Sunday, March 27, 2011

Review: Harimau Malaya vs Etoile FC


Hari Sabtu yang lepas pada pukul 8 malam, Skuad Harimau Malaya kita telah bertandang ke Stadium Jalan Besar, di Singapura untuk perlawanan persahabatan menentang sebuah kelab Perancis yang bertanding dalam saingan Liga Singapura, Etoile FC. Harimau Malaya mengganas dulu dengan Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol pertama dengan satu tandukan hasil hantaran Asraruddin Putra dari sebelah kiri. Bersambung babak kedua, giliran Etoile FC pula menjaringkan gol dengan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti oleh pemain tengah mereka Hicham Bouchemial.


Malaysia sepatutnya boleh score lebih dari satu gol, tapi digagalkan oleh penjaga gol lawan. Ashaari Samsudin, Nor Shahrul Idlan dan Shahrizal Saad ade peluang nak score tapi goal keeper Etoile FC dapat save..Perlawanan ni mulanya aku tak berapa nak sokong, sebab tak membantu ranking kita..tapi bile fikir balik, perlawanan macam ni bagus jugak , sebab kita boleh try player-player baru..Dalam game macam ni, at least pressure die kurang..Performance player-player baru macam Shahrizal Saad (Johor FC,penyerang), Rizal Fahmi (Kelantan, Pertahanan) dan Azidan Sarudin (Selangor,pemain tengah) nampak meyakinkan..Rizal Fahmi yang menggantikan Aidil Zafuan dan Azidan Sarudin yang masuk menggantikan Amar Rohidan nampak ade potential, tapi Rizal Fahmi terutamanya mungkin agak susah sikit untuk menggantikan Aidil, Muslim dan Fadzli Shah yang dah lama bermain untuk Skuad Kebangsaan..



Malaysia main dengan bagus walaupun seri..Kita kena ingat, K. Rajagobal buat 10 pertukaran, so konfirm rentak permainan dan taktikal agak terganggu..Kedua, kita bermain di atas astro turf ataupun padang rumput tiruan..Lain rasanya daripada main atas padang rumput biasa..Movement bola, lantunan die berlainan..kalau tak biasa memang susah, berbanding dengan Etoile FC yang dah biasa main atas padang tu..Corak permainan Etoile FC aku dah dapat baca, diorang banyak main long ball ke depan sebab tau kita susah nak challenge body..Nampaknya, pemain-pemain kita, terutamanya pertahanan kena pegi gym dan besarkan badan..Mungkin trainer kita boleh pegi Manchester United punye training facility dan tanya camne care diorang buat Ronaldo dan Nani yang dulu kering jadi sasa macam sekarang..Kalau dapat bagi player kita badan bagak pon bagus..barula takde alasan kate kite punye fizikal tak mampu challenge dengan player luar..

Aku tau, mesti ade orang yang miss game Sabtu lepas..sebab tak banyak iklan yang bagitau pasal game ni..Astro patut iklankan game ni kat setiap saluran diorang..Aku dapat tau pon daripada facebook member..kalau tak, memang aku ternganga jela..Kedua, mesti ada yang tak dapat tengok sebab join Earth Hour..Bukan aku tak sokong, tapi aku lebih rase nak sokong Malaysia daripada sokong Earth Hour ni..hehe..Lagipun aku buat Earth Hour tiap-tiap malam mase nak tido..kan tutup lapu jugak tu?

Seperti biasa, Ultras Malaya tetap menyokong Harimau Malaya..aku rase, sepanjang aku tengok game tu, aku dengar suara diorang je dalam stadium tu..Macam biase, aku salute effort korang dalam mengembalikan semangat menyokong Harimau Malaya..Insya Allah kalau ade masa dan kewangan yang stabil, aku akan try join game-game away Malaysia bersama-sama Ultras Malaya..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment