Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Tuesday, January 11, 2011
Last line of defence-Spiderman
ok,untuk kali ni,kite nak cerita pasal spiderman pulak. Bukan spiderman kat U.S tu, yang ni tak pakai topeng and 100% darah Harimau Malaya. Tak guna defend kental kalau goal keeper tak bagus. Menyusahkan pertahanan lagi adalah. (Mendiang) R. Arumugam merupakan pelengkap kepada gandingan Santokh Singh dan Dato' Soh Chin Aun. Beliau merupakan benteng pertahanan terakhir negara yang menyelamatkan keadaan andai pertahanan tertewas.
Beliau dilahirkan pada 31 Januari 1953. Anak jati Port Klang ini memulakan kareer bola sepaknya pada usia yang muda. Ketika beliau berumur 18 tahun, beliau telah mula bermain untuk pasukan negeri kelahirannya, Selangor di dalam Piala Burnley. Beliau mewakili Selangor sebanyak 394 kali bermula pada tahun 1972 hingga 1988 dan berjaya menjaringkan dua gol. Beliau berjaya memenangi sebanyak 8 Piala Malaysia dalam tempoh itu.
Dikenali sebagai Spiderman kerana tangannya yang panjang dan ketangkasannya mengawal gawang, mendiang R. Arumugam mula mewakili skuad Harimau Malaya pada tahun 1973 untuk kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Beliau berjaya memenagi Piala Pestabola Merdeka bersama Skuad Harimau Malaya sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1973, 1974, 1976 dan 1979. Dalam Sukan SEA pula, beliau mewakili skuad Malaysia pada tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985. Pencapaiaan terbaik beliau adalah ketika memenangi Pingat Gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran , Iran. Beliau juga merupakan salah seorang antara skuad Harimau Malaya yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980, namun begitu, Malaysia menarik diri dari kejohanan tersebut atas alasan politik. Mensasarkan 200 penampilan untuk skuad Harimau Malaya, mendiang walau bagaimanapun tidak berjaya kerana hanya mewakili negara sebanyak 196 kali.
Selepas bersara dari arena Bola Sepak, mendiang telah menubuhkan kelabnya sendiri iaitu Starbite FC pada tahun 1983 di kawasan perumahannya sebagai langkah untuk melahirkan bakat-bakat baru bola sepak. Beliau meninggal dunia setelah terlibat dalam suatu kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan, berdekatan Petaling Jaya pada tanggal 18 Disember 1988. - Tanah Tumpahnya Darahku -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment