Friday, March 25, 2011

Preview: Harimau Malaya vs Etoile FC


Tepat pada pukul 8 malam ni, Skuad Harimau Malaya akan bertarung di Stadium Jalan Besar di Singapura dalam perlawanan persahabatan menentang Kelab Liga Singapura, Etoile FC. Etoile FC dibarisi oleh pemain-pemain berbangsa Perancis dan merupakan Juara bertahan Liga Singapura. Agak mengecewakan kerana kita terpaksa mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab sedangkan kita merupakan juara ASEAN..



Tujuan perlawanan persahabatan bukan semata-mata untuk latihan atau menghiburkan penonton, ia juga merupakan salah satu cara untuk menaikkan ranking pasukan.. Ranking yang lebih tinggi akan memudahkan sesebuah pasukan dalam apa-apa pertandingan..Contoh, kelayakan Piala Dunia dan Olimpik..Seperti Kelayakan Piala Dunia, Ranking Harimau Malaya yang agak rendah (no 28 dalam Asia), menyebabkan kita terpaksa melalui pertandingan kelayakan peringkat pertama, sedangkan negara-negara yang sudah kita tewaskan seperti Indonesia, Vietnam dan Hong Kong boleh terus ke peringkat ke-2..Mata untuk menaikkan ranking hanya boleh didapati melalui perlawanan menentang negara..Perlawanan menentang kelab-kelab, samada Liga Singapura atau liga luar (EPL contohnya) tidak dapat membantu menaikkan ranking kita..

Apa-apa hal pun, kita tetap perlu menyokong Skuad Harimau Malaya..Kerana ini bukan salah mereka..Ini salah FAM..Menentang team mana pun, kita perlu dan wajib menyokong pasukan kesayangan kita ini..Mereka berjuang untuk nama negara..Syukur kerana Astro Arena akan menayangkan perlawanan persahabatan ini..inilah tanda mereka sentiasa menyokong Harimau Malaya..sebelum ni, tak pernah ada saluran TV yang menayangkan perlawanan persahabatan Skuad Harimau Malaya kecuali kalau menentang kelab-kelab EPL..So, dengan menayangkan perlawanan ini membuktikan bahawa Astro Arena bersungguh-sungguh untuk menaikkan bola sepak negara sepertimana bersungguh penerbitnya Dez Corkhill (seorang Mat Saleh) memperjuangkan martabat bola sepak negara menentang Ross dan Orangeman yang merupakan rakyat Malaysia..Proud of u man..



Bagi yang duduk kat Johor tu, jemput-jemputla ke Stadium Jalan Besar untuk menyokong Harimau Malaya..Kalau main kt Stadium Shah Alam, bolehla guna alasan jauh..ni walaupun kat Singapura, tapi dekat je kan?Aku tau, mesti ramai rakyat Singapura akan datang menyaksikan perlawanan ni..mereka mungkin tak menyokong Etoile FC, tapi Etoile FC ni mewakili mereka dan mereka mesti nak saksikan kehebatan Juara ASEAN dengan mata kepala mereka sendiri..Ultras Malaya sudah pun mengesahkan kehadiran mereka dengan mengadakan trip ke sana..Respek!

So, marilah kita at least duduk depan tv dan menyaksikan perlawanan ini biarpun tak dapat hadir ke Stadium Jalan Besar..Gegarkan malam sabtu anda dengan sokongan terhadap Skuad Harimau Malaya..Lupakan sekejap Euro 2012 Qualifier tu dan berikan fokus 100% terhadap Harimau Malaya kebanggaan kita!!Aumm!!!



-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment