Ok,untuk blog kali ni,aku nak ceritakan pasal Lawan yang bakal kite jumpe iaitu Pakistan atau gelaran mereka The Greenshirts. Pakistan, seperti yang kita ketahui,merupakan antara kuasa besar dalam sukan Hoki,tapi itu tidak bermakna kita harus memandang enteng terhadap keupayaan mereka di dalam sukan Bola Sepak.
Perlawanan antarabangsa pertama Pakistan adalah menentang Iran di tempat lawan dan mereka tewas 5-1 dalam perlawanan tersebut. Seperti perseteruan Malaysia dan Indonesia, rival terdekat Pakistan,sudah semestinya India, di mana mereka turut bersaing di dalam sukan Hoki dan Kriket. Kejohanan pertama yang disertai oleh Pakistan adalah Piala Colombo di Ceylon di mana mereka berjaya menjadi Juara bersama India setelah menewaskan Ceylon 2-0 dan Myanmar 1-0.
Pada tahun 1959, The Greenshirts gagal melayakkan diri ke Piala Asia setelah tewas 4-1 di tangan Iran, tewas 1-0 kepada India dan 2-0 kepada Israel (ye,dulu Israel negara Asia). Namun, Pakistan berjaya menewaskan India 1-0, Iran 4-1 dan seri 2-2 dengan Israel dalam perlawanan timbal balik.
Beberapa bulan kemudian The Greenshirts terbang ke Malaya untuk menyertai PestaBola Merdeka. Mereka bermula cemerlang dengan menewaskan skuad Gajah Putih, Thailand 7-0. Namun tewas menentang Skuad Harimau Malaya 1-0. Mereka kemudian membelasah skuad Blue Samurai, Jepun 3-1 namun tewas kepada Skuad Garuda, Indonesia 4-0. Pakistan kembali bertanding 2 tahun kemudian,namun tewas di Final kepada Indonesia.
Pakistan merupakan antara skuad ternama di Asia Selatan, sepertimana Skuad Harimau Malaya di Asia Tenggara. Malaysia pernah tewas di tangan Pakistan pada tahun 1982 di Kejohanan King's Cup di Thailand, di mana Skuad Harimau Malaya tewas 3-2.
Walaupun kita menang perlawanan terakhir menentang Pakistan, Skuad The Greenshirts yang diterajui oleh Graham Roberts pastinya juga mahu layak ke Olimpik seperti kita. Oleh itu, kita sebagai penyokong tidak harus memandang rendah keupayaan mereka dan kita harus memberi sokongan kepada Skuad harimau Malaya bimbingan Ong Kim Swee,seperti mana kita memberikan sokongan ketika menentang Indonesia. -Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment