Thursday, February 12, 2015

Selamat Tinggal Suara Emas Malaysia

Hari ini kita kehilangan seorang ikon. Seorang legenda yang boleh digelar suara emas rakyat Malaysia. Hari ini kita kehilangan seorang pengulas sukan yang tiada galang ganti, Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang.

Aku pernah berpeluang bekerja dengan Allahyarham. Pada tahun 2008, di RTM. Masa tu aku tengah buat latihan industri di Unit Sukan RTM. Memang aku takkan lupa masa first aku jumpa dia. Tergamam. Seorang ikon yang selalu aku dengar suara je kat tv, depan mata aku. Suara dia memang sama macam yang aku dengar kat tv. Dia cakap biasa pun dah kuat. Antara tugas yang dia bagi aku masa tu fotostat jadual untuk Sukan Olimpik. Dia suruh fotostat dari kertas A4 ke A3. Itu aku takkan lupa. Aku dengan pantas buat kerja tu. Gila kau, legend yang suruh kot. Lepas tu aku follow masa shoot promo untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Walaupun tak adalah lama dan rapat aku kerja dengan dia masa tu, tapi at least aku dapat rasa bekerja dengan seorang legenda.

Bercakap mengenai Allahyarham, kita takkan dapat lari dari bercakap mengenai ulasan dia.Kosa kata dia, aura dia, suara dia, lain dari yang lain.Sekali kita dengar, kita tau itu Allahyarham. Kalau kita tak tengok pun tv, kita dengar suara Allahyarham, kita boleh tau apa jadi kat padang dan semangat dia. Bahasa dia memang cantik. Mana ada pengulas guna ayat " Tersipu sipu malu sepakan safee", "anak muda yang berlari di permatang sawah (bercakap pasal amri yahyah), "Walaupun stadium palestin dibom namun bola sepak mereka tak pernah mati" dan "Walaupun Malaysia kalah, tapi di mata saya Malaysia tetap menang". Jauh pengulas yang ada dan akan datang nak capai benchmark yang telah Allahyarham tetapkan. Selain bola sepak, Allahyarham juga selalu mengulas sukan lain. Aku ingat lagi beliau pernah mengulas sukan renang dengan tone yang sama macam ulas bola sepak. Juga jangan lupa, Allahyarham juga pernah mengulas sukan SUMO. Okay, tak sebenarnya sebab itu sekadar untuk filem SUMOLAH.

Setiap kali ada siaran perlawanan bola sepak, susah untuk kita tak compare pengulas yang ada dengan Allahyarham.Walau kadangkala kita tergelak dengar ulasan beliau, tapi itulah sebenarnya kekuatan yang ada pada ulasan Allahyarham. Sememangnya susah untuk kita cari pengganti sehebat beliau.

Namun, Tuhan lebih menyayangi Allahyarham. Apa yang kita boleh buat, kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah supaya beliau aman di sana. Mungkin perlawanan Liga Perdana dan Liga Super minggu ini boleh buat satu tribute untuk beliau. Hari ini, 12 Februari 2015, Malaysia kehilangan suara emasnya, negara kehilangan seorang legenda, peminat sukan kehilangan seorang ikon.

Al-Fatihah.




Monday, November 17, 2014

Road To AFF 2014

Blog ni bermula kerana Piala AFF tahun 2010. Maka, biarlah kita mula juga 2014 kerana AFF. Maaf aku busy sampai tak sempat nak update. Tapi juga kerana aku juga dah tak berapa update sangat sebab busy kerja. Okay, apa yang perlu kita highlight? Semestinya pasal persiapan skuad Piala AFF Suzuki 2014.

Tahun 2012, kita layak ke Semi Final. Tapi gagal retain Piala yang kita menang tahun 2010. Coach dah tukar. 2010 dan 2012 kita di bawah K Rajagobal. Tahun ni kita akan bertanding dalam AFF Suzuki dengan seorang legend, iaitu Dollah Salleh. Rekod Dollah Salleh dengan kelab memang cemerlang. Menang Piala Malaysia dengan MPPJ dan Pahang. Bersama PDRM, rekod Dollah cemerlang juga. Tapi kecemerlangan tu tak dibawa ke pasukan Harimau Malaya. Dollah sebenarnya seakan akan menjadi bidan terjun. Coach yang sekadar menjadi pengganti sebab tak dapat tarik Philippe Troussier. OKS pegang kejap sebelum Dollah diumumkan sebagai Coach baru. Apa bezanya Dollah Salleh dengan K Rajagobal? Dollah Salleh tak diberi masa yang banyak sepertimana coach Raja dapat. Ramai dapat rasakan bahawa, kalau Malaysia gagal ke semi, maka tamatlah kerjaya coach DS dengan Malaysia. Ini sebenarnya tak adil. Coach dah banyak kali tukar, tapi kalau main macam taik, takkan salah coach lagi. Ye tak?

Lawan Syria kalah 3-0. Lawan Vietnam kalah 3-1. Aku tak tengok game lawan Vietnam, tapi aku tengok game lawan Syria. Memang elok kalau player semua kena maki. Main tak ada semangat langsung. Syria negara yang bergolak pun boleh main bola lagi bagus. Adakah ini bermaksud player kita manja? Ditambah pula ada sesetengah pemain yang duduk bench kat kelab pun tetap dipanggil. Ini akan membuatkan player jadi complacent. Mindset macam ni yang kita kena ubah dalam diri pemain. Ramai kata ini salah player import. Pemain tempatan ni cepat sangat give up. Instead of buat coach jadi lagi pening kepala sebab pemain tempatan sama hebat, diorang terus give up dan anggap takkan dapat main sebab dah ada pemain import. Dari sumber yang aku dapat, ada pemain sampai kena panggil pakar psikologi sebab terlampau down akibat tak dapat main dengan kelab.

Tahun 2010 kita main tanpa tekanan. Masa tu kita harapkan 2 pemain muda, Fadhli Shas dan Muslim Ahmad sebagai defend kita. Kita bermula dengan kekalahan teruk ke atas Indonesia. Masa tu, sorang pun tak pandang skuad Harimau Malaya. Tapi lepas menang 2010, orang mula tertarik. Sikit demi sedikit, pressure tu dah mula datang. Pemain mula jadi popular. Gaji dah mula naik. Bayaran gaji semua dah serupa pro, tapi permainan? Tahan bola pun ke depan macam orang main bola petang petang. Safee Sali pun dah mula hilang sengat depan gol. Pemain yang dijulang kat Pelita Jaya dan menjadi rebutan pasukan Asean, kini dah terperuk kat bench.

Mampukah kita menang balik Piala AFF? Boleh. Tapi susah. Kalau pemain terus leka, terus alpa, kita takkan menang Piala AFF tahun ni. Mainlah dengan penuh semangat dan jiwa. Nak kalah pun biar bermaruah. Anak Malaysia pantang menyerah kalah!

Tuesday, November 19, 2013

Tribute To Rajagobal

Maka, hancurlah harapan kita untuk layak ke Piala Asia 2015. Sasaran untuk layak secara merit punah begitu sahaja. Mimpi jadi mimpi ngeri di laman sendiri. Nak cakap apa lagi? Kita tak layak. Kutuklah, maki lah, keji lah, sampai ke sudah, kita tetap tak layak ke Piala Asia 2015.

Tapi apa yang aku nak cerita bukanlah pasal tak layak. Tapi lebih kepada Dato' K. Rajagobal.

Ya, kita tak layak. Kesalahan di bahu dia. Kita maki dia, kita keji dia, kita jerit dan chant, "Rajagobal, apa dah kau buat?". Sejak dari terkeluarnya kita dari Kelayakan Piala Dunia, ke Piala AFF 2012 dan kini kelayakan Piala Asia, kita tekan dia. Kita maki dia. Segala jenis kejian kita bagi pada dia.

Tapi, aku ta k lupa. Aku tak lupa Sukan SEA 2009. Aku tak lupa Piala AFF Suzuki 2010. Dia buat aku tersenyum. Dia buat aku gembira. Dalam ramai ramai jurulatih, biar dari dalam atau luar negara, dia je yang berjaya buat Malaysia champion Piala AFF. Ya, pada masa tu dia kenal pemain dia. Kita pun gembira.

Aku tak kata dia tak salah. Aku bukan nunez nak nyanyi 'Rajagobal tak salah'. Aku juga kritik dia. Aku juga pernah maki dia. Samada dalam penulisan, tweet atau jeritan kat stadium. Tapi, aku juga nak ucap terima kasih kat dia. Kalau bukan sebab Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010, aku rasa lagi orang tak pandang bola sepak Malaysia, samada korang penyokong, atau haters.

Bagitau aku, macam mana korang nak kerja kalau majikan korang sendiri tak percayakan korang? Dia kata nak target layak Piala Asia, tapi belum tau keputusan, majikan dah sibuk cari pengganti. Tekanan bukan datang dari penyokong sahaja, tapi juga dari majikan dia sendiri.

Percayalah, biarlah Alex Ferguson, Jose Mourinho, Pep Guardiola dan Vicente Del Bosque bergabung bimbing Malaysia, kita tetap takkan ke mana selagi yang di balik tabir tak berubah. Biarlah 4 orang Pengurus ternama tu pegang, Safiq Rahim tetap akan main dan jadi kapten. Pemilihan pemain tetap akan bergantung kepada populariti dan bukan merit. Percayalah.

Sekali lagi. Terima Kasih Dato' K. Rajagobal untuk Sukan SEA 2009. Terima Kasih Dato' K. Rajagobal untuk Piala AFF Suzuki 2010. Semoga Dato' akan lebih diingati sebagai Pemenang dan bukan Perosak. Terima Kasih untuk semua memori.

Thursday, August 1, 2013

Kami Mahu Presiden Letak Jawatan

Maka hari ni kecohlah di laman sosial pasal Rajagobal tak disambung kontrak. Well, itu sangat expected sebenarnya. Lepas rekod yang buruk, kegagalan mempertahan Piala AFF dan banyak lagi isu, ramai dah mula mintak Rajagobal letak jawatan. Dari kekalahan pertama dalam Piala AFF lawan Singapura pun ramai dah bising.

Benda jadi lagi panas bila Media arus perdana pun banyak yang siarkan artikel mengkritik Rajagobal terutamanya lepas kita hanya mampu seri lawan kelab Thailand dan kalah semua perlawanan menentang kelab Jepun. Lagi panas bila Rajagobal mintak semua ingat balik yang dia bawak Malaysia menang Pingat Emas Sukan SEA dan Piala AFF. Dah serupa politik pulak nak mintak kenang budi apa bagai ni.

Roberto Di Matteo dan Roberto Mancini yang bantu Chelsea menang UCL dan Man City menang EPL pun boleh kena pecat wahai coach. Kami bukan tak sokong atau tak kenang jasa, tapi jawapan ego sebegini tak membantu anda untuk meraih sokongan kami.Jorvan Viera yang bawak Iraq menang Piala Asia buat kali pertama pada tahun 2007 pun tak mengungkit sebegini. Kami bukanlah penyokong lalang yang tak tau nak hargai jasa, tapi kami juga bukan penyokong yang buta yang tak nampak masalah dalam bola sepak Malaysia.

Secara jujurnya, biarlah Rajagobal digantikan dengan Alex Ferguson atau Mourinho, hatta kedua duanya bergabung sekali menjadi coach bola sepak Malaysia, kita tetap takkan ke mana. Kita akan terus gah dengan gelaran ASEAN sahaja. Kita akan terus mengungkit zaman kegemilangan Allahyarham Mokhtar Dahari. Kenapa? Cuba fikir balik, dah berapa kali kita tukar coach? Allan Harris, Bertalan Bisckei, Norizan Bakar, B. Sathianathan dan K. Rajagobal. Siapa je yang tak bertukar sampai sekarang? Setiausaha Agung pun dah tukar banyak kali. Rasanya driver bas kat FAM pun dah tukar banyak kali. Sorang je yang dari dulu sampai sekarang tak tukar. Teka siapa? Ya, Presiden FAM.

Sebenarnya bukanlah berita Rajagobal letak jawatan yang penyokong nak dengar, tapi kami nak dengar berita Presiden FAM letak jawatan. Penantian berita ni macam nak tunggu berita announce nak raya. Kalau jadi realiti, nescaya berpestalah kami penyokong semua. Mungkin ada yang akan kata (mungkin kroni FAM) kata Presiden dah banyak berjasa dan tukar Presiden akan buat Malaysia jadi lagi jahanam. Well, kita perlu start from scratch. Nak tunggu jahanam macam mana lagi baru nak tukar ni? Kita perlukan Presiden yang betul ada jiwa dan semangat nak naikkan bola sepak Malaysia. Kita perlukan badan pentadbir yang tau fokus buat kerja sendiri dan tak kacau pasukan. Biar coach buat kerja sendiri, jangan nak ada anak emas apa bagai. Kes bookie pun tak settle dari dulu kejayaan apanya wahai Presiden?

Aku cabar media arus perdana untuk suruh Presiden FAM letak jawatan. Jangan buat buta. Kalau Rajagobal korang boleh kecoh suruh letak jawatan apa bagai, apasal yang atas tu korang senyap? Buta ke? Presiden FAM lagi lama kat atas tu berbanding Rajagobal jadi coach. Jangan berani dengan ikan bilis je, dengan ikan jerung mencicit semua. Hipokrit.

Kepada Datuk K. Rajagobal, kami mengucapkan terima kasih kerana memberikan kami kegembiraan dan sedikit sebanyak bantu rakyat Malaysia untuk kembali menyokong Malaysia dan Liga Tempatan. Itu tak dapat dinafikan. Anda telah membantu untuk membuatkan rakyat Malaysia kembali menyokong pasukan tempatan selepas kejayaan Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010. Jasa anda kami kenang, namun hidup perlu diteruskan. Semoga Coach akan sukses dalam kerjaya seterusnya. Mungkin satu hari nanti coach akan kembali membimbing pasukan kebangsaan, siapa tahu? tapi harapnya ketika itu dengan Presiden FAM yang baru yang akan lebih membantu.


Monday, May 27, 2013

FAM Bodoh dan Angkuh

Tengah aku selak surat khabar hari ni, aku baca bahagian sukan . Memang dah jadi tabiat sebenarnya. Malas baca page depan. Sekali terbaca lah laporan pasal sidang media FAM semalam. Seperti yang kita tahu, FAM membatalkan friendly match lawan Singapura dan memutuskan untuk adakan latihan dan perlawanan persahabatan di Australia. Mungkin tindakan ni betul, tapi dengan membatalkan friendly dengan Singapura tapi tak gantikan dengan perlawanan yang lebih berkualiti adalah bodoh. Statement yang dikeluarkan oleh FAM pun sama bodoh.

" Kita sudah selalu bertemu Singapura, jadi buat apa hendak ulang perkara yang sama? Justeru ada baiknya kita berdepan dengan beberapa kelab yang KUAT di Australia kerana yakin peluang kita ke pusingan akhir Piala Asia 2015 masih ada"

Seperti yang korang nampak, aku besarkan perkataan KUAT tu. Kita ke Australia untuk berdepan Pilihan Canberra (6 Jun), Marconi FC (11 Jun) dan Sydney United pada 13 Jun. Ketiga tiga pasukan yang dikatakan KUAT ini langsung tak bermain di liga utama Australia iaitu A-League. Marconi FC dan Sydney United bermain dalam National Soccer League di Australia, Liga kelas kedua, lebih kurang macam Liga Premier di Malaysia. Jadi, mana KUAT nya? Marconi Stallions dan Sydney United kalau korang nak tau merupakan rival dalam National Soccer League, tapi sekali lagi, apa yang KUATnya? Mungkinlah pemain mereka lagi berkualiti dari player dalam liga kita, tapi ini tetap bukan pilihan yang sewajarnya dan satu pembaziran. Juga, jangan kita lupa apa yang terjadi kepada Harimau Muda dalam lawatan mereka ke Australia dulu bila mereka pada saat akhir terpaksa menentang pasukan reserve kerana pasukan yang sepatutnya kansel last minit dan menang besar. Ini bodoh.

" Takkan kita hendak lawan pasukan Arab jika pada perlawanan sebenar itu dari negara Arab dan apabila berdepan pasukan China, jadi kita kena berdepan pasukan dari China pula?"

Ini juga satu statement yang merepek. Tidak bodoh, tapi merepek. Kebiasaannya pasukan ada friendly lawan team yang lebih kurang sama adalah untuk membiasakan diri dengan corak permainan dan taktikal pasukan yang bakal ditentang. Juga untuk biasakan diri dengan keadaan cuaca. Pada tahun 2002, Brazil mengadajan perlawanan persahabatan dengan Malaysia kerana mahu membiasakan diri dengan keadaan cuaca di Asia. Mungkin betul, kita tak perlu lawan team dari rantau yang sama, tapi kenapa pilih lawan kelab dari Australia? Apa relevannya?

Dalam 7 perlawanan persahabatan hingga ke September, kita hanya akan menentang 2 pasukan negara iaitu Uzbekistan pada 6 September dan India pada 10 September. 5 Lagi adalah pasukan kelab, termasuk Chelsea dan Barcelona.FAM terus menerus bagi alasan katanya Malaysia akan banyak belajar dengan menentang kelab gergasi dari Eropah. Melihat kepada rekod, rasanya tak. Kita terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia, gagal pertahankan Piala AFF. Jadi, apa yang kita belajar dari perlawanan lawan kelab luar selain dari FAM belajar macam mana nak dapat duit?

FAM terus menerus mengeluarkan statement bodoh dan ingat semua penyokong sama bodoh seperti mereka. Isu bookie terus menerus buat buta. Kata tak ada bukti. Hoi FAM, bookie bukan isu baru. Dah bertahun, sejak zaman Semi Pro! Takkan tak ada langsung bukti? Apa pelaksanaan FAM dah buat untuk elak gejala bookie? Kalau bab menyaman Kelantan laju je ada bukti. FAM boleh tukar jadi SAM, STUPID ASSOCIATION OF MALAYSIA kalau nak terus bagi statement bodoh dan angkuh korang. Kerana orang macam korang dalam badan sukan ni lah buat penyokong muak dan seterusnya lari. FAM bodoh.

-Tanah Tumpahnya Darahku-




Wednesday, May 15, 2013

Kalau Bukan Korang, Siapa Lagi?

Selama ni kita selalu dengar Island Hopping, City Hopping, atau dalam erti kata lain mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Hari ni aku nak kongsi kat korang pengalaman aku stadium hopping dalam sehari.Tak taulah korang pernah buat ke tidak, tapi aku gagahkan juga Stadium Hopping ni. 

Jumaat lepas, 10 Mei, aku try juga Stadium hopping ni. Dalam sehari aku tengok 2 game. Korang yang tengok kat TV tu tak bolehlah kira stadium hopping. Aku pergi tengok 2 game tempatan. Walaupun jaraknya tak adalah jauh sangat, tapi logiklah. Kau nak jauh jauh memang tak sempatlah kau nak pergi. Aku pergi both game dalam Lembah Klang.

First game aku pergi adalah game KL vs Perlis. Liga Perdana punya game. Game pukul 4.45 petang, so lepas Solat Jumaat, aku terus siap siap and gerak ke Stadium KLFA, Cheras. Aku jarang dapat tengok game KL ni sebab main petang weekdays. Hari tu aku cuti, so dapatlah aku ke sana. Sampai je aku ke Stadium tu, aku tengok banyak juga kereta. Sedap juga rasa sebab rasa macam ramai orang. Sekali aku masuk tengok, kosong. Adalah berapa ketul. Rupanya lagi ramai pergi jogging and makan kat KFC dan kedai tepi jalan kat stadium tu. Padahal stadium kat sebelah je. Orang Cheras ni serupa orang Shah Alam juga. Stadium dekat tapi malas nak pergi. So, berbalik pada game tu. Ya, game itu sangat dull atau bosan. First half, KL banyak menyerang. Terloncat loncat juga aku dari kerusi tu. Pada yang baru follow blog ni, aku penyokong KL. Sampailah habis first half, tak gol jugak. 0-0 45 minit pertama. Sementara tunggu nak 2nd half tu aku tengok keliling. Ada 2 pemandangan yang menarik perhatian aku. First adalah seorang bapa yang menyarung jersi KL zaman semi-pro yang bawak 2 orang anak dia yang masih kecil untuk tengok game KL. Itulah passion. Aku senyum je tengok dan harap satu hari nanti aku akan buat benda yang sama jugak. Pemandangan kedua menghilangkan senyuman aku terus. Aku nampak seorang lelaki berpakaian kemas, pakai spek hitam dan ada fon kat tangan. Ya, itulah ciri ciri seorang bookie. Dia duduk kat penjuru atas Stadium KLFA tu. Lepas nampak mamat tu aku dah lebih kurang tau apa akan jadi 2nd half. Tekaan aku betul, 2nd half Perlis score 2 bijik. 2 gol mudah. Aku mencarut carut dalam hati. Babi semua ni. Apa lah nak jadi dengan KL ni. Memang gelap masa depan KL ni. Kalah game ni, KL makin dekat untuk main kat Liga FAM. Padahal awal season hari tu, aku rasa KL boleh naik Liga Super sebab nampak meyakinkan dalam Pertandingan Piala KL. Malangnya KL ni tak dijaga dengan betul. KL yang suatu masa dulu merupakan kuasa besar kini makin malap. Dah sampai masa KL dijaga oleh individu yang sayangkan bola sepak KL berbanding kocek masing masing. Aku tinggalkan Stadium KLFA dengan hati yang duka dan kecewa.

Habis game KL, aku pecut dan tempuh jam untuk ke Stadium Shah Alama untuk tengok game Selangor vs Perak. Aku dapat rasakan game ni menarik. Selangor nak kejar Lions dan Perak nak jarakkan diri dari bottom half. Both teams ada player berkualiti. Perak dengan kemasukan Paolo Rangel berbeza dengan masa 1st half of the season. Selangor pulak dengan Amri Yahyah, Forkey Doe dan Mahali Jasuli yang semakin menyerlah ala Gareth Bale. Ya, memang game menarik. Ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang bolehlah kata ramai walaupun stadium tak penuh. Game malam pun boleh tak penuh, apatah lagi game KL yang main petang time orang tak balik kerja lagi. Kedua dua pasukan bermain cantik dan saling menyerang. Perak score dulu dari freekick yang cantik sampai Sharbinee terlanggar tiang cuba nak capai bola, tapi tak boleh. 1-0 kepada Perak sampai habis first half. 2nd half Selangor usaha nak score. Perak sekali sekali counter attack. Dekat nak habis game, pertahanan import Perak, Rafael Silva dilayangkan kad merah. Selangor ambik peluang itu dengan berbesar hati dan menjaringkan melalui satu rembatan kencang dari Raimi Md Noor. Raimi ni dulu satu sekolah rendah dengan aku, tak sangka dia main Selangor dan aku tengok je dari jauh. Power. Masa tamat dan keputusan seri 1-1. Perak lega, Selangor hampa sebab makin susah nak kejar Lions.

Apa bezanya 2 game ni? Ya, first game KL vs Perlis berakhir dengan KL kalah dan perlawanan yang membosankan kerana tak ada idea serta stadium yang lengang. 2nd game, Selangor vs Perak, perlawanan yang menarik, gol lawa, Stadium hampir penuh. Tapi menonton game Selangor vs Perak aku menguap. Siapa pun yang gol, aku tak bersorak. Aku tak ada rasa atau jiwa nak melompat bila Perak atau Selangor score. Biarlah gol lawa pun. Cuma terdetik rasa bangga bila Raimi score. Nak banding dengan KL punya game, aku rasa pedih dia, aku rasa sedih dia, aku rasa marah dia. Semuanya lengkap. Biarlah KL main macam taik pun, tapi aku rasa semua tu. Rasa nak menitik air mata. Itulah sebenarnya yang korang akan rasa kalau korang connected dengan team korang. Korang akan rasa sedih dia, korang akan rasa happy dia.

Ini adalah percubaan pertama aku untuk Stadium Hopping dan bukan yang terakhir. Aku masih simpan cita-cita untuk pusing stadium di seluruh dunia, tapi aku mesti habiskan yang dalam Malaysia dulu. Biar apa pun jadi aku akan cuba untuk complete pusing semua stadium kat Malaysia. Kepada korang yang baca ni, cubalah. Kalau tak nak stadium hopping pun, pergilah stadium pasukan sendiri. Kalau bukan korang, siapa lagi? 

-Tanah Tumpahnya Darahku-


Friday, April 26, 2013

Politikkan bola atau Bolakan Politik?

Bahang PRU 13 semakin memuncak, tak lama lagi seluruh rakyat Malaysia akan turun mengundi. Okay, apa signifikannya aku nak cakap pasal politik dalam blog bola? well, politik itu ada dalam kehidupan kita, tak kira sukan,hiburan dan macam macam lagi. Apa pentingnya politik dalam sukan dan apa pula keburukannya?

Politik dalam sukan ni sebenarnya boleh menjatuhkan atau membangunkan sesebuah pasukan. Biarpun aku adalah antara yang paling tak suka bila sukan terutamanya bola sepak dipolitikkan, tapi aku sedar yang ia akan tetap bercampur walau apa pun.

Antara contoh penglibatan politik dalam sukan adalah Silvio Berlusconi dengan AC Milan. Beliau juga menggunakan manifesto untuk mentadbir Itali seperti pasukan bola sepak ketika bertanding untuk menjad Perdana Menteri Itali. Beliau juga sering menggunakan perumpamaan bola sepak untuk membidas lawannya, contohnya, beliau bertanya berapa banyak piala yang sudah dimenangi oleh pihak lawan beliau. Beliau turut menggunakan slogan Forza Italia untuk kempen beliau.

Seorang lagi tokoh adalah bekas Presiden Real Madrid iaitu Florentino Perez yang merupakan bekas ahli politik ketika bertanding menjadi Presiden Real. Dia menggunakan skill politiknya dengan membentangkan manifesto (atau aku janji depends on which party you support) projek galacticos nya untuk menang pemilihan Presiden Real Madrid. Antara pemain yang berjaya dibawa masuk oleh Perez adalah Luis Figo (kejayaan paling besar sebab sailang dari barcelona), Zinedine Zidane, Ronaldo (Brazil), David Beckham, Michael Owen dan Robinho.

Di Malaysia pula, paling mudah dan popular masa kini adalah Tan Sri Annuar Musa dan Kelantan. Sebagai ahli politik yang berpengalaman, beliau menggunakan kepakaran beliau untuk menaikkan bola sepak Kelantan. Hatta, ada yang mendakwa apa yang beliau lakukan adalah untuk menaikkan imej beliau dan parti bagi mengambil alih pemerintahan Kelantan dari parti lawan, itu aku tak boleh nak jawab. Korang decide sendiri. Tapi kita tak boleh sanggah yang apa yang beliau lakukan untuk bola sepak Kelantan menaikkan nama beliau di Kelantan.

Politik dalam sukan, terutama bola ni bahaya juga. Sebagai contoh, apabila kita meletakkan MB atau pemimpin parti sebagai Presiden FA, apa yang akan berlaku jika MB bertukar atau parti memerintah bertukar? Jika parti itu ada passion dalam sukan, tak apa. Bagaimana jika tidak? atau mungkin dia minat sukan lain? Apa akan jadi pada kelab?

Politician ada agenda masing masing. Itu kita tak boleh sangkal. Rakyat biasa pun kalau nak buat sesuatu kena ada sebab, apatah lagi ahli politik. Samada mereka menggunakan bola sepak atau bola sepak menggunakan mereka untuk maju, itu terpulang kepada pengamal. Tak salah kalau kita sebagai peminat bola sepak yang juga merupakan pengundi mainkan peranan. Kita cuba dekati calon bertanding dan tanya apa diorang nak buat untuk bola tempatan? KL dah ke laut. Calon PRU dalam KL tak ada sorang pun yang manifesto dia ada pasal bola KL. TSAM pula kata kalau dia menang, dia akan bina Stadium baru dan akademi di Parlimen Ketereh. Seorang calon DAP di Penang menggunakan billboard siap pakai jersi Penang dan kata undi dia untuk masa depan pasukan. Well, tengok dia muda, mungkin dia memang rajin tengok Penang main, siapa tahu.

Kita sebagai pengundi main peranan. Masa ni lah kita nak buat pilihan. Masa depan negara dan bola sepak di tangan kita. Pilihlah dengan bijak. Entri kali ni mungkin mendatar sikit, sorry sebab aku letih dan tengah outstation pusing satu Malaysia untuk PRU ni. Slow slow aku akan mula balik dan rajin menulis. Teruskan menyokong blog ni! Selamanya Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, March 18, 2013

Malaysia oh Malaysia.

Memetik kenyataan Ketua Jurulatih Negara, K. Rajagobal terhadap kekalahan kepada Arab Saudi Ahad lalu.

" Kita turun tanpa S.Kunanlan, kalau kita nak main corak menyerang kita kena ada pemain seperti dia. Hanya Mat Yo penyerang sebenar, Amri pula diletakkan di belakang. Kita juga tak ada Safee Sali yang menjadi penyerang kita sejak dua tahun lalu. Dalam Liga kita sekarang, cuba lihat siapa yang main sebagai penyerang. Kita kena terima hakikat ini, kita tak boleh buat apa-apa." - K.Rajagobal

Persoalannya, betul ke kita tak ada penyerang selain Safee dan Mat Yo? Kenapa Fauzi Roslan atau lebih dikenali sebagai Koji tak dipanggil sedangkan dia merupakan pemain tempatan yang paling banyak jaringkan gol? Memang tak dinafikan, bahawa penyerang import menguasai carta penjaring dalam liga kita dengan Marlon Alex James mendahului senarai penjaring dengan 6 gol. Tapi Fauzi Roslan di tempat kedua dengan 5 gol. Amri Yahyah pula di tangga keempat dengan 3 gol berkongsi dengan Effa Owona,Mat Yo dan Patrick Ronaldinho. Daniel Guiza di tangga ketiga dengan 4 gol. Safee Sali pula hanya 1 gol. (Rekod setakat 9 Mac 2013)

Kenapa hanya Safee dan Mat Yo? Bukankah kita ada Hadi Yahaya,Manaf Mamat,Afiq Azmi, Rozaimi dan ramai lagi penyerang? Isunya bukan kerana ketiadaan penyerang, tapi over reliant Rajagobal kepada anak emasnya. Ingat tak Rozaimi pernah diletakkan sebagai defend kiri dalam satu perlawanan walaupun dia baru sahaja menjaringkan gol yang banyak untuk Harimau Muda dalam satu kejohanan? Koji pula dibawa masuk dan tak diberi peluang bermain dalam perlawanan menentang Qatar?

Tidak salah untuk mempercayai pemain, tapi apa yang RG buat adalah terlampau mempercayai anak emasnya walaupun jelas dan nyata mereka tidak mampu menunjukkan prestasi yang sama seperti di kemuncak. Rajagobal sering mengatakan bahawa beliau kenal pemainnya, tapi takkan dia tak nampak yang pemain dia tengah off form? Tiada mulut yang akan mencemuh jika Safiq Rahim menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam liga untuk JDT. Malangnya tak, tapi tetap dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan. Norazlan pula terus dipandang sebelah mata walaupun prestasi yang dipamerkan oleh dia untuk Selangor adalah lebih bagus berbanding Khairul Fahmi. Ada masanya prestasi lebih penting berbanding nama.

Perkara ini sebenarnya dah lama disebut. Dari kes Piya lagi. Berapa kali piya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kancah liga, tapi tak dipanggil? Sekarang dia dipanggil. Itu satu perkara yang bagus. Tapi ada juga rahsia di sebalik beliau dipanggil. Itu cerita lain.

Terlampau bergantung dan percaya kepada pemain merupakan satu perkara yang salah jika ia berlebihan. Ia membuatkan mata tidak nampak bahawa pemain itu main macam sampah dan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kesetiaan ni adalah dua hala. Tak guna jurulatih percayakan pemain kalau pemain itu tak membalas balik kepercayaan jurulatih dan terus main macam sampah.

Apa-apa pun, kita tengok perlawanan menentang Yemen Jumaat ini. Kalau teruk juga, ada baiknya kepercayaan terhadap anak emas itu dicampak ke dalam lombong.

-Tanah Tumpahnya Darahku-


Monday, February 18, 2013

What the Fuck is that? kata Bristol City. What The Fuck is this? kata aku.

Baru baru ini satu cerita hangat kejap kat media sosial. Pasal peminat Bristol City kutuk bendera Malaysia masa game lawan Cardiff City. Peminat Bristol City chant ' What the **** is that? ' kat bendera Malaysia kat Stadium Cardiff. Panas kejap isu ni. Ada fans dari Malaysia yang punya maki hamun kat page FB dan Twitter Bristol City. Yang admin page tu pun bakar line lagi. Memang panaslah.

Kenapa benda ni jadi sebenarnya? Well, football banter tu part and parcel dalam bola sepak. Macam kita kutuk team lawan bila ada game. Bagi yang dah lama berkecimpung dalam bola sepak, mesti dah faham benda ni. Penyokong Bristol sebenarnya kutuk Cardiff sebab diorang anggap Cardiff sebenarnya menjual identiti dan tradisi kerana duit. Tengok jelah bagaimana logo dan jersi Cardiff ditukar oleh owner kerana katanya nak ikut fengshui.

Benda ni kadang merogol minda juga. Adakah kita sanggup meninggalkan dan mengabaikan tradisi demi kejayaan? Hari tu masa Johor FC kena ambil alih, marah juga supporter Johor FC. Samalah macam kes Cardiff ni. Kalau diorang promoted ke EPL, agak agak bising lagi tak? Orang kata bola ni sukan rakyat, kira penyokong adalah antara kuasa utama dalam bola. Kiranya tiada penyokong, tiadalah pasukan. Tapi zaman sekarang, tiada wang, tiadalah pasukan nampaknya. Berapa ramai je yang boleh dikira penyokong tegar? Berapa ramai je yang sanggup fight untuk tradisi nak banding dengan glory hunter? Bila team dilimpahi pemain bintang dan berjaya, secara tak langsung penonton datang ke stadium. Betul atau tidak? Dalam dunia kapitalis ni, pemain ke-12 ni dah bertukar jadi owner/duit.

Tapi sebenarnya kita duk bising pasal Bristol City dengan Cardiff City ni, kita jenguk ke tidak pasukan negeri kita kat Stadium? Sibukkan yang beribu batu sana, yang depan mata abaikan. Perjuangkan isu beribu batu sana, yang depan mata caci maki juga kadang kadang. Caci maki sayang katanya. Sayang katanya, tapi stadium tak turun pula. 'Sayang' sungguh.

Monday, February 4, 2013

Preview: Harimau Malaya vs Tuan Rumah Piala Dunia 2022.

Esok ujian Pertama K.Rajagobal. Aku ingat lagi janji dia. Layak ke Piala Asia 2015 atau saya letak jawatan. Langkah pertama, jumpa Qatar. Qatar bukan calang calang pasukan. Tuan rumah Piala Dunia 2022 yang semestinya mahu mempertingkat kebolehan pasukan supaya mampu memberi cabaran di Piala Dunia kelak. Kehilangan beberapa tonggak utama merencatkan perancangan Rajagobal. Tiada kelibat Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha di hadapan. Itu je sebenarnya. Lain dari tu semua okay. Apa? tak ada Safiq Rahim?  Tak mengganggu pun sebenarnya. Rajagobal terus menerus bagi alasan, tonggak utama tak ada. Apakah di Liga Malaysia tiada pengganti yang setanding mereka? No wonder kita akan kalah kalau sorang dua key player tak ada. Tapi, bagi aku itu semua bullshit. Tiada Mat Yo dan Safee? Adakah mereka penjaring terbanyak Liga?  Ya, mungkin mereka berkualiti, tapi sampai bila nak mengharapkan mereka sahaja? Fauzi Roslan, Hadi Yahaya dan Amri Yahyah dimasukkan. Adakah mereka tidak mampu membantu pasukan? Tiada pengalaman di peringkat antarabangsa? Gunalah sekarang dan bagi mereka peluang beraksi di peringkat antarabangsa. Sama je alasan macam orang mintak kerja, 'Kami tak mengupah orang yang tiada pengalaman', kalau tak bagi can, macam mana nak dapat pengalaman? Sampai bila Malaysia nak bergantung kepada 2 orang striker sahaja? Rajagobal oh Rajagobal.

Satu-satunya perkara yang betul Rajagobal buat adalah drop Safiq Rahim. Tapi itu tak silap aku sebab dia ban 1 game untuk International game. Kalau tak ban, rasanya dia akan call up tu. Seperti biasa, Piya tetap takkan dipanggil. Aku rasa, kalau semua midfield kat Malaysia ni injured pun, Raja tetap takkan panggil dia. Aku pun tak tau apa masalah sebenarnya. Piya menang AFC Cup dengan Kelantan pun dia takkan dapat main untuk Malaysia rasanya. Tapi harap, apa yang aku cakap ni tak betul dan dia tetap akan dipanggil. Kalau tak, memang tunggu Rajagobal quitlah jawapnya.

Ok, cukup pasal Piya. Kita fokus pada game lawan Qatar. Apa yang perlu Rajagobal buat? bermain away ni maksimum boleh kalah sekali je. Kalau seri semua game pun lagi okay. Memang tak nampak boleh menang away ni. Tapi untuk home game, kena menang. seri semua kat away game dan menang 2 at least kat home game, maka Rajagobal akan selamat. Kita ada Khairul Fahmi, Aidil,Fadhli Shas,Asraruddin,Mahalli di bawah. Tengah kita ada Shukur Jusoh, Shakir 'Xabi Alonso' Shaari, Ashaari Shamsuddin dan Alex. Striker aku rasa Amri dan Hadi Yahyah akan start. Tapi bagus juga kalau Fauzi 'koji ' Roslan main. Dia tengah on form.

Since game ni away dan main pulak pukul 11.30 malam waktu Malaysia, samada kita tengok kat rumah atau kedai mamaklah jawabnya. Aku berharap akan ada kejutan dan kita mampu tewaskan Qatar atau sekurang kurangnya seri. Itu harapan aku.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, January 23, 2013

Bola dan Twitter.

Ramai dari korang mesti pengguna laman sosial. Tak kiralah pengguna tahap addicted macam aku atau suam suam kuku. Tak kiralah Facebook atau Twitter, ramai antara kita mesti ada laman sosial. Siapa tak ada akaun fb atau twitter dalam zaman ni dah macam ketinggalan sebenarnya. Dengan handphone yang canggih seperti Blackberry, android mahupun Iphone, semuanya mudah di hujung jari. Nak update status kat facebook atau tweet sangat senang sekarang. Fenomena ini turut dirasai dalam bola sepak.

Apa yang aku nak cakap kali adalah pasal bola sepak dengan media sosial. Of courselah lebih kepada Bola Malaysia. Kalau kita tengok di media sosial ni banyak benda sebenarnya yang dah berlaku dalam bola sepak Malaysia. Contoh paling mudah adalah seperti perang TSAM dan TMJ yang berlaku di FB. Tapi sebenarnya antara pihak yang bijak menggunakan laman sosial adalah TSAM. Tengok cara dia promote game, bagi pendapat dan banyak lagi melalui FB. WALAUPUN DIA UPDATE MACAM TAK RETI TAK GUNA CAPSLOCK,tapi tetap berinformasi. Juga Safee Sali di FB. Well, mungkin sebenarnya yang update adalah pengurus beliau, Zack Rahim tapi tetap, ia memberikan input yang bagus terutamanya perkembangan beliau ketika di Indonesia dulu.

Kita lihat pula di twitter. Ini masalah. Jika dilihat, kebanyakan pemain bola sepak di Malaysia, samada pemain kebangsaan atau negeri tidak banyak berkomunikasi dengan peminat di laman maya.Di twitter, mereka lebih gemar RT (Retweet) tweet pujian dan omong kosong seperti ' Hari ni nak pergi Giant, nak beli apa eh letak dalam peti ais?". Kadang kadang semak juga sebab bilangan RT tu banyak dan majoriti dari peminat wanita. Bukan nak kata ia suatu kesalahan, tapi mereka tidak sedar betapa laman sosial itu lebih banyak fungsinya. Sebagai contoh, jika kita bandingkan cara tweet pemain kita dengan pemain luar negara, jauh bezanya. Pemain luar negara sering memberikan input yang menarik dalam tweet mereka,samada berkaitan dengan bola sepak atau tidak. Mereka juga membantu dari segi kebajikan dengan menyebarkan mengenai badan kebajikan atau meminta bantuan orang ramai membantu menyumbangkan kepada badan kebajikan yang mereka sertai. Antara contoh pemain yang bagus menggunakan twitter adalah Rio Ferdinand dan Joey Barton. Walaupun Joey Barton perangainya macam setan, tapi tweetnya berisi juga. Satu info yang menarik yang aku dapat dari seorang rakan adalah dulu seorang pemain Malaysia pernah dijemput untuk menjadi duta untuk satu badan kebajikan tapi hingga sekarang tidak memberi respond. Jika di Malaysia, adalah lebih berbaloi follow twitter jurulatih berbanding pemain seperti Coach Ong Kim Swee dan Peter Butler.

Dari segi penggunaan media sosial ni sebenarnya boleh kita tahu perwatakan dan cara berkomunikasi seseorang. Ramai antara pemain kita lemah dari segi komunikasi. Samada dari segi berkomunikasi dengan media, mahupun peminat. Mereka perlu ingat, sebagai pemain bola sepak, mereka juga boleh dianggap sebagai public figure, terutamanya yang menjadi pemain kebangsaan. Impak mereka terhadap komuniti itu besar. Bagaimana mereka mahu membantu jika mereka lemah dari segi komunikasi? Jika di laman sosial pun tak reti nak berkomunikasi, bagaimana mereka mahu menghadapi soalan dari media atau apabila bertemu dengan peminat di dunia sebenar? Setiap pemain perlu belajar dan mungkin mengambil kelas komunikasi untuk meningkatkan keupayaan diri. FA mungkin boleh menyediakan kelas untuk mereka atau rajin membuat event di mana pemain dan penyokong bergaul dan beramah mesra untuk mewujudkan komunikasi dua hala selain membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. Dari segi ini, aku memuji usaha yang dilakukan oleh T-Team yang banyak mengadakan event untuk komuniti.

FA dan Kelab perlu ingat, pemain merupakan duta mereka. Jika pemain mampu berkomunikasi dengan baik, ia akan menjadi satu plus point kepada mereka dari segi marketing. Tak kiralah di dunia sebenar atau laman sosial. Peminat terutamanya anak muda ramai yang mempunyai media sosial. Ilmu ini sebenarnya berguna menjangkau karier bola sepak mereka. Ia mampu digunakan di kemudian hari apabila mereka bersara atau mungkin tercedera hingga terpaksa berhenti bermain bola sepak. Mereka boleh gunakan ilmu komunikasi ini untuk menjadi duta kelab, pegawai media,wartawan mahupun pengulas bola sepak. Ini sering dilakukan di England di mana pemain mengambil ijazah dalam bidang komunikasi dan apabila bersara masih mampu berkerja sebagai pengulas mahupun wartawan sukan. Taklah kita asyik dengar Hasbullah Awang tersasul nama atau ulasan Zainal Rawop yang membosankan itu. Terima kasih.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, January 13, 2013

Media sebagai Ejen Propaganda

Melihat di laman sosial pada hujung minggu yang lepas, apa yang menjadi sebutan? Sabtu dipenuhi oleh cerita perhimpunan dan Ahad dipenuhi bola sepak. Perlawanan apa yang menjadi sebutan minggu lepas? Manchester United vs Liverpool dan Arsenal vs Manchester City. Bukan time weekend je game ni hype, bahkan dalam tempoh seminggu itu, penyokong MU dan Liverpool terutamanya dah mula bercakap mengenai perlawanan ni. Bukan setakat tu, perlawanan ni sebenarnya dah di tanda dalam kalendar oleh peminat masa jadual liga keluar lagi.

Kenapa aku cakap pasal game ni? Mudah. Dalam minggu yang sama, kita ada game Liga Super Malaysia juga. Kita ada Lions vs Selangor,T-Team vs Kelantan dan Perak vs JDT. Antara ketiga-tiga game itu, Lions vs Selangor pastinya yang paling panas. Tapi kenapa tiada hype pasal game tu? Bukan setakat dari peminat, bahkan dari media. Media di Malaysia lebih menghangatkan perlawanan MU vs Liverpool berbanding liga Malaysia.

Selama ini FAM,Media dan peminat di Malaysia mendewa dewakan EPL. Saban tahun dibawa masuk kelab dari EPL untuk friendly dengan pasukan kebangsaan. Saban tahun juga FAM mengatakan kita boleh banyak belajar dari EPL. Tapi, apa yang telah mereka pelajari dari EPL?

Banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari dari EPL. Kenapa EPL? Sebenarnya banyak lagi game menarik di Eropah. Kita ada El-Classico, Milan derby di Italy dan pastinya ada perlawanan yang juga menarik di Bundesliga dan Ligue1 Perancis, tapi antara semua perlawanan itu, yang boleh menyaingi kehangatan perlawanan MU vs Liverpool adalah El-Classico. Ya, mungkin perlawanan ini menarik, tapi apa yang menjadi sebab utama ia menjadi sebutan adalah bagaimana Media di England menghangatkan dan brand kan perlawanan tersebut sebagai must-watch setiap musim. Media di England bijak memainkan peranan dalam menghangatkan perlawanan, mereka bijak dari segi branding dan Marketing. Sebagai contoh, sebelum Man City dibeli oleh jutawan, berapa ramai yang ambik port pasal Manchester Derby selain dari peminat MU dan MC? Kini Manchester Derby juga menjadi sebutan dan perlawanan yang dinanti, bukan setakat oleh peminat kedua-dua pasukan, tapi juga peminat pasukan lain di seluruh dunia. Match View dianjurkan di serata dunia, dihangatkan di laman sosial bahkan boleh sampai tahap nak bertumbuk. Kepakaran Media hype di England ni, sampai tahap Midlands derby, Tyne-Wearside derby pun boleh sampai jadi macam perang.

Kenapa benda ini tidak dilakukan untuk liga Malaysia? Bukan tak ada sebenarnya, ada. Tapi hanya bila Final Piala Malaysia,Piala FA dan mungkin final perlawanan yang disertai Malaysia. Media di Malaysia dan FA tidak bijak dari segi rangka promosi. Bukankan perseteruan Lions dan Selangor antara yang terkenal di Malaysia? Jika tidak, takkan saban tahun ada Piala Sultan Selangor? Ya,mungkin kerana Lions bukanlah sebenarnya Singapura, tapi bukankah semua pemainnya merupakan pemain pasukan kebangsaan dan U23 Singapura? Mengapa tidak dijenamakan dan dipromosikan? Kini kita ada JDT. Sekejap je JDT ni dipanaskan, tapi lepas tu senyap. Selepas ini JDT jumpa Kelantan, banyak sebenarnya point yang boleh dinaikkan oleh media. Kes Mat Yo, TSAM vs TMJ, Juara treble vs Dream Team dan banyak lagi.

Sebenarnya media di Malaysia bukan tak boleh buat benda ni. Sebenarnya Media Malaysia pandai juga buat propaganda, tapi ia hanya menjurus kepada berita Politik. Apakah tiada wartawan dan editor yang berkaliber yang mampu menghangatkan Liga Malaysia? Kenapa biasanya hangat-hangat taik ayam? Kalau berita BN vs Pakatan sentiasa panas walaupun PRU jauh lagi. Apa salahnya kepakaran dari segi propaganda tu diselitkan ke Liga Malaysia. Liga Malaysia dah dijenamakan ke Liga Super, tapi tiada yang Super dari segi Promosi dan kepakaran media.

Adakah ini salah Media yang mendewa-dewakan Liga Inggeris atau FA ( FAM dan FA Negeri) yang bodoh sombong dan tidak media friendly? Apakah FA tidak ada PR dan orang yang bijak pandai dari segi marketing untuk menjenamakan pasukan? Cukupkah sekadar menggunakan sentimen kenegerian? Sampai bila nak guna sentimen kenegerian? Dah sampai masa setiap FA termasuklah FAM ada department khas untuk menguruskan bahagian promosi dan propaganda. Siapkan ejen propaganda untuk menghangatkan perlawanan. Perlawanan yang hangat dan panas pastinya menarik minat penonton sekaligus menaikkan jualan tiket dan menarik penaja. Aku pun boleh fikir benda ni,takkan FA tak boleh? Bodoh.

Sementara itu Presiden FAM masih tak nak letak jawatan. Saya pejuang katanya.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, January 3, 2013

Promosi Makan Dalam




Dalam kesempatan ini, aku nak ambik ruang sikit untuk promosi satu buku yang best. Tajuk buku ni 'Makan Dalam' dan diterbitkan oleh Terfaktab Media. Bagi korang yang tahu dan pernah baca Kitab Terfaktab, inilah dia company yang terbitkan Kitab Terfaktab 2. Kitab Terfaktab 1 diterbitkan oleh Lejen Press, tapi penulis penulis dia sama dalam KT2. Buku ni hasil tulisan 7 blogger Malaysia. Banyak isu dalam ni termasuk bola sepak Malaysia. Dan ya, yang pasal isu bola sepak Malaysia tu, aku tulis. Kalau rajin belilah. RM 20 je.  Akan mula dijual di pasaran bermula 26 Januari ni.

Tajuk Buku: Makan Dalam

Terbit: 26 Januari 2013

Harga Pasaran: RM20

Penulis:  Hamka, Cik Srikandi,Karl Naim,Penulis.Sahaja, NIZAM ARCHIBALD,The Other Khairul,Alexia Aqram - kami dikenali sebagai Sindiket Blogger Malaysia

Pelancaran buku ni mungkin akan diadakan di Subang Jaya/Shah Alam pada  tarikh yang akan diumumkan.

Sekian, terima kasih.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Footie Friday: Liga Malaysia 2013 dah start hoi!

Kick off pertama season ni akan menyaksikan pertembungan epic atau ulangan Final Piala Malaysia yang lalu di antara Kelantan menentang ATM. Kedua-dua pasukan dilihat weakened apabila kehilangan beberapa key players. Kelantan kehilangan striker dan ATM kehilangan barisan pertahanan. Tiada lagi kelibat Mat Yo (Johor Darul Takzim), Ghaddar ( Felda Utd) dan Nurul Azwan Roya (JDT) untuk Kelantan, dan tiada Aidil Zafuan,Zaquan Adha dan Azmi Muslim (JDT) untuk ATM. Kelantan menggantikan Ghaddar dengan Keita Mandjou dan ATM mendapatkan Shukor Adan untuk membantu. 

Kelantan untuk season ini akan berdepan cabaran getir. Banyak pasukan dilihat mampu mengancam The Red Warriors. Selangor menambah Mahalli Jasuli, Afiq Azmi dan penyerang import berbisa Forkey Doe dalam team mereka. JDT jangan cerita. Daniel Guiza je dah kata nak score 50 gol. Mereka bukan setakat menambah pemain berkualiti, bahkan jurulatih berkualiti. Mereka ada Fandi Ahmad dan Khairul Azman. Perak juga dilihat menambah pemain berkualiti, Farizal Marlias antaranya. 

T-Team juga mampu memberi ancaman apabila Peter Butler diberi kebebasan untuk membentuk pasukan beliau sendiri. Bekas kapten Kelantan, Marzuki akan membantu pemain Import George Boateng mengemudi pasukan. Ditambah Caleb Folan di bahagian serangan, T-Team boleh meranapkan impian mana mana pasukan. Jangan dilupa LionsXII. Pastinya Lions bersemangat, terutamanya Baihakki Khaizan dan Shahril Ishak selepas memenangi Piala AFF Suzuki 2012. Walaupun terdapat rombakan pada pasukan, tapi LionsXII mampu menjadi spoiler atau pencabar juga seperti tahun lepas. Menarik juga untuk tengok pertemuan Felda menentang kelantan. Kenapa? Sebab Ghaddar sudah confirm bermain dengan Felda season depan. 

Liga Perdana tidak kurang hebatnya. Banyak pasukan hebat bermain di Liga Perdana. Siapa yang bakal naik ke Liga Super, itu yang akan menjadi rebutan. KL, Kedah dan mungkin Sime Darby akan berusaha nak naik ke Liga Super 2014. Kedah dan KL terutamanya. KL pastinya mahu melupakan season lepas apabila menjadi pasukan belasahan dalam Liga Super dan mahu bangkit menjadi kuasa besar yang pernah mereka jadi di bawah Tan Sri Elyas dahulu. Kedah pula, mereka hanya kehilangan Amar Rohidan tapi dapat mengekalkan dua big name mereka, Khyril Muhymeen dan Baddrol Bakhtiar. 

Anda dah bersedia untuk ke stadium dan sokong pasukan masing masing? Kalau boleh ke stadium sokong Malaysia, boleh juga ke stadium sokong pasukan negeri. Ayuh, ke stadium semua. 

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, December 27, 2012

Footie Friday: Kisah Para Penyokong

Siapa penyokong? apakah yang maksud sebenar penyokong? Ramai masih berdebat mengenai erti sebenar penyokong. Keluarkan duit beribu? Ultras? Cukup sekadar datang ke stadium dan menonton pasukan? Berdebat di twitter dan pertahankan pasukan masing masing?  Pertikaian ini berlarutan. Bergaduh sesama sendiri mengenai siapa sebenarnya penyokong. Kelakar pun ada rasanya. Masing masing persoalkan siapa sebenarnya penyokong sejati. Bukan setakat pertahankan cara masing masing, tapi juga menghentam cara pihak lain.

Yang lama hentam yang baru. Yang baru hentam yang lama. Yang lama kata yang baru noob dan glory hunter. Yang baru kata yang lama old school dan minda tertutup kerana tak dapat terima cara yang baru. Yang lama kata yang baru terkinja kinja macam monyet. Yang baru kata yang lama tak ada semangat. Masing masing defensif terhadap cara masing masing dan offensive menyerang cara pihak lawan.

Masih tiada jawapan. Perdebatan berterusan.Persoalan sebenarnya, kenapa perlu dirumitkan hal ni? Kenapa perlu masing masing nak tonjolkan siapa wira? Penyokong bukan semata mata cara sokongan. Penyokong adalah apabila kita mampu rasa dengan hati. Kita sedih bila pasukan kalah, kita gembira bila pasukan menang, kita marah bila player main macam taik. Semuanya berbalik pada hati. Sama macam cinta. Senang je nak sebut 'I Love You' tapi cinta sebenar apabila kita rasa dengan hati. Sama juga dengan bola sepak. Sesiapa pun boleh mengaku penyokong,tapi adakah hati kita betul betul sayangkan pasukan? tak kiralah anda baru nak support atau dah lama support, asalkan anda rasa dengan hati dan rasakan diri anda sebahagian dari pasukan, anda sudah bergelar penyokong. Cara anda menyokong akan hadir mengikut keselesaan anda selepas anda sudah mula merasa dengan hati.

Seperti biasa, bila ada pasukan baru naik, maka muncullah istilah glory hunter dan persoalan di mana sokongan ketika pasukan di bawah. Kini perdebatan ini timbul dengan Johor Darul Takzim. Kenapa tidak boleh penyokong baru dan lama sama sama wujud dan menyokong pasukan? kenapa perlu ada perdebatan ini? Bukankah lebih baik, daripada bergaduh siapa paling true, sama sama sokong dan naikkan pasukan? Samalah dulu masa Kelantan dan ATM naik. Persoalan ini akan sentiasa ada. Dah sampai masa perdebatan ni selesai dan setiap penyokong pasukan utamakan sokongan terhadap pasukan berbanding bergaduh siapa paling true. Biar cara berbeza, tapi hati tetap sama.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, December 13, 2012

Review: Thailand vs Malaysia

Kita gagal ke final. Kita gagal pertahankan mahkota kita. Kita gagal membalas dendam kepada Singapura. Aku rabak. Ye, aku rabak. Aku sedih. Aku kecewa. Aku marah. Dari saat ref melayangkan kad kuning kepada Fadhli Shas, aku dah mula maki ref. Kesalahan pertama pada minit ke-8. Terlalu awal untuk melayangkan kad kuning. Kesalahan tu sebenarnya cukup sekadar sepakan percuma dan amaran. Tapi pengadil nampak terlampau gembira untuk melayangkan kad. Tak lama selepas itu Mahali pulak dapat. Sama jugak, kesalahan pertama. Aku dah mula mencarut. Celaka betul ref ni. Dekat nak habis first half, bala menimpa. Fadhli Shas dilayangkan kad merah. Dari segi hukum, ya dia boleh dilayangkan kad kuning sebab cuba menanduk pemain lawan. Ya, bola sepak semakin pondan. Kesalahan bodoh sebegitu memang boleh dilayangkan kad. Itu satu hakikat yang perlu kita terima. Tapi jika ref bijak, dia tidak perlu layangkan kad, cukup sekadar amaran. Tapi mungkin ref ni gembira dapat kad baru, so dia pun layangkan kad kepada Fadhli Shas.

Bila mula saat ni, RG telah melakukan satu kesalahan. Satu benda yang RG ni aku nampak, adalah dia kadang kala terlampau yakin dengan pemain dan taktikal. Aku pergi friendly lawan PDRM. Dalam game tu, Raja cuba bermain dengan 10 orang. Apa yang menariknya, dia keluarkan Fadhli Shas, sama seperti apa yang terjadi dalam game tadi. Dia letakkan Amar di posisi CB. Sama macam tadi bukan? Adakah RG cuba copy apa yang dilakukan oleh Italy ketika berhadapan dengan Sepanyol di Euro 2012? Ada beza lawan friendly dengan PDRM dan perlawanan Semi Final menentang Thailand. Kekuatan pasukan dan tekanannya berbeza. Sepatutnya RG masukkan Faizal atau Zubir dan alihkan Bun ke tengah. Dalam perlawanan seperti ini, kesilapan taktikal membawa padah. Sama seperti ketika di SNBJ apabila RG cuba mencari gol kedua dan mengubah formasi ke 4-4-2 sedangkan 4-5-1 sudah cantik ketika itu.

Biarpun kita marah dengan ref, kita perlu salute Thailand. Mereka memang layak ke Final. Mereka bermain dengan hebat. Mereka menjaringkan gol dalam setiap game atau orang putih kata 'Scoring for fun'. Ya, mereka melayan kita dengan buruk dan juga mungkin kad merah Fadhli Shas memudahkan lagi kerja mereka, tapi mereka sememangnya kuat. Datsakorn mengawal permainan dengan baik dan Teerasil tenang di depan pintu gol. Thailand mempunyai keyakinan untuk menang. Mereka tahu mereka ada keupayaan untuk menang. Lihat hantaran mereka. Lihat cara mereka mengawal bola. Lihat first touch mereka. Lihat cara mereka membuka permainan, menukar dari satu side ke side yang lain. Mereka bermain dengan penuh disiplin dan keazaman. Tahniah kepada Thailand.

Kepada Rajagobal, sudah sampai masa pasukan dibina bukan lagi di sekitar Safiq Rahim. Dari perlawanan pertama, aku tidak melihat Safiq mampu memikul jawatan kapten lagi. Tiada kata motivasi, tiada inspirasi yang diberikan kepada rakan sepasukan. Bagi aku, sudah sampai masa posisi Safiq digantikan dengan Baddrul Bakhtiar. Baddrul rajin,kreatif dan pandai control tempo. Lihat saja Sukan SEA 2011. Bahkan, penyokong Indonesia sendiri mengatakan bahawa Indonesia perlukan pemain bijak seperti Baddrul. Sudah-sudahlah pilih anak emas tu. Kalau berani drop Safee, beranikan juga drop Safiq. Juga, hantarlah scout atau turun sendiri ke stadium melihat perlawanan liga. Baru tau siapa perform dan tidak perform. Turun juga ke match pihak lawan untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Ada masanya kita boleh yakin dengan pasukan sendiri, tapi bukankah lebih baik jika dikaji juga corak permainan pihak lawan? Pengurus ternama seperti Alex Ferguson juga turun untuk scout pemain dan juga pihak lawan, jadi kenapa RG tak nak buat?

Aku juga tau akan mula suara suara yang suruh RG panggil Nazmi Faiz untuk main. Tidak. Jangan panggil dia lagi. Dia masih dalam proses belajar di Portugal. Dia belum naik ke 1st team Beira Mar lagi. Biarkan dia di sana. Kalau nak panggil, panggil Irfan Fazail. Letakkan Irfan,Badd dan Gary dalam satu team. Sukan SEA 2011 dah nampak betapa hebat kombinasi 3 pemain ni.

Ya, aku boleh tulis panjang lagi. Aku boleh membenci. Aku boleh mengeji. Tapi cukuplah. Aku tau, marah macam mana pun, Harimau Malaya tetap team aku. Aku tetap akan turun ke stadium. Aku tetap akan sokong. Kepada RG, repairlah team ni sebelum kelayakan Piala Asia 2015. Banyak benda nak kena repair ni. Kalau kau nak orang sokong Malaysia dan percayakan kau, droplah anak emas tu.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, December 11, 2012

Preview: Malaysia vs Thailand Round 2

Perlawanan berkesudahan seri 1-1 di SNBJ. Kita tidak tewas. Ya, away goal itu mainkan peranan. Persoalannya, kenapa belum mula bertarung, ramai yang sudah meramal bahawa Malaysia akan tewas? Banyak suara yang tiba-tiba muncul dan menjadi tukang tilik nasib dan bomoh. Pandai betul mereka meramal. Kita tidak tewas di SNBJ. Kita seri. Siapa kata kita tidak boleh menjaringkan gol di Thailand? Adakah mereka ada mesin masa dan telah pergi ke masa hadapan untuk melihat perlawanan tersebut?

Sangat kelakar apabila ada sesetengah pihak ini, bila pasukan EPL mereka ketinggalan, mereka yakin pasukan mereka akan buat come back dan menang perlawanan. Biarlah ketinggalan 1-0,2-0,3-0, hatta 4-0 sekalipun. Itu masa tengah perlawanan tu mereka yakin lagi. Ini belum mula perlawanan lagi dah hilang keyakinan. Apa cerita? Bahkan, pihak media pun seakan menganggap keputusan seri di SNBJ sebagai petanda kita akan tewas di Thailand.

Tidak bolehkah jika kita terus berfikir secara positif dan bersikap optimistik? Semasa kita tewas 3-0 menentang Singapura pun dah ramai yang meramal kita akan terkeluar dari peringkat kumpulan lagi. Tapi lepas kita menang menentang Laos 4-1, tiba-tiba tukar ramalan. Ramai betul Nostradamus dalam masyarakat kita. Ke kita semua ni macam orang Mayan boleh main ramal-ramal ni?

Apa kata kita tukarkan pemikiran negatif itu dan terus menyokong pasukan Malaysia. Ada lagi 90 minit atau lebih jika perlawanan ke masa tambahan. Ingat, Porto menyingkirkan Manchester United di Stadium Old Trafford dalam perjalanan mereka ke final dan menjulang Piala Juara Juara dulu. Kita merangkul pingat emas Sukan SEA di tempat lawan, jadi kenapa kita tak boleh buat jugak untuk Piala AFF kali ni? Dengan sokongan padu dan doa dari kita di Malaysia, tiada yang mustahil. Jadi, jangan putus harapan. Teruskan menyokong Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, December 3, 2012

Preview: Harimau Malaya vs Gajah Perang

Alhamdulillah. Kita layak ke semi final selepas menewaskan Indonesia. Well, sebenarnya kita memang sepatutnya tewaskan Indonesia. Indonesia nampak kuat, tapi sebenarnya dengan masalah dalaman, isu PSSI dan chemistry yang tak ada dalam pasukan Indonesia, kita memang sepatutnya menewaskan mereka. Sebenarnya, kita patut tewaskan semua pasukan yang ada dalam group kita. Cuma kerana kita lambat panas, so kita kalah dengan Singapura.

Bakal menemui kita di Separuh Akhir adalah Skuad Gajah Perang atau Changsuek atau mudahnya Thailand lah. Thailand sememangnya pasukan yang kuat dalam rantau ASEAN. Negara paling konsisten ke Piala Asia dalam ASEAN dan rajin ke peringkat tertinggi kelayakah World Cup. Cuma setahun dua ni mereka tak berapa nak konsisten dalam pertandingan Peringkat ASEAN. Mungkin diorang terlampau fokus dengan peringkat Asia sampai abaikan Asean. Tapi untuk tahun ni, rasanya tak.

Menang bergaya dalam semua perlawanan. Bukan setakat menang, tapi menang bergaya. Thailand memiliki barisan terkuat dalam Piala AFF tahun ni. Teerasil Dangda merupakan striker yang sangat menakutkan. Apa yang perlu kita jaga adalah Thailand tidak mengharapkan individual skil tapi semangat berpasukan. Tengok game lawan Vietnam. Bila Vietnam attack, 7 orang turun defend. Bila attack, semua attack. Vietnam tak mampu saingi pasukan kedua Thailand.

Jadi apa yang Malaysia perlu buat? Mudah. Kurangkan mistake. Untuk game lawan Thailand, barisan pemain perlu berwaspada. Kita perlu mengasak dari awal dan jangan bagi mereka masa yang lama untuk pegang bola. Kacau player diorang. Biar diorang yang buat mistake sebab kita pressure. Bukan mudah sebenarnya nak main dengan disiplin dan semangat yang tinggi untuk 90 minit. Perlu stamina yang kuat. Di sinilah peranan kita sebagai penyokong sebenarnya. Berikan sorakan padu sampai player tak tahu penat. Siapa tak semangat kalau ada orang support dan sokong. Kalau sorang bagi sokongan pun kita dah semangat, apatah lagi 80,000 orang. Meremang bulu roma. Masa lawan Indonesia tu, aku yang bersorak pun dah meremang bulu roma, apatah lagi yang tengah beraksi atas padang. Selain daripada bagi semangat kat player kita, kita juga boleh ganggu tumpuan player lawan. So, bersoraklah hingga akhir.

Baiklah, walaupun game lawan Thailand ni tak berapa nak panas berbanding lawan Indonesia, tapi marilah kita penuhkan stadium jugak. Bagi sokongan tak berbelah bagi kepada pasukan kesayangan kita. Jangan hangat hangat tahi ayam je. Jumpa korang kat SNBJ Ahad ni!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, November 29, 2012

Review: Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2012

Apa bezanya Malaysia vs Singapura dan Malaysia vs Laos? Keputusan? Ya. Corak permainan? Ya. Banyak isu yang timbul daripada dua game ini. Pertama, kita tengok game Malaysia vs Singapura ni. Ya. kita tewas. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan peminat marah? Apa yang menyebabkan penyokong mengepung bas pemain dan meminta penjelasan dari K.Rajagobal? Apa yang menyebabkan penyokong sampai 'chant' persoalkan Rajagobal? Penyokong takkan marah kalau kita tewas dengan berjuang. Apa yang penyokong marah adalah apabila tiada semangat juang yang ditonjolkan dalam perlawanan tu. Ada sesetengah pemain yang seakan-akan terlampau tertekan dan ada yang nampak kayu. Lihat saja semua gol yang dijaringkan oleh Singapura. Kita tewas kerana Singapura lebih baik dan kita terlampau teruk. Ada pengulas katakan bahawa supporter tak patut buat macam tu dan tindakan kepung bas akan menyebabkan moral pemain jatuh. TIDAK. Itu tugas mereka. Bermain bola adalah tugas mereka. Dalam kerja apa pun, kalau tak perform kita akan kena. Apatah lagi peminat dah bayar untuk tiket dan ada yang dah habis beribu untuk AFF Cup ini. Penyokong marah kerana mereka tahu pemain boleh beraksi lebih baik. Adalah lebih teruk jika penyokong buat tak kisah. Kalau penyokong buat tak kisah, pemain main tak endah.

Isu kedua adalah mengenai chant 'anjing'. Aku bukan nak kata tindakan itu betul, tapi aku nak tegur cara ia disensasikan oleh media Singapura dan Malaysia. Chant 'anjing' ni dah digunakan oleh Ultras untuk semua game. Bahkan untuk semua pihak lawan. Bukan Singapura sahajat. Chant ini juga dah lama diguna dan pernah digunakan ketika menentang Singapura di Stadium Jalan Besar. Jadi kenapa sekarang baru jadi isu? Media Singapura menggunakan isu chant itu mungkin patut sebab yang kena itu negara mereka. Tapi, media Malaysia? Adakah ini bukti bahawa sesetengah wartawan baru pertama kali pergi stadium masa lawan Singapura Ahad lepas? Kenapa tak sensasikan Piala AFF masa awal hari tu?

Malaysia vs Laos adalah kontra kepada apa yang berlaku dalam Malaysia vs Singapura. Malaysia bermain dengan baik dan mendapat kepercayaan dan sokongan dari penyokong kembali. Kerana itu penyokong marah. Jika penyokong tidak marah masa lawan Singapura, aku yakin, pemain takkan lebih bermotivasi. Percayalah. Penat penyokong sorak untuk anda, gunakan itu sebagai motivasi. Jangan buat pekak.

Sabtu ni, game penentuan. Malaysia vs Indonesia. Antara rivalry paling gila dalam bola sepak. Rivalry yang melangkaui sukan. Masuk politik, perkauman dan banyak lagi (lebih kepada Indonesia). Kita perlu menang lawan Indonesia. Tidak boleh seri atau lebih lagi kalah. Menang. 3 mata lagi untuk ke Semi-Final. Kami penyokong akan ke stadium. Kami akan pastikan suara kami didengari. Harimau, masa untuk membunuh.

-Tanah Tumpahnya Darahku -




P.S: Lama aku tak blog kat sini. Suppposedly aku nak hypekan AFF Suzuki Cup ni, tapi aku banyak tulis kat blog lagi satu. Korang boleh cek Sokerleaks. Aku tulis kat situ jugak.

Monday, November 19, 2012

Memori 2011: Singapura, dibunuh saja!


                                                                sumber - Sokernet.com

Korang tengok video kat atas tu. Ingat tak lagi? Tak ingat? Itu game Malaysia vs Singapura tahun lepas dekat Stadium Nasional Bukit Jalil. Game Kelayakan Piala Dunia 2014. Menang ni dan kita akan ke peringkat Kumpulan. Aku takkan lupa game ni sampai bila bila. Sebelum game ni, kita kalah 5-3 di Stadium Jalan Besar. Dalam erti kata lain, kita perlu menang 3-0 di SNBJ.

Untuk game ni, aku ingat yang di Facebook ada kempen kibarkan kertas 3-0 di SNBJ, and for that aku join. Aku fotostat 300 helai kertas yang tertulis 3-0 untuk diedarkan di SNBJ. Bukan aku sahaja, tapi ramai lagi yang buat. Masa tu media hype the game dengan hebat. Semua sibuk bercakap mengenai perlawanan ini  something yang tak berlaku untuk AFF Suzuki Cup yang buat aku rasa pelik. Well, back to the story. Untuk game ni, aku apply cuti tahunan sebab semangat. Aku beli tiket Online seawal mungkin sebab tau ramai akan tengok game ni. I was damn frustrated with the way we lost in Singapore, but still excited and full of belief that we can turn this around.

Untuk game ni aku datang seawal 11 pagi. Aku tak tau kenapa, but i did. Aku duduk kat SNBJ tu dari 11 pagi. Orang kata ambik mood. Hell, i cant even sleep the night before. Seriously. I was too excited. And the media did a good job in promoting and bakar semangat semua supporter. Though for that game aku sebenarnya plan with some friends untuk hand out the papers to the supporters. Aku duduk je kat SNBJ tu, ingatkan aku je semangat, rupanya ada jugak yang lain especially Ultras Malaya. Diorang sampai sama awal or earlier than me.

As the time goes by,orang mula ramai hadir ke stadium. Lagi ramai orang datang, lagi aku semangat. Though a friend of mine suddenly kena tipu with her friend and tak dapat tiket. So, terpaksalah aku pusing stadium tu cari ulat. Ulat ni masalah juga. Beli banyak banyak buat orang tak dapat tiket. Aku ingat lagi ada sorang tiket cuba nak jual tiket kat the fans and ended up beaten by them and tiket dia semua kena rampas. Well, i'd like to say he deserved it sebab dia menyusahkan orang. So, pusing satu stadium tu, pukul 7pm baru dapat tiket.

Since i'm already late, the plan to distribute the paper bertukar. Supposedly ingatkan nak bagi dekat dalam and biar one whole section dapat, but since dalam dah mula packed, had to change and bagi orang kat luar. Though aku tengok masa game ada one section semua angkat kertas 3-0 and nampak my flyers among them. Damn proud.

Since the media hyped it macam gila, the stadium was packed. I think orang yang masuk lebih dari jumlah yang sepatutnya. Ramai masuk cara haram, orang kat pagar dibayar RM50 untuk bagi masuk siapa yang tak ada tiket. Ya, some of my friends did it. Aku terpaksa duduk tingkat atas kat tangga. Memang penuh and tak boleh nak sumbat dah.

First half 0-0. Singapore memang tak fikir nak menang kat SNBJ. Melambatkan game and orang kata Park the bus. Malaysia terus berusaha namun buntuk mencari jaringan. HT 0-0.

2nd half kita mula pile the pressure and finally after a great determination shown by Kunanlan to pass the ball to Safee Sali even though he was falled, Malaysia scored. 1-0 to Malaysia. 2 more goals to go. Time tu fans makin semangat. First half ramai maki maki, masuk je gol, semua semangat balik.

Then, the saddest moment in my life and i can remember how broken my heart was, Singapore scored the equaliser. After a mix up in the defence, Singapore scored. The whole stadium was silenced. Semua tergamam.Aku terus speechless. Tapi itu tak membuatkan aku terus hampa. Aku tau masih ada masa walaupun mustahil.

Malaysia terus cuba mengasak dan tiba tiba a moment of madness by Fakri Saarani meranapkan impian rakyat Malaysia. Kad kuning kedua yang diterima oleh Fakri menyebabkan Malaysia bermain 10 orang, saat itu aku dah tak mampu berkata apa-apa. Itulah perasaan yang paling sedih dan kecewa yang pernah aku rasa dalam hidup aku. Serious. Biarlah aku break up dengan gf banyak kali pun, inilah perasaan yang paling aku rasa paling tak best. FT 1-1 dan Malaysia terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun dikatakan antara yang paling berpotensi selepas menang Piala AFF Suzuki 2010.

Aku takkan lupa perasaan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku tak mampu berkata apa-apa selepas perlawanan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku menitis air mata kerana terlampau kecewa. Setiap langkah sangat berat. Lidahku kelu dan mindaku terganggu. Ya, aku takkan lupa perasaan itu seumur hidupku.

So, kerana itu aku masih berdendam. Ya, aku berdendam dengan pasukan bola sepak Singapura. Ya, kita menang perlawanan persahabatan tempoh hari, tapi itu tidak cukup. So, Ahad ini adalah masanya. Masa untuk Harimau Malaya menguburkan memori paling buruk aku ini. Aku takkan lupakan kekecewaan itu dan aku harap korang pun sama. Kerana itu, kita perlu penuhkan stadium dan berikan sokongan kepada Harimau Malaya. Singapura perlu ditumpaskan. Rakyat Malaysia, ayuh, pinjamkan semangatmu untuk Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-