Tuesday, July 3, 2012

Wednesday Wiki: Malaysia out, time to look to Brazil?

So, Malaysia kalah dengan Myanmar semalam. Not yet out though. Kita still bergantung kepada best 3rd place finish walaupun tipis. Seperti biasa bila Malaysia kalah, keluarlah semua caci maki and so on. Ya, we didn't play at our best which admit. I know we can play better. Probably the nerves. Kita banyak bazir bola to be exact. Kita ada creative trio di tengah in Nazmi, Irfan dan Wan Zack Haikal. But we opt to use the long ball tactic. Berdepan dengan pasukan yang bermain defensive, long ball ni karut sebab dah sah defender dia kat bawah. If kita nak hit on counter attack logicla jugak since defender pasukan lawan naik tinggi. For a brief period of the first half and second half baru kita main simple passing game. Itu yang aku pelik mula-mula, sebab aku tau budak-budak OKS ni biasanya tak main macam tu. But yelah, maybe diorang cuak tengok player Myanmar badan ketak. Haha.

Bercakap pasal player Myanmar pulak, now ada allegations yang menyatakan bahawa Myanmar telah menurunkan 8 orang pemain di atas umur 22 tahun. As you should know, ini kelayakan Piala Asia U22. So, if atas umur 22 tahun tu tak boleh main. Kalau ikutkan laman web rasmi kelab mereka, ada yang even berumur 27 tahun! Penjaring gol myanmar semalam jika dilihat pada laman web kelab beliau, dilahirkan pada tahun 1988 bermakna dia berumur 24 tahun. One thing you should know, di Myanmar, kes sebegini biasa berlaku. Its normal to them. So, pengurus pasukan, Datuk Afandi dah buat bantahan rasmi kepada AFC. Ramai yang kata benda ni kita yang kecoh, but i'll tell you this, its not. Benda ni didedahkan oleh media Myanmar. Boleh cek MyanmarTimes kat internet. Its not about us finding a loophole to qualify, ia lebih kepada memelihara integriti permainan bola sepak. Takkan kita nak biar benda macam ni berlaku dan pejam mata? Biarkan orang-orang yang mencemarkan imej bola sepak terlepas macam tu je. Hell no. If tak dapat qualify pun its okay, cause kita memang tak menang the final game, but itu tak bermakna kita tak perlu buat bantahan. AFC perlu melihat perkara ini dengan teliti.

Kemudian, macam biasalah, bila Malaysia kalah, faham-faham jelah, kat Malaysia ni ramai pundit. Kalau bola eropah pun diorang boleh maki, apatah lagi Bola sepak Malaysia. "Dengan Myanmar pun tak boleh makan", "Main macam bodoh", " Jaguh kampung", semualah keluar. Itu perkara biasa, kita semua ada mulut right? Aku dah banyak kali highlight benda ni dalam blog ni. Malas dah nak cakap lagi. Ya, kita jaguh kampung. Kita jaguh ASEAN. We should dream big and stuff, but hey, look at it this way, We have a bunch of talented players now. Nazmi Faiz dapat pergi Beira Mar, Wan Zack dan Wan Zaharul Nizam dapat trials kat FC Ryukyu di Jepun, Rozaimi dah mula diintai oleh kelab luar. Irfan dan Fadhli Shas pernah dipinjam FC Vion. Kalau nak bandingkan, skuad muda ni sangat talented nak bandingkan dengan skuad sebelum ni. Ya, dulu kita ada ramai jugak player yang main di luar, but itu zaman semi-pro. Kena ingat tu. No offence on the previous generation though. Sekarang kita dah ada blue print for success.Kita kena build up from there. Ramai yang kata benda ni dah lama, patut sekarang kita tuai hasil. No, dulu banyak sangat campur tangan. Memang dulu dah ada blue print, but dah rosak FAM tangankan. Now, kita dah start from scratch balik, and slowly kita tuai hasil by winning dalam region sendiri. Nak jadi macam Thailand? Jadi jaguh di kampung sendiri dulu, dan gain confidence untuk aim for the world. Kita baru menang Gold medal sukan SEA back to back dan Piala AFF korang dah terfikir nak masuk World Cup terus. Rome was not built in a day. La Furia Roja atau Spain pun sekarang baru menang World Cup and Euro walaupun dulu Real Madrid dan Barcelona dominate. Sabarlah. Nak dapat team World Class with World Class Players kenalah ada minda World Class Supporters. Ini nak support time menang je, world class apa?

Then keluar jugak statement yang seperti biasa mahukan kita pandang ke brazil. Aku selalu terfikir, even dari dulu, why brazil? Adakah kerana climate brazil sama seperti kita? I still don't know. I don't know if you live in the present world or not, but Brazil dah jatuh ranking FIFA and last time Brazil menang World Cup is 2002, which is masa aku Form 4. Piala last Brazil menang adalah Confederation Cup pada tahun 2009 dan piala paling bermakna adalah Copa America pada tahun 2007, Jaguh kampung maybe? Mungkin kita melihat dari sudut how they nurture their talents, since diorang antara pengeksport terbesar pemain bola sepak di dunia? But if its up to me, i think setiap FA kena ada something like La Masia. Mengajar kanak-kanak mengenai bola sepak di usia muda. Tak guna kita hantar budak-budak ke luar negara kalau pengurusan dalam negara hancur. Rugi duit and bayangkan if ramai yang ikut jejak langkah Titus James yang sampai sekarang tak nak main untuk Malaysia sebab sibuk kejar kontrak untuk main liga luar. We need world class management now, to be truth, we already have the talent. FAM dan FA negeri kena usahakan. Jangan sibuk kutip duit je. Kelantan dah buat with ARMY, Kedah pernah ada, state lain kena up kan lagi. Aku bukan nak kata suruh ikut Spain sebab diorang juara dunia, but we need something like that atau akademi Ajax yang dilihat melahirkan player berbakat saban tahun. We need WORLD CLASS MANAGEMENT and ACADEMIES. Tak perlu hantar ke Brazil. That's my opinion, feel free to share your thoughts if you disagree. Debates are good.

Well, that's all for now. Remember, to have a world class team with world class players, we need world class supporters. Support the national team, support the local league, bukan tak boleh tengok liga luar, but janganlah sampai diabaikan liga sendiri. Selamanya Harimau Malaya.

-Tanah Tumpahnya Darahku-




No comments:

Post a Comment