Wednesday, July 11, 2012

Review: Undian Piala AFF Suzuki 2012, Malaysia Juara lagi?

Semalam dah undi grouping untuk Piala AFF Suzuki 2012. Harimau Malaya selaku Juara bertahan diletakkan dalam Group B bersama Finalis tahun lalu Indonesia, Singapura dan Naib Juara Pusingan Kelayakan yang mungkin Laos atau Kemboja kalau betul tekaan aku.Group A meletakkan tuan rumah bersama, Thailand, Vietnam, Filipina dan Juara Pusingan Kelayakan yang aku rasa Myanmar akan dapat. So, basically kita dalam kumpulan yang agak tough.

But still, kalau kita tengok pencapaian setiap pasukan yang menyertai Piala AFF Suzuki 2012 on recent matches, tiada istilah pasukan yang mudah. Di sini aku analisis pasukan yang ada dalam setiap group:

Group A

Thailand:

Thailand selaku tuan rumah bersama pastinya ada advantage. Sokongan dari penyokong dah semestinya akan bagi advantage kepada Skuad Gajah Putih. Walaupun Thailand dah lama tak menang Piala AFF Suzuki dan Sukan SEA, tapi jangan lupa, mereka masih gergasi ASEAN. Aku cakap macam tu sebab, Thailand kelihatan tak berapa kisah sangat pasal ASEAN since diorang lebih aim kepada Asia. Kalau nak banding semua team, Thailand antara yang paling kerap muncul di Piala Asia dan Pusingan Kelayakan Piala Dunia.

Namun begitu, since diorang terlampau banggakan Asia, diorang tak berapa nak sedar yang team ASEAN semakin meningkat nowadays. Overconfident will cost them if that ever happens. Though, they have the strength to overcome Phillipines and Vietnam. I see them as the ultimate threat for us to retain the title. Thailand tetap gergasi di ASEAN. ( Finalist)

Vietnam:

Vietnam antara negara ASEAN yang hebat. Mereka consistent performer jugak di Piala AFF Suzuki 2012. Vietnam kini powerhouse di ASEAN kalau ikut ranking, bahkan mengatasi kita. Vietnam kini mula cuba mencapai apa yang Thailand cuba lakukan. Mereka mempunyai skuad yang cukup mantap. Namun, bermain di tempat lawan akan menjadi masalah buat mereka, tetapi mereka akan tetap at least ke Semi-Final bersama Thailand. Mungkin akan jadi penghalang Malaysia ke final. (Semi)

Filipina:

Filipina dulu tak pandang pun bola sepak. Diorang dah ada Pac-Man dalam boxing, Tapi sekarang, diorang dah mula merekrut pemain-pemain berdarah filipina di luar negara. Adik beradik Younghusband, De Jong dan ramai lagi dah direkrut. Filipina dah mula meninggalkan kesan dalam bola sepak ASEAN. Recent matches membuktikan benda tu. Mengikat Malaysia dan Indonesia di tempat lawan, itu sangat mengagumkan. Kekuatan Filipina adalah pada pertahanan mereka. They have a solid defense. Tapi, masih belum cukup untuk mengatasi Vietnam dan Thailand, though it'll be a good exposure for them. (Group Stage)


Group B


Malaysia:
 Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan dan Tuan Rumah seharusnya punya motivasi dan advantage yang sangat besar. Sejak memenangi Pingat Emas Sukan SEA 2009, kita boleh lihat semakin ramai bakat baru yang berjaya dicungkil. Sejak skuad Sukan SEA 2009, hingga skuad Kelayakan Piala Asia U22, nama-nama seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal, Khairul Fahmi dan yang terkini Rozaimi. Apa yang membezakan skuad 2012 dengan yang dahulu adalah kita sekarang ada ramai pemain yang mendapat peluang bermain di luar negara. Safee Sali di Pelita Jaya, Nazmi Faiz yang kini di S.C Beira Mar, Wan Zack Haikal yang dapat trial di FC Ryukyu, bahkan dulu Khairul Fahmi dan Mat Yo turut diintai untuk bermain di luar negara. Dalam erti kata lain, we have the talent at our disposal.

Namun, satu kelemahan kita adalah lack of focus and concentration. Dah banyak kali berlaku. Pusingan Kelayakan Piala Dunia tahun lepas, Kelayakan Sukan Olimpik bahkan recently Pusingan Kelayakan Piala Asia U22. So, coaching staff kena hire physio untuk kuatkan mentaliti pemain untuk elakkan lapse of concentration ni. And one more thing FAM, tolong jangan sibuk nak letak player kegemaran. Biar Coach pilih sendiri. Sekurang-kurangnya kita akan ke semi-final, tapi since aku bias, aku nak letak Finalist. (Finalist)

Singapura:


Jiran sebelah tambak. Apa aku boleh cakap pasal team ni. Hmmmm. Not a chance. Takkan sampai ke semi final. If, diorang masih guna semua kuda import tua boroi diorang. Duric, Shia Jiayi, semua tu akan jadi punca kalah diorang. They should stick to their youth. Lions XII nampak ada pemain berbakat dalam skuad tu. Diorang tak perlu pun guna kuda tua boroi diorang. Lions nampak bermain lebih baik dari national team sendiri. But if FA Singapore terus nak guna kuda tua boroi import diorang, well, diorang takkan lepas group stage.

Though dari segi reception yang diorang akan terima dari penyokong Malaysia samada ultras atau tidak, itu akan jadi sangat mengagumkan. I'm sure semua masih tak lupa macam mana kita ditendang keluar dari Qualifying World Cup. (Group Stage)

Indonesia:

Musuh serumpun yang cukup suka cari pasal. Sampai terbawak isu luar masuk dalam bola sepak. Tapi dari segi supporter, diorang antara yang akan penuhkan Bukit Jalil berbanding Singapore. Pertembungan Malaysia-Indonesia sekarang dah jadi satu perkara wajib setiap tahun. Rivalry semakin tense sampai player Malaysia kena naik barracuda kalau ada match di Gelora Bung Karno.

Indonesia ada ramai player laju. Diorang punya winger memang mencicit perginya. Kuat dari segi attacking, tapi dari segi defending not so much. Midfield diorang kuat, ditambah dengan player naturalisasi, ini memang threat paling besar untuk Harimau Malaya. For me, diorang akan iringi Malaysia ke Semi Final.


So, itulah dia sikit sebanyak analisis yang tak berapa nak analisis. But that's my point of view.And ya, aku tulis lain sikit kali ni. Ala-ala football pundit. Nak detail lagi, tunggu tau siapa juara and naib juara Pusingan Kelayakan. But still, the most important thing is KITA MESTI PENUHKAN BUKIT JALIL UNTUK SEMUA PERLAWANAN! Jadikan itu neraka bagi mereka! Ayuh semua penyokong, satukan hatimu!

-Tanah Tumpahnya Darahku-







1 comment:

  1. I think m'sia had a good team, we've advantage as the sea games gold medal are ours but no matter what team win, asean football couldn't improve much because each team's association didn't work harder compare to euro or other asian country.

    ReplyDelete