Monday, April 4, 2011

Dari Bukit Jalil ke Shah Alam ke Kota Bharu?


Sorie pada sesiapa yang rajin membaca blog ni kerana aku lame tak update..Teman bizi bebeno..Haha..Ok, pada siapa yang membaca surat khabar hari ni (Isnin,4 April), akan terliha kat ruangan sukan bahawa KAFA(Persatuan Bola Sepak Kelantan) telah memohon kepada AFC(Persatuan Bola Sepak Asia) melalui FAM(Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menjadi home venue buat Skuad Harimau Muda kita dalam perlawanan kelayakan Olimpin 2012 menentang Lebanon..What say you?Ape pendapat korang?Cer citer..cer citer..


Tan Sri Annuar Musa ade cakap bahawa rakyat Kelantan akan datang memeriahkan perlawanan ni..Seperti yang kita tau, Stadium Sultan Muhammad IV ni sentiasa sold out kalau ade game melibatkan Kelantan..Aku rase, tak mustahil stadium ni akan penuh jugak kalau anak-anak buah Ong Kim Swee ni main kat sini..Lagipun Khairul Fahmi yang juga kapten Skuad Olimpik merupakan player Kelantan..Aku lihat ni sebagai langkah positif..Selain daripada money value sebab tiket akan sold out, bagus jugak Skuad Kebangsaan sekali-sekala tukar venue pergi ke stadium-stadium lain..bagi can kat orang-orang di seluruh Malaysia melihat aksi Skuad kesayangan kita ni..Kalau game-game besar buatla kat Bukit Jalil or Shah Alam..Friendly or game-game berskala kecil boleh buat kat negeri-negeri lain..Pergi Sabah dan Sarawak sekali..barula 1 Malaysia..Ye dok?

Lagi satu, seperti yang kita tau, FIFA ade standard untuk padang..So, kalau kita buat game-game kat negeri-negeri lain, barula FA negeri akan terkial-kial repair padang dan stadium..dengan itu, kita akan dapat padang-padang dan stadium-stadium bertaraf antarabangsa..



Dari segi crowd pulak kalau main kat Stadium Sultan Muhammad IV ni, aku rase no problem..Kalau main kat Shah Alam pon tak penuh..Macam mase aku pegi tengok Friendly lawan Hong Kong dan Kelayakan Olimpik lawan Pakistan..Ramai yang datang..tapi tak penuh..abe-abe kelati ni gile bola tahap gaban..so, konfirm stadium penuh..cume diharap disiplin tu akan terjagela..taknakla baling-baling botol..mercun..malu nanti..So, kepada rakyat Kelantan, berdoalah supaya AFC akan terima tawaran korang..Gomo Malaysia Gomo!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment