Sunday, May 29, 2011

Terima Kasih FAM dan Berita Harian..

Published on May th, 2011
(Dihantar ke ruangan Surat Berita Harian sebelum diedit dan disiarkan pada 25/5/2011)

Saya salah seorang peminat bolasepak Malaysia yang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap FAM secara amnya, dan kepada Presiden FAM secara khususnya.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan tahniah terhadap FAM kerana membawa gergasi-gergasi Liga Perdana England untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan kebanggan kita. Dan mereka telah berjaya mendapat persetujuan ini dengan lebih awal, tidak seperti ketika Malaysia memerlukan perlawanan persahabatan antarabangsa semasa menentang Etoile FC tempoh hari. Ada orang mungkin mempersoalkan bahawa lebih baik bagi pasukan kebangsaan untuk menentang pasukan kebangsaan negara lain untuk mendapatkan mata kedudukan FIFA dan seterusnya mencerahkan lagi peluang layak ke pertandingan antarabangsa, tetapi saya tidak bersetuju atas beberapa sebab. Pertamanya, bukankah di Malaysia ini ramai warga-warga England? Sudah tentu mereka akan turun memenuhi stadium menyokong pasukan kesayangan mereka, tidak seperti jika Harimau Malaya sekadar melawan pasukan kebangsaan lain. Keduanya, duit hasil kutipan tiket itu sangat penting sebenarnya. Tidaklah saya tahu untuk apa sebenarnya, tapi saya pasti dan percaya bahawa FAM tahu bagaimana untuk menggunakannya untuk menaikkan tahap bolasepak Malaysia.

Seterusnya, pujian juga harus dihamburkan kepada Presiden FAM kerana menganugerahkan Presiden FIFA, Sepp Blatter dengan pangkat Dato Sri walaupun beliau belum pernah pun memberi apa-apa sumbangan terhadap bolasepak Malaysia mahupun negara Malaysia. Orang lain mungkin mempertikaikan tindakan itu, tetapi bukan saya. Tidakkah mereka ini terfikir bahawa Sepp Blatter akan rasa terharu dan berterima kasih dengan anugerah itu, dan akan melakukan sedaya upaya beliau supaya Malaysia dapat menjadi tuan rumah Piala Dunia? Mungkin bukan dalam masa yang terdekat, tapi pasti ada di masa hadapan. Nah, sudah tentulah pasukan bolasepak Malaysia tak perlu lagi berusaha keras untuk layak secara merit! Harimau Malaya akan layak sebagai tuan rumah! Bukannya apa, bukankah pasukan kebangsaan kita sentiasa sibuk dengan perlawanan pertunjukkan dengan pasukan liga luar negara? Mereka tiada masa mengadakan perlawanan persahabatan penting dengan pasukan kebangsaan negara-negara lain. Saksikan tuan-tuan dan puan-puan, kebijaksanaan Presiden FAM.
    
               

Jangan buat bising, pemikir-pemikir bolasepak terulung sedang brainstorming!


Disamping itu juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli FAM kerana tidak mengundi Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden FAM dalam pilihanraya FAM sebelum ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Tan Sri Annuar bukanlah calon yang layak untuk menerajui bolasepak Malaysia. Kejayaan KAFA dan pasukan Kelantan sekarang ini seperti kehadiran penonton di stadium yang sentiasa penuh, kualiti permainan yang tinggi, penubuhan akademi bolasepak bagi bakat muda; dan kekukuhan kewangan tanpa bergantung kepada kerajaan Negeri pun hanyalah bergantung kepada nasib semata-mata, bukan disebabkan kebolehan beliau. Eloklah beliau hanya diberi kepercayaan menerajui bolasepak wanita, kerana dalam tiga atau empat tahun lagi bila bolasepak wanita menyerlah, kenyataannya bolasepak wanita masih lagi tidak mendapat tempat di hati peminat di Malaysia seperti mana mereka meminati gergasi-gergasi EPL yang selalu minat dan ikhlas datang ke Malaysia setiap tahun.

Nasib semata-mata
Kalau diikutkan hati, banyak dan berjela-jela lagi yang ingin saya puji mengenai pencapaian FAM dan Presidennya. Tapi cukuplah sampai di sini sahaja. Tahniah FAM!

P.S: ini adalah surat betul yang dihantar ke Ruangan Surat Pembaca akhbar Berita Harian..Namun setelah diedit, ia menjadi lain..Berita Harian, tolong siarkan surat yang betul..ini link untuk surat yang telah diedit..
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahaFAMbawaChelseadihargai/Article/index_html


dipetik dari http://ultrasmalaya.net/tahniah-fam/

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, May 21, 2011

Gomo Kelate Gomo!!



Tahniah kepada Kelantan kerana dipilih sebagai venue untuk perlawanan pemanas badan skuad kebangsaan menentang Myanmar pada bulan depan..Mungkin ada yang kate, ala, friendly je..tapi pikir positif..at least,peminat-peminat bola di Kelantan, dapat tengok Harimau Malaya main..ni asyik orang KL dengan Selangor je..ape kate, orang2 KL n selangor pegi Kelate pulok..Kalau peminat-peminat Harimau Malaya dari Kelantan boleh bersusah payah ke Bukit Jalil dan Shah Alam, why not kite plak yang pegi sane?Sekali-sekala cuti2 Malaysiala..boleh jalan-jalan melawat negeri orang..asyik tengok KLCC je..sekali-sekala pergi KB plak..haha..



Apa yang aku tau, kalau rakyat Kelantan menyokong team kebangsaan macam diorang sokong The Red Warriors, stadium konfirm penuh and visiting team will have a hard time..sebab macam kita selalu tengok, fan-fan Kelantan memang fanatik..Diorang sangat vokal and mungkin ada kalanya terlebih, tapi atmosfera die sangat menakutkan bagi pasukan-pasukan pelawat..It's a good thing FAM buat camni..bagi peluang rakyat di negeri-negeri lain melihat skuad harimau Malaya dengan lebih dekat..Lepas ni, pergila tour stadium lain plak kat Malaysia ni.



Tahniah juga kat Kelantan kerana mereka bakal mendapat Stadium baru yang berkapasiti 40,000 orang..Untuk sekarang, Stadium Sultan Muhammad IV boleh muat 20,000 orang je..tapi aku rasa 40,000 pon macam tak cukup je..kalau dapat dalam 60,000 pon ok kot..Kalau Bukit Jalil pon boleh penuh dengan supporter Kelantan kalau diorang terlibat dalam final, apatah lagi home game..Stadium baru ni dikatakan bakal dibina di Pasir Puteh..ada yang merungut sebab jauh dari Kota Bharu..tapi kena ingat supporter Kelantan bukan asal Kota Bharu je, tapi seluruh Kelantan..so, secara logiknya, mungkin sesuai untuk pembangunan bandar Pasir Puteh tu sendiri sebab dikatakan diorang nak buat Pasir Puteh jadi bandar sukan..apa-apa pon tahniah kepada Pasukan Kelantan..diharap dengan rezeki yang mencurah ni, makin ramai anak muda di Kelantan yang berpotensi bakal menjadi tonggak untuk skuad Harimau Malaya!!

p.s: bile piya nak sarung jersi Harimau Malaya?

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, May 14, 2011

Kami anti Rasuah!!


Kita digemparkan dengan berita FIFA nak datang buat pemeriksaan kerana ada maklumat mengatakan sesetengah pemain kita dan FAM terlibat dengan rasuah..Antara kes yang hangat adalah kes di mana skuad kite telah ditipu oleh Zimbabwe apabila mereka menghantar skuad kelab Momotapa United sebagai ganti skuad kebangsaan mereka..Aku tak tau siapa yang bodoh, zimbabwe atau FAM..FAM dengan mudah menjawab bahawa mereka tidak tahu apa-apa kerana bagi mereka, mereka diberitahu bahawa itu skuad Zimbabwe..Kalau macam tu, nanti aku hantar team tadika lepas tu aku bagitaula FAM yang tu team Sepanyol..ok tak?best bukan?


Ok, berbalik kepada topik kita, sebelum ni pon Malaysia dah pernah digemparkan dengan isu rasuah..Aku pon dah tak berapa ingat, tapi memang habis jahanam liga Malaysia dan Skuad Harimau Malaya..Ramai yang terlibat masa tu..Setiap pemain dipantau dan disoal siasat..Aku teringat coach time tu,pening sebab player-player kena tangkap, ban seumur hidup dan kena buang daerah..Sampai sekarang hukuman tu masih berjalan..Yang sedihnya, antara yang terlibat tu adalah player-player utama Skuad Harimau Malaya dan player-player yang mempunyai potensi..Ade cerita-cerita yang kata mereka dibayar hampir RM70,000..Bookie-bookie mase tu lambak je duit dan diorang kelabu mata..Mungkin masa tu gaji yang diterima sangat rendah, sebab tu diorang buat macam tu..Samela macam kerja-kerja lain..manusia ni, kalau duit berjuta bergolek depan mata dengan mudah, memang akan terpedaya..especially yang iman tak kuat..



Rasuah masa tu memang menjatuhkan kredibiliti dan bola sepak Malaysia..Itulah zaman gelap bola sepak Malaysia..Kerana rasuah, skuad kebangsaan menjadi mangsa..Pasukan-pasukan terpaksa dirombak..So, sedikit sebanyak ia menjejaskan prestasi pasukan negeri dan kebangsaan..Peminat merasa tertipu lalu menjauhkan diri dari stadium..Kalau nak kate itu punca rakyat kita dah tak selalu pergi stadium mungkin jugak,tapi itu hanya alasan terpencil..


So, kepada pemain-pemain sekarang, samada main untuk negeri atau Kebangsaan..jauhilah rasuah.ingatlah, itu duit haram..duit haram ni tak berkat..kalau tak nak pikir penyokong, pikirla keluarga anda..takkan nak bagi keluarga makan duit haram..Bak kate Nabil dalam Maharaja Lawak, Lu Pikirla Sendiri!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, May 6, 2011

Stop This Nonsense!!!


Semenjak dua menjak ni, popular di dada akhbar mengenai isu Stadium Nasional Bukit Jalil..Isunya adalah Stadium Bukit Jalil sedang diperbaiki, namun pihak FAM mahu semua perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya dan Harimau Muda diadakan di sana.. Seperti sedia maklum, bulan Jun dan Julai ni, fixture pasukan negara sangat padat..Kita ada kelayakan Piala Dunia, Kelayakan Olimpik, dan perlawanan persahabatan menentang tiga kelab England iaitu Chelsea, Liverpool dan Arsenal..Pihak kontraktor mengatakan bahawa jika SBJ digunakan sebelum ia siap diperbaiki, FAM perlu membayar RM 500 ribu..dan jawapan FAM pada mulanya adalah mereka akan fikirkan venue lain kerana taknak menggunakan wang rakyat..



Taknak menggunakan wang rakyat ye? This is all bullshit!!kalau betul tak nak guna wang rakyat, kenapa terima adakan perlawanan persahabatan yang ntah ape2 dan tak membantu ranking skuad negara? tiket paling murah rm80..so, korang takkan kisah main kat Bukit Jalil, sebab duit tiket je dah mampu cover..aku tau Arsenal, Chelsea dan Liverpool tu kelab besar, tapi apa sumbangan mereka pada skuad negara? dan game tu pulak diadakan dalam masa Harimau Malaya tengah berjuang dalam kelayakan Olimpik dan Piala Dunia..Mana yang lebih penting?jangan pikir duit dan populariti je wahai FAM..kalau ikut aku, aku suruh main kat padang rumah aku je..



Maybe ada yang tak setuju n kate, kedatangan kelab-kelab besar ni tandanya mereka mula memandang keupayaan Skuad Negara..WTH?! mereka tak pandang keupayaan Harimau Malaya, tapi mereka memandang bagaikan harimau nampak daging kat duit dan populariti yang mereka akan dapat di Malaysia..Kepada King Raja, jangan gunakan player-player utama kita untuk game-game ni..kesian diorang..dahla jadual liga padat, ade Qualifying olympic dan World Cup lagi..Hantar budak-budak SSBJ je..takpon, buat team lain..kumpulkan pemain-pemain berbakat dalam Liga Super..Ade je..Akmal Rizal, Hairuddin Omar, Piya, Azwan Roya, K. Nanthakumar..kumpul player-player tu, buat team baru..campur2 la sket dengan Skuad Kebangsaan..Nanti FAM marah pulak..tapi dahulukan mane yang penting..jangan buat player kita penat..


Kepada FAM, sudah-sudahla carik untung..fokus benda yang penting..Harimau Malaya tengah naik, cari platform yang lebih sesuai untuk mereka..bukan adakan perlawanan persahabatan  yang tak memberi makna macam ni..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, April 27, 2011

Kebodohan yang nyata dari FAM

Aku bace paper arini lambat(rabu, 27 April)..malam baru aku dapat bace..aku selak2 la semua paper yang ade..ade satu tajuk yg memang menarik ati aku..Di kala paper lain sibuk buat preview el clasico, barca vs real, paper Harian Metro (walaupon aku kureng sket bace HM) menampilkan berita mengenai kebodohan FAM..ye, FAM memang bodoh..



Kenape aku kate FAM bodoh?sebab Skuad Olimpik Arab Saudi datang Malaysia dan berminat nak adekan friendly dengan kita, tapi kena reject sebab Harimau Muda ade game liga super..So, team arab saudi pegi jemput skuad olimpik korea utara untuk adekan perlawanan persahabatan kat MALAYSIA!!Seriously orang-orang kat FAM dah tak tau ke Harimau Muda ni skuad negara?diorang bukan team Liga Superla!!!!aku betul2 kecewa dengan sikap FAM dan kebodohan mereka..Kamonla..kalau nak guna alasan kita dah ade jadual,itu bodoh namenye..selame ni korang jugak yang suka ubah2 jadual..ubah2 format liga..Skuad Olimpik kita punye next qualifying game adalah melawan Lebanon..So, Arab Saudi merupakan team sekawasan dengan Lebanon!!Dan, Arab Saudi mampu layak ke Piala Dunia dan Piala Asia secara merit..So, kenape korang reject?!!!!




So, ape yang Coach Ong terpakse buat, adalah merangka perlawanan persahabatan menentang samada Thailand atau Singapura..KEMONLA!!!!diorang lagi..kesian Coach Ong..Singapura dengan Thailand tu tiap-tiap tahun kita boleh lawan..ntah2 tiap bulan pun boleh!ini Arab Saudi!!!FAM memang suke friendly lawan team2 bangang je..Kalau yang kuat pun, kelab-kelab luar..kenape?sebab harga tiket boleh letak mahal2 lepas tu masuk kantung korang..Seriously FAM, kalau korang tak mampu nak mentadbir dengan elok, sila letak jawatan..Aku lebih rela tengok bekas-bekas pemain bola atau siape2 yang ade semangat dan memang mahukan kejayaan untuk Harimau Malaya yang pegang tampuk kepimpinan..Aku betol2 tak boleh terima benda ni..Aku rase korang memang BODOH!

P.S: sori kalau ade budak2 bawah umur yang bace..Aku memang tengah marah dengan FAM..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, April 26, 2011

Bola ke Wrestling?


Hari Ahad yang lepas aku berpeluang melihat suatu benda yang menarik dalam arena bola sepak kita..Aku baru tau, pemain-pemain kat Malaysia ni bukan setakat main bola, sukan lain pon boleh..nak tau sukan ape? sukan boxing, tomoi, karate dan macam-macam yang berunsur bertumbuk ni la.Pada siapa yang masih blur, aku maksudkan perlawanan antara Kedah dengan Harimau Muda A..




Dalam perlawanan tu, (aku tengok sket je klip2 die kat berita), ape yg aku nampak, player Kedah agak brutal..tackle2 kasar..dan yang paling best aku tengok, mase Harimau Muda A kena tackle, sorang player Harimau Muda yang lain langgar player Kedah, tibe2 datang sorang player Kedah bernama Sharizan Hashim dari seberang padang berlari dan menumbuk budak Harimau Muda tu..da macam tomoi da..n ape yang interesting, hanya kad kuning dikeluarkan..WTH?? kalau kat Liga lain, berlaga kepala pon dah boleh kena red kad..Kad kuning je ref? Supporter Kedah dikatakan tak berpuas hati dengan pengadil sampai buat demo dekat luar stadium, kerana ref dikatakan tak adil sebab tak bagi diorang penalti..Abes tu, tak bagi red kad kat player yang bertomoi ape cer?



Aku bukan nak berat sebelah ke ape, tapi player kita kena professional sikit..Ini kena sikit nak bertumbuk..bukan Kedah je..team-team lain pun ade..Pemain kita ni emosi senang tergugat..Player-player kita kena ingat yang datang stadium dan yang tengok kat TV bukan orang dewasa je..Budak-budak pon tengok..Nanti budak-budak ni terpengaruh pulak..main kat padang, member tackle sket, bertumbuk..Bak kate kumpulan jambu dalam Maharaja Lawak, Kemonla..Ape-ape pun, aku salute Coach Ong..Die tenangkan player die walaupun aku rase dalam hati die, nak je die pegi siku balik player yang tomoi anak buah die tu..



Kalau macam ni la gayanye, aku rase Player Harimau Muda A ni, elok main kat luar negara balik..Main kat Malaysia, manjang kena tackle, kena tomoi..Kelayakan Olimpik da dekat..Ade yang patah riuk sebelum lawan Lebanon karang..Lagipun jadual perlawanan kita padat sangat..Dah banyak kes player-player letih..Even team Perak sendiri cakap diorang letih..yela, kadang2 ade game Selase, lepas tu Jumaat..Lepas tu Selasa depan tu ade lg..Gile ke?Nasib baik tak masuk Liga AFC..kalau tak, memang kelua awalla kita..Mungkin ade yang cakap, Kelab England rileks je main 2 game seminggu? cube tengok betol2..Mane2 team yang ade game pertengahan minggu, diorang akan main ari sabtu atau Ahad..dan, bukan setiap minggu ade game tengah2 minggu..So, FAM, bagila rileks sket2 player2 kita ni..da nak dekat Kelayakan Olimpik dan Piala Dunia ni..Kami mahu Harimau Malaya maju ke depan!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, April 20, 2011

Menyemarakkan Semangat Kenegerian demi Bola Sepak Malaysia



Mase tengah sedap-sedap lepak KFC semalam, ntah kenape tibe-tibe aku terfikir pasal bola sepak Liga Super..Terutamanya pasal pasukan negeri aku, Kuala Lumpur(negeri ke?)..Selama aku duduk KL ni, aku tak pernah pegi game-game KL..Aku pergi game Malaysia dan Manchester United(ye,aku sokong team luar jugak),tapi aku tak pernah pergi game KL..aku tau KL ade pasukan dan main kat Stadium Cheras,tapi bagi aku macam jauh..Aku rase orang-orang yang duduk Cheras pon tak ramai pergi sebab selalu aku tengok Stadium Cheras kosong..Walaupun aku orang KL,tapi susah betol nak rase yang aku patut sokong KL..aku tak rase semangat kepunyaan kepada KL..aku tengok jugak game2 Liga Super,tapi sebab bapak aku orang Kelantan, so aku banyak tengok game2 Kelantan..Tapi aku tetap ade rase nak sokong pasukan negeri/Wilayah Persekutuan kelahiran aku..Terutamanya selepas gelombang kebangkitan bola sepak negara..aku rase macam aku harus menyokong KL..



Malangnye, aku masih tak rase macam KL team aku...aku tak banyak tau pasal KL..aku taula dulu KL antara top team..Zaman2 Shebby dengan Mat Zan Mat Aris dulu..Aku rase PBKL kurang promosi..bukan kurang, tapi takde..Bila pikir-pikir balik, ini bukan masalah KL je, tapi majoriti team kat Liga Malaysia..Mungkin Kelantan dikecualikan,tapi sebelum Anuar Musa ambik alih, same je..Kebanyakan team-team dalam liga Malaysia macam tak nak mendekati peminat..Dulu aku ingat masa Selangor tengah naik,zaman diorang ade Bambang dengan Elie Aiboy, diorang ade buat tour ke daerah-daerah dalam Selangor..Itu yang kita mau..memangla home ground kat Shah Alam, tapi orang-orang kat Hulu Langat, Gombak. Kuala Selangor pun orang Selangor jugak...Kelantan pun ade buat jugak hari tu..diorang tour semua jajahan kat Kelantan..Main kat KB, tapi orang Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh pun nak tengok team kesayangan diorang jugak..Macam aku kat KL ni, diorang main kat Cheras, kalau setakat nak melekat kat Cheras, baik tukar name jadi Cheras FC..aku yang dekat Setapak, member aku kat Selayang, Sentul, tengah-tengah KL,Sri Hartamas pun nak kenal player dan team jugak..



Mungkin sebab Cheras tu jauh,so aku susah nak datang..Kalau dulu mase main kat Stadium Merdeka, aku rase dah terbaik da..Sebab tengah-tengah KL..so, orang abes kerja, budak-budak sekolah macam yang kat VI atau CBN bolehla datang tengok..Kire mesra penyokong..kena plak sekarang ade Monorail..kalau buat kat situ sekarang memang best..Yela, dah name pun Kuala Lumpur, stadium tengah-tengah KL, memang kena sangatla..

Mungkin lebih senang kalau setiap negeri ade akhbar,saluran radio dan televisyen sendiri macam kat luar negara..Senang untuk promosi dan berita untuk pasukan-pasukan negeri..Mungkin ade kat web, tapi web tak begitu menyeluruh..lebih baik dan menarik kalau masuk media utama..Contohnya, kalau ade game esok, hari ni boleh bakar-bakar line..naikkan semangat ke..barula setiap peminat ade rase kepunyaan kepada pasukan sendiri..boleh buat talk show,dokumentari dan siarkan secara langsung setiap perlawanan..nak mengharapkan Astro Arena, diorang tak tayang semua game, jadi kalau team yang kite sokong tak dipilih, alamatnye menganga jela..Mungkin ade yang kate, setakat tengok kat TV buat ape, kalau betul-betul sokong, pergila Stadium..Nak memupuk ni, pelan2la..mula-mula tengok tv..minat dah mula bercambah, pergilah stadium..tak boleh nak terus paksa..tengok tv kan free..



Mungkin satu hari nanti aku akan pergi jugak tengok game KL..aku rase aku berhutang dengan KL sebab aku lahir,sekolah dan bekerja di KL..so, kalau aku tak sokong team aku, sape nak sokong?betul tak?mungkin kehadiran aku seorang tak cukup, tapi manela tau kot2 korang yang bace blog aku ni yang dok KL pun nak ikut,ape salahnye..mungkin sape2 yang duduk KL n selalu pegi stadium Cheras boleh ajak aku ke?Tak silap aku KL pun ade Ultras yang dipanggil KL City Ultras..minat gak aku nak join..Pada media-media utama, tolongla bola sepak Malaysia..kalau korang tak nak tolong, takkan nak harap ESPN atau CNN?

-Tanah Tumpahnya Darahku-