Tuesday, August 21, 2012

A random rambling about Piala Malaysia 2012 on a Wednesday

Piala Malaysia dah tiba. Siapa excited? I guess tak ramai. Mungkin sebab lagi fokus pada EPL atau mungkin masih dalam mood beraya. Yelah, game start raya ke-4 dan rata-rata balik kampung. Tapi balik kampung mungkin boleh beraya kat stadium since korang balik ke kampung halaman sendiri kan? Mungkin boleh buat tradisi? I think i should. Mungkin best if one day boleh buat macam tu, ramai-ramai balik kampung beraya and selitkan sekali dengan pergi tengok local game kat stadium instead of tengok bola kat mamak.

Piala Malaysia ni kalau kita tengok promosi dia kurang sikit. Terpaksa bersaing dengan liga luar dan juga iklan raya. The hype is not there. Macam pernah aku highlightkan dalam entri berkurun lama, banyak sebenarnya point untuk dihighlightkan oleh media. Sebagai contoh, malam ni ada derbi pantai Timur. Peter Butler jumpa team lama. Aint that worth a news? Bakar line sikit. Bagi panas penyokong. Biar ada rivalry. Ini kita kalau MU vs Liverpool boleh bawak bergaduh macam masing-masing lahir kat UK, tapi rivalry dalam Malaysia buat tak tau. Gila tak best.

Then, we have Johor vs Singapore. Orang lama Johor dengan Singapore mesti tau causeway rivalry ni. Kena pulak sekarang Fandi Ahmad kat Johor. So, supposedly this game panas. Seriously. But probably dengan penglibatan Tengku Mahkota Johor, stadium mungkin penuh malam ni hopefully.

Kalau kita bukak di media sosial terutamanya, dari pemerhatian aku, ramai supporter Kelantan and Selangor. Probably ada one or two supporter Kedah and Perak but tak seramai Kelantan and Selangor. Bukan kerana follower dan yang follow aku ramai dari Selangor or Kelantan, but the truth is mungkin supporter lain sembunyi or lebih sokong kelab luar.Tapi apa yang menariknya, if Kelantan pergi ke final, time tu lah akan terbahagi fans ni kepada dua, iaitu supporter Kelantan and supporter bukan Kelantan. Seriously. Tengoklah if Kelantan pergi final nanti.

Second, kita ada supporter team underdog. Ini kes MPPJ and Sime Darby lah ni. Well, they do need supporters too. Mungkin pekerja diorang or macam MPPJ,mungkin penduduk PJ. Itu just some random observation that i made.

Oh ya, untuk pengetahun korang, sekarang ada Fantasy game anjuran Astro Arena untuk Piala Malaysia 2012. Well, sekali sekala main fantasy untuk local league apa salahnya kan? Korang boleh bukak website Astro Arena andbuat team sendiri and berentaplah. Nak lagi best, masuk liga Sokerleaks.

So, kepada semua pencinta bola sepak yang team korang masuk Piala Malaysia, gegarkanlah stadium anda. Sorak untuk pasukan anda, pastikan mereka ke final. Aku tak boleh sebab KL tak masuk Piala Malaysia. But i'll still follow Piala Malaysia. Probably akan ke stadium berdekatan just to join the hype. So, ya, marilah kita fokus kepada menyokong pasukan tanah tumpah darah kita untuk Piala Malaysia ini!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

1 comment:

  1. Hi, tumpang tanya, saya tkde astro arena, sebab ddk hostel, skrg live streaming pun dah susah dpt, awak tau tak mana2 mamak dkt kl/ klang valley yg tunjuk astro arena waktu piala malaysia ni? Atau adecara lain utk tgk piala malaysia? Kalau stadium dekat mesti pegi.. Tp jauh :-(

    ReplyDelete