Sunday, June 3, 2012

Soccer Sunday: JANGAN AMBIL STADIUM KAMI: Kisah sedih Stadium Cheras


Aku masih tak berapa nak faham tentang apa sebenarnya kegunaan Stadium, terutamanya di Malaysia. Adakah memang ada dinyatakan bahawa Stadium memang tempat untuk menganjurkan konsert dan buat event selain daripada acara sukan? Apa pulak kegunaan Convention Center atau tempat-tempat lain yang dibina begitu mahal? Adakah itu semata-mata untuk sedap mata memandang atau untuk acara bertaraf antarabangsa sahaja? Adakah sebab stadium boleh masuk ramai orang, maka dengan itu Stadium patut digunakan untuk menganjurkan segala jenis acara?



Kita dah lihat apa jadi dengan Stadium Merdeka. Stadium Merdeka yang dahulunya merupakan Stadium legend bagi bolasepak Malaysia. Kat situlah final piala, kat situlah tempat Harimau Malaya main. Di situlah Allahyarham Mokhtar Dahari menunjukkan magicnya. Sangat sayu bila sekarang Stadium Merdeka digunakan untuk konsert dan acara-acara bukan berunsurkan sukan. Sad. So sad. 

Hari tu pulak, Home ground national team kita, Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan tempat berhimpun bagi acara politik. Stadium di mana kita bakal jadi tuan rumah untuk Piala AFF tahun ni yang sepatutnya direpair, dijadikan pentas untuk menyebarkan dakyah politik. Apa guna PWTC sebesar alam tu? Adakah semata-mata mereka parti pemerintah, pihak Perbadanan Stadium tak boleh menolak? atau terlampau mahukan keuntungan sampai terlupa yang stadium tu perlu direpair? Mampu ke siap sebelum Piala AFF Suzuki? ke buat kerja ala-kadar je nanti?



What sadden me the most is apa yang tengah jadi dekat Stadium Cheras. Ya, home ground untuk City Boys or Kuala Lumpur. Stadium yang dikatakan bakal direpair dan akan siap before Liga Super habis, but now nampaknya tak nampak apa-apa progress. Yang aku nampak is, Stadium Cheras digunakan untuk buat perhimpunan silat and latest adalah Konsert Sudirman. No offence penggiat silat dan peminat Sudirman, but i really think those two events boleh dibuat di tempat lain especially konsert. We have plenty of places in KL untuk buat event tu. Aku boleh listkan kalau korang nak. Why oh why kena buat kat Stadium Cheras? Tahukah anda, player-player KL terpaksa bermain di Stadium Hang Jebat nun jauh di Melaka. Nama team KL, tapi main kat Melaka, dafuq? KLFA, korang memang tak ada duit ke?Bila KL boleh main kat Stadium Cheras? Ke korang nak tukar nama jadi Melaka terus?BODOH! KLFA dengan FAM sama BODOH! Tak reti cari duit? be creative la bodoh. Banyak cara nak cari duit. Kalau setakat duduk goyang kaki kat ofis, sampai ke sudah takkan datang duit tu. Datuk Bandar and Menteri Wilayah Persekutuan memang jangan harapla nak tolong. Kalau Tan Sri Elyas Omar pegang,benda ni takkan jadi. Sedih. Kenapalah tak ada orang yang berkaliber macam Tan Sri Elyas Omar yang pegang one of those two positions. 



Kalau aku billionaire, aku dah beli Stadium KLFA or team KL sendiri or buat satu Stadium bertaraf dunia untuk pasukan KL. Aku rasa kat KL ni ramai orang kaya. Why not help KL? Pakat kumpul duit ramai-ramai and buat stadium. Nak harapkan KLFA sekarang, memang pundekla. Aku hanya mampu berblog, meroyan di twitter or paling kuat pun pergi tengok match, walaupun aku tau duit aku bukan guna untuk baikkan stadium Cheras pun.Sedih bukan? Dalam astro ada tunjuk one series bertajuk Jangan Ambil Padang Kami. Now, aku nak cakap, JANGAN AMBIL STADIUM KAMI!

-Tanah Tumpahnya Darahku-



5 comments:

  1. Pada pendapat saya, takde masalah kalau stadium bola sepak nak digunakan untuk anjur concert atau event. Yang penting, pihak yang handle stadium ni kena MAINTAIN! Bukan setakat bina, lepas tu, lepas tangan.

    Sebagai contoh, baru-baru ni, Emirates Stadium, rumah Arsenal FC, menganjurkan concert Coldplay. Tapi kenapa, Emirates Stadium, saban tahun, dapat 'Best Pitch Award' dari English FA? Simple. Proper maintenance.

    Memang sedih bila tengok duit berjuta ringgit diguna untuk bina stadium seperti Stadium Cheras, Merdeka, dan Bukit Jalil, tapi lepas tu, dibiarkan sebegitu sahaja. Bola sepak negara MESTI dan HARUS ada revolusi untuk masa hadapan bola sepak Malaysia!

    ReplyDelete
  2. Memang tak salah kalau diorang pandai maintain. But now, terlampau nak duit sampai neglect function utama stadium which is for sporting events. Sampai sekarang tak repair lagi padang. Sampai bila KL nak main dekat Melaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal. Function Utama stadium dah Jadi concert function Pulak. Mana tak Maju sukan Malaysia. Nak menang olympic gold medal pun Susah. Sekarang pun KL dah tak main dekat Melaka dah. Di orang main dekat stadium tuan rumah pasukan Lawan. Sebab KL memnag betul betul kering, so Jualan ticket pasukan Lawan tu Akan diberi Kepada pasukan KL.

      Delete
  3. Saya setuju. Memang nampak sangat dorang tak kisah pasal maintenance. Tak yah nak cakap pasal Stadium Cheras je la, Stadium Bukit Jalil katanya nak repair roof, dah buat ke? Mata dengan otak dorang hanya tumpu dekat RM je.

    Lagi satu isu yang saya rasa perlu ditimbulkan ialah kelemahan website FAM. Page untuk coaches-coaches muda nak cari informasi pun takde. Bila dibandingkan dengan AFC dengan England FA nyer website, memang ternyata kita masih banyak yang perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  4. Bro sumpah respect dengan kata kata Kau bro. Serious aku speechless dengan blog Kau. Harap bro dapat post lagi blog pasal KLFA. Biar Semua Rakyat Malaysia tau betapa teruknya management KLFA ni. Kalau dah tak boleh buat kerja tu, Letak jawatan je lah. DBKL memang SAMPAI ESOk Lusa pun cakap janji nak repair stadium. Satu Habuk pun tak Ada. Project berjuta juta, tender sana sini, repair stadium kapasiti 18,000 pun tak boleh nak repair. Bukan Nya besar macam bukit jalil. Tapi betul juga yang comment tu, tak salah nak buat concert dekat stadium, tapi Kalau stadium tu dijanjikan untuk dibaiki tapi di buat Pulak concert la, Silat la, memang lemak ah! KLCC convention center tu kan Ada, KL Live pun Ada, buat lah situ. Nak buat event atas Padang Rosak buat apa? Sumpah Bodoh.

    Pada ezmir, aku sokong comment Kau tentang website. Website KL ni pun dah lapuk. Email pun tak Ada. Info pun kurang and dah lapuk. Kalau update kan senang. Yang untung peminat jugak.

    Akhir kata, SAVE KLFA, SAMPAI MATI KL, KL TETAP DI HATI!

    ReplyDelete