Its been a while since aku menulis kat blog ni. Been busy with work. But still actually if korang tak nampak aku tulis kat sini, you guys can actually read my writing kat Goal.com Malaysia. Yup, i am writing for Goal.com now. That's a big thing for me actually. Though i wont be forgetting Aku, Harimau dan Malaya because this is my blog and my way of saying what i think. hehe.
Ok, let's cut the crap and go straight to the topic. Well, as we all know, Liga Malaysia dah start. The usual suspects, Kelantan and Terengganu menghuni tempat teratas. Kelantan dengan player-player yang diorang ada memang supposedly duduk atas. Terengganu pulak, walaupun pada mulanya sibuk dengan pertelingkahan mengenai player import dengan FAM, kini dah start tunjuk belang. Terbukti ada sebab kenapa diorang fight sangat nak daftarkan player import diorang. It turns out to be, memang diorang bagus.
Apa yang agak dissapointing adalah Selangor. Permulaan yang sangat tak memberansangkan. Tiada kreativiti, kurang penyudah, ok, scrap that out, kurang striker. Amri Yahyah the only striker yang diorang ada? Mbele tak boleh main sebab tak fit. Tell me something, why do you sign a player yang tak fit?bukan baru tau, if i am not mistaken, diorang dah tau lama actually. Kinda stupid right? Now baru nak cari striker lain. The thing is kenapa Selangor jual striker yang diorang ada, tapi tak replace?takkan takde langsung player dalam Liga Super or Liga Perdana yang berkualiti?
Negeri Sembilan pulak, actually kinda mengejutkan. Permulaan yang menakjubkan. Kehilangan player-player besar macam takde efek pada mulanya. Effa Owona sorang pun dah cukup. Tapi now orang dah mula tau taktikal Negeri Sembilan. Mark Owona out of the game, and they wont score. Masa Negeri Sembilan lawan Perak, dah terbukti. Taktikal cikgu Jan memang terbaik. Nantha marked Owona out of the game. Supply dah ada from Shahurain and Kunanlan, tapi kalau boleh matikan Owona, they're out. Kudos to Cikgu Jan and Nantha sebab untuk mark Owona yang bersaiz macam Drogba and ada pengalaman main kat Ligue One Perancis bukan tugas sukar. Think of it, macam mana kalau Drogba main Liga Super ye?
Perak pun dah mula tunjuk taring. But still aku rasa player tempatan lagi menyerlah dari import diorang. Akmal Rizal masa lawan Negeri Sembilan tunjuk kat Owona yang dia pun pernah main Liga Perancis dengan gol yang melelehkan air liur aku. Aku ternganga. Drooling. What a finish. World Class Finish. Probably can still be called for the national team? Maybe super-sub? Walaupun fitness and speed dah kurang, tapi finishing and composure ada plus experience.
Team dari pantai Timur tahun ni betul-betul menyerlah. Dulu team dari Utara conquer, now giliran East Coast pulak. T-Team join Terengganu and Kelantan kat top half. Zairo Anuar sekarang leading penjaring gol terbanyak.He plays in midfield you know? so now, semua player pantai timur berebut golden bootla.Diorang dapat lead table until diorang kalah dengan team abang, Terengganu.
Singapore dah mula tunjuk taring. I'm sure,tak kisahla Singapore lawan siapa, semua team konfirm nak diorang kalah. Yeah, we hate Singapore, itu je aku nak ulas pasal diorang,
Tiga pasukan Kelab, PKNS, Johor FC dan Felda United setakat ni okay. Felda United nampak garang. Hari tu diorang beat Selangor kat Stadium Hang Jebat.Still a long way to go. PKNS yang baru naik dari Liga Perdana setakat ni steady lagi untuk team yang baru promoted. Johor FC kongsi point dengan PKNS tapi sekarang dalam relegation zone.
Another promoted team, Sarawak atau Ngap Sayot quite okay. Aku cover game lawan Selangor hari tu. First 20 minutes diorang actually pegang game. Azizan Baba nampak impressive. Yosri Derma Raju pulak penuh experience, tapi still a long way to go and the might scrap it out untuk elak jatuh ke Liga Perdana balik especially next season Liga Super ada 12 team je yang aku still rasa stupid.
2 pasukan yang paling mengecewakan aku setakat ni adalah Sabah and Kedah. Why Sabah? maybe sebab the hype surrounding them lepas diorang sign Brendan Gan. Yela, kan nama Brendan Gan kecoh last season sebab orang suruh King Raja panggil dia untuk national team. Well, setakat ni problem diorang adalah kat defence, so unless they can sort that out, diorang akan maintain kat bottom half of the table. Oh ya, aku suka tengok media coverage masa Borneo Derby. Awesome. Saling menganjing. Itula caranya!!! Kedah pulak, semua benda tak kena. National players dah ada in Baddrul and Khyril Muhymeen, plus Amar Rohidan and Sabre Mat Abu. Import? aku tak nak cakap, hanya peminat Kedah je yang boleh tolong explain kat aku. Now,supporter dah star revolt supaya Ketua Jurulatih Kedah letak jawatan.So, faham-faham sendirila ye?
Last but not least, my beloved team, Kuala Lumpur a.k.a City Boys. It was predictable. I do support them, but i am being realistic. A young team, with all the financial problems that leads to selling their best players. What do you expect? I'll tell you this, even if they manage to sign import players, it wont change a bit. Its not that diorang tak bagus, but diorang tak ada experience. Aku salute player KL yang still play walaupun team banyak problem. Semua influential player dah takde. I wonder, if all player yang asal KL balik untuk main dengan KL, konfirm KL jadi power house. KL ni actually macam Ajax Amsterdam. Hasilkan player hebat untuk dibeli team lain. Though its hard for me to say this, but they will be relegated, and hopefully, it'll be a transitional period untuk diorang build a strong team. If aku billionaire, aku dah beli KL and buat KL macam Real Madrid. Unfortunately aku thousand naire je. Sad.
So, that's my review untuk Liga Super 2012 ni. If ada masa, probably aku akan review Liga Perdana jugak. If i have the time. A bit busy now. So, semua readers of Aku, Harimau Dan Malaya, enjoy this post and pada yang ber bangsa cina, Happy Chinese New Year!
-Tanah Tumpahnya Darahku-