Saturday, March 19, 2011

Etoile FC?Perlawanan Kelas A?

Akhbar hari ini mengesahkan perlawanan persahabatan kedua pasukan Harimau Malaya adalah menentang sebuah kelab Perancis, iaitu Etoile FC..ETOILE FC!!!!


Etoile FC ni tidak bermain di Ligue One (Liga Utama Perancis), tetapi bermain di Liga Singapura dan merupakan Juara pada musim lepas dan kini di tangga ketiga S-League..FAM dikatakan pada mulanya telah menghantar surat jemputan kepada 6 negara untuk mengadakan perlawanan persahabatan, namun ditolak..Agak menyedihkan kerana Harimau Malaya yang merupakan juara ASEAN tidak mampu menjemput pasukan ternama untuk mengadakan perlawanan persahabatan..Bahkan, dikatakan Sri Lanka pun menolak jemputan kita!!WTH?!!! Indonesia sebelum ni pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Belanda dan Uruguay, jadi mengapa kita tidak mampu mengajak pasukan-pasukan ternama untuk mengadakan friendly dengan kita?dalam keadaan rakyat Malaysia masih lagi bersemangat pasca Piala AFF Suzuki, kita terpaksa menerima berita bahawa menjadi Juara ASEAN seakan-akan masih tidak cukup untuk menarik minat negara-negara kuasa besar bola sepak untuk hadir..Aku masih tak percaya Malaysia tak mampu ajak team-team besar lawan kita..Adakah FAM hantar jemputan lambat sangat?adakah FAM lupa nak bagitau kita juara ASEAN? adakah kerana kita takde artis macam Julia Perez yang sanggup pakai coli laser?Mengapa oh Mengapa?!!


Biarpun Etoil FC ni dikatakan dianggotai oleh orang-orang Perancis, diorang main Liga Singapore!Liga yang lagi kecik dari kita!!Ye, diorang Juara bertahan, tapi ape bezanya buat friendly lawan Juara Liga FAM?dahlah main kat Singapura..Ye, aku sangat kecewa dengan perlawanan ini..Ini bukan standard untuk juara ASEAN..Juara tak sepatutnya dilayan sebegini..Etoil FC ni kalau team-team liga Super kita okla kalau nak buat friendly..Ini negara tau tak!!!FAM sepatutnya sudah mula merangka perlawanan persahabatan Kelas A mulai sekarang selepas masalah ni..Skuad senior kita nak main kelayakan Piala Dunia, skuad under-23 nak lawan untuk kelayakan Olimpik..Tolong bagi mereka pendedahan yang lebih berguna..Kami taknak tengok Harimau Malaya kami yang tercinta dihina sebegini..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment