Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Sunday, January 23, 2011
Harimau VS Singa
Sempena dengan perlawanan Skuad Olimpik Malaysia melawan Skuad Olimpik Singapura esok, kita akan bercerita tentang Pasukan Jiran sebelah kita iaitu The Lions.
Bola Sepak di Singapura bermula pada masa yang sama dengan Malaysia. Ini kerana Singapura pernah menjadi sebahagian dari Malaya sebelum Lee Kuan Yew membawa Singapura keluar. Seperti FAM dan Malaysia, Singapura menubuhkan Singapore Amateur Football Association (SAFA) pada 29 Ogos 1892. Ketika zaman sebelum kemerdekaan, Singapura sering mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan-pasukan dari Malaya terutamanya Johor dan Selangor.
Persatuan-persatuan awal bola sepak Singapura ialah Pasukan Singapore Chinese Football Association yang mewakili kaum Cina dan Pasukan Singapore Malays Football Association yang mewakili kaum Melayu bersaing untuk memenangi liga. Pasukan Singapore Chinese Football Association memenangi Liga pada tahun 1925 manakala Pasukan Singapore Malays Football Association memenanginya pada tahun 1934. Gabungan pemain dari kedua-dua pasukan pernah menewaskan Australia 4-2 dalam satu perlawanan persahabatan di Anson Road Stadium.
Pasukan Singa juga sering bersaing untuk merebut Piala Malaysia pada suatu ketika dahulu. Singapura merupakan pasukan kedua paling banyak memenangi Piala Malaysia dengan sejumlah 24 kali memenanginya dan 19 kali menjadi naib juara. Pencapaian terbaik Pasukan Singapura adalah berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Sukan Asia pada tahun 1966. Mereka gagal memenangi pingat gangsa setelah tewas kepada Pasukan Samurai Biru, Jepun.
Antara nama-nama terkenal Skuad Singa pada suatu ketika dahulu (ketika dianggotai 100% pemain tempatan) adalah Fandi Ahmad, Quah Kim Swee, Majid Ariff dan ramai lagi .Kini dengan dianggotai lebih kurang enam orang pemain naturalisasi(import) seperti Daniel Bennet, Mustafiq Fahrudin, Shai Jia Yi, Baihakki Khaizan, John Wilkinson dan Precious Emuejeraye, Singapura dikatakan bakal menjadi powerhouse di Asean, namun kegagalan mereka layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Cup yang lalu menyebabkan Skuad Utama mereka dibubarkan.
Kepada Skuad Olimpik Harimau Malaya di bawah bimbingan Ong Kim Swee, kita tak perlu takut dengan Singa yang takde gigi tapi berlagak konon power ni, go n finish them off! -Tanah Tumpahnya Darahku-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment