Thursday, January 13, 2011

Stadium Keramat



Untuk entry kali ni, kita cerita pasal stadium pulak. Kenapa stadium? kenapa tak cerita pasal player lagi? Sebenarnya, stadium juga memainkan peranan penting dan stadium yang aku nak cerita ni ada signifikan dengan skuad Harimau Malaya dan sejarah Malaysia. Bukan stadium Shah Bukit Jalil, bukan Stadium Shah Alam mahupun Stadium Astro. Tapi Stadium Merdeka. Stadium Merdeka dulu boleh diumpamakan seperti Stadium Wembley di England, Stadium Maracana di Brazil atau Stadium GBK di Indonesia.




Stadium Merdeka merupakan hasil daripada cetusan idea Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sejak tahun 1951, semasa beliau masih lagi menjadi Pegawai Kerajaan dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia di zaman Pemerintahan British. Pembinaan Stadium Merdeka telah bermula pada bulan September 1956 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 1957. Kos pembinaannya adalah RM2.3 juta yang dibiayai sebahagiannya melalui kutipan derma dari orang ramai. Sebuah tapak yang sesuai telah diperolehi di dalam kawasan Taman Coronation yang termasuk dalam hakmilik Majlis Perbandaran dan pada asalnya merupakan tanah perkuburan Cina yang terletak di atas bukit. Manakala kerja-kerja pembinaan Stadium Merdeka ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran dan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya. Stadium ini dibuka secara rasminya pada 30 Ogos 1957 oleh Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Stadium ini turut digunakan ketika pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.- sumber Perpustakaan Negara Malaysia


Stadium Merdeka merupakan stadium keramat untuk bolasepak Malaysia. Final Piala Malaysia diadakan di sini saban tahun hingga 1994 di mana Stadium Shah Alam mengambil alih tempat Stadium Merdeka sebagai venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan kini Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium yang boleh memuatkan 21, 364 orang ini juga merupakan gelanggang pertempuran Skuad Harimau Malaya untuk Pesta Bola Merdeka dan perlawanan-perlawanan antarabangsa. Stadium ini juga digunakan oleh Pasukan Kuala Lumpur sebagai home ground mereka. Namun, setelah Pasukan Kuala Lumpur berpindah ke Stadium Cheras, Stadium ini tidak lagi digunakan kecuali untuk karnival dan konsert yang sudah semestinya menjahanamkan stadium ini.


Stadium ini sepatutnya diperbaiki dan dibangunkan semula kerana stadium ini merupakan Simbol kebanggaan negara. Perlawanan-perlawanan bola sepak berskala kecil atau persahabatan boleh dianjurkan di Stadium Merdeka. Seperti yang diketahui, Bangunan 100 Tingkat iaitu Menara Warisan Merdeka akan dibina bersebelahan stadium keramat ini. Apa salahnya jika wang tersebut digunakan untuk membangunkan dan memulihara Stadium Merdeka yang menjadi saksi kepada kejayaan demi kejayaan Skuad Harimau Malaya. -Tanah Tumpahnya Darahku -

No comments:

Post a Comment