Baru baru ini satu cerita hangat kejap kat media sosial. Pasal peminat Bristol City kutuk bendera Malaysia masa game lawan Cardiff City. Peminat Bristol City chant ' What the **** is that? ' kat bendera Malaysia kat Stadium Cardiff. Panas kejap isu ni. Ada fans dari Malaysia yang punya maki hamun kat page FB dan Twitter Bristol City. Yang admin page tu pun bakar line lagi. Memang panaslah.
Kenapa benda ni jadi sebenarnya? Well, football banter tu part and parcel dalam bola sepak. Macam kita kutuk team lawan bila ada game. Bagi yang dah lama berkecimpung dalam bola sepak, mesti dah faham benda ni. Penyokong Bristol sebenarnya kutuk Cardiff sebab diorang anggap Cardiff sebenarnya menjual identiti dan tradisi kerana duit. Tengok jelah bagaimana logo dan jersi Cardiff ditukar oleh owner kerana katanya nak ikut fengshui.
Benda ni kadang merogol minda juga. Adakah kita sanggup meninggalkan dan mengabaikan tradisi demi kejayaan? Hari tu masa Johor FC kena ambil alih, marah juga supporter Johor FC. Samalah macam kes Cardiff ni. Kalau diorang promoted ke EPL, agak agak bising lagi tak? Orang kata bola ni sukan rakyat, kira penyokong adalah antara kuasa utama dalam bola. Kiranya tiada penyokong, tiadalah pasukan. Tapi zaman sekarang, tiada wang, tiadalah pasukan nampaknya. Berapa ramai je yang boleh dikira penyokong tegar? Berapa ramai je yang sanggup fight untuk tradisi nak banding dengan glory hunter? Bila team dilimpahi pemain bintang dan berjaya, secara tak langsung penonton datang ke stadium. Betul atau tidak? Dalam dunia kapitalis ni, pemain ke-12 ni dah bertukar jadi owner/duit.
Tapi sebenarnya kita duk bising pasal Bristol City dengan Cardiff City ni, kita jenguk ke tidak pasukan negeri kita kat Stadium? Sibukkan yang beribu batu sana, yang depan mata abaikan. Perjuangkan isu beribu batu sana, yang depan mata caci maki juga kadang kadang. Caci maki sayang katanya. Sayang katanya, tapi stadium tak turun pula. 'Sayang' sungguh.
Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Monday, February 18, 2013
Monday, February 4, 2013
Preview: Harimau Malaya vs Tuan Rumah Piala Dunia 2022.
Esok ujian Pertama K.Rajagobal. Aku ingat lagi janji dia. Layak ke Piala Asia 2015 atau saya letak jawatan. Langkah pertama, jumpa Qatar. Qatar bukan calang calang pasukan. Tuan rumah Piala Dunia 2022 yang semestinya mahu mempertingkat kebolehan pasukan supaya mampu memberi cabaran di Piala Dunia kelak. Kehilangan beberapa tonggak utama merencatkan perancangan Rajagobal. Tiada kelibat Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha di hadapan. Itu je sebenarnya. Lain dari tu semua okay. Apa? tak ada Safiq Rahim? Tak mengganggu pun sebenarnya. Rajagobal terus menerus bagi alasan, tonggak utama tak ada. Apakah di Liga Malaysia tiada pengganti yang setanding mereka? No wonder kita akan kalah kalau sorang dua key player tak ada. Tapi, bagi aku itu semua bullshit. Tiada Mat Yo dan Safee? Adakah mereka penjaring terbanyak Liga? Ya, mungkin mereka berkualiti, tapi sampai bila nak mengharapkan mereka sahaja? Fauzi Roslan, Hadi Yahaya dan Amri Yahyah dimasukkan. Adakah mereka tidak mampu membantu pasukan? Tiada pengalaman di peringkat antarabangsa? Gunalah sekarang dan bagi mereka peluang beraksi di peringkat antarabangsa. Sama je alasan macam orang mintak kerja, 'Kami tak mengupah orang yang tiada pengalaman', kalau tak bagi can, macam mana nak dapat pengalaman? Sampai bila Malaysia nak bergantung kepada 2 orang striker sahaja? Rajagobal oh Rajagobal.
Satu-satunya perkara yang betul Rajagobal buat adalah drop Safiq Rahim. Tapi itu tak silap aku sebab dia ban 1 game untuk International game. Kalau tak ban, rasanya dia akan call up tu. Seperti biasa, Piya tetap takkan dipanggil. Aku rasa, kalau semua midfield kat Malaysia ni injured pun, Raja tetap takkan panggil dia. Aku pun tak tau apa masalah sebenarnya. Piya menang AFC Cup dengan Kelantan pun dia takkan dapat main untuk Malaysia rasanya. Tapi harap, apa yang aku cakap ni tak betul dan dia tetap akan dipanggil. Kalau tak, memang tunggu Rajagobal quitlah jawapnya.
Ok, cukup pasal Piya. Kita fokus pada game lawan Qatar. Apa yang perlu Rajagobal buat? bermain away ni maksimum boleh kalah sekali je. Kalau seri semua game pun lagi okay. Memang tak nampak boleh menang away ni. Tapi untuk home game, kena menang. seri semua kat away game dan menang 2 at least kat home game, maka Rajagobal akan selamat. Kita ada Khairul Fahmi, Aidil,Fadhli Shas,Asraruddin,Mahalli di bawah. Tengah kita ada Shukur Jusoh, Shakir 'Xabi Alonso' Shaari, Ashaari Shamsuddin dan Alex. Striker aku rasa Amri dan Hadi Yahyah akan start. Tapi bagus juga kalau Fauzi 'koji ' Roslan main. Dia tengah on form.
Since game ni away dan main pulak pukul 11.30 malam waktu Malaysia, samada kita tengok kat rumah atau kedai mamaklah jawabnya. Aku berharap akan ada kejutan dan kita mampu tewaskan Qatar atau sekurang kurangnya seri. Itu harapan aku.
-Tanah Tumpahnya Darahku-

Subscribe to:
Posts (Atom)