Sunday, January 9, 2011

Great Wall of Malaysia- Part 1


ok..kite dah banyak cerita pasal striker atau orang2 yang keje die menjaringkan gol..ape gune score kalau defend main macam haram..So,untuk entry kali ni,kite akan cerita pulak pasal tembok kebal Malaysia pada suatu masa dahulu..kalau sekarang kite kagum dengan gandingan Muslim Ahmad dan Fadhli Shas atau Aidil Zafuan..Dulu,kita ada gandingan The Legends, Santokh Singh dan Soh Chin Aun..Untuk bahagian pertama,aku nak cerita pasal Santokh Singh dulu..lepas ni baru cerita pasal Soh Chin Aun..Tungguuuuuu...


Santokh Singh lahir pada tanggal 22 Jun 1952 di Setapak(name Star park memang banyak melahirkan Star). Beliau merupakan bekas pemain pertahanan Selangor dan Skuad Harimau Malaya. Bersama gandingannya, Soh Chin Aun(kini Dato'),mereka membentuk gandingan yang cukup mantap dan ampuh menangani serangan-serangan pihak lawan. Tidak kira samada untuk Selangor atau Malaysia,beliau cukup kental. Namun,beliau sebenanye bermula sebagai seorang Midfield,  sebelum turun ke Pertahanan ketika membantu sekolah beliau, Sekolah Batu Road untuk menang. Ketika berumur 17 tahun, beliau mengetuai pasukan campuran sekolah-sekolah Selangor(wakil Negeri la senang cerita) untuk bertanding di Piala Burnley pada tahun 1971.


Melihat kehebatan beliau ketika bermain, PKNS memberikan beliau peluang untuk beraksi bersama mereka dan bekerja di PKNS (dulu Pemain amatur or Semi-Pro,gaji dibayar kalau kerja sekali). Setelah menonjolkan kehebatan bersama PKNS(satu skuad dengan Allahyarham Mokhtar Dahari), beliau bermain untuk pasukan Selangor dan menjuarai pelbagai Piala seperti Piala Malaysia dan Liga.



Untuk Skuad Harimau Malaya, Santokh Singh adalah antara pemain yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich pada tahun1972. Bersama skuad Harimau Malaya,beliau telah memenangi Pingat Emas sukan SEA pada tahun 1977 dan 1979, Pingat gangsa Sukan Asia ( 1974) dan Piala Pestabola Merdeka sebanyak tiga kali iaitu pada 1973,1974 dan 1976). Beliau adalah contoh pertahanan terbaik untuk Skuad Harimau Malaya-Tanah Tumpahnya darahku-

No comments:

Post a Comment