Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Sunday, January 2, 2011
Forever The Star
Disebabkan Malaysia hanya akan bermain pada bulan 2 nanti pada kelayakan Olimpik menentang Pakistan,jadi aku buatla segment-segment mengimbau kenangan balik..walaupon blog ni sebenarnye lebih kepada nak cerita pasal perjalanan terkini dan masa depan Skuad Harimau Malaya,tapi untuk maju ke depan,kadang kala kite perlu memandang ke belakang..
Kalau korang tengok video di atas,itu bukan video team Malaysia,tapi Selangor.2 gol dalam video tu dijaringkan oleh 2 Star pasukan Selangor dan Pasukan Skuad harimau Malaya,iaitu Zainal Abidin Hassan,dan Allahyarham Mokhtar Dahari a.k.a SuperMokh@ Hero Dahari,name gelarannye di England lepas rembatan Allahyarham melepasi Peter Shilton dalam satu friendly menentang England,di mana Skuad Harimau seri 1-1 lawan world powerhouse..
Allahyarham dilahirkan di Setapak pada 13 November 1953.Beliau merupakan ikon bola sepak untuk Selangor dan Skuad Harimau Malaya hingga kini. Kehebatan Allahyarham bukan setakat di Malaysia saje,bahkan di seluruh dunia(bukan melebih2,tapi itu hakikat)..Beliau merupakan seorang perfect Striker,boleh heading,shooting,dribble,laju dan kuat..Mane2 defender akan cuak if die datang menyerang..
Video di atas merupakan bukti kekuatan tendangan Allahyarham.Name Allahyarham Mokhtar Dahari sangat sinonim dengan jersi nombor 10,samada untuk pasukan Red Giants atau Skuad Harimau Malaya..
Allahyarham pernah menjaringkan gol ala-ala Maradona dengan melepasi 5 orang pertahanan dari garisan tengah. Pada tahun 1975, Allahyarham dan pasukan Harima Malaya menang ke atas gergasi Bola Sepak Inggeris,iaitu Arsenal dan menang 2-0(sesuatu yang aku harap akan dilakukan Skuad Harimau kite menentang Chelsea nanti)..Namun,suatu perkara yang amat dikesalkan oleh Allahyarham adalah kegagalannya membawa Malaysia ke pentas Piala Dunia kerana kecederaan..
Allahyarham meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di Subang Jaya Medical Centre disebabkan Motor Neurone Disease, sejenis penyakit yang berkaitan otot..Kebolehan beliau sukar dicari ganti..Diharap skuad yang ada sekarang mampu menggalas cita-cita Allahyarham untuk membawa skuad negara kesayangan kita ke Piala Dunia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment