Wednesday, August 24, 2011

Anak Harimau dilamar

Pada korang yang ada membaca surat khabar, mesti korang ada terbaca pasal beberapa orang pemain Harimau Muda dilamar oleh kelab di liga Slovakia..Antara yang dikhabarkan mendapat tawaran adalah Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas..ketiga-tiga mereka merupakan antara tonggak pasukan Harimau Muda..Berita ni pastinya satu benda yang bagus untuk bola sepak Malaysia khususnya kerana ini membuktikan bahawa pemain Malaysia mampu bermain di Eropah..

Wan Zack Haikal begitu menyerlah di Slovakia kerana berjaya menjaringkan beberapa gol menentang kelab-kelab Slovakia..so, tak hairanla die menarik perhatian kelab-kelab Slovakia..Irfan Fazail plak antara penjaring gol untuk Harimau Muda di Kelayakan Olimpik dan Fadhli Shas plak antara tonggak pertahanan yang membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki..

Diharap berita ini bukan semata-mata rumours dan mereka akan betul-betul bermain di sana..dan kalau mereka dah main kat sana, diharap mereka akan improve dan seterusnya membantu Harimau Malaya di masa hadapan..Jadilah macam Safee Sali yang boleh nampak peningkatannya dan menggunakan pengalamannya bermain di ISL untuk Harimau Malaya..Good Luck to Wan Zack Haikal, Irfan Fazail n Fadhli Shas!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment