Saturday, July 30, 2011

Harimau Malaya dan Media

Dalam post-post aku sebelum ni, aku banyak highlight pasal kepentingan media untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia..n untuk game Singapore ni aku gembira sebab diorang melaksanakan tugas diorang dengan bagus sekali..aku sebagai warga media pon dah berusaha untuk membantu..beberapa hari sebelum game lawan Singapore, semua media dah bakar line habis2..memang hype gile game tu..

TAPI..ade tapinya..aku sedih bace paper hari Sabtu(semalam, kalau korang bace post ni on a Sunday)..Paper Kosmo! yang menjadi pilihan aku setiap Sabtu..aku rase sangat kecewa..kenapa kecewa?sebab dengan mudah media berpaling tadah..dari menggunung pujian kepada kritikan demi kritikan..especially Kosmo!..kat page belakang ade artikel tulis rakyat kena belajar terima kegagalan..tapi kat page tengah(ruangan sisipan), kutuk kaw2 punye..aku sangat terkejut baca especially ruangan tulisan blogger terkenal yang juga merupakan panel biasa kat Kafe Sukan Astro Arena iaitu Rizal Hashim..aku dlu suke tengok Kafe Sukan n bace tulisan die..but suddenly aku rase dah kurang respect..die kutuk King Raja kaw2..aku betul2 terkejut..Die adalah antara orang yang memuji K.Rajagobal masa Piala AFF Suzuki n aku rase die rapat jugak dengan King Raja coz die well known Sports Journalist..

Tapi kat ruangan semut api, at least aku terubat sket sebab at least penulisan die rasional..penulisan yang menggunakan pemikiran yang rasional berbanding emosi..Bukanla nak kate aku ni passionate membabi buta..aku pon mengaku permainan Harimau Malaya teruk masa lawan Singapore..itu satu hakikat yang aku terima..tapi tak perlu nak emosi sampai nak kritik habis-habisan seakan-akan King Raja satu disaster..siap kritik kate penggunaan istilah 'my boys' oleh King Raja lagi..Mengikut kate Rizal Hashim, team Harimau Malaya hak milik rakyat, bukan hak milik King Raja..let me tell u this with respect Mr. Rizal, die layak guna perkataan my boys..kenapa?tengok jela sekarang..time Malaysia tewas, siapa yang pertahankan Harimau Malaya habis-habisan?King Raja kan?penggunaan 'my boys' tu menunjukkan betapa rapatnya die dengan pemain-pemain Harimau Malaya..die bagaikan seorang bapa melindungi anak-anaknya daripada anasir-anasir luar dan kritikan..die yang menanggung segalanya..for me, personally, they are King raja's Boys..Stop this attack please..let them regroup and look at their mistakes so that they can be better in the future..

P.S: Berapa banyak iklan yang mengatakan tetap menyokong Harimau Malaya walaupon kalah berbanding ucapan Tahniah mase menang AFF Suzuki Cup? KIPAS...

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, July 29, 2011

Salam Jari tengah kepada orang yang nak King Raja Resign!


Aku dah tak boleh sabar..aku betul-betul marah..kekecewaan kalah pada Singapore tak habis lagi, dah ade lalang-lalang yang menaikkan darah aku..dahla masa aku balik dari Stadium dah ade suara-suara yang mengutuk aku..siap kate tak payah support Malaysia..buang mase..n yang paling aku menyirap kata-kata ni keluar dari mulut rakyat Malaysia..

Itu aku telan, tapi yang aku tak boleh nak telan, bila ada orang-orang yang nak K. Rajagobal letak jawatan..come onla!!siap kutuk kate die tak reti taktikal, bodoh sombong,degil..Aku tau, golongan-golongan ni jugakla yang mengipas2 bila Malaysia menang AFF Suzuki Cup..If Malaysia menang Piala AFF tahun depan, konfirm diorang ni la orang-orang pertama yang akan mengipas-ngipas die..Lalang yang bangang!!Mungkin akan ada orang kate aku ni menyokong membabi buta..meh sini aku nak remind korang..Siapa yang bantu negara menang Pingat emas Sukan SEA?siapa yang bantu kita layak ke Pusingan kedua Sukan ASIA setelah sekian lama?siapa yang bantu kita jadi juara ASEAN?walaupon King Raja diberi tugas dalam tempoh masa yang singkat selepas B.Sathianathan dipecat?SIAPA?TOLONG JAWAB!!!

meh aku nak skolahkan korang lagi..Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, mula bertugas kat MU pada tahun 1986..berapa lame die amik masa nak menang trofi?4 tahun tau tak?itu pon FA Cup..ade tak die letak jawatan?ade tak diorang pecat die mase MU dapat tempat ke-11 dalam liga 2 kali dalam tempoh 3 tahun pertama die?takdekan? die diberi masa untuk build team die..n now, ape jadi?MU merupakan pemenang EPL terbanyak dengan 19 trofi EPL..so, kalau orang macam Fergie diberi masa lama, kenapa kita baru kalah sekali,ade yang menyalak macam anjing mintak King Raja resign..orang macam korang ni baru nak ikut Harimau Malaya agaknye..

Antara alasan yang digunakan adalah, King Raja punye taktikal teruk sebab die takde backup plan..meh lagi skali aku nak skolahkan korang..setiap team ade core player..untuk lawan Singapore, kita hilang 2 tonggak,iaitu kapten Safiq Rahim n Norshahrul..kalau korang kate die sepatutnya ade plan B, korang kena pikir, both players hilang dalam tempoh yang sangat hampir dengan game..Kalau Xavi or Messi injured sebelum final Champions League, konfirm Pep Guardiola pon menggelabah..Kalau taktikal die teruk, kita tak menang AFF Suzuki Cup..

Come onla..jangan pikir pakai kepala lutut boleh?kalau bagi job ni kat Jose Mourinho or Alex Ferguson pon,kalau tibe-tibe key player injured or taktikal tak menjadi atas sebab-sebab tertentu, diorang pon pening..So, boleh tak instead of korang sibuk nak suruh King Raja resign, korang tanye diri korang dlu, berape game Harimau Malaya yang korang dah pergi n akan pergi?kalau setakat baru pegi time lawan Singapork, korang simpanla komen2 korang yang bangang tu..Kalau korang tengok dari awal2 mase King Raja pegang, korang akan tau style die..

N korang kena  ingat, team ni dibuild oleh King Raja untuk layak ke Piala Asia 2015 secara merit..even die pon realistik bahawa kita belum mampu ke Piala Dunia..instead of menghina die, ape kate korang teruskan sokong n datang ke stadium untuk menyokong Harimau Malaya..tak payahla sibuk nak buat FB page suruh die resign..aku yakin, orang yang nak suruh die stay macam aku lagi ramai dari korang..same macam page Justice for 80k yang supporter Liverpool Malaysia buat..kate 80k, last2 yang like 500 lbey je..come onla..lagu Pelita by A.P.I aku dedicate kepada King Raja n Harimau Malaya..never give up!!i'll always be supporting u guys through thick n thin..

-Selamanya Harimau Malaya

Review: Harimau Malaya vs Singapura

28 Julai 2011..Satu tarikh yang pastinya mahu dilupakan oleh penyokong2 setia Harimau Malaya..Tarikh ni telah membuatkan air mata jantan aku menitik..Menitik sebab pasukan kesayangan aku tidak mampu meneruskan perjalanan yang diimpikan..Pada tarikh ni, pasukan Harimau Malaya kesayangan kita tewas secara agregat kepada jiran tetangga kita, Singapura..



Pasal game,memang aku maki2..tapi bukan maki pasukan Harimau Malaya..tapi pasukan yang lebih berminat nak berlakon daripada bermain bola..Kena sentuh sikit, pemain2 singa takde telor guling tak ingat dunia..aku dah kate, Lions have no balls, n they proved my words right..Setiap kali kita attack, diorang akan melengahkan masa..memang diorang kena maki..i'll tell u this, if diorang menang secara bermaruah, orang takkan bising or baling botol in the end..Tunjukkan permainan berkualiti, bukan care pussy macam tu..You guys are a fucking disgrace to football..no wonder korang hire player import..u guys have no balls..Kalau aku boleh turun padang tu, dah lame aku turun n sekolahkan diorang satu2..Here's hoping they will get spanked in the next round,coz u lame lions tak layak bermain bola,apatah lagi nak beraksi di Piala Dunia..aku harap sangat Harimau Malaya akan jumpe balik Singa takde telur ni either tahun ni kat Sukan SEA or next year kat Piala AFF n ajar diorang care main bola betul2..






Walaupun it was a sad day,tapi actually it was a great day for Malaysia's football fan..Bayangkan, for a game main on a weekday, stadium penuh bahkan dikatakan lebih ramai daripada game lawan Indonesia..so, boleh dikira ini crowd paling besar!nice!! orang ramai beratur nak beli tiket sampailah ke hari perlawanan walaupon tiket dah takde..inilah semangat yang kita mau..semua rakyat Malaysia bersemangat nak tengok aksi Harimau Malaya..harap2 game2 lepas ni penuh macam ni jugak..baguslah korang menidakkan komen aku yang kate rakyat Malaysia tak patriotik sebab agungkan kelab luar..aku mintak maaf di atas komen itu n harap passion korang tu akan stay forever..




Untuk kempen angkat kertas kuning/manila kad kuning tertera 3-0 tu, it was a success..Aku ingat mula2 nak bagi kat seksyen aku dalam stadium..tapi aku n member2 dah terlebih semangat, kitorang bagi kat luar stadium skali..orang berebut2 nak amik..mungkin ada yang tak paham apa tujuan kitorang sampaikan tak nak amik walaupon free..tapi ramai gak yang berebut2 nak amik..so, aku rase benda camni kena buat lagi untuk hypekan game2 melibatkan Malaysia..




Ape yang menariknya pasal game lawan Singapore ni,semua media bersatu hati dan ikut apa yang aku cakap dalam post yang awal..Radio, TV,Akhbar bahkan Web TV macam kompeni tempat aku kerja pon ikut support Harimau Malaya..Ini yang kita mau..tapi jangan tunggu game macam ni baru nak hype kan..itu namanye KIPAS PUNGGUNG..

Dengan ini, skuad senior kita takde tugasan..so, sekarang kita fokus pada Harimau Muda..kita tak dapat melangkah ke Brazil, tapi kita masih mampu layak ke London 2012..marilah kita teruskan sokongan kita pada skuad negara dan bantu mereka bangkit kembali!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, July 27, 2011

My sacrifice for Harimau Malaya

Ade pepatah kata, jangan tanya apa sumbangan negara kepada anda, tapi tanye, ape sumbangan anda pada negara?well, sempena game lawan Singapore ni, ini jawapan aku,well it's the least that i can do..Aku dah order 450 keping kertas kuning yang difotostat dan tertera perkataan 3-0 untuk diedarkan kepada penyokong2 Harimau Malaya..Ini bersempena kempen yang ade pada post aku yang sebelum ni..

Aku rase itu the least yang aku boleh buat..ikutkan aku nak buat lebih, tapi budget tak cukup..mula2 aku ingat nak buat dalam 300 maksimum..tapi aku ubah fikiran..alang2 450 teros..aku rase orang kedai fotostat tu pon pelik..lantakla..yang penting aku dapat edarkan semangat aku kepada semua penyokong Harimau Malaya..

Idea ni aku dapat tibe2 mase tengah sibuk buat kerja kat ofis..aku dah lame tau pasal kempen ni..tapi aku ingat nak buat kecil-kecilan..last2, aku rase tak best kalau aku sorang je yang buat..aku teros pergi kedai n beli kertas n mintak die fotostat teros..

Esok, aku akan datang seawal pukul 3..pada sape yang nak kertas tu,boleh carik aku..aku ade merata-rata..carila sorang mamat gile bawak kertas kuning yang berjalan merata-rata..akula tu..dengan jersi Malaysia home lengan panjang n rambut ala2 Aidil Zafuan..So,kita jumpa di stadium esok!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, July 26, 2011

Misi 28 Julai 2011


Setiap orang yang ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini, sila bawak bersama sekeping kad manila/kertas warna kuning dan tulis berapa jaringan anda nak Malaysia menang di atasnya.

Kemudian bila pemain nak masuk padang(waktu keluar lagu FIFA) semua angkat kad manila/kertas kuning tadi. Pegang Kad Manila/Kertas Kuning anda tadi sehingga nyanyian Negaraku. Kita kasi tunjuk sama pemain dan secara... tak langsung pemain akan tambah semangat bila melihat..InsyaALLAH..apa kata kita cuba.. :-)

Kita semua berusaha bersama-sama untuk naikkan semangat mereka, kita tambah sikit perbelanjaan beli Kad Manila/Kertas Kuning dalam RM1 je kot, atau mana yang ada kat pejabat tu..copet jek sikit..hehehe...InsyaALLAH semangat mereka akan bertambah...jom semua bersatu di stadium!!!

Tolong sebarkan ke seluruh warga Malaysia..biar semua bawak satu...

WooOOOoo..MA..LAY..SIA!!!
-Tanah Tumpahnya Darahku-

Preview 2: Harimau Malaya vs Singa Seberang Tambak

ok..khamis ni kita akan bertemu lagi jiran kita Singapura-pura..Hari tu kita kalah 5-3..tapi takpe..kita selaku ekor Harimau Malaya perlu yakin bahawa Harimau Malaya mampu bangkit kembali..dari Sukan SEA sampaila ke Piala AFF Suzuki, kita selalu kalah dulu..tapi last2 kita menang..so, jangan loose hope..teruskan sokongan kita, InsyaAllah Malaysia akan menang..

Aku dah beli tiket aku..online lagi,kena caj ekstra siap..tapi takpe..aku pejamkan je mate..Ini untuk Harimau Malaya..Biar mahal mane, aku tetap akan beli..tapi aku tak beli VIP la..coz aku penyokong..so, aku nak duduk dengan rakan-rakan seperjuangan..aku tak perlu layanan VIP..aku nak bersama saudara-saudara aku..

Tiket hari ni je dah sold out..bahkan, diorang terpaksa jual tiket untuk esok pada hari ni..penangan Harimau Malaya..kalaula time game lawan Pakistan, Hong Kong, Taiwan n Lebanon macam ni kan bagus..tapi xpela..asalkan mereka datang sokong Harimau Malaya..dalam pukul 5 tadi aku pegi Bukit Jalil untuk redeem tiket aku..kesian orang yang datang dari jauh n penat tak dapat tiket..kat paper tulis sampai kul 7, tapi pukul 2 dah abes..ramai orang dah mula angin..Aku cube tenangkan diorang..tapi diorang tetap angin..last2 orang kaunter tu terpaksa jual tiket untuk orang yang online kepada orang2 yang dah datang..lain kali, kalau tau nak jadi camtu, jangan cakap jual sampai pukul 7..cakapla sampai pukul 2 je..ish2..n aku kesian sebab probably ade orang2 celaka yang beli tiket banyak2 n jual balik tiket tu a.k.a ulat..itu yang paling celaka..n one more yang celaka adalah orang2 yang diberi subsidi tiket..aku rase, itu tak patut berlaku..kesian orang lain nak tengok n sanggup berhabis duit, tapi ada lagi orang yang dapat tiket free..

so, pada yang tak beli tiket lagi, silela cepat sebelum habis..mari kita penuhkan stadium pada hari Khamis ni..kita gegar cukup2!!!Singapura, standby, kitorang Harimau Malaya mau langgar sama lu!!!

P.S: ini bukan preview macam biasa..sorry..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, July 24, 2011

Ayuh media, naikkan semangat Harimau Malaya

Aku tertarik dengan satu artikel dalam Kosmo today..finally, somebody has spoken..aku tak tau siapa yang tulis, sebab xde name but aku suka n memang dah lame ade idea macam die..pada siapa yang beli kosmo hari ni, (Isnin,25 Julai 2011) boleh bukak page 63, n tengok artikel bertajuk "Berita Bola Sepak Hiasi Muka Depan Akhbar Singapura "..ni link die http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm..

Ape yang menariknya artikel ni?Artikel ni menceritakan bagaimana akhbar Singapore menggembar gemburkan kemenangan diorang ke atas Harimau Malaya dalam 1st leg hari tu..Kira lebih kurang sama macam ape yang kita buat masa Harimau Malaya menang Piala AFF Suzuki..memang biasala bila menang buat macam tu kan?ok..sabar..baca dulu sampai habis artikel tu..artikel tu ada highlight pasal bagaimana media kita patut mencontohi media Indonesia..Apa yang media Indonesia buat?kalau korang aware masa Piala AFF Suzuki haritu, media Indonesia memang bakar line habis2 sebelum kita bertemu..24 jam cerita pasal team Garuda die..Kutuk2 Malaysia..kita?adela ciput sket..itu pon kat paper ruangan sukan n time berita sukan kat tv..

Media ni penting..diorang ada function terhadap perlawanan jumpe singapore ni..especially time2 macam ni..Kerja media adalah bakar line n naikkan mood atau build up mood untuk supporter2..time nila patut banyak cerita pasal Harimau Malaya..buat iklan..bukan tunggu dah menang baru masing2 nak letak iklan tahniah..itu namanye kiss ass..So,buatla talk show or ape2..pegi tanye orang ramai..bakar semangat rakyat Malaysia ni..time2 macam ni la nak buat..Aku tau, sebab aku sendiri kerja media n memang aku nak bakar line bos aku suruh aku buat kerja ni..aku nak buat something for my beloved Harimau Malaya..

So, mari kita tengok dalam minggu ni..adakah media akan bakar line atau kite terpaksa bakar line sendiri gune medium internet..walau macam mane pun, kita perlu bersedia dan naikkan semangat sendiri supaya kita mampu menjadi penggerak dan penyumbang semangat kepada Harimau Malaya..AUMMMM!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-