Monday, August 1, 2011

Next Step For Harimau Malaya

Ok..kita lupakan kekecewaan tewas pada Singapore..sampai bile kite nak meratap..kalau ikutkan kepala pengkritik, sampai kiamat pon diorang akan kritik tak habis2..tak membantu langsung..So, kita terlepas 6 game yang bagus untuk Harimau Malaya..tapi tak bermakne kite takkan dapat cari friendly game langsung kan?sebagai contoh, setakat yang dikhabarkan, Harimau Malaya dah dijemput untuk mengadakan friendly game dengan 2 negara..Oman dan Indonesia..Bulan puasa bukan alasan untuk berehat bagi anak-anak buah King Raja..Bagus King Raja, die terus prepare for next game..tak tunggu lepas raya..

So, para pengkritik nak player baru masuk kan?now King Raja dah buat apa yang korang nak..antara muka-muka yang dipanggil adalah Norhafiz Zamani Misbah(Negeri Sembilan), Khyril Muhymeen Zambri(Kedah), Joseph Kalang Tie(Terengganu), Faizal Muhamad(Harimau Muda A), Shahrom Kalam(Kuala Lumpur) dan 2 penjaga Gol, Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Norazlan Razali(Kuala Lumpur)..



Ramai orang mintak player-player ni disenaraikan..so, now korang dah dapat apa yang dihajatkan..ada yang kata dah terlambat nak panggil diorang ni..dah kalah pon lawan Singapore..bagi aku, kalau panggil dalam game lawan Singapore, itu terlampau awal..sebab diorang tak sempat nak serasi n pressure game tu terlampau besar..Game friendly macam ni la kita test player baru..Try taktikal baru..So, King Raja akan bawak player-player ni untuk sparring dengan Oman 10 Ogos ni..Oman yang satu group dengan Thailand dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 melihat Harimau Malaya sebagai pasukan yang sesuai untuk menguji mereka..Oman ni kira gempakla..Goal keeper die Ali Al Habsi main untuk Wigan kat EPL..Lagi satu friendly on 15 Ogos..tapi team yang kita nak lawan masih tak diketahui lagi..Ada keratan paper Indonesia kata kita akan berentap lagi dengan diorang..



Bagi aku, ada hikmah kita kalah dengan Singapura..at least kita dapat tengok kelemahan kita..dan time ni la kite nak pick ourself up..dan repair semua kesilapan..Kite miss 6 game Qualifying World Cup, tapi kita boleh cari 6 game friendly untuk try muka baru supaya kita dapat menjadi lebih mantap dalam persediaan layak ke Piala Asia dan sekali lagi menjuarai Piala AFF Suzuki..Kepada King Raja, teruskan perancangan anda..n kalau boleh, adakanla jugak friendly kat Malaysia..boleh aku pergi walaupon puasa..tapi buat lepas terawihla..haha..

P.S: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pelawat Blog aku yang tak seberapa ni..Semoga Ramadhan memberikan sinar baru kepada kita..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment