Monday, August 27, 2012

Keluh Kesah Piala Malaysia

Went to watch Selangor vs Pahang last Saturday. It was one hell of a game. Plenty of goals in it. Ended 2-2. Pahang probably lebih gembira berbanding Selangor dengan result ni. Main away and sepatutnya menang tapi bolos nearing the end. Pahang nampak lebih bahaya dalam match ni berbanding Selangor. Jentera serangan Pahang nampak tajam. Azamuddin Akil sekali lagi membuktikan kenapa K.Rajagobal pilih dia untuk sarung jersi Harimau Malaya.

Game tu best. No doubt. But unfortunately game tu clash dengan EPL. Man United vs Fulham. So, attendance kuranglah macam biasa. Stadium not even half full. Ciput je attendance. Well, to say ramai lebih prefer Man United vs Fulham is probably correct, but we can't blame them. Apa-apa pun kita kena tengok diri sendiri dulu. Aku budak KL, datang dari KL ke Shah Alam untuk tengok match tu. Ya, Selangor is not my team. But KL tak masuk Piala Malaysia. So, aku pergi atas dasar untuk memeriahkan Piala Malaysia. Tolak tepi rivalry, well, bukan aku pergi untuk sokong Selangor or Pahang, aku datang sebab nak tengok bola. Ok, stop the crap now. Apa yang aku tak nampak bila start lepas tol batu tiga dan nak menghala ke stadium? Well, aku tak nampak any advertisement or banner pasal game tu. Selangor yang konon nak kejar misi 33 katanya, tapi promosi untuk hangatkan misi 33 tak ada. Kalau dah area Shah Alam pun tak ada promo or banner, apatah lagi kawasan macam Gombak, Ampang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Klang dan mana-mana yang jauh dari stadium.

Some would say, itu tanggungjawab kita untuk sedar game pasukan sendiri. Well, true, tapi bukan bermaksud pihak bertanggungjawab perlu lepas tangan. Nak jual burger pun kau kena pandai promosi, bukan bukak gerai burger, lepas tu tunggu orang datang. Iklankanlah sikit. Tak ada duit? Takkan nak harap duit dari FAM je? Pandai-pandailah cari duit untuk buat promosi. Bukannya suruh buat iklan juta-juta pun. Cukuplah sekadar maybe ada billboard kat Federal Highway tu untuk highlight game, or simple banner kat setiap daerah di Selangor. Kalau tak nak setiap daerah pun, ambiklah yang nearby Shah Alam.

I think i've said this before dalam entry-entry yang lepas. EPL jangan sekadar tayang kat TV and support je, kita perlu belajar dari diorang. Especially untuk state FA dan FAM. Tengok macam mana cara diorang promosi and dapatkan keuntungan. Selalu FAM bawak team luar negara untuk national team belajar and improve,well, FAM pun kenalah improve. Tengok cara marketing diorang. Ya, we live in a capitalist world where money is essential. But you won't gain any profit without loosing some.

Piala Malaysia ni dah masuk 3rd game. Banyak kejutan. Pasukan pilihan macam Selangor,Kelantan,Perak,Lions semua start slow. Team underdog macam Pahang and ATM yang main liga perdana yang nampak mantap. So, siapa kata Liga Malaysia predictable and tak best? We do have our own history. Cuma perlu di hype kan sikit. Korek sikit arkib negara tu, tengok history setiap pasukan, Buat analisis pre,match dan post match. Tak susah pun. Johor vs Lions tu, banyak sejarah tu.

Aku tau, apa aku tulis ni bukan FA negeri and FAM akan baca pun. Diorang tau goyang kaki je. Bukan dengar pun keluhan peminat. Kalau dengar, dah lama dah Presiden letak jawatan. So, entahlah. kita cuma mampu berharap jelah.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, August 21, 2012

A random rambling about Piala Malaysia 2012 on a Wednesday

Piala Malaysia dah tiba. Siapa excited? I guess tak ramai. Mungkin sebab lagi fokus pada EPL atau mungkin masih dalam mood beraya. Yelah, game start raya ke-4 dan rata-rata balik kampung. Tapi balik kampung mungkin boleh beraya kat stadium since korang balik ke kampung halaman sendiri kan? Mungkin boleh buat tradisi? I think i should. Mungkin best if one day boleh buat macam tu, ramai-ramai balik kampung beraya and selitkan sekali dengan pergi tengok local game kat stadium instead of tengok bola kat mamak.

Piala Malaysia ni kalau kita tengok promosi dia kurang sikit. Terpaksa bersaing dengan liga luar dan juga iklan raya. The hype is not there. Macam pernah aku highlightkan dalam entri berkurun lama, banyak sebenarnya point untuk dihighlightkan oleh media. Sebagai contoh, malam ni ada derbi pantai Timur. Peter Butler jumpa team lama. Aint that worth a news? Bakar line sikit. Bagi panas penyokong. Biar ada rivalry. Ini kita kalau MU vs Liverpool boleh bawak bergaduh macam masing-masing lahir kat UK, tapi rivalry dalam Malaysia buat tak tau. Gila tak best.

Then, we have Johor vs Singapore. Orang lama Johor dengan Singapore mesti tau causeway rivalry ni. Kena pulak sekarang Fandi Ahmad kat Johor. So, supposedly this game panas. Seriously. But probably dengan penglibatan Tengku Mahkota Johor, stadium mungkin penuh malam ni hopefully.

Kalau kita bukak di media sosial terutamanya, dari pemerhatian aku, ramai supporter Kelantan and Selangor. Probably ada one or two supporter Kedah and Perak but tak seramai Kelantan and Selangor. Bukan kerana follower dan yang follow aku ramai dari Selangor or Kelantan, but the truth is mungkin supporter lain sembunyi or lebih sokong kelab luar.Tapi apa yang menariknya, if Kelantan pergi ke final, time tu lah akan terbahagi fans ni kepada dua, iaitu supporter Kelantan and supporter bukan Kelantan. Seriously. Tengoklah if Kelantan pergi final nanti.

Second, kita ada supporter team underdog. Ini kes MPPJ and Sime Darby lah ni. Well, they do need supporters too. Mungkin pekerja diorang or macam MPPJ,mungkin penduduk PJ. Itu just some random observation that i made.

Oh ya, untuk pengetahun korang, sekarang ada Fantasy game anjuran Astro Arena untuk Piala Malaysia 2012. Well, sekali sekala main fantasy untuk local league apa salahnya kan? Korang boleh bukak website Astro Arena andbuat team sendiri and berentaplah. Nak lagi best, masuk liga Sokerleaks.

So, kepada semua pencinta bola sepak yang team korang masuk Piala Malaysia, gegarkanlah stadium anda. Sorak untuk pasukan anda, pastikan mereka ke final. Aku tak boleh sebab KL tak masuk Piala Malaysia. But i'll still follow Piala Malaysia. Probably akan ke stadium berdekatan just to join the hype. So, ya, marilah kita fokus kepada menyokong pasukan tanah tumpah darah kita untuk Piala Malaysia ini!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, August 6, 2012

Bukan Entri Bola

Kali ni aku nak berbicara isu sukan. Bukan isu bola sepak. Well, sekali sekala tukar topik pun apa salahnya kan? Aku sure ramai tengok Final Badminton Olimpik di antara Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan kan? Aku sure ramai yang melonjak gembira masa LCW menang first set, kemudian kecewa bila LCW kalah 2nd set and tak senang duduk masa 3rd set. Surely korang menitik air mata bila LCW kalah 3rd set walaupun dia almost menang dan sekaligus merangkul pingat emas pertama olimpik untuk Malaysia. Dan aku amat pasti, mostly masih rasa bangga dengan Dato Lee Chong Wei kerana telah berusaha sehabis boleh. Itulah dia sukan. Ia mampu menyatukan satu negara. Tak kira agama,bangsa, usia atau fahaman politik, semua bersatu kerana sukan.Sama jugak masa final Piala AFF Suzuki 2010 dan Final Sukan SEA 2011, satu negara menyokong pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda. Sukan itu besar pengaruhnya.

Politik dan Sukan tak dapat dipisahkan di Malaysia. Sebenarnya, di Malaysia, semua benda dipolitikkan. Bekerja sebagai Wartawan politik mengajar aku itu. Ramai ahli politik yang mahu memegang jawatan dalam persatuan sukan. Dato' Shahidan Kasim di KOAM, Tan Sri Anuar Musa di FAM antara contoh. Ini semua pun ada pro dan kontranya. Ianya akan jadi perkara yang mungkin baik jika ahli politik itu menggunakan pengaruh politiknya untuk membantu persatuan sukan tersebut probably macam apa TSAM buat dengan KAFA. Malangnya ada segelintir yang terbalik, menggunakan Persatuan Sukan untuk menaikkan nama dan populariti masing masing. Kerja tak jalan. Itu yang menyusahkan. Kemudian, ada jugak ahli politik yang tak terlibat dengan persatuan sukan tapi gunakan sukan untuk mendapatkan populariti murahan. Kata kalau parti dia menang, kita akan dapat rangkul pingat emas. You know who i'm talking about.

Sekarang kita berbicara pulak pasal pembangunan sukan. Kita tolak tepi dulu bola sepak. Itu sukan paling popular. Kita ambik badminton. As i watch the match between Dato LCW vs Lin Dan, satu je aku terfikir selain berharap DLCW menang, menang atau kalah Dato' Lee Chong Wei, siapa akan mengambil alih tempat beliau 4 tahun lagi? Adakah kita akan terus memujuk beliau untuk terus bermain? Kita nampak dominasi China dari dulu. Sentiasa melahirkan player baru. Sama seperti Brazil dalam bola sepak.Kalau dalam Piala Thomas, kita tengok, harapan kita hanya pada Dato' LCW dan mungkin bergu Koo Kin Keat dan Tan Boon Heong. Kalah salah satu, kalahlah kita. Kita terus bergantung harap kepada kudrat Hafiz Hashim dan Wong Choon Han. Kenapa ini berlaku? kita tak ada pelapiskah? Rasanya ada. Kita ada Juara Remaja Dunia dan Asia dalam Zulfadli Zulkifli. Selain itu kita ada Arif Latif, Misbun Ramdan, Liew Darren. Kita ada youth player yang bagus. Kenapa biarkan mereka sekadar bermain di peringkat Remaja? LCW bermain sejak umur 17, samalah Lin Dan pun. Bahkan, player China lain seperti Chen Long, Chen Jin, mereka didedahkan sejak remaja untuk bermain di peringkat kompetitif. Bila lagi nak expose kan player muda kita? Sekarang? Sepatutnya dari dulu lagi kita dah mula exposekan mereka. Bukan tunggu Dato' LCW bersara baru sibuk nak expose kan. Itulah kesilapan paling besar BAM.

Itu badminton. Sukan lain? Ya, kita ada SUKMA. Tapi buatlah SUKMA setahun sekali pun, tak nampak lagi apa selepas itu? Bertanding tengok negeri mana paling banyak emas. Lepas tu? Apa progres seterusnya? Not being negative here, just saying what i have observed. Dulu time SUKMA kita dapat cari pelapis untuk Olahraga. Itulah batu loncatan untuk Watson Nyambek, Azmi Ibrahim, Nazmizan dan ramai lagi. Sekarang? Aku tak nampak lagi yang menyerlah dalam Olahraga. Still, muka yang sama. Noraseela Khalid, Lee Hup Wei dan lain lain yang jadi muka biasa bertanding di Sukan SEA, Komanwel dan Sukan Asia. Mana entah pergi pelapis.

Untuk entri kali ni. Aku tak nak sentuh pasal bola. Itu untuk entri lain. Kali ni just nak sentuh pasal Sukan secara menyeluruh. Well, maybe tak berapa nak banyak since aku pun mengantuk update entri pukul 3 pagi ni. So, ya, undian Piala Malaysia dah buat. So, pada semua yang team dia ada dalam Piala Malaysia, pergilah sokong. Team aku KL tak masuk. Relegated pulak tu. Tapi takpe, aku tetap akan tengok Piala Malaysia. So, selamat bertukar banter kepada anda semua. Kasi meriah sikitlah. Ini asyik bergaduh pasal liga luar, bagilah panas sikit liga tempatan pulak. Hehe. Selamat berbola sepak dan berpuasa kepada anda semua!

-Tanah Tumpahnya Darahku-