Semalam majoriti Rakyat Malaysia, cube menyelesaikan kerja awal untuk pulang ke rumah dengan harapan untuk berehat dan menyelesaikan semua tugas sebelum duduk di hadapan kaca TV pada pukul 11 malam..Anak-anak kecik ditidurkan dengan cepat dan remote control dipegang oleh bapa-bapa dan anak-anak muda yang dahagakan aksi skuad Harimau Malaya..
Namun, niat itu terbantut kerana masalah satelit yang menyebabkan tiada siaran langsung disiarkan samada di Astro Arena ataupon TV 1..Tiadalah suara Haji Hasbullah Awang atau Haji Zainal Abidin Rawop berkumandang di udara negara Malaysia..Maka, terpaksalah rakyat Malaysia menonton ulangan Champions League Arsenal VS Barcelona, ataupon menonton drama-drama Melayu..Semuanya kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan..
Janganlah kite menyalahkan Astro Arena atau RTM kerana kegagalan menyiarkan perlawanan ini..Ada yang kate, kalau dah tau, macam ni, jangan iklankan awal2..Dont be stupid, kalau tak iklankan awal2, macam mane korang nk tau ade game?Takkan nak iklankan 10 minit sebelum game?game pukul 11, kalau iklankan kul 10.50, tak ke korang dah tido?Anggaplah ni macam korang dah janji nk date dengan awek korang, tp last2 minit, kereta korang rosak..benda nk jadi kan?at least diorang bagitau awal2 tak dapat siarkan, so, takdela korang berjage, and suddenly takde game..memang korang lagi akan menyumpah..
So,semalam, alternatif yang digunakan oleh peminat Harimau Malaya adalah dengan cuba mencari streaming dari TV Pakistan, termasukla aku..tapi takde..So, ramaila peminat2 Skuad Kebangsaan cari maklumat melalui Facebook Football Pakistan.Com..Nasib baik admin die update scoreline..So, dapatla info..Namun, ape yang mengecewakan adalah sikap rakyat Malaysia..Mereka membanjiri laman itu dengan kata-kata kesat dan menghina Pasukan bola sepak Pakistan bahkan mengutuk orang Pakistan itu sendiri..Ye, mungkin mereka tidak faham Bahasa Malaysia(tapi ade jugak yg kutuk gune English), tapi Bahasa menunjukkan bangsa..Bukankah Indonesia menggunakan cara yang sama ketika Piala AFF Suzuki dulu, dengan membanjiri fanpage Nike Malaysia dan menyerang kita dengan kata-kata hina?dan ape reaksi kite?kite marah bukan?so, jika anda benar2 menyokong Skuad Harimau Malaya, elakkan melakukan perbuatan demikian..Tumpukan sokongan anda pada pasukan kita tanpa perlu merendah-rendahkan pasukan lain, apatah lagi menghina bangsa lain! True supporter will only focus on their team..
Apa-apa pun tahniah buat anak buah Ong Kim Swee kerana berjaya mengikat Pakistan 0-0 di tempat mereka, sekaligus mara dengan agregat 2-0..Skuad Olimpik negara akan berdepan dengan kuasa-kuasa besar Asia dalam pusingan yang seterusnya..Diharap, Harimau Malaya akan terus mengaum dan mengganas di Sukan Olimpik London 2012..Harimau di Wembley? Tidak mustahil!!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment