Wednesday, May 16, 2012

Preview: Sime Darby vs Kelantan : Mari jadikan #FinalPialaFA2102 trending di Twitter

Final Piala FA 2012. Sime Darby vs Kelantan. As usual, aku takkan sentuh sangat pasal the line up and stuff. Itu, baca dekat paper. Or any other blogs. Biasalah, blog ni meroyan sikit. or banyak. Depends. This is the first cup final this year. Lepas ni, semua team boleh concentrate on Liga Super dan lepas tu Piala Malaysia 2012. Tak ramai yang pandang sangat Piala FA ni. Kat Malaysia ni, Piala FA dah macam Carling Cup kat England. Orang lagi pandang Piala Malaysia. Maybe sebab history Piala Malaysia sebagai antara competition tertua. Samalah macam FA Cup England. Dia hypekan the history. Giant killing and stuff.

So, sama je sebenarnya actually dengan final Piala FA 2012 tahun ni. David vs Goliath. Usually, kita akan dihidangkan dengan benda yang sama, pertembungan 2 gergasi. Samalah macam Piala lain. Di England, Liverpool vs Chelsea, German menemukan Bayern Munchen dengan Borussian Dortmund, Sepanyol, Barcelona vs Athletic Bilbao, itu pun sebab Barca dah jumpa Real awal-awal. Kalau tak, konfirm Barca vs Real. The unpredictability tu tak ada. Cuma Carling Cup je lain, sebab Liverpool jumpa Cardiff City. But probably because most big team tak ambik berat sangat Piala tu sampailah ke final baru hantar first 11. Usually carling Cup ni tempat groom young players.

Piala FA or Piala Malaysia sejak dua menjak ni actually dah boleh target finalis siapa. Kelantan. Since diorang now antara top team kat Malaysia, so adalah menjadi satu kewajipan untuk diorang at least ke Final Cup Competition. Last year dikecewakan Terengganu. Probably sebab tak ada strength in depth. So, now diorang dah ambik safety measure untuk elak fatigue, diorang tambahkan star player. Indra, Nor Farhan masuk balik. At least takkan terlalu dependant on Mat Yo. Ditambah pula dengan player import especially Ghaddar yang semakin tunjukkan prestasi cemerlang. Walau bagaimanapun, kes TSAM sedikit sebanyak mungkin akan memberikan impact kepada The Red Warriors. Good or bad, bergantung kepada diorang. And now dah diannounce yang TSAM hanya boleh datang atas kapasiti penonton dan duduk dengan supporter. Tak ada layanan VVIP. Maybe time ni dia boleh rasa apa yang fans rasa. Maybe a good thing untuk dia. Who knows right? Ramalan biasa adalah Kelantan akan menang.

But don't write off Sime Darby just yet. Sime Darby merupakan kelab pertama bertanding di Final Piala FA. Sebelum ni MPPJ pun pernah ke final, tapi Piala Malaysia and diorang menang. Menjadi kelab pertama julang Piala Malaysia. And ini bola sepak. If Greece and Denmark boleh defy the odds and menang Euro, kenapa Sime Darby tak boleh menang Piala FA? If nak kata Sime Darby tak power, ingat, diorang dah sampai ke Final.Diorang beat Terengganu kat semi Final.Star player Sime Darby dah semestinya Patrick Ronaldinho. Dengar nama pun orang dah tau power. Ha!nampak?

Well, itu ulasan sikit je. Tak berapa sikitlah. Now, let's go to the main thing. The match itself. Pada hari yang sama or lambat sikit akan berlangsung Champions League final. I wonder, berapa ramai football fans kat Malaysia ni yang excited pasal Final Piala FA berbanding Champions League? Kelantan vs Sime Darby or Chelsea vs Bayern Munchen? i dare to say, lebih ramai kalau berborak, akan highlight pasal Champions League final. Pasal betapa dramatiknya kemenangan Chelsea kalahkan Barca di semi dan Bayern kalahkan Real Madrid. Suruh namakan first eleven both teams pun rasanya tak ada masalah. So, how do you actually beat that? Actually it's not a problem. You can't beat that. But, you can always learn from it. Macam entry aku before ni pasal EPL marketing. Sama jugak dengan UCL. Tengok strategi dia. Sime Darby vs Kelantan boleh dijadikan satu perlawanan epik. David vs Goliath. Kelab kecil menentang Juara Liga Super 2012. Jangan biarkan Final Piala FA ni jadi Final Carling Cup yang orang tak berapa nak pandang sangat. The media kena be fair. Jangan asyik highlight pasal kemenangan Man City, Dalglish kena pecat, Final UCL, Euro and benda lain. EPL dah habis and Euro belum start lagi, tapi kenapa sibuk hype kan? Dah lepas, and too late. Untuk this week sahaja, fokuskan on the FA Cup. Ini tunggu Sabtu barulah ada coverage lebih sikit. Itu pun nanti sekali dengan final UCL. Createkan hype macam Malaysia vs Singapore and Malaysia vs Indonesia. Berapa kali dah aku guna 2 match tu sebagai contoh.

Hype it. Aku sure ramai neutral nak support Sime Darby this Saturday. Perkara biasa bagi manusia untuk support underdog. We love surprises. We love Fairy tale ending. It's in our genes. Macam masa MPPJ menang dulu. Jangan kata orang PJ, orang luar PJ, bahkan negeri lain pun gembira tak ingat dunia. Kita suka bila underdog menang. Macam cerita Rocky IV dengan Real Steel la. So, use it. Bukan tak ada benda nak hype. Untuk buat benda ni, media kena fikir macam kapitalis. Or at least macam marketing. Atau bukan media pun, maybe FAM or Fans yang berminat nak tolong hypekan. Fikir macam mana nak jual benda ni. Orang kita ni suka ikut trend, so, untuk this week jadikan borak pasal Final Piala FA ni sebagai trend. Kat twitter letak hashtag #FinalPialaFA2012 setiap kali tweet. Sebarkan, lama-lama hype lah dia. Nak harapkan media je pun susah.

At least, if tak nak pergi stadium, that's the least we can do. Hypekan Piala FA 2012 ni. Biar trending. Semua fans yang pergi maybe boleh start banter. Menganjing each other macam korang dok menganjing bebudak MU masa Man City menang title. If untuk team berjuta batu jauh korang boleh buat, kenapa yang depan mata tak boleh. Ye dak? So, let's put extra effort on this. Start now until Saturday. Yes, we can.

#FinalPialaFA2012
#SimeDarby
#TheRedWarriors

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment