Went to watch Selangor vs Pahang last Saturday. It was one hell of a game. Plenty of goals in it. Ended 2-2. Pahang probably lebih gembira berbanding Selangor dengan result ni. Main away and sepatutnya menang tapi bolos nearing the end. Pahang nampak lebih bahaya dalam match ni berbanding Selangor. Jentera serangan Pahang nampak tajam. Azamuddin Akil sekali lagi membuktikan kenapa K.Rajagobal pilih dia untuk sarung jersi Harimau Malaya.
Game tu best. No doubt. But unfortunately game tu clash dengan EPL. Man United vs Fulham. So, attendance kuranglah macam biasa. Stadium not even half full. Ciput je attendance. Well, to say ramai lebih prefer Man United vs Fulham is probably correct, but we can't blame them. Apa-apa pun kita kena tengok diri sendiri dulu. Aku budak KL, datang dari KL ke Shah Alam untuk tengok match tu. Ya, Selangor is not my team. But KL tak masuk Piala Malaysia. So, aku pergi atas dasar untuk memeriahkan Piala Malaysia. Tolak tepi rivalry, well, bukan aku pergi untuk sokong Selangor or Pahang, aku datang sebab nak tengok bola. Ok, stop the crap now. Apa yang aku tak nampak bila start lepas tol batu tiga dan nak menghala ke stadium? Well, aku tak nampak any advertisement or banner pasal game tu. Selangor yang konon nak kejar misi 33 katanya, tapi promosi untuk hangatkan misi 33 tak ada. Kalau dah area Shah Alam pun tak ada promo or banner, apatah lagi kawasan macam Gombak, Ampang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Klang dan mana-mana yang jauh dari stadium.
Some would say, itu tanggungjawab kita untuk sedar game pasukan sendiri. Well, true, tapi bukan bermaksud pihak bertanggungjawab perlu lepas tangan. Nak jual burger pun kau kena pandai promosi, bukan bukak gerai burger, lepas tu tunggu orang datang. Iklankanlah sikit. Tak ada duit? Takkan nak harap duit dari FAM je? Pandai-pandailah cari duit untuk buat promosi. Bukannya suruh buat iklan juta-juta pun. Cukuplah sekadar maybe ada billboard kat Federal Highway tu untuk highlight game, or simple banner kat setiap daerah di Selangor. Kalau tak nak setiap daerah pun, ambiklah yang nearby Shah Alam.
I think i've said this before dalam entry-entry yang lepas. EPL jangan sekadar tayang kat TV and support je, kita perlu belajar dari diorang. Especially untuk state FA dan FAM. Tengok macam mana cara diorang promosi and dapatkan keuntungan. Selalu FAM bawak team luar negara untuk national team belajar and improve,well, FAM pun kenalah improve. Tengok cara marketing diorang. Ya, we live in a capitalist world where money is essential. But you won't gain any profit without loosing some.
Piala Malaysia ni dah masuk 3rd game. Banyak kejutan. Pasukan pilihan macam Selangor,Kelantan,Perak,Lions semua start slow. Team underdog macam Pahang and ATM yang main liga perdana yang nampak mantap. So, siapa kata Liga Malaysia predictable and tak best? We do have our own history. Cuma perlu di hype kan sikit. Korek sikit arkib negara tu, tengok history setiap pasukan, Buat analisis pre,match dan post match. Tak susah pun. Johor vs Lions tu, banyak sejarah tu.
Aku tau, apa aku tulis ni bukan FA negeri and FAM akan baca pun. Diorang tau goyang kaki je. Bukan dengar pun keluhan peminat. Kalau dengar, dah lama dah Presiden letak jawatan. So, entahlah. kita cuma mampu berharap jelah.
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment