Sunday, January 29, 2012

Jadual Perlawanan Harimau Malaya dan Harimau Muda

SKUAD OLIMPIK NEGARA vs Selangor

Selasa 31/1/2012


8.30 malam


Masuk Percuma


Stadium Nasional Bukit Jalil







SKUAD SENIOR NEGARA vs Kelantan


Rabu 1 Feb 2012


8.30 malam

Tiket RM10




Stadium Nasional Bukit Jalil


Monday, January 23, 2012

Review Liga Super 2012 setakat ni.

Its been a while since aku menulis kat blog ni. Been busy with work. But still actually if korang tak nampak aku tulis kat sini, you guys can actually read my writing kat Goal.com Malaysia. Yup, i am writing for Goal.com now. That's a big thing for me actually. Though i wont be forgetting Aku, Harimau dan Malaya because this is my blog and my way of saying what i think. hehe.

Ok, let's cut the crap and go straight to the topic. Well, as we all know, Liga Malaysia dah start. The usual suspects, Kelantan and Terengganu menghuni tempat teratas. Kelantan dengan player-player yang diorang ada memang supposedly duduk atas. Terengganu pulak, walaupun pada mulanya sibuk dengan pertelingkahan mengenai player import dengan FAM, kini dah start tunjuk belang. Terbukti ada sebab kenapa diorang fight sangat nak daftarkan player import diorang. It turns out to be, memang diorang bagus.

Apa yang agak dissapointing adalah Selangor. Permulaan yang sangat tak memberansangkan. Tiada kreativiti, kurang penyudah, ok, scrap that out, kurang striker. Amri Yahyah the only striker yang diorang ada? Mbele tak boleh main sebab tak fit. Tell me something, why do you sign a player yang tak fit?bukan baru tau, if i am not mistaken, diorang dah tau lama actually. Kinda stupid right? Now baru nak cari striker lain. The thing is kenapa Selangor jual striker yang diorang ada, tapi tak replace?takkan takde langsung player dalam Liga Super or Liga Perdana yang berkualiti?

Negeri Sembilan pulak, actually kinda mengejutkan. Permulaan yang menakjubkan. Kehilangan player-player besar macam takde efek pada mulanya. Effa Owona sorang pun dah cukup. Tapi now orang dah mula tau taktikal Negeri Sembilan. Mark Owona out of the game, and they wont score. Masa Negeri Sembilan lawan Perak, dah terbukti. Taktikal cikgu Jan memang terbaik. Nantha marked Owona out of the game. Supply dah ada from Shahurain and Kunanlan, tapi kalau boleh matikan Owona, they're out. Kudos to Cikgu Jan and Nantha sebab untuk mark Owona yang bersaiz macam Drogba and ada pengalaman main kat Ligue One Perancis bukan tugas sukar. Think of it, macam mana kalau Drogba main Liga Super ye?

Perak pun dah mula tunjuk taring. But still aku rasa player tempatan lagi menyerlah dari import diorang. Akmal Rizal masa lawan Negeri Sembilan tunjuk kat Owona yang dia pun pernah main Liga Perancis dengan gol yang melelehkan air liur aku. Aku ternganga. Drooling. What a finish. World Class Finish. Probably can still be called for the national team? Maybe super-sub? Walaupun fitness and speed dah kurang, tapi finishing and composure ada plus experience.

Team dari pantai Timur tahun ni betul-betul menyerlah. Dulu team dari Utara conquer, now giliran East Coast pulak. T-Team join Terengganu and Kelantan kat top half. Zairo Anuar sekarang leading penjaring gol terbanyak.He plays in midfield you know? so now, semua player pantai timur berebut golden bootla.Diorang dapat lead table until diorang kalah dengan team abang, Terengganu.

Singapore dah mula tunjuk taring. I'm sure,tak kisahla Singapore lawan siapa, semua team konfirm nak diorang kalah. Yeah, we hate Singapore, itu je aku nak ulas pasal diorang,

Tiga pasukan Kelab, PKNS, Johor FC dan Felda United setakat ni okay. Felda United nampak garang. Hari tu diorang beat Selangor kat Stadium Hang Jebat.Still a long way to go. PKNS yang baru naik dari Liga Perdana setakat ni steady lagi untuk team yang baru promoted. Johor FC kongsi point dengan PKNS tapi sekarang dalam relegation zone.

Another promoted team, Sarawak atau Ngap Sayot quite okay. Aku cover game lawan Selangor hari tu. First 20 minutes diorang actually pegang game. Azizan Baba nampak impressive. Yosri Derma Raju pulak penuh experience, tapi still a long way to go and the might scrap it out untuk elak jatuh ke Liga Perdana balik especially next season Liga Super ada 12 team je yang aku still rasa stupid.

2 pasukan yang paling mengecewakan aku setakat ni adalah Sabah and Kedah. Why Sabah? maybe sebab the hype surrounding them lepas diorang sign Brendan Gan. Yela, kan nama Brendan Gan kecoh last season sebab orang suruh King Raja panggil dia untuk national team. Well, setakat ni problem diorang adalah kat defence, so unless they can sort that out, diorang akan maintain kat bottom half of the table. Oh ya, aku suka tengok media coverage masa Borneo Derby. Awesome. Saling menganjing. Itula caranya!!! Kedah pulak, semua benda tak kena. National players dah ada in Baddrul and Khyril Muhymeen, plus Amar Rohidan and Sabre Mat Abu. Import? aku tak nak cakap, hanya peminat Kedah je yang boleh tolong explain kat aku. Now,supporter dah star revolt supaya Ketua Jurulatih Kedah letak jawatan.So, faham-faham sendirila ye?

Last but not least, my beloved team, Kuala Lumpur a.k.a City Boys. It was predictable. I do support them, but i am being realistic. A young team, with all the financial problems that leads to selling their best players. What do you expect? I'll tell you this, even if they manage to sign import players, it wont change a bit. Its not that diorang tak bagus, but diorang tak ada experience. Aku salute player KL yang still play walaupun team banyak problem. Semua influential player dah takde. I wonder, if all player yang asal KL balik untuk main dengan KL, konfirm KL jadi power house. KL ni actually macam Ajax Amsterdam. Hasilkan player hebat untuk dibeli team lain. Though its hard for me to say this, but they will be relegated, and hopefully, it'll be a transitional period untuk diorang build a strong team. If aku billionaire, aku dah beli KL and buat KL macam Real Madrid. Unfortunately aku thousand naire je. Sad.

So, that's my review untuk Liga Super 2012 ni. If ada masa, probably aku akan review Liga Perdana jugak. If i have the time. A bit busy now. So, semua readers of Aku, Harimau Dan Malaya, enjoy this post and pada yang ber bangsa cina, Happy Chinese New Year!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, January 12, 2012

Mission Support Local Soccer - Malaysian Version


We meet again Dear followers..Kali ni aku start dengan satu video dari penyokong The Great White North, Canada..Apa sebenarnya yang video ni cakap? Apa yang diorang meraban? Well, apa yang video ini cuba sampaikan adalah tentang mengapa kita perlu support local leagues and diorang ceritakan sikit tentang macam  mana diorang boleh hooked up to local  football..

Basically apa yang diorang cakap adalah, kenapa perlu support team luar, sedangkan ada team dalam negara sendiri yang mungkin pemainnya adalah adik beradik, ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran anda? Macam aku kata dulu, bola sepak merupakan satu aktiviti komuniti, you need to have a sense of belonging..So, by supporting team luar, adakah korang berasal dari sana..Bukan nak kata tak boleh support team luar, boleh, but jangan sampai tendang terus local football.

Kita selalu dengar alasan tak nak support local football adalah kerana ianya tak berkualiti..Corak permainan bosan, player tak top..Well, based on the first game of the MSL Season, aku rasa, kita dah improve..Banyak kejutan dan corak permainan semua pasukan dah ada peningkatan..And the other thing is try to go to the stadium first before you say all those things. The feeling, the atmosphere, the excitement, is addictive. You'll want more. Seriously.

I have this plan of making a video like this but with Malaysian la.. Jadahnya aku nak guna orang Kanada jugak.. So, if you would like to join this project, how bout telling me. Just leave a comment down here. Hope many would be interested. Spread the word guys and #SupportLocalFootball !

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, January 7, 2012

Review: Piala Sultan Haji Ahmad Shah : Awe vs Jang

What a start to our football calendar..Great match..great performance..what a game..Cukup segala ramuan untuk musim bola sepak..dah macam master chefla pulak..hahah..Kelantan vs Negeri Sembilan..Showcase bola sepak bermutu untuk tatapan peminat bola sepak..why look further when there's great football in front of our own eyes?right?

What an upset..majoriti, termasuk aku predict Kelantan akan menang..bukan sebab minat Kelantan or anything, tapi being realistic..Dengan star studded line up, its normal to predict them to win..on paper at least..But this is football..A star studded line up can only bring u that much, tapi kalau tak ambil peluang depan gol and main sloppy, you wont win...Kelantan were great at first..Controlling the game..Pushing forward..Dengan gandingan serangan Mat Yo,Ghaddar,Indra n Nor Farhan, Kelantan nampak merbahaya..Especially Mat Yo, well itu macam biasa..Gol tunggal Kelantan memang cantik..Combination move Ghaddar dan Mat Yo, lepas tu mat yo gentel bola tu depan gol..apa yang menarik adalah composure Mat Yo walaupun ada defend..Kalau striker biasa-biasa dah gelabah dah depan gol..If aku la dapat bola camtu,defend dah masuk, konfirm aku terus hayun je..lepas tu bersepah..Tapi Mat Yo memang pure class..

Tapi gol tu sekadar sagu hati untuk Kelantan dan penyokong The Red Warriors..Negeri Sembilan menunjukkan karakter hebat untuk defy the odds dan bangkit..Corak permainan menarik dan teamwork yang menakjubkan..Trio Kuna, Shahurain dan Effa Owana buat defend Kelantan pening..Especially Owana..Memang gabak striker ni..Susah betul nak jaga..Tak silap aku Owana ni pernah main liga Perancis dengan FC Metz..What a signing from Negeri Sembilan..Tapi apa guna striker hebat kalau defend bengap kan?Tapi bahagian defend Negeri Sembilan memang style..Farizal tunjukkan kenapa dia layak untuk kembali ke skuad kebangsaan..Defend pulak, memang solid..G.Mahathevan cought my eyes..First time aku nampak dia masa friendly Malaysia lawan Hong Kong kat stadium Shah Alam..tinggi benor orangnye..Dah macam Peter Crouch..tapi time tu dia main Midfield..Lepas kena convert ke centre back ni, lagi menyerlah..

Effa Owana score 2 gol untuk merampas Piala Sultan Haji Ahmad Shah dari Kelantan..Satu dari tendangan kaki kiri yang deflect dari Farisham n lagi satu header..Memang malam tadi lepas Kelantan score, Negeri Sembilan makin bagus pulak main..Coach Azraai Khor works his magic again..dengan baju pink bertuah dia,azraai khor dah make sure season ni dia dah menang satu cup..Untuk Liga we'll see how this young team cope..It will be interesting..Untuk Kelantan pulak, masih ada masa untuk baiki permainan diorang..Midfield diorang terlampau lopong, menyebabkan takde orang screen defence dan takde orang supply attack..Peter Butler banyak kerja sket untuk naikkan balik semangat Player..

So, people, best kan bola sepak Malaysia? Ramai yang dah mula sedar benda ni..baru diorang tau liga Malaysia ni menarik sebenarnya..So, apa lagi, jangan ketinggalan untuk saksikan game2 best ni..Head to the stadium..But if tak mampu or busy, tengokla kat TV..Aku mellow down sket ye..Sebelum ni fuck je tv tu, but now, at least, support local league..Support your own team..Pelan-pelan kayuh orang kata..Kalau boleh pegila stadium,..it is addictive you know?Seriously, tryla..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, January 6, 2012

Terengganu vs FAM : Let's kick Politics out of Football Campaign

Ye, ini post kedua untuk weekend ni..rasa terlebih rajin pulak..especially bila tengok page belakang news paper hari ni..Apa cerita? Well, korang tengokla sendiri..Dalam minggu ni agak kecoh pasal pendaftaran player import..FAM ada keluarkan pekeliling yang Kelantan dan Terengganu dapat extension untuk daftar player import sebab diorang akan bertanding dalam Piala AFC..

So, apa yang Terengganu buat? diorang gugurkan 2 player import awal dan sign 2 orang player lain..diorang buat sebab FAM dah lanjutkan tempoh untuk diorang..Tapi, dengan tiba-tiba dan tak semena-mena FAM menolak pendaftaran 2 player tu dengan alasan kata dah lebih dari tempoh yang dibenarkan..Sedangkan kat surat pekeliling tulis 9 Januari..

Apa yang menariknya, FAM siap keluarkan statement kata diorang tak pernah keluarkan surat pekelilng atau letak syarat macam tu..Diorang menepis semua kenyataan dari Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu..Punyalah beria-ia menidakkan semua kenyataan..until Terengganu tunjuk sendiri surat pekeliling yang dikeluarkan oleh FAM..Siap highlight bahagian mana yang tulis pasal lanjutan proses pendaftaran pemain..

So, today FAM mengaku yang diorang ada keluarkan surat tu dan mintak maaf..So, happy ending la kan? NOT!!! FAM tetap dengan keputusan diorang untuk tak terima pendaftaran 2 player import Terengganu? What The Hell???Korang dah mengaku salah, bukti pun dah jelas, tapi still tak nak kalah??!! Seriously FAM, stop being a joke!tak pasal-pasal Terengganu terpaksa hadapi season ni tanpa player import or at least sampai April..Ini jelas dan nyata satu bentuk penganiayaan oleh FAM..Susah sangat ke nak mengaku salah dan betulkan salah tu..Korang buat silap, orang lain jadi mangsa..Stop being a joke la FAM..

But one more thing, aku terkejut jugak dengan tindakan Terengganu yang last minit nak tukar player import..hari tu kata si Sumareh tu dah bagus..Aku pun ada tengok mamat tu main masa friendly lawan KL..bagus n muda lagi..tiba-tiba bila dapat proses lanjutan, terus gugur n sign player lain..Kinda stupidla..tapi mungkin diorang ada nampak 2 player yang diorang nak sign tu ada something extra, tapi diorang patutnya settlekan the signings awal2..

Apa-apa pun, aku masih tak puas hati dengan tindakan FAM yang seakan-akan melepaskan kesalahan tu macam tu je..Korang yang screw things up, so korangla repair..bukan biar orang lain yang tanggung kesalahan korang..please be responsible..Too many things yang korang dah screw up especially liga Malaysia..Please, we need people who are passionate about local football to lead..No politicians..Gotta stop this..Jom kita start a campaign 
LET'S KICK POLITICS OUT OF FOOTBALL"!! please spread this campaign..This shit must stop now..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Preview: Piala Sumbangsih: Awe vs Jang

Malam ini Juara Liga Super 2012 akan berentap dengan Juara Piala Malaysia 2012.. Battle of champions..Red Warriors vs Sang Rusa..Kalau ikut logik, dah sah2 Warrior menang kan?hahah..tapi ini bukan pahlawan lawan rusa betul2..Ini bola sepak..anything can happen bak kata orang..11 lawan 11..tapi kalau campur sub jadi lebihla..tapi kita kira yang main atas padangla..haha..

Ok, Kelate lawan Nogoghi..Sape yang korang rasa akan menang Piala Sumbangsih malam ni?kalau ikutkan perancangan awal,main kat Stadium Sultan Muhammad ke IV..tapi sebab keadaan cuaca yang tak menentu kat east coast, tukar kat Bukit Jalil...Biarpun Bukit Jalil lagi dekat dengan Rembau berbanding Pasir Mas, tapi of coursela dijangka stadium akan penuh warna merah..Sebab ramai penduduk Kelantan yang bekerja kat KL ni..Ditambah pulak dengan PBNS dah pulangkan 23k tiket kepada FAM..so, faham-fahamla..Memang gelombang merahla kat stadium malam ni..

Kelantan dengan star studded line up memang aim nak menang semua piala yang ada season ni..Kalau boleh dengan AFC Cup sekali nak bolot..Thats why diorang beli ramai pemain supaya each position ada replacement kalau ada injury..last season itulah masalah Kelantan..Diorang ada replacement tapi tak cukup berkaliber untuk ganti star yang keluar terutamanya striker..Last season diorang terlampau bergantung kepada Mat Yo dan Piya..Tapi this season, they have enough fire power to run away with all the silverware..Trio Indra,Farhan dan Azizi dah balik..Tambah pulak dengan Ghaddar dan Antwi..Anything than winning all the title is a failure..Cuma takut Kelantan akan terlampau packed dengan matches sebab main AFC Cup, plus Apek masih main untuk Harimau Malaya dan Skuad Olimpik..

Negeri Sembilan...Masalah Negeri Sembilan season ni sama macam Kelantan season lepas..Semua star pergi tapi takde like for like replacement..How do you replace Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Hai-o dan Irwan Fadli Idrus..3 daripada 4 player tu adalah core player kepada Negeri Sembilan..Hai-o dan Irwan dengan experience diorang..Season ni Negeri Sembilan akan bergantung kepada tenaga muda..Shahurain Abu Samah must replicate form dia season lepas yang menyebabkan dia dipanggil untuk main dengan Harimau Malaya..Ahmad Shakir Ali ada potential tapi dia belum sampai tahap Hai-O..Kalau ada yang kata star player tak menjamin kejuaraan, yes it dont, but loosing too many key players will..So, expect tahun ni tahun transition untuk Negeri Sembilan..They wont win the cup but they'll have a say in who will win the cup..Negeri Sembilan adalah spoiler kepada mana2 team yang nak menang piala..

Ok, malam ni apa cerita?Secara realistiknya Kelantan akan menang..Star studded team, Stadium packed dengan supporter diorang..The Cup is theirs to win..But this is football..Kalau Greece boleh menang Piala Eropah tanpa player star tapi disiplin dan kerjasama yang tinggi, tiada apa yang mustahil..Coach Azraai ada pengalaman untuk bentuk skuad muda Negeri Sembilan ni..So, ramai-ramaila kita tunggu malam ni..Apa?ada FA Cup England? Persetankan semua tu..Tengok Piala Sumbangsih lagi best..Support our local league!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, January 2, 2012

2011- Recap Part 2

Ok..sorie lambat sket aku sambung recap 2011, part 2..busy sket this week..semua orang sibuk nak berdemo, so kena kerjala this weekend..Ok,time to stop blabbering..here's 2011 recap part 2..

Julai:
Dalam bulan ni, kita pasukan Harimau Malaya sangat busy..banyak game..BANYAK SANGAT GAME in a space of short time..Kedatangan 3 kelab besar ke Malaysia membuatkan some people dalam FAM lupa yang kita ada crunch match against our noisy neighbours, Singapondan.. First match kita adalah menentang The Gunners a.k.a Arsenal..Harimau Malaya cuba beri tentangan, tapi kita kalah 4-0..Lepas tu kita ada match lawan Scousers, Liverpool..Yang ni best,walaupun kita kalah, tapi Liverpool berpeluh2 nak beat kita..aku takkan lupa Free kick cantik Safiq Rahim..betul2 depan aku..ya, i was one of the few Malaysian supporter on that day..sad right? 2 game ni dah macam away game untuk Harimau Malaya..its a sad fact that our people tak appriciate our boys..Aku tau ada yang kondem statement begini dengan kata diorang support both team, sape score diorang akan bersorak..well?nak kena tunggu gol baru sorak?Lepas 2 game ni Harimau Malaya rehat kejap..Harimau Muda dan Pilihan Malaysia ambik alih..Chelsea pulak datang..time ni Ong Kim Swee membariskan 2 pasukan berbeza untuk setiap separuh masa..Mula2 pilihan Malaysia main..Badri Radzi, Daudsu Jamaludin, Hairuddin Omar, Norhafiz Zamani Misbah, Joseph Kalang Tie dan beberapa lagi old and new faces dapat can sarung jersi keramat Harimau Malaya..2nd half Harimau Muda masuk..menggelabah Chelsea time ni..Tapi kita tewas dengan satu jaringan kontroversi..Bola tu tak lepas line pun, tapi sebab diorang dah datang jauh2 kita bagila gol tu..Bodoh kan?

semua game tu tak penting pun..yang penting adalah game selepas tu..aku takkan lupa that game..Harimau Malaya vs Singa Pondan..1st leg kat Singapore kita kalah 5-3..so, kita perlukan 3 gol..time tu memang best..for the first time aku kena beli tiket secara online sebab semua orang berebut nak tengok..tak pernah-pernah jadi macam tu..sampai bertumbuk orang nak beli tiket game tu..sayangnya, time tu je orang gila,lepas tu tak dah..Ok, back to the story..It was one of the sad moment..Kita dicanangkan untuk layak ke group stage qualifying World Cup, tapi disebabkan taktik kotor Singapondan yang asyik terbaring je, kita hanya mampu seri 1-1 di tempat sendiri (kalah agregat 6-4)..Satu Malaysia rasa sedih, tapi lagi sedih bila tiba-tiba orang yang tak pernah ambik tau pasal bola Malaysia nak suruh King Raja step down..Bodoh!

Ogos:
Bulan Puasa..takde apa-apa match..

September:
Harimau Muda memulakan kempen Group Stage kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun kat tempat lawan..Well, memang masih jauh perjalanan kita..we still have lots to improve..Jepun tunjukkan permainan menarik..Kita tewas 2-0, tapi at least dalam game tu, kita mampu beri tentangan kepada gergasi Asia..masih ada harapan untuk bola sepak Malaysia..

Oktober:
Perlawanan pertama bulan ni adalah Harimau Malaya melawan finalis Piala Asia, Australia..memang jauh bezanya..Dulu, Australia ni kita pandang sebelah mata je..player dia yang terhegeh-hegeh nak main kat Liga Malaysia..how times have changed..Australia sekarang antara top team di dunia..Kita tewas..

Bulan ni jugak final Piala Malaysia..Terengganu lawan Negeri Sembilan...Terengganu dicanang bakal juara selepas aksi menarik sepanjang kempen Piala Malaysia..kalahkan juara bertahan Kelantan n Juara terbanyak Piala Malaysia, Selangor untuk ke final..tapi agaknya sebab nervous main final, diorang tewas kepada Negeri Sembilan 2-1..Hai-O menang hatrick Piala Malaysia..

September;
Harimau Muda memulakan perjalanan untuk mempertahan Pingat Emas sukan SEA..Game pertama kita seri 0-0 dengan Singapondan Muda..lepas tu kita menang dengan powerhouse ASEAN, Thailand..lepas tu kita menang dengan Kemboja 4-1..Lepas tu kita ajar tuan rumah Indonesia dalam game last peringkat kumpulan n menang 1-0..Peringkat semi final kita jumpa Myanmar dan menang 1-0 lepas berhempas pulas..

Pada masa yang sama Harimau Malaya ada 2 friendly game lawan India..seri on the first game dan kalah on the 2nd game..

Highlight of the year adalah apabila Harimau Muda berjaya mempertahan pingat emas sukan SEA..macam King Raja cakap, to defend the championship is harder than winning it..Final kita jumpa lagi tuan rumah Indonesia..macam-macam cara diorang buat nak bagi kita kalah..dengan provokasi penyokong..susunan jadual yang memenatkan..referee bias..tapi Harimau Muda dah matang..diorang bukan kecik anak..dengan mental yang tenang, kita berjaya mengekalkan takhta juara..game yang sangat menarik..sampaila ke tendangan penalti..memang sakit jantungla supporter..haha..

Lepas dah penat menang Pingat emas, tak sempat rehat, Harimau Muda dah kena lawan Syria kat Bukit Jalil..Nampak budak-budak tu fatigue..So, kita kalah..

Disember:
Bulan terakhir..The final game untuk bola sepak Malaysia untuk 2011 adalah perlawanan Kelayakan Olimpik menentang Bahrain..Masa tu rakyat Malaysia kononnya dah start football fever..lepas menang pingat emas Sukan SEA, ramai yang dah mula follow Harimau Muda..ditambah pulak dengan demam Nazmi 'Bieber' Faiz, so more people are expected to come..malangnya tak..stadium tetap tak penuh macam masa lawan Singapondan..Sedih..kita mendahului 2-0 dengan satu jaringan cantik Bieber,eh, salah, Nazmi Faiz dan gol Mahali Jasuli..tapi sebab lapse of concentration, kita tewas 3-2..

So, itulah dia recap untuk 2011..Ada ups and down..Highlight of the year dah semestinya Harimau Muda berjaya defend Pingat Emas Sukan SEA and paling low adalah kekalahan kepada Singapondan..that's my pick of the bunch..what's yours? Well, aku harap 2012 akan bawa lagi banyak khabar gembira kepada bola sepak Malaysia..Dengan pengenalan semula pemain import ke Liga Malaysia, friendly menentang Arab Saudi, Harimau Muda akan sambung Kelayakan Olimpik 2012 dan sudah semestinya tugas paling berat bakal dihadapi, mempertahankan takhta Juara ASEAN di Piala AFF Suzuki hujung tahun ni..kita tuan rumah bersama..so, its gonna be hell of a task to King Raja's boys..So, kepada semua yang membaca, teruskan menyokong bola sepak Malaysia!!Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-