Last week kecoh berita Johor FA nak melamar bekas bintang Villareal, Boca Juniors dan pemain antarabangsa Argentina, Juan Roman Riquelme. Riquelme, sememangnya antara midfielder yang berbakat di dunia. Kalau ingat, dia pernah bawak Villareal ke semi-final UEFA Champions League, tapi kalah dengan Arsenal di semi-final pada tahun 2005-06. Banyaklah rumors kita dengar even sebelum ni pun. Antaranya nak bawak bekas bintang EPL ke Liga Super. Mungkin majoriti team nak buat macam Selangor dulu bawak Tony Cottee and sekarang dengan Bosko Balaban, bekas striker Aston Villa. Ya, dari kualiti dan promosi sudah semestinya. But still, penuh ke Stadium Shah Alam sekarang?
Aku faham apa yang Johor FA nak buat. Dengar cerita Gabriel Batistuta dilantik jadi Penasihat, so, dia akan jadi orang tengah untuk try bawak player dari Argentina. Sebab tulah timbulnya nama Riquelme ni. Ditambah pulak Riquelme ni habis kontrak dengan Boca Juniors. Malangnya dia mintak gaji tinggi nak mampus, so terpaksalah cancel. Apa yang kita nak buat ni samalah macam kelab Thailand Muangthong United bawak Robbie Fowler dan cuba nak bawak Alessandro Del Piero ke kelab diorang. Robbie Fowler dah berkarat and Alex Del Piero tak nak datang.
Semua ni short term solution. Nak bantu team dan tolong dari segi promosi. Most team dalam Liga Super ada pemikiran macam ni sebenarnya. Bukan nak kata salah, tapi benda ni short term sangat. Habis berjuta untuk player yang dah tua. Nak buat apa? Tengok macam Kelab Thailand BEC Tero Sasana, diorang rekrut player terbaik dari Asia Tenggara. Titus Bonai dah dapat and now diorang aim nak dapatkan Rozaimi. Nak menyogok penyokong dengan pemain ternama? Itu je? Tak kisah biarpun team tak menang piala? Once buat macam tu, believe me, setiap tahun kena buat macam tu. Setiap pasukan perlu upgrade kan scouting system diorang. Ini tak habis-habis buat selection, lepas tu tengok perlawanan peringkat sekolah je. Banyak je liga komuniti yang ada kat Malaysia ni. Contoh macam Johor sendiri, dulu famous dengan liga peringkat negeri diorang, so, maksudnya ada je bakat tersembunyi. Kalau nak harapkan buat selection je susahlah. Ramai budak-budak yang duduk jauh atau tak tau pasal ada selection ni. Even selection pun biasanya akademi yang hantar player, yang duduk kampung, jangan haraplah. Dulu time aku sekolah lagilah, pilih player ikut sekolah, mana sekolah yang tak top, terus tendang keluar. Stupid kan cara selection ni?
Mungkin pengambilan star player ni perlu lebih kepada untuk dijadikan Coach atau bantu dari segi menaik tarafkan akademi. Jangan semata-mata untuk promosi dan short term solution. Main bola sepak ni kena sepasukan. Belilah Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi sekalipun, tapi kalau pengurusan jahanam, relegated jugak nanti. Lepas tu hutang akan jadi banyak sebab tak mampu nak bayar gaji. Nanti jadilah macam kes Portsmouth yang bakal pupus dari muka bumi sebab dah tak ada duit. Semua mula masa Alexander Gaydamak ambil alih and cuba bawak star player ke Portsmouth. Semua gaji tinggi nak mampus, lepas tu tak ada duit nak bayar lepas relegated. Samalah macam kes Leeds United pun, nasib baik diorang dah recover sikit demi sikit.
Benda ni samalah sebenarnya macam bawak team besar ke Malaysia untuk adakan friendly dengan team Malaysia. Buat pulak time bulan puasa. Inilah antara kebijakan terulung FAM. Samalah bijak masa diorang decide nak buat penyampaian trofi dekat Wisma FAM. Well, boleh tengok tahap kebijakan diorang yang sanggup gunakan Stadium Bukit Jalil walaupun hari tu kata nak tutup sampai Piala AFF Suzuki, tapi sebab fikir kalau guna Stadium Shah Alam tak masyuk, tukarlah venue ke SNBJ. Saban tahun kata berlawan dengan foreign club ni akan menaikkan taraf bola sepak Malaysia. Skrip sama je aku tengok? tak jugak layak ke Piala Dunia, Sukan Olimpik bahkan Piala Asia. Apa yang naik je? Jumlah kedatangan ke game Liga Super macam tu jugak.
Semua badan bola sepak kat Malaysia ni kena cuba berpandangan jauh. Tak nak jauh sangat, jauh sikit pun boleh. Jangan fikir nak isi kantung je. Dah dapat duit nak buat apa? Lari? Biar FA dan team terkapai-kapai? Setiap FA perlu dikemudi oleh orang yang bukan setakat ada ilmu dalam bola sepak dan bisnes bahkan passionate terhadap pasukan tu sendiri. Macam Bill Kenwright dengan Everton. Biar ada chairman macam tu. So, setakat tu je dulu dari aku. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Aku, Harimau dan Malaya!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment