KUALA LUMPUR - Skuad bawah 21 negara, Harimau Muda A menebus kehampaan di Bangkok, Khamis lalu dengan menundukkan skuad Olimpik Singapura 2-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.
Jaringan Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-23 dan 45 sudah cukup memastikan anak buah Ong Kim Swee itu pulang dengan kemenangan manis setelah kecundang 2-1 kepada skuad Olimpik Thailand.
Sentuhan tepat konsisten Syahrul Azwari membayangkan barisan depan skuad belia negara ini tidak ketandusan penjaring gol biarpun dengan ketiadaan pemain senior, Izzaq Faris Ramlan setelah dia turut menjaringkan gol penyamaan ke atas Thailand.
Siri persahabatan ini merupakan sebahagian persediaan mereka menghadapi Liga Super yang bermula Sabtu ini selain menjelang pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2011 menentang Pakistan, bulan depan dan Mac ini.
Mereka juga bakal menjadi sandaran Malaysia dalam mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta, November ini.
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment