Thursday, January 20, 2011

Harimau Malaya vs Gajah Putih-Friendly Match





Mungkin ramai yang tak tahu, tapi sebenarnya Skuad Olimpik Malaysia telah berlepas ke Bangkok untuk perlawanan persahabatan menentang Skuad Olimpik Thailand pada tanggal 20 Januari(Khamis).

Di dalam perlawanan tersebut, Skuad Olimpik Malaysia yang diwakili oleh pemain-pemain Skuad Harimau Muda A, telah tewas di tangan Skuad Olimpik negara Gajah Putih itu dengan jaringan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada petang semalam dimulakan dengan jaringan oleh pemain Thailand pada minit ke-19.

Pada minit ke-74, Skuad Harimau Muda A berjaya mengikat kedudukan menjadi 1-1 melalui pemain muda berusia 18 tahun, Syahrul Azwari Ibrahim.namun, kelekaan barisan pertahanan menyebabkan skuad Changsuek(Thailand) berjaya menyamakan kedudukan.

Satu permulaan yang kurang memberansangkan buat Skuad Harimau Malaya untuk tahun 2011. Namun
begitu, ianya boleh dijadikan pengajaran buat pemain-pemain muda kita untuk menghadapi saingan Kelayakan Olimpik menentang Pakistan pada bulan Februari nanti. Perlawanan selepas ini adalah menentang pasukan the Young Lions (Skuad Olimpik Singapura) pada 24 Januari ini. All the best buat Skuad Harimau Malaya! -Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment