Wednesday, June 20, 2012

Tendang Thursday: Save KLFA



Hari Selasa yang lepas, perlawanan di antara KL vs Kelantan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat yang merupakan Home sementara pasukan KL terpaksa dijalankan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV kerana ketiadaan wang untuk host home game. Hasil jualan tiket perlawanan ini KAFA serahkan kepada KLFA atas usaha untuk menyelesaikan krisis kewangan yang dihadapi oleh KLFA. Persoalannya, adakah setiap perlawanan Home game Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai The City Boys akan diadakan di venue Away? Dan berapa banyak pula team sanggup membantu KLFA? Aku tak rasa semua akan tolong kerana setiap pasukan (kecuali beberapa seperti Kelantan) mempunyai masalah kewangan mereka sendiri.



Ini satu perkara yang menyedihkan dan memalukan bagi pasukan yang terletak di Ibu negara Malaysia dan dikelilingi syarikat-syarikat gergasi tetapi tidak mampu mencari penaja untuk menjana kewangan? Ia seperti seorang manusia yang bekerja di kilang F&N tapi mati kehausan. Apakah tiada inisatif atau usaha dari pihak KLFA untuk menyelesaikan krisis kewangan ini? Jika ada, nampaknya usaha itu masih tidak cukup dan perlu lebih effort. Seriously.



KL sebelum ini ada ramai player berstatus bintang. Azman Adnan, Safee Sali, Lim Teong Kim,Subadron Aziz, Azrul Amri Burhan, Shebby Singh dan antara yang latest adalah Yong Kuan Yong yang ada di dalam skuad Ong Kim Swee ketika Harimau Muda menang pingat emas bola sepak Sukan SEA 2011 yang lepas. Striker utama negara, Safee Sali pun pernah bermain untuk Kuala Lumpur pada tahun 2003-2005.

Ketika Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Tan Sri Elyas Omar menikmati zaman gemilang di mana menang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut iaitu dari 1987-1989. Kali terakhir Kuala Lumpur memenangi piala adalah pada tahun 1999 di mana mereka menang Piala FA.



Persoalannya, bagaimana pasukan seperti Kuala Lumpur boleh mengalami masalah kewangan? Kuala Lumpur boleh dikatakan antara sleeping Giant dalam Bola sepak Malaysia? Adakah Kuala Lumpur akan mengalami nasib yang sama seperti Leeds United dan Nottingham Forest di England? Both team merupakan antara gergasi di liga bola sepak England suatu masa dahulu dengan bergelar juara liga dan Eropah terutamanya Nottingham Forest yang bergelar Juara Eropah 2 kali berturut-turut ketika dipimpin Brian Clough. Sekarang Nottingham dan Leeds tidak lagi bermain di liga utama, tetapi tersekat di Liga Championship, namun ada tanda kebangkitan terutamanya dari Leeds yang sebelum ni menanggung kerugian besar di bawah Peter Risdale. Leeds kini sedang bermain di Liga Championship di England dan berusaha untuk naik ke EPL selepas bermain di League One selama 3 tahun.

Sama dengan apa yang bakal terjadi kepada KL. Kuala Lumpur dikatakan bakal jatuh bankrap dan ada rumours mengatakan KLFA akan bubarkan pasukan kerana kekurangan dana. Jatuh ke liga perdana itu sudah pasti selepas KL tak menang dalam semua perlawanan Liga Super tahun ni. Tapi untuk disband team kerana tiada dana itu utter bullshit. Diharap perkara ini mampu diselesaikan dan KLFA akan put more effort untuk mencari dana. Be creative. Ramai anak kota yang mahu membantu tapi tidak tahu bagaimana caranya. Jangan duduk di ofis goyang kaki sahaja, keluar dan reach out kepada semua anak kota di luar sana. Semoga KL akan dapat diselamatkan.

Save KLFA

Monday, June 18, 2012

Nazmi, Beira Mar dan Penumbuk Sulung




Pagi Ahad yang tenang. Aku bersiap untuk pergi kerja. Ya, aku bekerja di hari Ahad. Orang lain sedang enak diulit mimpi, aku dah bangun mandi, panaskan enjin dan bertolak ke PWTC. Sambil konon mendengar seminar agama, aku sempat bukak surat khabar, sebab seminar tu dalam Bahasa Arab, dan memang Bahasa Arab aku A1 time SPM. Paper pertama aku bukak adalah Harian Metro atau Metro Ahad. Metro ni dah memang aku tau tabloid. Front page mesti nak meletup sebab nak jual surat khabar diorang. I was shocked. Sebesar-besar alam, cerita pasal Nazmi Faiz dengan perempuan. Adoi.

Selepas settlekan kerja, aku dengan pantas drive ke Stadium Shah Alam untuk tengok match Malaysia U22 vs Qatar U22. Tapi match pukul 4.30pm dan aku sampai ke Shah Alam pukul 2.30 pm. So, aku singgah ke Stadium Melawati untuk tengok Cheer Competition dulu. Walaupun aku tak paham apa-apa pasal routine Cheerleading ni, aku duduk jelah tengok untuk support adik kawan aku. Sambil tu, jenguk twitter. Macam-macam tweet keluar pasal front page Metro Ahad. Of course la mostly mengutuk tindakan Metro sebab keluarkan cerita tak berfaedah.

Aku terlambat ke match sebab tunggu result Cheerleading. Aku masuk je stadium, aku tengok score board. Wah, Malaysia dah leading 1-0. Aku tengok kat tengah padang. Eh? Aku salah game ke? Aku tengah tengok bola ke tinju? Aku yang agak lost bersorak gembira bila orang bagitau seorang player Qatar kena red card. Dia punya seronok memang tak ingat dunia. Aku pun terus ke tempat duduk aku sambil membelek twitter dan nak update bagitau apa yang berlaku. TIba-tiba aku terbaca pulak tweet cakap Nazmi pun kena red card! Aku terus tengok ke tengah padang. Shit! memang Malaysia pun main 10 orang and Nazmi tak ada. Aku terus blame Metro.

Aku yang agak lost masih fikir apa jadi dan siapa score gol Malaysia. Aku tanya semua orang siapa score. Semua kata tak tau. Even some budak UM. Tapi bila tanya kenapa Nazmi kena red card, semua tau. Rupanya si Nazmi pergi tumbuk player Qatar lepas player Malaysia kena tackle. Gangster budak Nazmi ni. Maka, game bersambung dan Qatar mula mencuba nak dominate perlawanan. Tapi Malaysia tambah lagi gol melalui Rozaimi Abd. Rahman. Pergi youtube, tengok budak ni dribble player Cina. Gila mantap. Malaysia menang 2-0.




After a few days, aku baru dapat tengok video Nazmi tumbuk player Qatar tu. Entah apa yang rasuk Nazmi sampai dia sanggup berlari dari tengah padang untuk tumbuk player Qatar tu. Betul marah dia. Maybe player Qatar tu provoke time perlawanan sampai buat Nazmi cari point nak kenakan. I don't know. Hanya Nazmi boleh jawab. Probably the pressure, ditambah pulak dengan gossip dekat Metro Ahad. Yelah, kalau orang sebar cerita kau, kau pun konfirm mengamuk kan?

Persoalannya, kenapa pada perlawanan terakhir Nazmi sebelum dia berangkat ke Portugal, perlu Metro sebarkan berita macam ni? That kid is starting his journey in Europe and trying to make the nation proud but yet you are trying to make him fall. Apa ni oi? Don't you have like ghost and sex news to publish rather than ruining the career of an 18 years old kid who is trying to make the country proud?

Ada suara yang mengatakan bahawa, Nazmi patut biasakan diri sebab kat Europe lagi teruk. Well, matlamat tak menghalalkan cara. Let's say, aku hisap ganja, lepas tu polis tangkap aku, and aku jawab, jiran depan rumah aku ambik heroin or any drugs yang lagi teruk, korang rasa polis tu lepaskan aku and tangkap jiran aku tak?

Plus, kita sesama Malaysia, perlu ke kita nak jatuhkan sesama sendiri? Why can't we just cherish the moment and be proud of him? Why not you write about his journey? You see how the Korean and Japanese press when Park Ji Sung and Shinji Kagawa were signed by Man United? Did they publish stories about Park and Kagawa's private life? I don't think so.

So,kepada Harian Metro, salam jari tengah kepada anda. Sudah-sudahlah busuk hati kat orang. Ubahlah cara penulisan korang. Fokus on real news. Banyak lagi news kat luar tu untuk korang tulis. Banyak lagi orang susah yang boleh korang tolong. Tolong orang, bukan jatuhkan orang. Please,please.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, June 11, 2012

Preview: Malaysia vs Singapore: Entri Menganjing

Apa jadi? apa yang berlaku? Itu benda yang ada dalam kepala otak aku bila tengok kat Timeline Twitter lepas game Malaysia vs Singapore.Ditambah pulak dengan kontroversi cam haromm oleh ref tahap bahalol masa game tu. Apa benda yang jadi korang tanya? well, korang bukak link ni http://www.goal.com/en-my/news/3896/malaysia/2012/06/11/3163911/sequence-of-events-in-the-scuffle-between-singapore-and-malaysia . Apa yang berlaku masa ni? well, i wasn't there. And aku pun masih tengah mengkaji apa yang berlaku sebenarnya. Siapa mula dulu, siapa cari pasal dulu and stuff. But yeah, just take it as a part and parcel of the game. Fans are the one yang actually buat game tu best.

Benda ni bukan perkara baru. Maaflah kalau korang terkejut wahai Singapore fans. Yelah, dulu korang memang terkenal dengan Kallang Roar, but selepas sekian lama, baru korang boleh berkiblatkan ke Lions korang. Won't say much since kita pun lebih kurang jugak but tak perlu lah nak tuduh macam-macam. Them Ultras are just passionate. Mungkin korang ada cara korang, so, itu cara diorang. And i read a comment from a Singapore fan yang memperkecilkan keberanian Ultras pergi GBK dengan kata diorang dah pernah buat. Well, let me tell you this, beza sebenarnya provokasi Indonesia terhadap Malaysia nak banding dengan korang. Why? Sebab korang a bunch of pussies. Fans yang duduk senyap, yang bosan and not worth to cari pasal pun. Lain dengan Malaysia, plus some isu panas buatkan game Malaysia vs Indonesia sangat hostile. Team korang pernah ke naik Barracudda? Bas korang pernah ke sampai kena bawak masuk dalam stadium sebab provokasi yang life threatening? Baru kena sikit dengan Ultras and KLC dah menggigil.


                                    Eksklusinga katanya.

And now, ada berita katanya ada a group called Eklusinga nak datang gegar Stadium Shah Alam. Well, bring it on i say. Haha. What? Korang ingat korang menang hari tu? Oi, you drew with us with the help of the ref. Come on la. You don't have the guts to do so.Believe me. Pakai topeng and stuff? Power Rangers? Haha. Seriously, kau buat kelakar. I can promise you this, we will give you hell tomorrow. Bukan setakat on the pitch,but through our support as well. Korang tengoklah. Kita buat macam supporter Besiktas buat masa MU datang stadium diorang. Mesti gigillah player Singapondan dengan Ekslusinga ni.



So, kepada semua rakyat Malaysia, kalau Euro pukul 2-3 pagi korang boleh berjaga tengok, takkan team negara sendiri tak boleh nak turun? Last year kita boleh bagi penuh stadium, so why not tomorrow. Kita tunjuk dekat Singapondan and Ekslusinga tu how to support! Come on Malaysian! Let's give them Hell!!

-Tanah Tumpahnya Darahku

Thursday, June 7, 2012

Footie Friday: Malaysia vs Singapore Causeway Challenge Preview: Harimau, Euro dan Air Mata Jantan





Malaysia vs Singapura. Harimau vs Singa. Causeway challenge katanya. Friendly je katanya. Bertembung dengan Euro 2012 katanya. Euro lagi best. Katanya. Tv3 buat viewing party untuk opening match Euro 2012. katanya. Tengok IC. Rakyat Malaysia. Katanya.

Ok, that was an opening yang a bit weird. Didn't know why i did that. But, ya, Malaysia vs Singapore malam ni, 7.30 malam. First match ni dekat Stadium Jalan Besar yang terkenal dengan padang tiruan dia. Tempat di mana kita kalah last year. Next week kita reply balik dekat Shah Alam. Banyak benda sebenarnya game ni. Ramai malas nak ambik port sebab friendly je. Lagi eksaited nak tengok Euro 2012. Media pun macam nak tak nak je highlight game ni. Semua media sibuk nak buat grand viewing party untuk Euro 2012 walaupun game tu Poland vs Greece je pun. Diorang tau ke tak yang Malaysia vs Singapura tu lagi besar maknanya dari Poland vs Greece tu? Aku tak berapa nak terkejut sebenarnya. Benda ni memang dah biasa. Bukan tak biasa. What do you expect, it's capitalist logic. Alang-alang dah bayar hak penyiaran mahal-mahal, kenalah hype kan. Kat Euro ada Ronaldo, Rooney, Fabregas,Benzema dan ramai lagi star. Player Malaysia ni tak cukup star. Suam-suam kuku je. <-- ini ayat sarkastik




Kenapa aku nak highlight sangat game ni? Sebab aku dendam lagi dengan Singapondan ni. Tahun lepas diorang buat air mata jantan aku menitik. Diorang buat aku tak mampu nak bercakap sampai seminggu. Aku takkan lupa macam mana perasaan tu. Aku tak taula korang macam mana. Tapi aku takkan lupa macam mana semangat aku datang stadium pukul 12 tengah hari walaupun game tu pukul 8 malam.Aku ingat lagi kempen kertas kuning 3-0 last year. Kalau siapa yang pergi and nampak ada orang gila passing kertas kaler kuning ada tulis 3-0 and mintak tolong angkat masa game tu, haaa, itulah aku. Pergi dengan penuh semangat, balik dengan kekecewaan. Aku ingat lagi betapa senyapnya semua orang dalam LRT masa tu. Semua tak bercakap. Berbeza dengan time kita menang lawan Indon. Semua muka berseri je. Aku tak taulah korang rasa macam mana, tapi aku takkan lupa perasaan tu sampai bila-bila. Mungkin ni sekadar friendly, tapi aku tak kira.

Second thing about this match adalah pasal apa yang berlaku lepas Malaysia vs Filipina that day. Apa yang berlaku? Well, kita seri 0-0. Scoreless draw. Not a good result. Lepas tu apa yang berlaku? Well, mulalah keluar segala macam cerita. Ada yang mengkritik pasal pemilihan pemain. Katanya kenapa team top dalam MSL sikit je yang terpilih, tapi team top yang main liga perdana sampai 3 orang main. Ada pulak yang kritik komitmen pemain. Well, i was at the stadium. I dont blame you. Some players nampak macam malas. Nampak macam. Kita boleh teka dengan melihat, tapi dalam hati diorang kita tak tau. But ya, itu perkara biasa yang sering dibangkitkan, pasal selection of players.Sampai ke sudah pun takkan habis. Memang ada something, tapi aku tak nak bagitau. Something yang buatkan sampai Ultras Malaya pun dah tawar hati nak turun stadium. tapi sebab blame game tu, Safee Sali pun dengar ceritanya dah naik angin and tweet persoalkan komitmen TSAM. Ramai jugak yang dah mula persoalkan taktikal King Raja. Sebelum ni semua puji, now semua dah start question, even aku. Ramai pelik kenapa King Raja sampai sekarang asyik nak cuba player tanpa cuba mainkan strongest 11 yang dia ada. Masih tak ada bayang gamaknya?Atau dia masih tak nak bagi team lain tau siapa strongest 11 kita? Who knows?

So, game malam ni sebenarnya boleh meredakan sedikit keadaan. If kita menang, which i really think we will. Ini bukan perlawanan bola semata-mata. Siapa kata ni friendly bodoh, i can assure you its more than that. Ingat macam mana supporter Singapore bahan kita lepas kita kalah, well ni masanya untuk balas balik. Tahukah anda tiket dah sold out? aku rasa macam kat Shah Alam nanti tak penuh je?Tapi persetankan intuisi itu dulu. Since tak ada company besar nak buat viewing party, biar aku buat sendiri. Kita buat sendiri. Media tak nak hype? Persetankan. Biar kita hypekan. Seriously. Kita hypekan sampai game next week! So, jom ramai-ramai pasang Astro Arena pukul 7.30 malam ni! Sarung jersi Harimau Malaya anda and buat rumah or kedai mamak tu macam Stadium! Jom wahai pencinta bola sepak Malaysia!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, June 5, 2012

Wednesday Wiki: Selamatkan Kuala Lumpur FA


Aku resah sepanjang malam. Penat. Walaupun puas gelak ketawa lepas tengok premiere Madagascar, tapi aku rasa something tak best. Walaupun aku tidur lambat, aku bangun awal. Aku bangun terlampau awal for my liking. Aku terus pergi ke PC. Bukak twitter. Suddenly, terbaca something tak best. Team KL nak dibubarkan. Read that correctly. Dibubarkan. Bukan diturunkan ke Liga FAM or anything, but terus dibubarkan. Gone. Tak ada. Nada. Kapish! And i was like DAFUQ???

Ini kah nasib bekas Juara Piala Malaysia 3 kali?Bubar terus? Disband? Rupanya dah berbulan gaji player tak dibayar? Presiden KLFA Dato' Astaman Aziz kata, kalau tak dapat sponsorship atau bantuan kewangan, konfirm KL akan disband. DAFUQ? Oi! Aku tengah try untuk tak mencarut this week, but benda ni dah buat aku mencarut 2 kali dalam satu entri. Apa ni? oi! Apa ni??

Aku boleh main blame game kalau nak, tapi pusing-pusing kena batang hidung sendiri jugak. Aku jugak yang salah. Aku tak pergi tengok game KL. Ye, main kat Melaka, tapi kenapa aku tak cukup passionate enough untuk pergi? Kenapa? WHYYYYY?? Orang lain boleh pergi, kenapa aku tak boleh nak pergi?Apa aku buat selama ni? Ye, aku banyak berblog pasal Harimau Malaya, tapi coverage untuk team tempat lahir aku sendiri, aku tak buat. Apa ni? Aku tulis untuk Goal.Com, tapi aku tak pernah cover game KL? PKNS and Selangor aku cover, Singapore aku cover, tapi kenapa aku tak pernah ada effort untuk KL?Sial!

For now, aku hanya mampu berblog. Nak tolong dari segi financial, aku bukan seorang berpangkat besar. Paling kuat pun mungkin aku dapat sponsor 10 orang untuk tengok game KL. Tapi sampai bila aku nak bagi tiket free dan buat orang gembira dengan tiket subsidi tanpa hidupkan passion di hati diorang. Aku mengaku aku tidak setegar budak-budak KL Ultras. Aku tak sampai tahap diorang yang sanggup pergi game Home(yang tak berapa nak Home) dan Away bersama KL. Aku tak pernah pergi Stadium Hang Jebat tengok KL main. Aku just tengok kat TV or paling kuat tengok game diorang kat Stadium SNBJ masa lawan Selangor itupun atas kapasiti media.Aku tak cukup passionate. Aku sedih. Maafkan aku KL.

Mungkin dah tiba masanya. Selagi aku boleh berjuang. Aku akan cuba. Hari tu aku dah try bangkitkan isu Stadium Cheras. Now, rupanya KLFA sendiri perlu dibantu. Tapi aku tak mampu buat benda ni sorang. Aku perlukan bantuan dari seluruh anak KL. Anak KL, korang tak nak ke tolong KL? Sampai bila kita nak tolong Manchester United, Liverpool dan kelab-kelab Eropah yang dah sedia kaya? Sampai bila kita nak abaikan team yang ada depan mata kita, yang cuba sedaya upaya nak naikkan nama KL? Team yang kalau menang Piala, kita jugak yang bangga? Anak KL, sampai bila kita nak berkiblatkan Eropah bila ada anak-anak muda depan mata yang boleh kita sokong saban minggu di stadium? Kalau bukan kita tolong, siapa lagi?


Kredit kepada facebook.com/thecityboys dan kualalumpurultras.blogspot.com


Nak harapkan syarikat besar, memang taklah. Diorang ni duduk je kat KL, tapi duit ke Kelab Eropah. Aku tak tau itu salah diorang, atau salah KLFA tak pandai cari penaja. Stadium kosong tak ada penyokong, salah siapa? Aku tak nak main blame game lagi. Aku tak nak. Benda tu takkan settlekan apa-apa. Now tengah giat Kempen Selamatkan Kuala Lumpur FA.Daripada sibuk main tunding jari, ada baiknya kita sama-sama unite dan tolong KLFA. Kalau kita boleh Unite bila tengok game EPL, mungkin dah sampai masanya kita lupakan yang kita supporter MU, Liverpool, Arsenal,Chelsea hatta Man City or any other clubs and try to help a team in our own backyard. A team that we should be proud of. Jom anak KL! Kita Selamatkan KL! How? For now, i don't know any other thing than unite. Aku akan try dapatkan update and give info on how kita boleh tolong. Mungkin fund raising or any other thing. Atau korang sendiri boleh bagi cadangan. I have a hand, and you have another. Put them together, and we become stronger. Anak KL, jom selamatkan KLFA.

-Sampai Mati Kuala Lumpur-

Sunday, June 3, 2012

Soccer Sunday: JANGAN AMBIL STADIUM KAMI: Kisah sedih Stadium Cheras


Aku masih tak berapa nak faham tentang apa sebenarnya kegunaan Stadium, terutamanya di Malaysia. Adakah memang ada dinyatakan bahawa Stadium memang tempat untuk menganjurkan konsert dan buat event selain daripada acara sukan? Apa pulak kegunaan Convention Center atau tempat-tempat lain yang dibina begitu mahal? Adakah itu semata-mata untuk sedap mata memandang atau untuk acara bertaraf antarabangsa sahaja? Adakah sebab stadium boleh masuk ramai orang, maka dengan itu Stadium patut digunakan untuk menganjurkan segala jenis acara?



Kita dah lihat apa jadi dengan Stadium Merdeka. Stadium Merdeka yang dahulunya merupakan Stadium legend bagi bolasepak Malaysia. Kat situlah final piala, kat situlah tempat Harimau Malaya main. Di situlah Allahyarham Mokhtar Dahari menunjukkan magicnya. Sangat sayu bila sekarang Stadium Merdeka digunakan untuk konsert dan acara-acara bukan berunsurkan sukan. Sad. So sad. 

Hari tu pulak, Home ground national team kita, Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan tempat berhimpun bagi acara politik. Stadium di mana kita bakal jadi tuan rumah untuk Piala AFF tahun ni yang sepatutnya direpair, dijadikan pentas untuk menyebarkan dakyah politik. Apa guna PWTC sebesar alam tu? Adakah semata-mata mereka parti pemerintah, pihak Perbadanan Stadium tak boleh menolak? atau terlampau mahukan keuntungan sampai terlupa yang stadium tu perlu direpair? Mampu ke siap sebelum Piala AFF Suzuki? ke buat kerja ala-kadar je nanti?



What sadden me the most is apa yang tengah jadi dekat Stadium Cheras. Ya, home ground untuk City Boys or Kuala Lumpur. Stadium yang dikatakan bakal direpair dan akan siap before Liga Super habis, but now nampaknya tak nampak apa-apa progress. Yang aku nampak is, Stadium Cheras digunakan untuk buat perhimpunan silat and latest adalah Konsert Sudirman. No offence penggiat silat dan peminat Sudirman, but i really think those two events boleh dibuat di tempat lain especially konsert. We have plenty of places in KL untuk buat event tu. Aku boleh listkan kalau korang nak. Why oh why kena buat kat Stadium Cheras? Tahukah anda, player-player KL terpaksa bermain di Stadium Hang Jebat nun jauh di Melaka. Nama team KL, tapi main kat Melaka, dafuq? KLFA, korang memang tak ada duit ke?Bila KL boleh main kat Stadium Cheras? Ke korang nak tukar nama jadi Melaka terus?BODOH! KLFA dengan FAM sama BODOH! Tak reti cari duit? be creative la bodoh. Banyak cara nak cari duit. Kalau setakat duduk goyang kaki kat ofis, sampai ke sudah takkan datang duit tu. Datuk Bandar and Menteri Wilayah Persekutuan memang jangan harapla nak tolong. Kalau Tan Sri Elyas Omar pegang,benda ni takkan jadi. Sedih. Kenapalah tak ada orang yang berkaliber macam Tan Sri Elyas Omar yang pegang one of those two positions. 



Kalau aku billionaire, aku dah beli Stadium KLFA or team KL sendiri or buat satu Stadium bertaraf dunia untuk pasukan KL. Aku rasa kat KL ni ramai orang kaya. Why not help KL? Pakat kumpul duit ramai-ramai and buat stadium. Nak harapkan KLFA sekarang, memang pundekla. Aku hanya mampu berblog, meroyan di twitter or paling kuat pun pergi tengok match, walaupun aku tau duit aku bukan guna untuk baikkan stadium Cheras pun.Sedih bukan? Dalam astro ada tunjuk one series bertajuk Jangan Ambil Padang Kami. Now, aku nak cakap, JANGAN AMBIL STADIUM KAMI!

-Tanah Tumpahnya Darahku-



Friday, June 1, 2012

Review: Harimau Malaya vs Azkals: Kecewa,kecewa dan kecewa.

Malaysia vs Filipina. Macam biasa. You won't get much about the scoreline or report. Itu baca kat paper. Plus game malam ni seri. 0-0. It was a dull match. I will be frank. It was disappointing. We were too safe. Attacking tak menjadi. Lack of creativity and finishing. Filipina bukan lawan kita. Diorang tak sama taraf dengan kita, percayalah. We were better than them in that game, even on our bad day.

Well, let's start dengan starting eleven. Kita ada Farizal,Aidil,Fadhli Shas, Bunyamin Omar,Azmi Muslim, Safiq Rahim, Gurusamy,Kunanlan,Shahurain,Safee Sali and Norshahrul Idlan Talaha. Beza team ni adalah tak ada Mahali, Muslim Ahmad,Asra and Ashaari Shamsudin. So, apa yang lacking?Most yang tak ada adalah defender je pun. But overall, some of them nampak a bit weary. Or tired. Long season? tak taulah. tapi kita lack spark. Tiada kreativiti. The best player for me adalah Kuna. Speed and trickery memeningkan defend Filipina. Probably if Wan Zack ada di sayap kanan lebih bagus. Aku memang persoalkan kenapa Wan Zack tak main, but dapat tweet kata Wan Zack belum100% fit and Shahurain pun masuk. Wasn't a good performance from Kecik. Aku tau dia boleh buat better. Untuk N9 dia okay je main situ.

Ada orang persoalkan, kenapa ramai sangat player ATM, sebab ATM kan main liga Premier. Well, the gulf between Super League dengan Liga Premier tak jauh beza pun sebenarnya. Buktinya, Sime Darby mampu ke final Piala FA. So, no surprisela. Plus, Aidil and Azmi memang regular face dalam Harimau Malaya. King Raja nampak terlampau eksperimental dengan pertahanan hari ni. Letak Azmi Muslim, Bunyamin Omar, Amiridzwn Taj and Mahali main kat defend kiri. Shocking. Ramai kata dia dah lost the plot. Well, in terms of selection, i know something you dont know but i can't tell. Misterius kan? Maybe one day aku akan bagitau, but not now.

Attendance di Stadium macam biasa mengecewakan. Mungkin sebab Super Spontan and Versus kot. Well, if tak ada pun, still stadium akan kosong. Percayalah. About 15000 katanya. Tapi aku tengok macam kurang je.Even budak Ultras Malaya pun tak ramai. It was a disappointing night.

Paling disappointing bila ada politician yang nak jadi wira. Komen performance Safee Sali individually. Now, that sucks. Baru one game duduk dengan supporter, now nak jadi juara. Answer this, if you were not banned by FAM, would you ever sit among the supporters? I rest my case at there. Aku tau, akan ada supporter yang tak puas hati dengan aku sebab politician tu dah banyak tolong team diorang. Well, ikut koranglah.Prinsip aku mudah, Sukan dan Politik macam air dengan minyak, memang tak akan match. Politik ibarat minyak, sukan ibarat air untuk diminum. Kalau letak minyak kat air, air dah tak boleh minum.



Ya, aku pun kritik jugak tactical King Raja malam ni. Ada certain decisions dia yang buat aku marah. But, aku tak jadikan itu alasan untuk tidak menyokong Harimau Malaya. Berhenti mencari alasan dan carilah semangat untuk menyokong. Ni tweet aku paling best, bacalah dan jom ke Shah Alam untuk game lawan Singapore nanti. Cheerio.

-Tanah Tumpahnya Darahku-