Sunday, January 16, 2011

New Home of Football


Selepas berakhirnya era kegemilangan Stadium Merdeka, skuad Harimau Malaya mendapat rumah baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. ' Rumah Baru' bagi skuad Harimau Malaya ini dirasmikan pada tahun 1998 bersempena dengan Sukan Komanwel yang berlangsung di Malaysia.





Stadium Bukit Jalil boleh memuatkan 87, 141(kalau semua duduk,kalau berdiri macam final Suzuki Cup aritu, 100,000 pon boleh) orang pada satu masa. Ini menjadikan stadium ini sebagai stadium kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Stadium Gelora Bung Karno. Stadium Bukit Jalil juga merupakan stadium yang ke-25 terbesar di dunia dan ke-10 terbesar bagi kategori Stadium Bola Sepak. Stadium yang dibina oleh United Engineers Malaysia Sdn Bhd ini sebenarnya siap 3 bulan awal berbanding tarikh akhirnya.






Selain daripada Sukan Komanwel, pelbagai aktiviti sukan turut diadakan di Stadium Bukit Jalil. Antaranya ialah Perlawanan Persahabatan pasukan Harimau Malaya, Pertandingan Akhir Piala FA dan Pertandingan Akhir Piala Malaysia, Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Asia 2007 dan Piala AFF Suzuki Cup. Diharap, penyokong-penyokong skuad Harimau Malaya mampu menjadikan Stadium ini seperti Stadium Merdeka hinggakan mana-mana pasukan pun akan rasa gentar dan takut bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil. -Tanah Tumpahnya Darahku -

No comments:

Post a Comment