Thursday, July 5, 2012

Football Friday: FAM being stupid. Again.

Hari ni FAM secara rasminya keluarkan statement bahawa mereka tidak akan buat bantahan kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa Myanmar menggunakan player over age. FAM turut mendakwa bahawa bukti dari pihak ketiga iaitu dari wartawan tak boleh diguna pakai. Maka dengan itu, berakhirlah harapan kita untuk tengok Malaysia bermain di Piala Asia U22 tahun depan. Sedih kan? Not for me. I am not sad. I am ANGRY!

Aku marah dengan kebodohan FAM yang terserlah. Tahukah anda, Senior Editor ESPN di Singapore, Ian Griffiths sendiri mengesahkan bahawa kapten pasukan U22 Myanmar, Kyaw Zayar Win yang bermain dengan kelab KBZ FC dalam Singapore Cup berumur 24 tahun mengikut Team Sheet yang diberikan. Perkara ini turut disahkan oleh Coach pasukan itu sendiri. So, nak bukti macam mana lagi? Nak pergi hospital and check? Nak tunggu mak bapak player tu bagi statement pulak? Jangan jadi bodoh. Hantar je Bantahan, biar AFC check. Benda ni kalau biar melarat, memang jahanam bola sepak, bukan setakat kat Malaysia je, tapi seluruh dunia. Bayangkan Piala U22 hantar player umur 30 tahun. Memang jahanamlah bakat muda yang ada.

So, besok pukul 9 pagi ada orang dah plan nak buat gathering kat Hotel Royal Chulan untuk suarakan bantahan kepada FAM. Mungkin dah sampai masa untuk kita bersuara. Tak payah buat demo ganas, just a simple gathering untuk kumpul dan bagitau FAM yang kita kecewa dengan mereka dan kita mahu FAM dirombak. Apa yang aku nak gelak, ada yang memandang sinis dan merendahkan apa yang nak dibuat ni. Well bro, setiap orang ada caranya. Plus, benda ni dah lama jadi. Dah bertahun dah bola sepak Malaysia jahanam kerana FAM. Dah buat macam-macam cara untuk bantah, bukannya diorang terus fikir nak buat benda macam ni.

Ramai jugak yang skeptikal dan kata kita bising sebab kita kalah. No! Hell no! Its not about us losing the game, its about the game losing its integrity! Selagi golongan macam ni pegang tampuk FAM, orang akan semakin menjauhi bola sepak Malaysia. Player muda kita dah mula menarik perhatian kelab luar, oleh itu, untuk melahirkan ramai lagi player yang berkualiti dan elakkan mereka menjadi kepincangan FAM, FAM perlu dirombak. Lots of secrets yang aku dah tau but tak boleh didedahkan sekarang. I need solid proof to expose it. Still working on it.

FAM, tolonglah. Tolonglah berhenti menjadi bodoh. Pada yang kat dalam tu, semua keluarlah. Bagilah orang yang sayangkan bola sepak Malaysia dan passionate yang pegang. Tolonglah jangan jahanamkan bola sepak Malaysia. Stop, just stop it.

-Tanah Tumpahnya Darahku-





















No comments:

Post a Comment