Thursday, March 3, 2011

Seruan untuk pencinta Harimau Malaya!

Tanggal 9 Mac ini, anak buah Ong Kim Swee akan ke Pakistan untuk 2nd leg Kelayakan Olimpik London 2012..Berbekalkan 2 gol, pemain-pemain muda ini akan cuba untuk menggandakan jumlah jaringan, sekaligus layak ke peringkat seterusnya.. Pakistan sudah semestinya akan menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah dan sokongan dari penyokong-penyokong The Green Shirts. Meskipun selesa dengan bekalan 2 gol, Harimau Malaya mesti bermain secara positif dan tenang..Kita tidak boleh terlalu bergantung harap kepada bekalan itu kerana dalam bola sepak, anything can happen..Walaupun penat menghadapi saingan Liga Super dan Piala FA, anak-anak muda ini tetap bersemangat untuk mencipta sejarah layak ke Sukan Olimpik London 2012..


Ok, kalau masa game tu kat Stadium Shah Alam, bolehla kite pegi, tapi ni kat Pakistan, camne nak pegi..Itu bukan masalah..tak perlu keluar duit banyak2 untuk naik kapal terbang pegi Pakistan (tapi kalau ade yang pegi, aku memang respek)..Ape kate korang buat viewing party..Bukan party kelab-kelab malam..Ini kira macam berkumpul untuk menonton perlawanan tu..Teringat aku masa semi-final dan final Piala AFF Suzuki haritu, semua kedai makan penuh..Syarikat-syarikat besar berlumba-lumba nak taja event untuk menonton perlawanan tu..Siap masuk surat khabar gambar PM kita tengok bola dekat area Bukit Bintang..But now?yang ade hanyelah viewing party untuk Manchester United vs Liverpool..oleh itu, kita tak payahla harapkan syarikat-syarikat besar yang memang dah jelas dan nyata bahawa diorang semata-mata lalang dan tukang kipas, kita buatla sendiri..




Kalau tak nak pegi kedai sebab makanan tak sedap, buatla kat rumah..Ajak kawan-kawan atau sedara mara, pakai jersi Malaysia, kibar Jalur Gemilang, pusing-pusingkan mafla yang korang beli kat stadium, pakai head band Malaysia harge RM 2 yang belambak mase kat stadium aritu, conteng-conteng muka ke, baru ade spirit..Bagi yang ke kedai plak, lagi best, dapat member sorak ramai2..order teh tarik segelas, dok dekat 2 jam..kan murah tu..haha..bagi yang duduk area-area setapak bolehla join aku kat A. Malik Danau Kota 9 Mac ni..konfirm aku akan ade kat sane..Ape yang aku nak cakap ni, kita tunjukkan bahawa kita bukan lalang atau glory hunter macam kompeni-kompeni besar ni..Kita terus menyokong Harimau Malaya walau ape pon berlaku..Menang atau kalah, kita teruskan sokongan..Berlatar belakangkan ulasan Haji Hasbullah Awang (harap2 RTM siarkanla) kita akan menyumbangkan semangat pemain ke-12 kepada anak-anak muda Ong Kim Swee ini..Harimau Malaya takkan gentar!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment