Wednesday, March 30, 2011

Undian Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Kelayakan Olimpik 2012..

Baru sebentar tadi, undian telah dijalankan untuk menentukan perlawanan-perlawanan kelayakan peringkat Asia untuk Kelayakan ke Piala Dunia 2014 di Brazil dan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat kedua di London..


Untuk kelayakan Piala Dunia 2014, seperti yang telah diketahui, Harimau Malaya terpaksa melalui peringkat kelayakan pertama kerana ranking kita yang rendah..Untuk peringkat ini 16 pasukan dengan ranking terendah di Asia akan bertemu sesama sendiri sebelum layak ke Peringkat kedua..Kita boleh dikatakan mempunyai harapan yang cerah apatah lagi dalam 16 pasukan tersebut, Malaysia mempunyai ranking yang kedua tertinggi selepas Vietnam..Untuk perlawanan kelayakan peringkat Skuad Harimau Malaya akan menentang Chinese Taipei@ Taiwan..Ini boleh dikatakan antara undian yang temudah yang boleh kita harapkan, namun kita tak boleh terlampau yakin..kerana bola itu bulat..Perlawanan akan berlangsung secara timbal balik dengan perlawanan di tempat sendiri adalah pada 29 Jun ini dan perlawanan di tempat lawan pada 3 Julai..Jika kita berjaya melepasi halangan pertama ini, kita akan bertemu pula dengan jiran seberang tambak kita, Singapura..Jika melihat pada prestasi semasa dan bukan ranking dunia, Harimau Malaya sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menang ke atas pasukan The Lions ni..Kita merupakan Juara ASEAN dan Singapura bukan lagi kuasa besar bola sepak ASEAN..kecuali jika mereka terus mendaftarkan pemain asing ke dalam skuad mereka..Jika itu berlaku, mungkin kita akan berdepan dengan masalah..Harapnya kita akan mampu layak ke Peringkat ketiga Kelayakan Piala Dunia ini..Untuk perlawanan ini pula, kita akan bertandang ke Singapura pada 23 Julai dan bermain di tempat sendiri pada 28 Julai..Semoga Harimau Malaya akan terus mengaum dan melepasi peringkat-peringkat Kelayakan ini..




Selepas melepasi halangan pertama iaitu Pakistan dengan agregat 2-0, anak buah Ong Kim Swee akan berdepan pula dengan Lubnan @ Lebanon untuk peringkat kedua Kelayakan Olimpik London 2012..Sekali lagi kita bernasib baik kerana dapat mengelak daripada bertemu kuasa-kuasa besar bola sepak Asia seperti Arab Saudi, Jepun, Korea Selatan dan Australia..Lubnan berada di ranking ke 151 dunia, namun kita tak boleh mendabik dada kerana ranking kadang kala tak memberi makna apa pun..Yang penting anak-anak buah Ong Kim Swee perlu meningkatkan prestasi mereka untuk melepasi perlawanan ini..

Semoga anak-anak buah King Raja dan Ong Kim Swee akan dapat melepasi perlawanan-perlawanan ini..Ini merupakan undian yang mudah untuk kita, oleh itu sudah semestinya seluruh rakyat Malaysia akan berharap agar Skuad Harimau Malaya ini akan terus menggapai kejayaan selepas Piala AFF Suzuki yang lalu..Dengan undian-undian sebegini, tiada alasan yang boleh diberikan andai kita gagal kerana ini merupakan undian yang paling mudah bagi Skuad Harimau Malaya..Namun, tak guna dapat undian mudah kalau home game stadium kita kosong atau tak penuh, betul tak? oleh itu, wahai peminat-peminat Harimau Malaya, kosongkan aktiviti anda pada tarikh-tarikh yang berkenaan, kerana kita akan ke stadium untuk menyokong Harimau Malaya kebanggaan kita!!Aummmmm!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment