Wednesday, January 26, 2011

Liga Malaysia



Blog ni bukan Blog untuk Liga Super,tapi tak salah kalau aku nak cerita pasal Liga kebanggaan kita ni as a whole kan?lagipun aku bukan cerita pasal Liga negara lain and tak pro ke arah mana-mana pasukan yang bertanding.


Perak 

Liga di Malaysia bermula pada tahun 1979 dengan setiap negeri diwakili oleh pasukan masing-masing. Namun. liga ni hanya diadakan sebagai pusingan kelayakan bagi setiap negeri untuk layak ke saingan Piala Malaysia. Semua negeri menyertai liga ini disertai oleh Pasukan Polis dan Tentera dan juga dua negara iaitu Singapura dan Brunei (kedua-dua negara ini tidak lagi terlibat).




Bermula tahun 1989-1993 dan 1998-2003, Liga Bola Sepak Malaysia dibahagi kepada dua divisyen. Di antara 1994-1996, hanya ada satu divisyen(semua negeri bertanding dalam satu divisyen). Di antara tahun 2004-2006 pula menyaksikan Liga Malaysia dibahagikan kepada Liga Super dan 2 Kumpulan Liga Perdana. Pada tahun 2007, Liga Perdana digabungkan maka Liga Malaysia hanya terdiri daripada Liga Super dan Liga Perdana. Liga Malaysia mula dikenali dengan Liga Semi-Pro(1989-1993) dan Liga Malaysia (1994-2003) dan kini dikenali sebagai Liga Super.

Berikut merupakan Pasukan yang memenangi Liga Malaysia (sebelum 2004)
  1. Singapura (1979, 1981, 1994)
  2. Selangor (1980,1984, 1989,1990, 2000)
  3. Pulau Pinang (1982, 1998, 2001)
  4. Melaka (1983)
  5. Kuala Lumpur (1986, 1988)
  6. Pahang (1987, 1992, 1999 )
  7. Johor (1991)
  8. Kedah (1993)
  9. Sabah (1996)
  10. Sarawak (1997)
  11. Perak ( 2002, 2003)
Sementara Liga Super pula:
  1. Pahang (2004)
  2. Perlis (2005)
  3. N. Sembilan (2006)
  4. Kedah (2007, 2008)
  5. Selangor (2009, 2010)

Kelantan

Harimau Muda A


Selangor


Sabah


Perlis


Pahang


Terengganu dan T-Team

Felda United

Kuala Lumpur

Dengan bermulanya Liga Bola Sepak Malaysia 2011 Sabtu ini, diharap, Bola Sepak Malaysia akan lebih maju dan diharap dengan kemenanga Pasukan Harimau Malaya pada Piala AFF Suzuki yang lalu dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk memenuhi stadium. Terus maju bola sepak Malaysia. -Tanah Tumpahnya Darahku -

2 comments: