Saturday, September 3, 2011

Why do we must support our own team?

Why do we must support our own team?ok, aku saje start dengan BI..kasi gempak sket lepas dah lame tak berblog..orait..benda ni aku nak highlight as Piala Malaysia dah nak mula 6 September ni..Kenapa kita perlu support team kita sendiri?Maksud team sendiri ni adalah pasukan negeri kelahiran masing2..Benda ni actually aku terfikir lepas appear on Bola@Mamak kat Astro..ye, aku jadi panel untuk 2nd episod diorang pada minggu pertama puasa..Kenapa kita perlu support team kelahiran sendiri?tak boleh support team luar ke?korang mungkin ada argument korang sendiri, tapi please baca dulu apa yang aku nak tulis ni..

Aku terfikir benda ni lepas dengar kata-kata pundit Bola@Mamak iaitu Dez Corkhill..ye, Mat Salleh yang merupakan tulang belakang Astro Arena yang lebih passionate pasal bola sepak Malaysia berbanding sesetengah rakyat Malaysia sendiri termasuk aku..Dia kata, bola sepak sebenarnya satu sukan yang berkait rapat dengan komuniti..maksudnya adalah, bola sepak adalah sukan hak milik orang ramai, oleh itu lebih baik support benda yang dekat dengan kita sebab ia lebih berkait rapat..kenapa perlu fanatik dengan pasukan yang beribu-ribu batu jauhnya, tapi yang depan mata diabaikan..benda ni aku mengaku, aku pun sama..aku peminat Manchester United..aku mengaku..tapi lepas fikir balik, betul jugak apa yang dia cakap..Masa Malaysia menang lawan Indonesia final AFF Suzuki Cup aritu, perasaan bangga dan gembira tu melebihi rasa gembira bila aku tengok Manchester United menang lepas abes game Malaysia tu..Bahkan rasenye melebihi masa MU menang Champions League lawan Chelsea..Dan bila Malaysia kalah lawan Singapore, perasaan sedih tu sampai boleh buat aku menitik air mata..MU tak pernah buat aku sedih macam tu walaupon kalah dengan Barcelona final Champions League yang lepas..so, ini menunjukkan bahawa team yang ada kaitan dengan kita akan mewujudkan satu rasa kekitaan kerana kita dapat rasa bahawa team itu kepunyaan kita..

Actually ade certain Peminat Malaysia yang menyemak kat page QPR dan Cardiff City..n cuba teka apa yang orang sana balas?diorang tanye, kat Malaysia takde liga ke sampai perlu menyibuk kat team luar..Orang-orang sana sebenarnya menyampah dengan orang luar..Why?sebab diorang rasa team tu eksklusif untuk diorang..so, kenapa kita tak boleh buat team2 macam KL, Perlis,Sarawak, Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan lain-lain kecuali Selangor n Kelantan (sebab diorang dah ade fanatic supporter yang ramai), eksklusif untuk kita..kenapa perlu pandang jauh?

Sempena Piala Malaysia ni aku bertekad untuk mula menyokong skuad City Boys..Aku nak tengok bola sepak KL kembali gah sebaris dengan zaman Shebby dan Mat Zan Mat Aris dulu..Jangan pandang KL takde mata..kitorang pernah menang Piala Malaysia 3 kali berturut2 tau..Siap pernah menang Asean Club Championship tahun 1989 lagi..Safee Sali dulu main KL ok..So, rakan-rakan KL, tak kira la dari Setapak, Sri Hartamas, Segambut, Wangsa Maju, Wangsa Melawati, Sentul atau mana-mana pon,jom turun bagi support..Player KL sanggup tahan 3 bulan takde gaji untuk naikkan nama KL,takkan kita nak turun stadium tak boleh..Dan pada anda yang membaca entry ni, kembalilah menyokong pasukan negeri kelahiran anda..Semarakkan bola sepak Malaysia..Fuck the TV, Go to the Stadium!!!
-Tanah Tumpahnya darahku-

No comments:

Post a Comment