ok,untuk entry kali ni, kita akan stop kejap cerita pasal individu. Kita akan cerita pasal kejohanan tertua bukan setakat di Malaysia, bahkan di Asia. Pada siapa yang tak tau, ia tidak diadakan di China, Jepun , Korea hatta Indonesia, tapi ia diadakan di tanah air kita sendiri iaitu Malaysia. Kejohanan tersebut ialah Pestabola Merdeka.
Kejohanan ini bermula pada tahun 1957, bersempena dengan tahun di mana Malaya mendapat kemerdekaan. Kejohanan ini setakat ini telah diadakan sebanyak 40 kali dengan memiliki 29 pemenang berbeza dengan skuad Harimau Malaya merupakan pemenang terbanyak iaitu 12 trofi (termasuk ketika diwakili skuad bawah-23 pada tahun 2007) . Kejohanan ini pada suatu masa dahulu merupakan suatu kejohanan yang berprestij dan menjadi rebutan negara-negara besar bukan setakat di Asia, bahkan Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan juga kelab-kelab ternama.
Pada suatu ketika dahulu, kejohanan ini dianggap serius oleh negara-negara peserta dan semangat juang dan daya saing setiap pasukan yang bertanding boleh dilihat. Sebagai contoh, pertembungan Skuad Harimau Malaya dan Taeguk Warriors (Korea Selatan) seringkali dinanti kerana masing-masing inginkan trofi kejohanan.
Year - Winner
1957 - Hongkong
1958 - Malaya
1959 - Malaya
1960 - Malaya and South Korea (shared)
1961 -Indonesia
1962 -Indonesia
1963 -Taiwan
1964 -Burma
1965 -South Korea and Taiwan (shared)
1966 -South Vietnam
1967 -South Korea and Burma (shared)
1968 -Malaysia
1969 -Indonesia
1970 -South Korea
1971 -Burma
1972 -South Korea
1973 -Malaysia
1974 -Malaysia
1975 -South Korea
1976 -Malaysia
1977 -South Korea
1978 -South Korea
1979 -South Korea and Malaysia (shared)
1980 -Morocco
1981 -Iraq
1982 -Santa Catarina
1983 -Selección de Primera B (Argentina)
1984 -South Korea
1985 -South Korea
1986 -Malaysia
1987 -Czechoslovakia Olympic
1988 -Hamburger SV
1991 -Admira Wacker (Austria)
1993 -Malaysia
1995 -Iraq
2000 -New Zealand
2001 -Uzbekistan
2006 -Myanmar
2007 -Malaysia U-23
2008 -Vietnam U-23
Kejohanan ini turut disertai kelab-kelab ternama Eropah ketika itu, seperti Hamburger FC dari Jerman Barat (kelab yang disertai Ruud Van Nistelrooy zaman ini) , Santa Catarina XI, Minas Gerais, America FC Rio de Janeiro dan Sao Paolo dari Brazil, Admira Wacker dari Austria serta Buenos Aires XI dari Argentina. Dahulu, format pertandingan ini adalah jika kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan yang sama atau tiada jaringan, trofi akan dikongsi bersama.
Kali terakhir kejohanan ini diadakan ialah pada tahun 2008 di mana Skuad Harimau Malaya tewas kepada Skuad Vietnam melalui tendangan penalti 6-5. Kali terakhir Skuad Harimau Malaya menang adalah pada tahun sebelumnya iaitu 2007 dengan menewaskan Myanmar 3-1. Di antara tahun 1988 hingga 2008, kejohanan ini hanya diadakan sebanyak 8 kali. Alangkah menariknya jika kejohanan ini mampu kembali menjadi kejohanan berprestij di peringkat Asia. -Tanah Tumpahnya Darahku -
No comments:
Post a Comment