Monday, November 19, 2012

Memori 2011: Singapura, dibunuh saja!


                                                                sumber - Sokernet.com

Korang tengok video kat atas tu. Ingat tak lagi? Tak ingat? Itu game Malaysia vs Singapura tahun lepas dekat Stadium Nasional Bukit Jalil. Game Kelayakan Piala Dunia 2014. Menang ni dan kita akan ke peringkat Kumpulan. Aku takkan lupa game ni sampai bila bila. Sebelum game ni, kita kalah 5-3 di Stadium Jalan Besar. Dalam erti kata lain, kita perlu menang 3-0 di SNBJ.

Untuk game ni, aku ingat yang di Facebook ada kempen kibarkan kertas 3-0 di SNBJ, and for that aku join. Aku fotostat 300 helai kertas yang tertulis 3-0 untuk diedarkan di SNBJ. Bukan aku sahaja, tapi ramai lagi yang buat. Masa tu media hype the game dengan hebat. Semua sibuk bercakap mengenai perlawanan ini  something yang tak berlaku untuk AFF Suzuki Cup yang buat aku rasa pelik. Well, back to the story. Untuk game ni, aku apply cuti tahunan sebab semangat. Aku beli tiket Online seawal mungkin sebab tau ramai akan tengok game ni. I was damn frustrated with the way we lost in Singapore, but still excited and full of belief that we can turn this around.

Untuk game ni aku datang seawal 11 pagi. Aku tak tau kenapa, but i did. Aku duduk kat SNBJ tu dari 11 pagi. Orang kata ambik mood. Hell, i cant even sleep the night before. Seriously. I was too excited. And the media did a good job in promoting and bakar semangat semua supporter. Though for that game aku sebenarnya plan with some friends untuk hand out the papers to the supporters. Aku duduk je kat SNBJ tu, ingatkan aku je semangat, rupanya ada jugak yang lain especially Ultras Malaya. Diorang sampai sama awal or earlier than me.

As the time goes by,orang mula ramai hadir ke stadium. Lagi ramai orang datang, lagi aku semangat. Though a friend of mine suddenly kena tipu with her friend and tak dapat tiket. So, terpaksalah aku pusing stadium tu cari ulat. Ulat ni masalah juga. Beli banyak banyak buat orang tak dapat tiket. Aku ingat lagi ada sorang tiket cuba nak jual tiket kat the fans and ended up beaten by them and tiket dia semua kena rampas. Well, i'd like to say he deserved it sebab dia menyusahkan orang. So, pusing satu stadium tu, pukul 7pm baru dapat tiket.

Since i'm already late, the plan to distribute the paper bertukar. Supposedly ingatkan nak bagi dekat dalam and biar one whole section dapat, but since dalam dah mula packed, had to change and bagi orang kat luar. Though aku tengok masa game ada one section semua angkat kertas 3-0 and nampak my flyers among them. Damn proud.

Since the media hyped it macam gila, the stadium was packed. I think orang yang masuk lebih dari jumlah yang sepatutnya. Ramai masuk cara haram, orang kat pagar dibayar RM50 untuk bagi masuk siapa yang tak ada tiket. Ya, some of my friends did it. Aku terpaksa duduk tingkat atas kat tangga. Memang penuh and tak boleh nak sumbat dah.

First half 0-0. Singapore memang tak fikir nak menang kat SNBJ. Melambatkan game and orang kata Park the bus. Malaysia terus berusaha namun buntuk mencari jaringan. HT 0-0.

2nd half kita mula pile the pressure and finally after a great determination shown by Kunanlan to pass the ball to Safee Sali even though he was falled, Malaysia scored. 1-0 to Malaysia. 2 more goals to go. Time tu fans makin semangat. First half ramai maki maki, masuk je gol, semua semangat balik.

Then, the saddest moment in my life and i can remember how broken my heart was, Singapore scored the equaliser. After a mix up in the defence, Singapore scored. The whole stadium was silenced. Semua tergamam.Aku terus speechless. Tapi itu tak membuatkan aku terus hampa. Aku tau masih ada masa walaupun mustahil.

Malaysia terus cuba mengasak dan tiba tiba a moment of madness by Fakri Saarani meranapkan impian rakyat Malaysia. Kad kuning kedua yang diterima oleh Fakri menyebabkan Malaysia bermain 10 orang, saat itu aku dah tak mampu berkata apa-apa. Itulah perasaan yang paling sedih dan kecewa yang pernah aku rasa dalam hidup aku. Serious. Biarlah aku break up dengan gf banyak kali pun, inilah perasaan yang paling aku rasa paling tak best. FT 1-1 dan Malaysia terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun dikatakan antara yang paling berpotensi selepas menang Piala AFF Suzuki 2010.

Aku takkan lupa perasaan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku tak mampu berkata apa-apa selepas perlawanan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku menitis air mata kerana terlampau kecewa. Setiap langkah sangat berat. Lidahku kelu dan mindaku terganggu. Ya, aku takkan lupa perasaan itu seumur hidupku.

So, kerana itu aku masih berdendam. Ya, aku berdendam dengan pasukan bola sepak Singapura. Ya, kita menang perlawanan persahabatan tempoh hari, tapi itu tidak cukup. So, Ahad ini adalah masanya. Masa untuk Harimau Malaya menguburkan memori paling buruk aku ini. Aku takkan lupakan kekecewaan itu dan aku harap korang pun sama. Kerana itu, kita perlu penuhkan stadium dan berikan sokongan kepada Harimau Malaya. Singapura perlu ditumpaskan. Rakyat Malaysia, ayuh, pinjamkan semangatmu untuk Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

4 comments:

  1. aku pun pergi bukit jalil untuk game ni. aku lepas maghrib baru masuk. masa kat gate, the security memang didnt bother to ask for tickets. dia bagi je semua masuk. ok la kalau nak give the most support to the national team, tapi orang yang dah bayar for ticket rasa macam apa la kan bersesak kat dalam tu. tapi kita menang crowd. never in my life ive seen such crowd in any match in malaysia. berdiri sepanjang game tak rasa apa, sebab semangat tu. the game brought us united. dont u think?

    ReplyDelete
  2. Harimau malaya kasi baham itu singa bongkak tu........go for it

    ReplyDelete
  3. Sebagai anak Malaysia aku sanjung semangat writer untuk pasukan Harimau Malaya, rasanya majoriti penyokong HM frust,sedeh, time HM kalah ngan Sgpore that time, but our kesedihan itu terus ditambah umpama ditikam ngan todak dengan kekalahan memalukan semalam......peminat dah bersemangat , but how abt our players?Do they play as seorang pejuang....

    ReplyDelete
  4. Memang tak sepatutnya berlaku tetapi tetap berlaku ahad lepas tapi yang teruknya kalah 3-0 kepada Singapura. Macam tak nak main je Harimau Malaya ni. Ingatkan senang ke nak bagi kemenangan kepada Singapura? Memang dari dulu lagi memang kita dan Singapura patut memang lebih2 lagi main di tempat sendiri. Aku harap sangat ini menjadi pengajaran kepada semua terutama skuad Malaysia. Agar tidak mudah2 beri kemenangan kepada lawan lagi. Malaysia Boleh!!! X3

    ReplyDelete