Thursday, August 25, 2011

Preview: Harimau Malaya vs Kanggaroo



Selamat bertemu kembali..dah macam berita tv3la plak..ok..let's cut the crap..7 Oktober depan, skuad Harimau Malaya telah dijemput oleh pasukan bola sepak dari bumi kanggaroo, Australia untuk adakan friendly..Diorang ajak bukan saje-saje nak berkawan tapi sebab salah satu pasukan dalam group Kelayakan Piala Dunia Australia adalah Thailand..n ditambah pula dengan gelaran kita sebagai Juara Asia Tenggara, so, menambahkan lagi minat diorang nak menentang anak-anak buah King Raja..



From my point of view, ini satu benda yang bagus..sebab sebelum ni, FAM bercadang nak adakan friendly dengan pasukan Azkaleros(Filipina) tapi dapat Australia lagi bagus sebab ini game Kelas A..Australia seperti yang ramai tahu ada ramai star player..antaranya Harry Kewell, Brett Emerton, Vincent Grella, Mark Schwarzer dan Tim Cahill..dulu diorang ada Mark Viduka si raksasa tapi die dah bersara..So, dari segi kualiti pasukan yang nak ditentang tu kiranya Australia ni hebatla..Finalis Piala Asia yang lalu..inilah masanya King Raja nak uji barisan pemain bertemu dengan pasukan ternama yang bukan kelab..semestinya Australia akan bermain bersungguh-sungguh berbanding kelab2 EPL yang datang sebab diorang nak tau camne nak beat Thailand..Maybe diorang ingat kalau beat kita, diorang boleh beat Thailand sebab kita Juara ASEAN..tapi buat kanggaroo semua, ini Harimau, bukan Gajah..jangan pandang rendah pada kami..silap hari bulan, kena akikah korang..

So, buat King Raja dan Harimau Malaya, giatkan latihan..tingkatkan usaha..tunjuk sikit kat green n gold army tu, siapa raja..InsyaAllah kalau ada duit n kelapangan, nak jugak aku pergi sane (lupe nak inform, game main kat Australia)..Nak buat ala-ala Cabron Del Mundo..cume tak cukup hardcorela sebab rakyat Australia lebih minat kriket n ragbi..so, takdela fanatik sampai player kita kena naik barracuda..So,tunjukkan taring kita..walaupon kami hanya menyokong dari jauh, semangat kami akan tetap bersama Harimau Malaya!!Selamanya Harimau Malaya!!

P.S. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG AKU, HARIMAU DAN MALAYA INI..MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA.. :)

-Tanah Tumpahya Darahku-

Wednesday, August 24, 2011

Anak Harimau dilamar

Pada korang yang ada membaca surat khabar, mesti korang ada terbaca pasal beberapa orang pemain Harimau Muda dilamar oleh kelab di liga Slovakia..Antara yang dikhabarkan mendapat tawaran adalah Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas..ketiga-tiga mereka merupakan antara tonggak pasukan Harimau Muda..Berita ni pastinya satu benda yang bagus untuk bola sepak Malaysia khususnya kerana ini membuktikan bahawa pemain Malaysia mampu bermain di Eropah..

Wan Zack Haikal begitu menyerlah di Slovakia kerana berjaya menjaringkan beberapa gol menentang kelab-kelab Slovakia..so, tak hairanla die menarik perhatian kelab-kelab Slovakia..Irfan Fazail plak antara penjaring gol untuk Harimau Muda di Kelayakan Olimpik dan Fadhli Shas plak antara tonggak pertahanan yang membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki..

Diharap berita ini bukan semata-mata rumours dan mereka akan betul-betul bermain di sana..dan kalau mereka dah main kat sana, diharap mereka akan improve dan seterusnya membantu Harimau Malaya di masa hadapan..Jadilah macam Safee Sali yang boleh nampak peningkatannya dan menggunakan pengalamannya bermain di ISL untuk Harimau Malaya..Good Luck to Wan Zack Haikal, Irfan Fazail n Fadhli Shas!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, August 18, 2011

Bundesliga dan Wigan Athletic?

Sorry sebab lame tak update blog..bukan malas, tapi paham-pahamla bulan puasa..bz bro..haha..orait..what's new?yang paling best of cozla pasal anak-anak buah Ong Kim Swee menang kat Slovakia..siapa kate Player Malaysia tak bley main kat Europe..nonsense semua tu..tapi sebenarnya isu yang paling hot adalah pasal Safee Sali @ Super Safee n Baddrol Bakhtiar..Kenapa dengan diorang?kalau itu soalan korang, maknanye korang duduk dalam gua..

Ok, What about Safee Sali? pada yang tak tau (haih..), Safee Sali dikhabarkan telah dilamar oleh beberapa kelab dari Bundesliga..WTH is Bundesliga? Bundesliga tu Liga German bro..Liga yang melahirkan pemain-pemain seperti Gerd Muller, Franz Beckenbauer, Juergen Klinsmann, Oliver Kahn dan ramai lagi..Antara kelab-kelab yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Super Safee adalah FC Cologne, Eintracht Frankfurt, Schalke 04 dan VFB Stuttgart..Hanya Frankfurt je yang main dalam Divisyen 2..FC Cologne ade star iaitu Lukas Podolski..VFB Stuttgart ada Shinji Okazaki dan Schalke of course ade Raul Gonzalez..tapi ketiga-tiga kelab tu dah ramai striker..tak taula Safee akan dapat main dengan kerap atau tidak if die masuk..kalau betul die masuk, die mesti buktikan anak Malaysia mampu bermain di salah satu liga paling mencabar di Eropah..tolak tepi Raul, Huntelaar dan Podolski tu..biar Safee yang lead the attack..I know u can..

Baddrol plak lagi hot..die dapat offer untuk trial dengan salah satu kelab di EPL atau Liga Perdana Inggeris iaitu Wigan athletic..Wigan mungkin bukan kelab yang besar, tapi mereka bermain di liga yang ternama iaitu EPL..Kalau Baddrol terpilih, ianya merupakan satu penghormatan dan die patut pergi..walau bagaimanapun, Baddrol mungkin tak dapat main di liga atas sebab-sebab tertentu (peraturan EPL), tapi walaupon die main dalam liga reserve, still bagus jugak..so, kita nantikanlah apa cerita selanjutnya pasal Baddrol Bakhtiar..

Kepada semua yang mengikut Aku, Harimau dan Malaya ni, adakah korang dah ready untuk Piala Malaysia..pulanglah ke pangkuan negeri masing-masing..mereka perlukan sokongan kita..Jom kita semarakkan kancah liga bola sepak kita!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, August 12, 2011

Piala Malaysia 2011



Seperti yang diketahui pada minggu lepas, undian Piala Malaysia dah pon berjalan..Jadi masa untuk bersorak dan menyokong pasukan negei kelahiran masing-masing dah sampai..Walaupon time tu kita akan dibayangi jugak oleh EPL dan liga-liga lain, apalah salahnya turun bagi semangat kat pemain-pemain yang berusaha untuk menaikkan nama negeri tempat kelahiran kita..kalau diorang menang Piala Malaysia, korang jugak yang dapat cuti..padahal korang sokong pon tak..

Ok, kalau korang ingat atau refer link ni kalau malas nak cari http://harimaumalayalover.blogspot.com/2011/04/menyemarakkan-semangat-kenegerian-demi.html , sekarang aku back to my roots..untuk Piala Malaysia ni dan masa hadapan,aku akan menyupport City Boys..KL!selama ni aku sibuk support negeri kelahiran bapak aku Kelantan, now aku nak support negeri kelahiran aku..Walaupon aku tau sekarang KL banyak sangat problem,gaji player tak bayar, padang jahanam dan macam-macam lagi, tapi now pintu hati dah terbuka untuk join sokong KL hasil pujukan Capo KLU (KL Ultras), Ivan Kayshiro..So, now i'll be joining one of the Ultras..so, sape2 yang lahir kat KL tu, jomla ke Stadium!!aku pon tak sure lagi Stadium Cheras boleh pakai ke tak..rasenye main kat Stadium Selayang kot..

Ok, pada yang tak tahu lagi grouping untuk Piala Malaysia ni, meh aku bagi..

KUMPULAN A: Johor, Kedah, Sabah, Perak

KUMPULAN B: Sime Darby, Terengganu, PKNS, N.Sembilan

KUMPULAN C: Sarawak, Kelantan, Johor FC, Felda United

KUMPULAN D: PDRM, Selangor, T-Team, KUALA LUMPUR

so, kalau tengok pada grouping ni, rasanye dah boleh budget sape yang boleh go through..tapi bola tu bulat, ape pon boleh jadi..MPPJ pon pernah jadi Champion dulu..team-team yang biasa diramalkan untuk jadi juara adalah Kelantan( Juara Liga Super dan Juara Bertahan), Terengganu (Juara Piala FA) dan Selangor (Pemenang terbanyak Piala Malaysia).. Mungkin jugak N.Sembilan, Perak, Kedah n T-Team akan cuba nak spoilkan the party or maybe KL akan jadi Champion, who knows?

So, kepada semua peminat bola sepak, jomlah kita bertukar daripada duduk depan tv ke duduk(atau in my case berdiri) dalam stadium..Marilah kita menyemarakkan api Piala Malaysia!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Harimau Malaya-Marionexxes



Well,since bulan puasa ni tak banyak game yang boleh diperkatakan..so layanla jap lagu ni..Pada korang, jangan tertipu dengan tajuk die macam aku..walaupon tajuk die Harimau Malaya, tapi rupe-rupenye takde kena mengena dengan Pasukan Kesayangan kita..hahaha..

Thursday, August 4, 2011

Harimau Muda, teruskan perjuangan..

Walaupon perjalanan Harimau Malaya terkandas,tapi itu tak bermakna dunia dah berakhir..walaupon itulah yang majoriti rakyat Malaysia rasa..but, kita tak bley give up terus..kita masih ada Harimau Muda yang perlukan sokongan kita untuk terus layak ke Sukan Olimpik 2012 di London..

Buat masa ni, anak-anak buah OKS(Ong Kim Swee) sedang berjuang di Slovakia walaupon puasa..mereka meneruskan kesinambungan latihan mereka sejak 2 tahun lepas..cume kali ni agak berbeza kerana mereka turut bersama dengan pemain luar seperti Goal Keeper Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, pemain muda Kelantan Izuan Solahuddin dan pertahanan Terengganu Zubir Azmi selain pemain2 Harimau Muda A..



Setakat blog ni ditulis, prestasi anak-anak buah OKS sangat memberansangkan..3 kemenangan dari 3 perlawanan..kite menang vs moldava 1-0, vs topolcany 2-1, vs tatran 2-1... kalau masa awal-awal dlu kita hantar, cukup susah nak menang, but now, kita makin mantap..selamber je walaupon puasa..mungkin sebab selalu minum 100 plus kot(rujuk iklan)..

Ape-ape pon, aku harap Skuad Harimau Muda A akan terus mantap dan meningkatkan prestasi untuk menghadapi Kelayakan Peringkat Kumpulan Sukan Olimpik 2012..Come on Harimau Muda!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, August 1, 2011

Next Step For Harimau Malaya

Ok..kita lupakan kekecewaan tewas pada Singapore..sampai bile kite nak meratap..kalau ikutkan kepala pengkritik, sampai kiamat pon diorang akan kritik tak habis2..tak membantu langsung..So, kita terlepas 6 game yang bagus untuk Harimau Malaya..tapi tak bermakne kite takkan dapat cari friendly game langsung kan?sebagai contoh, setakat yang dikhabarkan, Harimau Malaya dah dijemput untuk mengadakan friendly game dengan 2 negara..Oman dan Indonesia..Bulan puasa bukan alasan untuk berehat bagi anak-anak buah King Raja..Bagus King Raja, die terus prepare for next game..tak tunggu lepas raya..

So, para pengkritik nak player baru masuk kan?now King Raja dah buat apa yang korang nak..antara muka-muka yang dipanggil adalah Norhafiz Zamani Misbah(Negeri Sembilan), Khyril Muhymeen Zambri(Kedah), Joseph Kalang Tie(Terengganu), Faizal Muhamad(Harimau Muda A), Shahrom Kalam(Kuala Lumpur) dan 2 penjaga Gol, Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Norazlan Razali(Kuala Lumpur)..



Ramai orang mintak player-player ni disenaraikan..so, now korang dah dapat apa yang dihajatkan..ada yang kata dah terlambat nak panggil diorang ni..dah kalah pon lawan Singapore..bagi aku, kalau panggil dalam game lawan Singapore, itu terlampau awal..sebab diorang tak sempat nak serasi n pressure game tu terlampau besar..Game friendly macam ni la kita test player baru..Try taktikal baru..So, King Raja akan bawak player-player ni untuk sparring dengan Oman 10 Ogos ni..Oman yang satu group dengan Thailand dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 melihat Harimau Malaya sebagai pasukan yang sesuai untuk menguji mereka..Oman ni kira gempakla..Goal keeper die Ali Al Habsi main untuk Wigan kat EPL..Lagi satu friendly on 15 Ogos..tapi team yang kita nak lawan masih tak diketahui lagi..Ada keratan paper Indonesia kata kita akan berentap lagi dengan diorang..



Bagi aku, ada hikmah kita kalah dengan Singapura..at least kita dapat tengok kelemahan kita..dan time ni la kite nak pick ourself up..dan repair semua kesilapan..Kite miss 6 game Qualifying World Cup, tapi kita boleh cari 6 game friendly untuk try muka baru supaya kita dapat menjadi lebih mantap dalam persediaan layak ke Piala Asia dan sekali lagi menjuarai Piala AFF Suzuki..Kepada King Raja, teruskan perancangan anda..n kalau boleh, adakanla jugak friendly kat Malaysia..boleh aku pergi walaupon puasa..tapi buat lepas terawihla..haha..

P.S: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pelawat Blog aku yang tak seberapa ni..Semoga Ramadhan memberikan sinar baru kepada kita..

-Tanah Tumpahnya Darahku-