Tuesday, March 22, 2011

Julai-Bulan Bola Sepak Kebangsaan

Hari ni aku terpandang sesuatu yang menarik di ruangan Sukan Kosmo..Page belakang sekali..Bagi yang tak dapat beli or memang tak baca Kosmo meh aku nak bagitau..Mengikut laporan akhbar tersebut, Julai ini kalendar bola sepak Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar akan jadi padat..Kenapa?sebab diberitakan bahawa dalam bulan tersebut, kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan 2 kelab dari England, iaitu, Chelsea dan Liverpool..


Chelsea telah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia dan perlawanan akan berlangsung pada 21 Julai..Dikatakan bahawa Liverpool pula akan menentang Harimau Malaya 3-4 hari selepas tarikh tersebut..Chelsea sebelum ni pernah datang ke Malaysia..Yang aku ingat, masa ada EPL Asian Cup, di mana Chelsea(zaman Abramovich baru pegang), Newcastle United dan Birmingham City datang berentap bersama skuad Harimau Malaya untuk merebut Piala EPL Asia (tahun berape, tak ingat, tapi Chelsea menang)..Kemudian pada tahun 2008, Chelsea menewaskan Harimau Malaya 2-0 di Stadium Shah Alam..dalam game tu, Malaysia banyak kali boleh score..tapi malas sebab nanti kate tak respek pelancong plak..Liverpool pulak banyak kali kate nak datang, tapi tak datang..Diorang rajin pegi Singapore..Maybe sebab penaja diorang arak..Kita kan negara Islam..mane bley..so, sekarang da tukar penaja Standard Chartered, bolehla datang..


Kedatangan diorang ni ada pro dan kontranya..Berkemungkinan besar diorang datang, sebab diorang tau Bola Sepak kita semakin maju..tapi mungkin jugak sebab nak besarkan fan base(especially Chelsea)..Sebab, tau2 jela, Malaysia ni kubu kuat penyokong Manchester United..Player kita boleh try bergasak dengan pemain-pemain handalan dunia..Nak tengok gak Apek tepis rembatan Gerrard dengan Lampard..Muslin challenge header dengan Drogba n Andy Carroll..Safee melepasi kawalan John Terry dan Carragher..Atau Mat Yo(Idlan Talaha) menewaskan Petr Cech dan Pepe Reina..Tapi berkemungkinan besar juga kita akan berhadapan dengan pemain-pemain reserve yang bagi aku adalah satu penghinaan terhadap pemain dan penyokong..Dan berkemungkinan besar juga, kita akan berhadapan dengan pemain-pemain yang tak fit sebab diorang baru lepas bercuti..



Aku berani jamin, stadium akan penuh dengan penyokong-penyokong..tapi bukan penyokong Malaysia..especially game lawan Livepool..Aku tak nak kutuk or hina coz ini negara demokrasi..Aku tau ramai akan kondem diorang n kate diorang tak patriotik..N diorang akan balas kate diorang tetap sokong Malaysia walaupon pakai jersi kelab luar..aku tak salahkan diorang..Aku berani jamin, kalau Malaysia lawan Kelantan pon, situasi akan sama jugak..Cume sometimes aku rase sedih pada orang-orang yang menyokong kelab luar, tapi tak nak sokong Malaysia..ada yang kate, sokong Malaysia tak best sebab main ntahpape..siap kutuk-kutuk..orang macam tu yang patut kite marah..orang-orang yang tak sedar die duduk kat Gombak, bukan kat Liverpool...konon2 oversea punye orang..Chait!!

Ape-ape pun, diharap skuad Harimau Malaya akan bagi pengajaran kat player-player luar ni sket..Diorang ingat datang sini nak naikkan fitness je?ingat kite ni ayam ke?kita Harimaula!!!Buat anak-anak buah King Raja, tolong baham burung dengan Singa Biru ni..tunjuk kat dunia, yang Harimau Malaya bukan team belasahan..Walaupun perlawanan ni tak melibatkan ranking, tapi maruah tetap perlu dijaga!!sekurang-kurangnya, berikan persembahan masa kita kalah 3-2 kat Manchester United!!Majulah Harimau Malaya!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment