Thursday, November 29, 2012

Review: Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2012

Apa bezanya Malaysia vs Singapura dan Malaysia vs Laos? Keputusan? Ya. Corak permainan? Ya. Banyak isu yang timbul daripada dua game ini. Pertama, kita tengok game Malaysia vs Singapura ni. Ya. kita tewas. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan peminat marah? Apa yang menyebabkan penyokong mengepung bas pemain dan meminta penjelasan dari K.Rajagobal? Apa yang menyebabkan penyokong sampai 'chant' persoalkan Rajagobal? Penyokong takkan marah kalau kita tewas dengan berjuang. Apa yang penyokong marah adalah apabila tiada semangat juang yang ditonjolkan dalam perlawanan tu. Ada sesetengah pemain yang seakan-akan terlampau tertekan dan ada yang nampak kayu. Lihat saja semua gol yang dijaringkan oleh Singapura. Kita tewas kerana Singapura lebih baik dan kita terlampau teruk. Ada pengulas katakan bahawa supporter tak patut buat macam tu dan tindakan kepung bas akan menyebabkan moral pemain jatuh. TIDAK. Itu tugas mereka. Bermain bola adalah tugas mereka. Dalam kerja apa pun, kalau tak perform kita akan kena. Apatah lagi peminat dah bayar untuk tiket dan ada yang dah habis beribu untuk AFF Cup ini. Penyokong marah kerana mereka tahu pemain boleh beraksi lebih baik. Adalah lebih teruk jika penyokong buat tak kisah. Kalau penyokong buat tak kisah, pemain main tak endah.

Isu kedua adalah mengenai chant 'anjing'. Aku bukan nak kata tindakan itu betul, tapi aku nak tegur cara ia disensasikan oleh media Singapura dan Malaysia. Chant 'anjing' ni dah digunakan oleh Ultras untuk semua game. Bahkan untuk semua pihak lawan. Bukan Singapura sahajat. Chant ini juga dah lama diguna dan pernah digunakan ketika menentang Singapura di Stadium Jalan Besar. Jadi kenapa sekarang baru jadi isu? Media Singapura menggunakan isu chant itu mungkin patut sebab yang kena itu negara mereka. Tapi, media Malaysia? Adakah ini bukti bahawa sesetengah wartawan baru pertama kali pergi stadium masa lawan Singapura Ahad lepas? Kenapa tak sensasikan Piala AFF masa awal hari tu?

Malaysia vs Laos adalah kontra kepada apa yang berlaku dalam Malaysia vs Singapura. Malaysia bermain dengan baik dan mendapat kepercayaan dan sokongan dari penyokong kembali. Kerana itu penyokong marah. Jika penyokong tidak marah masa lawan Singapura, aku yakin, pemain takkan lebih bermotivasi. Percayalah. Penat penyokong sorak untuk anda, gunakan itu sebagai motivasi. Jangan buat pekak.

Sabtu ni, game penentuan. Malaysia vs Indonesia. Antara rivalry paling gila dalam bola sepak. Rivalry yang melangkaui sukan. Masuk politik, perkauman dan banyak lagi (lebih kepada Indonesia). Kita perlu menang lawan Indonesia. Tidak boleh seri atau lebih lagi kalah. Menang. 3 mata lagi untuk ke Semi-Final. Kami penyokong akan ke stadium. Kami akan pastikan suara kami didengari. Harimau, masa untuk membunuh.

-Tanah Tumpahnya Darahku -




P.S: Lama aku tak blog kat sini. Suppposedly aku nak hypekan AFF Suzuki Cup ni, tapi aku banyak tulis kat blog lagi satu. Korang boleh cek Sokerleaks. Aku tulis kat situ jugak.

1 comment:

  1. Betul tu, first match macam tak nak main je. Sikit loose ball, pas tu mcm takde strategi langsung. Nak main ke tak? Ini menyebabkan penyokong rasa tak berbaloi support team malaysia, bagus tengok tv je, kalau bosan terus tukar channel lain atau off aje. Tapi InsyaAllah ada nmpk peningkatan...harap2 formula 2010 jadile. InsyaAllah Malaysia Boleh!!! X3

    ReplyDelete