Kalau korang tengok World Cup 2010 kat Afrika Selatan hari tu,konfirm korang terpaku melihat skuad Jerman dengan attacking flair diorang..Klose,Ozil,Schweinsteiger dan juga kelibat seorang pemain muda yang semakin meningkat naik,iaitu Thomas Muller..Ok,Thomas Muller bukan orang Malaysia dan takde darah orang Malaysia..Tapi,untuk pengetahuan korang,2 orang pemain dari Skuad Jerman,iaitu Thomas Muller dan Holgar badstuber(diorang due main kat Bayern Munchen atau Munich),sebenarnye dilatih dan digilap oleh seorang Jurulatih yang berasal dari Malaysia dan pernah mewakili Skuad Harimau Malaya,iaitu Lim Teong Kim.
-shebby kat hujung tu-
-Final Piala Malaysia 1988-
-dulu team negeri friendly kat eropah tau!-
Beliau kini bertugas sebagai Pembantu Jurulatih Skuad Bawah-19 Bayern Munich sejak tahun 2000 dan merupakan antara individu yang bertanggungjawab menaikkan Thomas Muller dan Holgar Badstuber(Pertahanan Tengah) ke pasukan utama Bayern Munchen dan skuad Jerman. Siapa kata Malaysia ketandusan jurulatih berwibawa.Bak kata B.Sathianathan mase aku tengok Bola@Mamak kat astro lepas Kelantan menang Piala Malaysia,Jurulatih Malaysia adalah antara pelajar-pelajar cemerlang semasa menduduki ujian untuk mengambil lesen kejurulatihan,mengalahkan jurulatih2 dari negara luar seperti Brazil,Argentina dan lain-lain. Diharap Lim Teong Kim mampu membantu Malaysia suatu hari nanti. Tanah Tumpahnya darahku.
No comments:
Post a Comment