (kelab yang disertai Ruud Van Nistelrooy zaman ini) , Santa Catarina XI, Minas Gerais, America FC Rio de Janeiro dan Sao Paolo dari Brazil, Admira Wacker dari Austria serta Buenos Aires XI dari Argentina. Dahulu, format pertandingan ini adalah jika kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan yang sama atau tiada jaringan, trofi akan dikongsi bersama.



Kali terakhir kejohanan ini diadakan ialah pada tahun 2008 di mana Skuad Harimau Malaya tewas kepada Skuad Vietnam melalui tendangan penalti 6-5. Kali terakhir Skuad Harimau Malaya menang adalah pada tahun sebelumnya iaitu 2007 dengan menewaskan Myanmar 3-1. Di antara tahun 1988 hingga 2008, kejohanan ini hanya diadakan sebanyak 8 kali. Alangkah menariknya jika kejohanan ini mampu kembali menjadi kejohanan berprestij di peringkat Asia. -Tanah Tumpahnya Darahku -

Tuesday, January 11, 2011

Best Malaysia Goal

Siapa kata Pemain di Malaysia tak boleh menjaringkan gol-gol yang berkualiti?

Last line of defence-Spiderman



ok,untuk kali ni,kite nak cerita pasal spiderman pulak. Bukan spiderman kat U.S tu, yang ni tak pakai topeng and 100% darah Harimau Malaya. Tak guna defend kental kalau goal keeper tak bagus. Menyusahkan pertahanan lagi adalah. (Mendiang) R. Arumugam merupakan pelengkap kepada gandingan Santokh Singh dan Dato' Soh Chin Aun. Beliau merupakan benteng pertahanan terakhir negara yang menyelamatkan keadaan andai pertahanan tertewas.



Beliau dilahirkan pada 31 Januari 1953. Anak jati Port Klang ini memulakan kareer bola sepaknya pada usia yang muda. Ketika beliau berumur 18 tahun, beliau telah mula bermain untuk pasukan negeri kelahirannya, Selangor di dalam Piala Burnley. Beliau mewakili Selangor sebanyak 394 kali bermula pada tahun 1972 hingga 1988 dan berjaya menjaringkan dua gol.  Beliau berjaya memenangi sebanyak 8 Piala Malaysia dalam tempoh itu.


Dikenali sebagai Spiderman kerana tangannya yang panjang dan ketangkasannya mengawal gawang, mendiang R. Arumugam mula mewakili skuad Harimau Malaya pada tahun 1973 untuk kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Beliau berjaya memenagi Piala Pestabola Merdeka bersama Skuad Harimau Malaya sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1973, 1974, 1976 dan 1979. Dalam Sukan SEA pula, beliau mewakili skuad Malaysia pada tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985. Pencapaiaan terbaik beliau adalah ketika memenangi Pingat Gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran , Iran.  Beliau juga merupakan salah seorang antara skuad Harimau Malaya yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980, namun begitu, Malaysia menarik diri dari kejohanan tersebut atas alasan politik. Mensasarkan 200 penampilan untuk skuad Harimau Malaya, mendiang walau bagaimanapun tidak berjaya kerana hanya mewakili negara sebanyak 196 kali.



Selepas bersara dari arena Bola Sepak, mendiang telah menubuhkan kelabnya sendiri iaitu Starbite FC pada tahun 1983 di kawasan perumahannya sebagai langkah untuk melahirkan bakat-bakat baru bola sepak. Beliau meninggal dunia setelah terlibat dalam suatu kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan, berdekatan Petaling Jaya pada tanggal 18 Disember 1988. - Tanah Tumpahnya Darahku -

Monday, January 10, 2011

The Great Wall of Malaysia-Part 2



Ok,kita dah cerita pasal seorang benteng pertahanan Harimau Malaya, untuk kali ni kita cerita partner dia yang juga merupakan Kapten Skuad Harimau Malaya, iaitu, Dato' Soh Chin Aun @ Tauke. Beliau lahir pada 28 Julai 1949 di Alor Gajah, Melaka dan seperti sedia maklum, beliau merupakan rakan sepasukan kepada Santokh Singh, Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R. Amurugam samada untuk Malaysia atau Selangor.



Sebagai seorang pemain pertahanan dan juga Ketua Pasukan, beliau merupakan sumber inspirasi dan motivasi kepada pasukan. Bermati-matian mempertahan gawang Harimau Malaya daripada dibolosi. Beliau merupakan Ketua Pasukan Termuda Skuad Harimau Malaya, iaitu ketika berumur 21 tahun ketika Kelayakan Olimpik pada tahun 1974 di Seoul, Korea Selatan. Beliau juga merupakan salah seorang pemain skuad Harimau Malaya yang bermain di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.


Beliau mewakili Selangor selama 10 tahun dari tahun 1970 hingga 1980 dan kemudian mewakili negeri kelahirannya Melaka dari tahun 1981 hingga 1983. Soh Chin Aun yang juga digelar  Tuhan Peperangan (God Of War) kerana kekentalannya mengemudi pertahanan bersama Santokh Singh, telah mewakili negara sebanyak 252 kali dari tahun 1970 - 1985.  Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Skuad Harimau Malaya dari 2007 hingga Februari 2009. - Tanah Tumpahnya Darahku -

Sunday, January 9, 2011

Ultras Malaya


ok,now aku nak cakap sket pasal Ultras Malaya. Apa itu Ultras? bagi korang yang tak tau,diorang ni merupakan penyokong bola sepak yang lain dari yang lain. Diorang ni akan menyanyi dan bersorak sepanjang 90 minit(dan masa tambahan kalau ada). Diorang ni juga akan berdiri sepanjang masa,so siapa yang nak tengok n duduk,pergilah tempat lain.Tapi,jangan risau sebab diorang xkacau orang,diorang ambik spot yang biasanya orang tak nak duduk. Diorang juga akan bakar flare(bukan bakar kerusi), kibar bendera, Muffler, dan macam-macam lagi untuk memberi semangat kepada pasukan tak kiralah kalah atau menang, kira diorang ni true supporter yang memeriahkan lagi dunia bola sepak. Ultras Malaya ni ditubuhkan untuk menyokong pasukan Bola Sepak Malaysia a.k.a Harimau Malaya. Diorang ada chant(sorakan) mereka sendiri dan biasanya, chant ini akan diikut oleh orang2 di Stadium.. Tak percaya,siapa yang pergi stadium masa Final Malaysia vs Indonesia aritu and tak buat chant di atas memang pekak or buta or atas pagar or penyokong Indon. Effort diorang ni memang bagus. Diorang akan pergi support tak kiralah game besar atau friendly biase2 je. Korang memang terbaik. Thank You for your support to the team. kerana koranglah pencetus kepada sokongan rakyat Malaysia yang lain.-Tanah Tumpahnya darahku-



Lagu Untuk Malaysia

 
 
 
Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh